Cinta
Dari jiwa dan raga setiap insan ,
bukan hanya melahirkan cinta pada seorang kekasih ,
cinta juga boleh lahir untuk semua makhluk Allah .
Cinta Yang Paling Utama ,
Cintailah Allah Yang Maha Suci .
bukan hanya melahirkan cinta pada seorang kekasih ,
cinta juga boleh lahir untuk semua makhluk Allah .
Cinta Yang Paling Utama ,
Cintailah Allah Yang Maha Suci .
Buat kalian ...
Apa saja dari blog ini, andai di ambil tanpa kebenaran,
saya tidak halalkan. Kalian di benarkan link blog ini . Selamat membaca , melihat dan mendengar .. Terima kasih .
saya tidak halalkan. Kalian di benarkan link blog ini . Selamat membaca , melihat dan mendengar .. Terima kasih .
Rabu, 30 November 2011
Selasa, 29 November 2011
Pinggiran Pantai Kuala Besut
Pinggiran Pantai Kuala Besut
Indah pantai itu
Pasti angin laut bertiup segar
Bersih pantaimu
Di situ kita akan bertemu
Aku tidak takut pada gelora
Kerana gelora banyak memberi pengajaran
Aku senang pada ombak yang mesra
Kerana itu membawa damai jiwa
Ingin aku bermalam di dada pantai
Lena di atas permaidani pasir putih
Indah lagi andai tika itu bayu berbisik kasih
Syahdunya andai sayang menjadi bayu itu
Menukilkan puisi cinta sepanjang malam
Andai tika itu bulan sedang purnama
Aku mahu jadi si burung malam berbisik suara rindu
Biar pun kita sedang bertemu
Andai malam sedang gulita
Aku mahu jadi cendawan malam
Menyuluh jiwa mu sayang
Agar nampak dan merasai salam cintaku
Aku sedang menunggu saat itu
Tersangat ingin menyentuhi pantaimu.
insan biasa
29.11.11
Kuala Lumpur .
Label:
Kuala Besut
Salam Cinta Buat Sayang
Salam Cinta Buat Sayang
Ingin aku padamkan ingatan
Namun aku tidak mampu
Semakin aku cuba melupakan mu
Aku jadi semakin rindu
Lalu aku memilih untuk mengingati
Biar rindu bertambah rindu
Aku lalui daerah syahdu di dunia angan
Bersamamu tiap waktu
Di alam yang nyata
Aku tanpa kasihmu
Aku terus memuja
Biarpun suara cintamu terus kelu
Di alam yang nyata
Aku insan paling derita
Namun di dunia angan
Aku sungguh berbahagia
Kita hidup dalam bercinta
Semalam adalah mimpi
Hari ini adalah ilusi
Mungkinkah besok yang ku nanti
Kita berkasih di dalam realiti
Di kamar sepi ini
Kau hadirkan diri
Membawa kerelaan hati
Menyerahkan asmara suci
Yang telah lama ku nanti
Moga ini akan terjadi ...
insan biasa
29.11.2011
Kuala Lumpur.
Isnin, 28 November 2011
MALAM MENJADI INDAH
MALAM MENJADI INDAH
Malam ini kita berjanji untuk bertemu
Pertama kali dalam perkasihan ini
Jari-jemari akan bertemu dan saling menyentuhi
Kita akan bersama hingga kepagi
Katakanlah rindu mu di malam ini
Akan ku cium rindumu satu persatu
Akan ku kumpul segala rasa berani
Ku luahkan rasa cinta yang lama tersembunyi
Akan ku bawa kau kedunia paling sunyi
Agar aku hanya mendegar suara hatimu
Agar kau hanya mendengar suara hatiku
Dengan kerelaan mu
Baringlah hati mu di ribaan jiwa ku
Aku begitu rindu pada asmara ini
Biarkan embun turun dengan syahdu
Ku rela di basahi bersamamu
Tutuplah mata mu sayang
Lenalah dalam dakapan kasih kalbu ku
Ilusi ini ini kurasa bagai realiti
Andai kita bertemu di alam mimpi nanti
Akan ku tulis dalam dairi kenangan indahku
Aku telah bercinta dengan mu
Dan cinta itu akan ku bawa ke mati ...
insan biasa
28.11.2011
Kuala Lumpur .
CINTA YANG DI HATI
CINTA YANG DI HATI
Cinta telah lahir di hati
Bagai bunga terus mewangi
Tiada saat untuk berhenti
Harum hingga ke hujung nafas
Tak terkata oleh bibir
Tak tertulis oleh jari-jemari
Tak terukir di pandangan mata
Tak terpamir oleh gerak raga
Syahdu dalam impian mengharap relamu
Pilu dalam rindu tanpa kautahu
Andai hadir dalam mimpi-mimpimu
Andai terlintas di ruang fikirmu
Itulah sebenarnya salam lambaian cinta dariku
Di sini aku menunggu
Datanglah pada hatiku
Kiranya sukar bagi sayang
Untuk hadir di kamar rinduku
Catatkanlah alamatmu pada jiwaku
Aku akan keruang hatimu
Memeluk kejujuran yang ada pada tubuhmu
Biar nafas kita bertemu
Biar hati kita berpadu
Aku Ingin di cintai dirimu
Seperti semurni cintaku padamu
Aku ingin berbahagia bersamamu
Begitulah doa-doaku.
insanbiasa
28.11.2011.
Ahad, 27 November 2011
Malam Kepiluan
MALAM KEPILUAN
Di saat begini
Pun dalam kegelapan
Aku nampak bayangan wajahmu
Biarpun begitu
Aku cukup tahu
Kau terlalu jauh dariku
Aku dapat merasakan
Bagai ada salam halus untuk hatiku
Bahawa cintaku di singkir oleh hatimu
Kasih sayangku tersungkur di hujung jari kakimu
Di pertengahan malam ini
Aku sedang menangis
Biarpun ku lihat bayangan wajahmu tersenyum
Senyuman yang manis itu
Telah menjadi keindahan yang beracun .
insan biasa
27.11.2011
Kuala Lumpur .
Sabtu, 26 November 2011
RIWAYAT PERKASIHAN CAMAR
RIWAYAT PERKASIHAN CAMAR
DUHAI CAMAR
BAHAGIAKAH KAU TERBANG DI ATAS DADA LAUT
BEBASKAH KAU BERMAIN ANGIN SAMUDERA
MELIHAT GELOMBANG OMBAK LAUTAN BIRU
SAMPAIKAH SAYAPMU MENYENTUHI AWAN
GEMBIRAKAH KAU
BILA LANGIT BIRU BERTUKAR MENJADI HITAM
BASAH TUBUHMU DI SIRAM HUJAN
DI MANA KAU INGIN BERTEDUH
TIKA BAHTERA JAUH DI PELABUHAN
SAYANG !
KAU DAN AKU BAGAI SEPASANG CAMAR
KITA INGIN BERKASIH SEINDAH LAUT DAN PANTAI
TAPI DI SAAT ANGIN YANG SELALU BERTIUP MANJA
TELAH BERUBAH MENJADI TAUFAN
KITA TELAH TERBENAM DALAM GELOMBANG
BERKECAI NAFAS KASIH DALAM TANGISAN .
insan biasa
26.11.2011
KUALA LUMPUR .
Jumaat, 25 November 2011
DI SINI DAN KENANGAN
DI SINI DAN KENANGAN
Andai aku mampu
Akan kubawa kau dalam lenaku
Andai aku mampu
Kembali kezaman indah di desaku
Akan kubawa kau ke desa itu
Akan kucium jiwamu
Kupimpin tanganmu
Kita nikmati bayu desa yang suci
Kau menjadi kekasihku
Aku menjadi kekasihmu
Tika itu
Indahnya nyanyian riang-riang senja
Menjadi penghibur rindu anak desa
Di sini kesibukan suara kota
Meracunkan jiwa kalbu
Membawa pilu gelisah rindu insan sepertiku .
insan biasa
25.11.11
Malam di Kuala Lumpur .
Khamis, 24 November 2011
MALAM CINTA
MALAM CINTA
Kiranya aku di kasihi
Inginku renangi lubuk hatimu
Di malam yang sunyi
Di hiasi lampu romantis merah jambu
Ku getarkan jiwamu
Dengan getaran asmaraku
Serentak kita melafazkan cinta
Dua nafas menjadi satu
Lena dalam mahligai cinta
Percintaan kau dan aku .
insan biasa
24.11.2011.
Label:
malam cinta
MENGEJAR IMPIAN
MENGEJAR IMPIAN
Damai bahagialah kau pantai
Dibelai manja mesra ombak laut tiap tika
Usahlah berdebar sayang
Kekadang gelora menjelma
Itulah lumrah alam
sabar seketika
Nanti bayu membawa taufan akan hilang
Dada pasir pantai mu akan memutih lagi
Akan bermain anak-anak ketam
Menikmati panas lembut suria
Lihatlah di muka lautan
Camar sedang terbang bebas
Lihatlah insan perindu
Begitulah hayalan bebas dalam ilusi
Tersenyum melihat perkasihan ombak dan pantai
Terus mengejar impian ...
insan biasa
24.11.11 .
Alam Maya Ku
Alam Mayaku
Biar kita jauh dari sentuhan tubuh
Kita dekat di hati
Di maya ini melihat wajahmu
Di maya ini mendengar suaramu
Siang dan malam
Kita dalam jalinan persahabat
Moga jujur setia di hati kita
Di kala sunyi
kalian tetap menemani
Di kala kepiluan melanda
kalianlah penasihat yang sudi
Di kala gembira
ayuh !!! kita juga bersama
Siapalah aku tanpamu
Insan terpinggir di dunia nyata
Terbang tak tinggi
Melangkah tak jauh
Tiada tidak di sedari
Hadir tidak menambah seri
Salam kasih di maya ini
Kita bermesra di sini
Inilah kenyataan
inilah ilusi
Alangkah lebeh indah
andai bertemu di dunia nyata
Tapi itu hanya khayalan saja
Aku hanya lahir di dunia fantasi ini
Maafkan aku duhai hati
Aku tiada di dunia realiti
Usah di kesali
Usah di tangisi
Relakanlah rindu ini
Cinta tanpa percintaan
Kasih tanpa perkasihan
Asmara hanya mimpi angan-angan .
insan biasa
24.11.11
Kuala Lumpur.
Label:
Alam maya ku
Selasa, 22 November 2011
KISAH SEBUAH KESEPIAN HATI
KISAH SEBUAH KESEPIAN HATI
Malam di Kuala Lumpur
Persekitaranku sekarang hujan rintik-rintik
Hujan lebat telah berhenti
Udara sejuk menyelimuti tubuhku
Ingin ku lelapkan mata
Tapi mataku masih segar
Memerhati kegelapan malam
Tiada bintang tiada bulan
Tapi di hujung sana
Ada lampu jalan yang bercahaya
Namun malam semakin sunyi
Di mindarku berlegar berbagai kenangan
Terbayang wajah teman-teman
Inginku bayangkan senyuman seorang kekasih
Tetapi siapalah kekasihku
Siapalah yang sudi memberi senyuman itu
Syahdunya ceritera insan bercinta
Indah manisnya asmara
Ingin ku lewati wilayah itu
Ingin aku bersama mu sayang
Sayang ~~~
Apa khabar dirimu di sana
Jiwaku terbang kepadamu
Peganglah jari-jemari ku
Ingin ku bawa dirimu
Ke alam ilusi yang romantis
Andai kau terus sudi
Kita bersama melintasi ke sempadan duniawi
Kita bercinta di dunia realiti
Biarkan kamar tidak sepi lagi
Biarkan hati kita berbisik luahan rasa kasih
Rindu yang lama ingin bertemu
Bertemu mesra dalam bahagia
Mungkinkah kau rela
Aku yang tidak punya apa-apa buat di bangga
Aku hanya layak untuk memuja
Perindu yang sendu di pinggiran maya .
insan biasa
22.11.2011
tika malam di Kuala Lumpur .
Ahad, 20 November 2011
CINTA TERSANGAT PERIBADI
CINTA TERSANGAT PERIBADI
Gincu merah jambu melekat di pipi
Lambang asmara telah bertemu
Malam cinta yang terlalu syahdu
Bertemu kasih dua hati
Bertemu rindu dua kalbu
Tercatat sejarah dalam hidup wanita
Tercatat sejarah dalam kebahgiaan lelaki
Mengalir air jernih di sudut mata
Tanda kegembiraan yang rela
Senyuman semanis madu dara di pohon belantara
Menitis di lidah yang dahaga
Siapakah pemilik ceritera
Izinkan menjadi rahsia
Cinta tersangat peribadi
Bukan sekadar di alam ilusi
Indah lagi di alam realiti
Sudilah sama berdoa pada Ilahi
Moga perkasihan jujur suci di berkati .
insan biasa
Kuala Lumpur
20.11.11 .
Rabu, 16 November 2011
Percintaan Kais Dan Laila
Percintaan Kais Dan Laila
Terkorban kerana cintanya
Begitukah peringatan
Buat cinta insan tak berharta
Bersanding di pusara
Tanpa ikatan perkahwinan
Zalimkah dunia
Kerana menilai keadaan semasa
Usah berputus asa
Usahalah dari masa kesemasa
Usah lupa berdoa
Siapakah Kais
Dan siapakah Laila
Kekalkanlah kejujuran
Kerana di situ ada kebahagiaan.
insan biasa
16.11.11 .
Label:
Kais dan Laila
Selasa, 15 November 2011
CINTAKU
CINTAKU
Ada yang berkata
Cinta bukan ucapan di bibir
Cinta bukan pada tulisan
Cintaku perasaan hati
Sayangnya hati tak boleh berkata-kata
Laluku luahkan dalam penulisan
Inilah bait-bait lafaz cintaku
Ku nanti kesudian cintamu
Kerana di hatiku penuh dengan cinta padamu .
insan biasa
15.11.2011.
Surat Buat Insan Yang Terlalai
Surat Buat Insan Yang Terlalai
( catantan ini untuk ingatan buat diriku
dan insan2 yg sudi menghayati erti rindu dan cinta sejati ..)
Kau sentuh hatiku
Bicara indahmu sering menggoda
Itu tipu daya hasutan syaitan
Aku benci !!!
Aku penuh yakin
Cinta yang suci itu kerana Allah
Cinta dan rindu
yang bertentangan dengan hukum Allah
Padaku
itu cinta dan rindu yang palsu
Sedayaku
Aku menjauhinya
Jangan dekati aku
Kembalilah kau kepada kebenaran
Himpunlah sebanyak pahala
Jangan kau mencari dosa
Insan makhluk yang mulia
Jangan kau menukarnya menjadi hina
Jangan ikut si kucing
Biarkanlah dia dengan lumrahnya
Satu betina beberapa jantan
Biarkanlah dia ....
Ingatlah!!!
ada pembalasan menunggu kita
Semurni cinta dan rindu
cinta dan rindu sejati
Adalah yang diredai Ilahi.
insan biasa
15.11.11 .
Isnin, 14 November 2011
CINTA RAHSIA
CINTA RAHSIA
( catatan ini di temui dalam dairi seorang insan, beberapa hari setelah dia meninggalkan alam ini buat selama-lamanya .... al fatihah buat insan2 yang telah pergi dulu dari kita .. suatu detik kita juga akan ke sana ... )
Tak pernah ku sangka
dari kau bergelar 'single'
hingga kau di milikinya
kau menyimpan satu rahsia
kau menyimpan satu rasa cinta
aku insan yang kau cinta
Oh ! mengapa dulu kau tak berkata
Oh ! mengapa dulu ku tak bertanya
diam mu membuat kau terseksa
diam ku buat aku berduka
Tahukah kau sayang
dikau juga sangat ku cinta
bermula dulu dan selamanya
Sudah tiada jodoh buat kita
cinta kita bergelora di alam maya
cinta kita sepi di alam realiti
segalanya telah terjadi
berbahagialah kau dengan dia di sisi
Biarkan aku begini
menjalani langkah hidup tersendiri
malam berteman embun dingin
siang mengejar pelangi
Dengarlah sayang
pungguk yang sering mendayu
itulah keluhan hatiku
kesal dengan langkahku
pada kisah yang lalu
sepatutnya di saat ini
aku bersama mu
perpeluk hati penuh syahdu
Doaku buat mu
berbahagialah kau
biarpun aku tidak menjadi kekasih realitimu
waktu yang dulu telah berlalu
semakin jauh meninggalkan kau dan aku
tertulis kenangan di sudut paling dalam hatiku
terukir kenangan di ruang hatimu
Tiada lagi ku temu
insan seindah budi
sejelita dirimu ....
insan biasa
14.11.11
Kuala Lumpur
Di satu sudut petang ....
DETIK PERCINTAAN
DETIK PERCINTAAN
( catatan ini tidak indah, Tapi dia terindah di hatiku )
Kinilah saat itu
Telah lamaku tunggu
Lama sungguh aku merindu
Sendu hati kasih padamu
Kinilah saat itu
Ku ucapkan padamu
Kaulah wajah perempuan cinta hatiku
Apa lagi kau termanggu
Katakan rasa sayang di hatimu
Andai itu sebenarnya di hatimu
Kinilah saat itu
Aku datang padamu
Akan ku masuki sudut jiwa mu
Daerah sangat seni milik insani
Andai aku di izinkan jadi penghuni
Aku tidak kemana lagi
Kinilah saat itu
Kita bersama di titian realiti
Kita hindari lautan api
Kita renangi lautan budi
Percintaan segar di pentas duniawi
Hidup jujur di haruman murni
Indah suci hingga ukhrawi
Kinilah saat itu
Seloka khayalan lelaki serba kekurangan
Buat perempuan yang jadi pujaan
Ceritera rindunya akan berterusan
Tapi tidak ada kesudahan
Darjat harta menjadi jurang
Buat aku tidak tercapai tangan
Tiada sayap ku cuba terbang
Aku percaya aku boleh terbang
Hakikatnya hanya hayalan
Kinilah saat itu
Hari kian petang
Mataharikan terbenam
Sinar indahnya ku bawa dalam mimpi malam
Lena dalam tidur yang panjang ....
insan biasa
Kuala Lumpur
14.11.11.
Ahad, 13 November 2011
INGIN
INGIN
Ingin ku menjadi temanmu
Inginku menjadi kekasihmu
Mungkinkah cintamu sudah di miliki dia
Mungkinkah aku terlambat tiba
Lalu kita lambat berjumpa
Lalu aku akan kecewa
Andai cintamu masih terbuka
Akulah insan yang tersangat gembira
Kau bak bunga indah mewangi
Inginku sunting menjadi suri
Malam2 tidak lagi sunyi
Kita bercinta dari hati ke hati
Kita bina asmara syahdu suci .
insan biasa
13.11.11 .
Sabtu, 12 November 2011
RINDU DAN HUJAN
RINDU DAN HUJAN
Redup telah bertukar menjadi hujan
Bunyi titis2 hujan menyentuh bumi
Membawa seribu kenangan
Udara sejuk membelai jiwa
Bagai hatiku di usik cinta
Namun aku masih di kamar rinduku
Pagi di Kuala Lumpur kini kian basah
Aku lemas dalam khayalan
Gundah bercampur indah ...
insan biasa
12.11.11.
Jumaat, 11 November 2011
Sebuah Puisi Cinta
Sebuah Puisi Cinta
Ingin ku nukilkan suara hati
Buat insan yang pernah kecewa
Aku juga pernah kecewa
Pedih pilu telah di rasa
Jantung di hiris sembilu
Hati berdarah tiap ketika
Begitulah kisah lama
Tiap ketika tidak terlupa
Kini takdir kita bersua
Biar di lain ketika
Biar di lain suasana
Cinta mula berbunga
Mampukah berkembang harumnya
Andai ini satu kesungguhan
Ingin ku bawa kau dalam taman asmaraku
Ingin ku belai dikau tiap waktu
Biar malam yang kusam menjadi syahdu
Bayu dan embun akan saksikan
Dua hati bercantum dalam satu rasa
Dua kasih bercantum dalam satu cinta
Mengalir sayang bagai titisan madu
Mahligai bahagia kau dan aku
Di sini kita lupakan kisah luka
Di sini kita kikis rasa pilu
Kita tersenyum dari waktu ke waktu
Sejujur cinta dari mu
Ku peluk ku simpan rapi di hati
Bersama nafas jadi sebati
Apakah kau datang dalam ilusi
Apakah kau datang dalam realiti
Hingga kini lama ku nanti
Suara halus memuja keindahan budi mu
Itulah aku
Suara seni memuji kau yang jelita
Itulah aku
Lelaki yang sayang cari-cari
Sayang temui dalam mimpi-mimpi
Itulah aku yang terus merindui ...
insan biasa
11.11.11
Kuala Lumpur.
Label:
puisi cinta
Khamis, 10 November 2011
BICARA HALUS DARI KALBU
BICARA HALUS DARI KALBU
Andai aku sudah tiada
Sebenarnya aku menemui Ilahi
Dan aku tidak kembali lagi
Ungkapan kata cintaku
Ku tinggalkan di sini
Bacalah dengan kejujuran hati
Tika ku lihat pelangi
Aku telah berusaha
Malangnya aku tidak berdaya
Aku tidak kecewa
Tapi aku hiba
Mungkin kerana aku tidak berharta
Adaku di pandang tiada
Tiadaku tiada siapa yang bertanya
Doakanlah aku agar mendapat rahmatNya.
insan biasa
10.11.2011
Kuala Lumpur.
Tulus Kasihku
Tulus Kasihku
Setulus hatiku
Mencintai dirimu
Apa lagi inginku lakukan
Buat kau memahami
Rasa kasih dan sayang di jiwaku
Sayang !!!
Lihat la ombak yg membelai pantai
Itulah aku yang menyentuhi hati mu
Tak pernah berhenti
Biarpun pantai terus menyepi
Suara bayu yang berdesir
Bagai bicaramu yang ku rindu
Salam dari mu yang tanpa bahasa
Aku terus tertanya-tanya
Rindu terus melemaskan kalbu
Merayu hingga ke hujung nafasku .
insan biasa
10.11.11
Kuala Lumpur .
Setulus hatiku
Mencintai dirimu
Apa lagi inginku lakukan
Buat kau memahami
Rasa kasih dan sayang di jiwaku
Sayang !!!
Lihat la ombak yg membelai pantai
Itulah aku yang menyentuhi hati mu
Tak pernah berhenti
Biarpun pantai terus menyepi
Suara bayu yang berdesir
Bagai bicaramu yang ku rindu
Salam dari mu yang tanpa bahasa
Aku terus tertanya-tanya
Rindu terus melemaskan kalbu
Merayu hingga ke hujung nafasku .
insan biasa
10.11.11
Kuala Lumpur .
WANITA SEPERTIMU
WANITA SEPERTIMU
Wajah mu bermain di layar hatiku
Senyuman bicara mu mengajak jiwa
Bersatu dalam satu cinta
Duhai wanita
Dapatkah dirimu rasa
Ombak asmaraku yang sedang bergelora
Sudikah bersama membena mahligai cinta
Di sini aku tidak memaksa
Hanya kalbuku merayu tiap ketika
Ku mimpikan sebuah cinta yang rela
Ku cari kekasih berbudi mulia
Manja pandai berbicara
Kini ku temui di alam maya
Alangkah bertuah ku rasa
Jelita wajah mu mendamai jiwa
Begitu lama telah ku rindui
Seorang wanita sepertimu
Moga mimpi menjadi nyata .
insan biasa
Kuala Lumpur
10.11.11 .
PERCINTAAN
PERCINTAAN
Di laman ini bernama puisi Cinta
Kita bertemu dalam mesra
Kita berbicara kisah duka
Kita berbicara kisah bahagia
Itu ceritera lama
Kita jadikan peringatan berguna
Di sini kita temui asmara
Di sini kita temui cinta
Biar jauh di mata dekat di hati
Hari-hari yang kita lalui
Satu detik nanti
Dekat di mata dekat di hati
Bersua di alam nyata
Realisasi segala mimpi
Malam tidak lagi sepi
Pungguk yang selalu merayu
Tertawa dalam asmara
Embun yang pilu
Menitis tersenyum manis
Kamar yang selalunya terharu
Telah berhias dengan cinta syahdu
Dalam cahaya romantis merah jambu
Di sana kita lihat kalkatu leka bercumbu
Si sini kita bahagia dengan santapan rindu
Di cari-cari moga kita temui
Berdoa kita pada Ilahi
Syukur kita pada Ilahi .
insan biasa
10.11.11 .
10.11.11 .
Label:
percintaan
Rabu, 9 November 2011
Aku Yang Tersendiri
Aku Yang Tersendiri
Di suatu sudut alam
Aku sering di lupakan
Berteman bayu petang
Aku debu paling kecil
Di saat hujan aku terhempas ke bumi
Sering tiada terpandang oleh mata
Di saat pelangi menjelma
Itu hanya harapan yang hampa
Itu hanya keindahan bicara
Manis tutur bahasa
Menyembunyi racun berbisa
Duhai Kejujuran
Di manakah kau berada
Aku merindu sepanjang usia ...
insan biasa
9.11.2011.
Di suatu sudut alam
Aku sering di lupakan
Berteman bayu petang
Aku debu paling kecil
Di saat hujan aku terhempas ke bumi
Sering tiada terpandang oleh mata
Di saat pelangi menjelma
Itu hanya harapan yang hampa
Itu hanya keindahan bicara
Manis tutur bahasa
Menyembunyi racun berbisa
Duhai Kejujuran
Di manakah kau berada
Aku merindu sepanjang usia ...
insan biasa
9.11.2011.
Label:
tersendiri
Mampukah Bercinta Lagi
Mampukah Bercinta Lagi
Ingin aku bersuara
Sayangnya suaraku telah tiada
Ingin aku bercinta
Sayangnya cintaku telah kecewa
Ingin aku berasmara
Tapi segalanya telah tiada
Hanya menjelma dalam mimpi tika lena
Andai di suatu ketika
Ruang hatiku kembali terbuka
Mampukah aku percaya pada cinta
Mampukah aku jujur pada cinta
Mampukah aku memadam kisah lama
Kisah-kisah derita
Nafasku lemas di dalam kepahitan manis cinta
Duhai si jelita
Bertemu mu tak ku sangka
Kita sama berkongsi rasa
Sebenarnyakah kita takut pada cinta
Atau kita sudah mula ingin bercinta .
insan biasa
9.11.2011
Kuala Lumpur .
Selasa, 8 November 2011
Bisikan Seni Cinta
Bisikan Seni Cinta
Tidak ku sangka
Di suatu petang tika hati dalam sunyi
Kau datang menemani naluri
Kalbuku yang lama menyepi jadi teringin
Aku rindu belaian kasih dari gadis sepertimu
Lembut manja menggoda jiwa
Wajahmu begitu jelita
Salahkah aku telah jatuh cinta
Perlu apa aku berdusta
Kerana itu yang telah hatiku kata
Bagai ada bisikan seni
Mengajak diriku ke wilayah asmara
Bertemu dengan mu di dunia nyata
Bersalam kasih dan sayang dengan rela .
insan biasa
Kuala Lumpur
8.11.2011 .
Akulah yang mencintaimu
Akulah yang mencintaimu
Petang ini lembut bayu bertiup
Syahdu rasa naluriku
Terbang keruang kasihmu
Merayu-rayu di pintu hatimu
Mengharap kerelaan cinta
Akulah pungguk yang mendayu
Di pohon biru di halaman rumahmu
Merindu bulan yang indah
Tapi mungkin tidak berdaya untuk ku miliki .
insan biasa
8.11.2011.
Isnin, 7 November 2011
Ahad, 6 November 2011
Ingat-Ingat
Ingat-Ingat
Ingat-ingat jangan tak ingat
Ingatlah kepada mati
Sesuatu yang amat pasti
Itu menjadi rahsia Ilahi
Nanti kita akan temui
Bila kita sudah mati
Di saat itu nanti
Tidak guna menyesal lagi
Pada masa hidup ini
Cuba-cuba kenali diri
Perkara jahat cuba jauhi
Perkara baik cuba dekati
Buat pahala jalan ke syurga
Buat dosa jalan ke neraka
Ingat-ingat jangan di lupa
Dalam hidup banyak penggoda
Awaslah jangan terpedaya
Ingatlah Nabi bersabda
Al Quran pedoman kita
Ingatlah Nabi bersabda
Al Quran pedoman kita
Ingatlah Nabi bersabda
Al Quran pedoman kita.
insan biasa
Hari Raya Korban 6.11.2011.
Cinta Sejati
Cinta sejati
Bercinta berkasih sayang kerana Ilahi
Berkorban apa saja kerana Nya
Moga hidup suci dan mati di redhai
Lalui detik-detik lebaran ini
Bersyukur pada Nya
Bertekad tidak melakukan
Segala larangan Nya
Biarpun sekecil-kecil dosa
Bertekad untuk melakukan
Segala suruhan Nya
Mengumpul sebanyak-banyak pahala
Moga menjadi ahli syurga
Duhai Ilahi
Jadikanlah aku perindu pada Mu
Jadikanlah hatiku mencintai Mu
Moga tidak ada sedetik pun dalam hidupku
Aku melupai Mu
Moga tidak ada sedetik pun di hatiku
Aku tidak bersyukur pada Mu
Neraka itu amat menakutkan
Moga aku di jauhi darinya
Aku bersaksi
Tiada Tuhan melaikan Allah
Dan Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.
insan biasa
Kuala Lumpur
Hari raya Korban 6.11.2011.
Sabtu, 5 November 2011
CERITERA KEHIDUPAN
CERITERA KEHIDUPAN
Sejuk dan damai suasana pagi
Ayu indah berseri kelopak-kelopak bunga
Riang terbang si kumbang
Namun insan tidak dapat menyekat perjalanan mentari
Seketika memanaskan bumi
Seketika lagi hilang
Dunia gelap bernama malam
Tika kegelapan berlegarlah kenangan
Tentang pahit manis kehidupan
Kelopak yang carit berguguran
Madu yang kekeringan
Begitulah terbitnya matahari lagi
Bagai anak-anak remaja
Dan tika senja menjadi warga tua .
insan biasa
Kuala Lumpur
5.11.2011.
Dalam Rindu
Dalam Rindu
Khayalanku ingin bersamamu
Wajahmu berbayang di mata jiwaku
Sungguh manis senyumanmu
Sungguh ayu budi bahasamu
Kerana terlalu rindu
Bait-bait puisimu
Sering berbisik di telingaku
Tika malam sunyi di kamarku
Syahdu dan pilu silih berganti menemani aku
Begitulah aku yang merindu
Begitulah aku yang mencintai mu.
insan biasa
5.11.11
Kuala Lumpur.
Label:
dalam rindu
NOTA BUAT SAUDARIKU
NOTA BUAT SAUDARIKU
Takdir untuk kita
Bertemu di dunia yang maya
Tika kita mencari kasih yang setia
Hatiku dapat merasa
Di sudut kecil hatimu masih ada cinta
Tapi bagai terpenjara
Kisah-kisah lalumu
Buat kau menjadi ragu
Saat-saat yang berlalu
Perkenalan ini begitu istimewa untukku
Aku tidak mahu mengalah pada rasa malu
Aku mahu berterus terang pada mu
Aku mahu menjadi kekasihmu
Sudikah kau menjadi kekasihku
Kerana aku sudah mencintaimu
Usahlah kau tanya aku
Kenapa begitu cepat cinta itu
Aku juga tidak tahu
Namun aku dapat katakan padamu
Seluruh tubuhku di resapi rasa rindu padamu
Usahlah kau bertanya pada api
Kenapa membakar kayu menjadi abu
Usahlah kau bertanya pada awan
Kenapa melepas air menjadi hujan
Begitulah lumrah alam
Biar di mana kau berada
Sentuhan bayu itu adalah aku
Itulah sentuhan mesra sayangku
Andai kau dalam lena
Inginku temui di dalam mimpi
Andai kau sedang termanggu
Ingin ku sentuhi naluri kalbu
Agar kau tahu
Betapa aku sedang merayu ...
insan biasa
5.11.2011
5.11.2011
Jumaat, 4 November 2011
AKU TELAH CINTA
AKU TELAH CINTA
Salam sayang buat kekasih cinta
Udara di sekeling tubuhmu
Bagai aku yang jauh
Tapi dekat membelai jiwamu ...
Tiada terdengar suara di deria telingamu
Tapi dengarlah bisikan hatiku
Pada debaran kalbumu
Itulah gelombang naluri bicaraku
Melafazkan cinta padamu
Tiada terhenti sepanjang waktu
Aku cinta padamu
Aku cinta padamu
Aku cinta padamu
Lihatlah ombak itu
Itulah aku
Sayanglah pantai yang indah
Bersih mendamaikan jiwa raga
Maafkan aku telah mencintai dirimu
Tanpa kau tahu
Mungkinkah ada kerelaanmu.
insan biasa
4.11.11
Kuala Lumpur.
Salam sayang buat kekasih cinta
Udara di sekeling tubuhmu
Bagai aku yang jauh
Tapi dekat membelai jiwamu ...
Tiada terdengar suara di deria telingamu
Tapi dengarlah bisikan hatiku
Pada debaran kalbumu
Itulah gelombang naluri bicaraku
Melafazkan cinta padamu
Tiada terhenti sepanjang waktu
Aku cinta padamu
Aku cinta padamu
Aku cinta padamu
Lihatlah ombak itu
Itulah aku
Sayanglah pantai yang indah
Bersih mendamaikan jiwa raga
Maafkan aku telah mencintai dirimu
Tanpa kau tahu
Mungkinkah ada kerelaanmu.
insan biasa
4.11.11
Malam Ini
Malam Ini
Aku sendirian membilang waktu
Entah apa yang ku tunggu
Tiba-tiba aku tersedar dari lamunan
Aku di sapa embun dingin larut malam
Ingin ku tulis puisi cinta
Tapi untuk siapa?
Ingin ku nyanyikan syair kasih
Tapi suaraku tidak berdaya
Ingin aku bermimpi
Tapi aku tidak terlena
Sayup-sayup aku terdengar suara pungguk
Benarkah orang berkata
Dia merindukan bulan ?
insan biasa
4.11.2011
Khamis, 3 November 2011
BISIKAN KALBU
BISIKAN KALBU
Di sudut pagi
Kau bermesra dengan kekasihmu
Aku bermimpi dengan bayang-bayangmu
Tika mentari meninggi
Terlihat kau tersendiri
Itu riwayat hidupmu
Tapi apakah aku masih bermimpi
Ada cinta di hati ini
Tapi mungkin kau tak memahami
Atau mungkin kau mengerti
Tapi hatimu tidak sudi
Ah !!
Aku hanya berilusi
Aku hanya camar di lautan
Terbang di malam yang kelam
Tanpa bulan dan bintang
Suaraku berbisik puisi
Hilang dalam desiran bayu
Tiada siapa yang mengambil tahu .
insan biasa
3.11.2011
Kuala Lumpur .
CiNtA Seperti Itu
CiNtA Seperti itu
Lumrah alam ini
Masih terdengar si pungguk merindu bulan
Masih bersinar cahaya bulan di dada alam
Datang mengusik hati
Datang berkongsi ilusi
Namun tidak sama cinta yang pergi
Tapi seperti ...
Maukah aku berkasih lagi
Maukah aku memberi dan menerima cinta lagi
Apakah aku bermimpi
Indahkah bulan di siang hari
Adakah malam di bawah sinar matahari .
insan biasa
3.11.11.
CiNta SeMaLaM
CiNtA SeMaLaM
Cinta semalam
Indah mendakap perasaan
Masih bersebati di hati
Bahagiakan?
Kita bersama
Bahagiakan?
Kamar asmara kita yang syahdu
Begitulah kita
Dunia ini bagai milik kita
Kita lena dalam senyum dan manja
Kita jaga dalam tawa dan mesra
Namun kini kau tiada
Yang ada hanya kenangan mahligai cinta
Telah bertukar menjadi mahligai kaca
Pecah bertaburan di kamar usiaku
Kaca-kaca itu makanan yang ku telan
Kaca-kaca itu alas aku bermalam
Embum di kesunyian yang turun
Adalah tangisan air mata kesakitan
Titik-titik hujan
Adalah darah hati ku yang tercedera
Begitulah ceritera dukalara
Teringin aku mencari penawar
Mengubat segala pilu
Tapi suaraku menjadi kelu
Kisah lalu menakutkan aku
Sakitnya kecewa cinta
Bila kalbuku berbisik cinta
Aku menjadi ragu
Siapalah diriku
Untuk layak melamar cinta di hatimu.
insan biasa
3.11.11.
Label:
cinta semalam
CINTA
CINTA
Sentuhan ombak dan pantai
Sering jadi kisan buat insan bercinta
Asmaranya kekal selama
Sayang mengukir cinta di pasir pantai
Bila musim berubah
Kiranya ukiran itu di landa ombak
Terpadam dari pengelihatan
Usahlah terpadam juga di hati
Kekalkan ukiran cinta itu
Kita telah bersama berjanji
Kita sanggup bersama mati
Cinta kita cinta sejati .
insan biasa
2.11.11
Selasa, 1 November 2011
INSAN SEPERTI MU
Insan Seperti Mu
Tika aku dalam kesepian
Tika aku dalam ke piluan
Tika aku dalam kelesuan
Aku bertemu diri mu
Cintaku yang telah terpadam
Tiba-tiba bernafas kembali
Aku bagai musafir di gurun
Dahaga sepanjang musim
Aku bagai bertemu tasik yang jernih
Di pinggirnya di bina mahligai kasih
Sekelilingnya taman yang indah
Sekali-kali tidak ku sangka
Mungkinkah aku di duga
Itu hanya fatamorgana
Andai ini satu kenyataan
Andai kau rela memberikan cinta
Ingin aku berkata
Inginku persembahkan padamu
Inilah cinta terakhir dariku
Sudah lama aku mencari
Insan seperti mu
Kaulah insan itu.
insan biasa
1.11.11
Kuala Lumpur.
SALAM LEBARAN
LEBARAN
Lebaran semakin menjelma
Rinduku semakin menusuk jiwa
Oh !! sayang entah di mana
Bilakah akan tiba
Detik yang membawa bahagia .
insan biasa
Lebaran semakin menjelma
Rinduku semakin menusuk jiwa
Oh !! sayang entah di mana
Bilakah akan tiba
Detik yang membawa bahagia .
insan biasa
Isnin, 31 Oktober 2011
Sayanglah Kekasihku
Sayanglah Kekasihku
Langkah-langkah yang berlalu
Lorong-lorang kepayahan
Ceritera yang sukar di lupakan
Izinkan dia datang
Sebagai kamus ilmuan
Mengajar diri tentang kehidupan
Mengajar diri mengenali cabaran
Mengajar diri tentang makluk bernama insan
Masih ada cinta
Masih ada kasih sayang
Masih ada rindu
Subur dengan kejujuran
Sayang ...
Pertemuan ini
Biar tanpa melihat rupa
Biar tanpa menyentuh tubuh
Biar tanpa menghidu bau
Kata hati yang pasti
Kaulah kekasih yang ku temui
Tersenyum di dalam mimpi
Kadang menangis di dalam realiti
Ku layari asmara ini
Bagai nelayan tersendiri di lautan sepi
Di lambung gelombang hari ke hari
Sayang tetap di hati .
insan biasa
31.10.2011
Kuala Lumpur .
Langkah-langkah yang berlalu
Lorong-lorang kepayahan
Ceritera yang sukar di lupakan
Izinkan dia datang
Sebagai kamus ilmuan
Mengajar diri tentang kehidupan
Mengajar diri mengenali cabaran
Mengajar diri tentang makluk bernama insan
Masih ada cinta
Masih ada kasih sayang
Masih ada rindu
Subur dengan kejujuran
Sayang ...
Pertemuan ini
Biar tanpa melihat rupa
Biar tanpa menyentuh tubuh
Biar tanpa menghidu bau
Kata hati yang pasti
Kaulah kekasih yang ku temui
Tersenyum di dalam mimpi
Kadang menangis di dalam realiti
Ku layari asmara ini
Bagai nelayan tersendiri di lautan sepi
Di lambung gelombang hari ke hari
Sayang tetap di hati .
insan biasa
31.10.2011
Kuala Lumpur .
Sabtu, 29 Oktober 2011
MAUKAH SAYANG
MAUKAH SAYANG
Keberanian yang berdebar
Ku bisikkan hasrat hati
Salam hati kepada hati
Maukah sayang mengerti
Sebuah cinta bagai misteri
Tidak pernah kita bertemu di alam realiti
Padaku cinta bersimpul mati
Setiap ketika sayang ku rindui
Maukah sayang sudi
Menerima cintaku sejujur hati
Kita bertemu nanti
Di gerbang asmara yang suci
Membawa sayang menjadi suri
Membawa aku menjadi suami
Begitu lama aku belayar di laut suram
Aku mahu berlabuh di jeti ini
Menikmati indahnya panorama ombak dan pantai
Menikmati mesranya bayu menyentuhi jiwa.
insan biasa
Kuala Lumpur
29.10.2011.
Label:
maukah sayang
Khamis, 27 Oktober 2011
ILUSI HATI
ILUSI HATI
Petang ini
Aku di taman ini
Sepi tanpa penghuni
Sepi tanpa wajah insani
Hujan baru berhenti
Aku sendiri
Langkahku berhati-hati
Jalan licin merbahayakan diri
Suara bayu berbisik tanpaku mengerti
Cuaca redup tanpa sinar mentari
Entah apa yang ku cari
Dalam suasana begini
Tiada indah yang ku temui
Aku berbicara dengan ilusi
Aku berbicara dengan hati
Air di kolam Taman Bukit Jalil jernih suci
Ku lihat anak-anak ikan berlari-lari
Di kejar ikan-ikan besar berlagak gergasi
Satu kiasan kehidupan realiti
Insan yang lemah pandai-pandailah bawa diri
Agar tidak mati sebelum mati
Kau yang ku kasihi
Di manakah dikau di saat begini
Andai kau bersama di sini
Indah ceria taman ini
Bunga-bunga menjadi harum dan berseri
Ku sunting kau tanpa bertangguh lagi
Malam bukan lagi berteman mimpi
Siang bukan lagi berteman ilusi
Syahdulah cinta dari hati ke hati.
insan biasa
27.10.2011
Kuala Lumpur.
Label:
ilusi hati
Rabu, 26 Oktober 2011
PELABUHAN
PELABUHAN
Di sana banyak kapal berlabuh
Di sana masih ada perahu berdayung
Tika matahari petang
Kanak-kanak berlari riang
Ayah ibu membilang waktu
Tidak selamanya di situ
Mengajak pulang di pintu senja
Telatah anak-anak buat mereka tersenyum
Syahdu mengenang cinta kekal di kalbu
Si kecil itu lambag kasih berpadu.
Aku tersendiri berilusi
Basah kakiku di sentuhi ombak
Sejuk tubuhku di belai udara Selat Melaka
Mentari di Tanjung Harapan semakin terbenam
Ku tunggu wajahmu menjelma
Tapi kau hadir di dalam angan sahaja
Kau tiada di alam nyata.
Bukan salah mu sayang
Tiada janji kita bertemu di situ
Tidak ada keajaiban terjadi
Aku hanya menanti
Dalam kerinduan yang tidak pasti
Bersama cinta di hati
Sayangnya engkau tidak ketahui.
Biarkanlah engkau tidak mengerti
Aku teramat tersiksa
Andainya sayang berkata tidak sudi
Lalu aku memilih laluan ini
Aku terus berada dalam wilayah cinta
Biarpun bagai fantasi
Biarpun aku tidak memiliki
Moga berbahagialah kau wahai puteri.
insan biasa
26.10.2011
Kuala Lumpur .
Label:
Tanjung Harapan
Salam Kasih
SALAM KASIH
Salam kasih dari ku
Di manapun kita
Kita bersama di hati
Rindu penyataan cinta
Berbicara dalam jiwa
Betapa syahdunya asmara ..
I LoVe YoU ...
insan biasa .
Ahad, 23 Oktober 2011
PENANTIAN
PENANTIAN
Malam ....
Kau datang lagi seperti biasa-biasanya
Menjadi cermin penjara rindu yang hitam
Aku lemas dalam kegelapan
Dalam terharu
Masih ada kasih sayang di hatiku
Dalam pilu
Masih ada cinta di hatiku
Menanti kata sudimu
Mungkinkah kau sudah lupakan aku.
insan biasa
Kuala lumpur
23.10.2011 .
Jumaat, 21 Oktober 2011
EMBUN DAN PELANGI
EMBUN DAN PELANGI
Senja kian hampir
Akan ku harungi malam
Duhai embun
Andai kita bertemu nanti
Akan ku ceritakan padamu tentang pelangi
Pernah aku melihatnya
Seketika dan pergi
Kau sering merindu
Kerana di duniamu
Tiada pelangi yang dapatkau temui
Lalu kau sering bermadah
Indahnya warna pelangi dalam ilusi.
insan biasa
Kuala Lumpur
21.10.2011 .
Label:
EMBUN DAN PELANGI
Khamis, 20 Oktober 2011
Sayang
Sayang
Di Kuala lumpur
Malam ini rintik-rintik hujan
Ingin ku bawa ke alam fikirku
Menjadi renjisan air mawar
Melambangkan syahdunya percatuman dua cinta
Bersanding di pelamin yang indah
Namun apa yang terjadi
Hujan yang menitis ini
Menjadi air mata kepiluan
Di saat-saat begini rindu menikam kalbu
Luluh hancur hati sedang merayu
Mengharap kasihmu
Mengharap sayangmu
Kini semakin berlalu ...
insan biasa
8 10 malam
20.10.2011.
Ahad, 16 Oktober 2011
SALAM RINDU
SALAM RINDU
Bayu yang lembut bertiup
Ku kirim salam kasihku pada dia
Usah kau cicirkan rinduku di malam yang kelam
Agar dia sentiasa tahu..
Aku sayangi dan cintai dia.
insan biasa
16.10.2011
malam
Kuala lumpur
Label:
salam rindu
Hingga Ke Hujung Nafas
Hingga Ke Hujung Nafas
Tersenyum kau di sisi
Hanyalah kenangan yang telah pergi
Menjadi mayat yang telah di kebumi
Yang tinggal batu nisan tanda mati
Di saat kau berlalu
Jiwaku bagai kaca-kaca pecah
Menikam hati tanpa simpati
Tak terhenti berdarah kalbu
Lihatlah sayang
Pohon bunga di atas kuburan
Kuntum-kuntum yang harum berkembang
Bagai harumnya di saat kita bersama
Kini di saat aku tersendiri
Bagai ada bisikan seni
Memanggil aku kembali ke saat bahagia
Alam tika kita syahdu bercinta
Namun itu hanya hayalan sahaja
Seorang pujangga rindu
Memujuk hati yang pilu
Untuk menghentikan linangan air mata
Tapi sebenarnya yang berlaku
Air mata mengalir semakin laju
Akulah pujangga itu
Tersingkir di sudut alam kerinduan
Lusuh potret mu di genggamanku
Menjadi sahabat menuju ke nafas akhirku.
insan biasa
16.10.2011
Kuala Lumpur .
Jumaat, 14 Oktober 2011
BUKAN MILIKKU
BUKAN MILIKKU
Matahari hampir terbenam di ufuk barat
Indah pemandangan andai berada di tepian pantai
Melihat matahari lena dalam malam
Melihat bulan menjelma di hiasi bintang -bintang
Namun kini aku di pinggir kota
Melayan kenangan ku
Satu ketika aku pernah saksikan keindahan itu
Menjadi satu kiasan alam
Satu ketika aku pernah di kasihi dan di sayangi
Tapi saat itu telah pergi
Di hanyut keganasan arus dunia
Tinggal aku di wilayah gersang ini
Merayu cinta yang tiada
Seketika lagi
Aku dan bayang-bayang
Di selimuti warna kegelapan
Neon malam yang bercahaya bukan milikku .
insan biasa
Kuala Lumpur
14.10.2011 .
Label:
BUKAN MILIK KU
Khamis, 13 Oktober 2011
Kesepian malam
Kesepian Malam
lorong malam ini
membawa aku ke alam yang amat sepi
hatiku tersendiri menanti kepastian
bayang-bayang mu kian hilang
kasihku semakin merindu.
insanbiasa
13.10.2011
Rabu, 12 Oktober 2011
FATAMORGANA RINDU
FATAMORGANA RINDU
Terasa damai jiwa di sudut petang ini
Bayu menyentuhi manja tubuhku
Bagai salam cinta darimu
Mencium hatiku yang kesepian
Benarkah ilusiku
Atau hanya fatamorgana
Bayangan rinduku pada mu
Seketika bagai warna pelangi
Akan hilang bersama senja yang kelam.
insan biasa
12.10.2011
Kuala Lumpur .
Label:
Fatamorgana
Selasa, 11 Oktober 2011
CINTA DI HATI
CINTA DIHATI
Sayang ..
tika dikau dalam kebahagiaan
aku kau lupakan
tapi tika kau kesusahan
datanglah padaku
akulah kekasih hatimu
tidak pernah rasa cinta di kalbu ku terhakis
hingga hujung nyawaku cinta itu tetap di hati
janganlah kau musnahkan dirimu di landa kecewa
jangan kau hinakan dirimu
jangan kau pilih lorong bernoda
kau berfikir kau tiada siapa-siapa lagi di dunia ini
tapi kau terlupa
kau punyai aku .
insan biasa
11.10.2011
Kuala Lumpur .
Label:
CINTA DI HATI
Sabtu, 8 Oktober 2011
ASMARA MURNI
ASMARA MURNI
Ku genggam bayang -bayang kasih
Ku simpan dikamar rindu hati
Ku bermohon agar cintamu jujur dan sejati
Berganding dengan cintaku yang tulus suci .
insan biasa
8.10.2011
Kuala Lumpur .
Label:
asmara murni
Khamis, 6 Oktober 2011
ILUSI SYAHDU
ILUSI SYAHDU
Manis potret senyumanmu
Mendebar asmara di jiwaku
Murni hati bicara budimu
Membara rindu cinta di hatiku
Terbanglah sayap maya
Temukan sayangku dengan sayangmu
Izinkan kasihku bersama kasihmu
Lena di kamar malam yang syahdu ...
insan biasa
6.10.2011
Kuala Lumpur .
Label:
ilusi syahdu
MATI
MATI
M
A
T
I
Satu ejaan berbunyi mati
Tercatat dalam kamus hidup ini
Duhai diri selalulah ingati
Saat itu akan di temui
Kembali menemui Ilahi
Dosa dan pahala akan di adili
Neraka dan syurga sedia menanti
M
A
T
I
Satu ejaan berbunyi mati
Mati .
insan biasa
6.10.2011
Kuala Lumpur .
Rabu, 5 Oktober 2011
SALAM CINTA
SALAM CINTA
Oh ! angin malam yg setia di laman rinduku
Bawalah salam kasih sayangku padanya
Berbisiklah pada hatinya
Aku sangat cinta ....
insan biasa
5.10.2011
Kuala Lumpur .
Selasa, 4 Oktober 2011
BERBICARA DENGAN ILUSI
BERBICARA DENGAN ILUSI
Di suatu senja
Di sebuah jeti
Pernahkah dulu kita berjanji
Mungkinkah aku hanya bermimpi
Untuk bertemu di sini
Lalu aku tersendiri menanti
Tiada arahmu untuk ku cari
Dalam kesamaran malam
Ku lihat lautan bergelombang
Terasa hatiku bagai di hempas gelora
Langit gelap berawan
Tiada sinar bulan bintang
Terasa harapan semakin suram
Perlukah aku terus berilusi di jeti ini
Biarpun dikau entah di mana
Namun dirimu ada di hati .
insan biasa
4.10.2011
Kuala lumpur .
PERINDU MERINDU
PERINDU MERINDU
DI jiwa ada rasa kasih
Di kalbu ada rasa sayang
Begitulah cinta dari hati
Begitulah aku perindu merindu
Sayanglah bintang cintaku
Sedang waktu berlalu
Aku menyebut -nyebut namamu
Terdengarkah rayuanku di hatimu
Terbayang wajah manjamu tersenyum
Untuk siapa senyuman itu
Moga itu senyuman jiwamu
Moga itu untuk jiwaku
Indahnya alam khayalan
Namun aku tersingkir di sudut kenyataan .
insan biasa
4.10.2011
Kuala Lumpur .
Label:
perindu merindu
Isnin, 3 Oktober 2011
REALISASI KEINDAHAN ILUSI
REALISASI KEINDAHAN ILUSI
Ku jelajahi hari bersama rindu di hati
Dikau ingin ku temui
Kembara ku dari dinihari
Matahari kian meninggi
Dikau terus tersembunyi
Bagai sinar di balik awan tertutup rapi
Kadang aku bertanya pada hati
Perlukah aku terus mencari
Menulis bait bait puisi
Bermadah merayu lagi dan lagi
Bagai pelaut mendayung di lautan sepi
Dalam gelombag bergulung tinggi
Terus bersabar menanti
Hingga bersatu di pelabuhan murni
Merealisasi keindahan ilusi .
insan biasa
3.10.2011
Kuala Lumpur .
Label:
REALISASI KEINDAHAN ILUSI
Ahad, 2 Oktober 2011
SUARA JIWA
SUARA JIWA
Malam hitam yang pilu
Berlalulah dariku
Luka jiwaku terlalu pedih
Di selimuti titis embun yang membisu
Teringin aku mendengar suaramu
Selembut bait bait catatan hatimu
Tahukah dikau ..
insan biasa
2.10.2011
Kuala lumpur
Label:
suara jiwa
RASA JIWA
RASA JIWA
Petang Di Kuala Lumpur
Cuaca redup dan angin bertiup dingin
Aku tersendiri di pinggiran keriuhan kota
Di ruang ini aku menyatakan rasa jiwa
Rasa rindu yang membara
Rasa kasih dan sayang sentiasa
Rasa ketulusan cinta
Buat dikau yang ku puja -puja
Tidak pernahkah sayang terasa
Seperti apa yang aku rasai
Alangkah indahnya hidup ini
Andai sayang memahami
Dan sayang berkata sudi
Angan menjadi realiti
Dan asmara bukan lagi mimpi .
insan biasa
2.10.2011
Kuala Lumpur .
Duhai Insan Biasa
Salam sejahtera buat semua ..
Moga damai bahagia selalu di mana pun kalian berada .
Sekadar mengingatkan diriku
Aku insan biasa
Sering di goda
Sering di cabar
Noda noda yang berbisa
Duhai hati
Bercintalah dengan setia
Berkasihlah dengan rela
Dengki khianat usah menguasai jiwa
Ingatlah hidup ini hanya sementara
Akhiratlah kekal selamanya ...
Jangan pernah lupa
Sesungguhnya Tiada Tuhan Melaikan Allah
Dan Nabi Muhammad Itu Pesuruh Allah .
insan biasa
2.10.2011
Kuala Lumpur .
KHAYALAN CINTA
KHAYALAN CINTA
Ku lewati dunia yang sepi
Ku cari damai hati
Langkahku yang tersendiri
Tiba tiba aku terhenti
Melihat bayang -bayang pelangi
Aku terlena dalam keletihan sanubari
Mungkin aku telah bermimpi
Bercinta dengan gadis ku cintai
Berasmara di alam ilusi
Di alam nyata tiada realiti .
insan biasa
2.10.2011
Kuala Lumpur .
Sabtu, 1 Oktober 2011
MENCINTAIMU
MENCINTAIMU
Semalaman aku di kebun rindu
Tumbuh pelbagai bunga bermadu
Taman itu bagai bayu berlalu
Tetap kekal di ingatanku
Detik detik wajahmu berlalu
Aku di penjara pedih pilu
Aku terus mencarimu
Mungkin aku tidak layak memilikimu
Namun andai kita bertemu
Inginku katakan sesuatu untuk kau tahu
Hatiku amat mencintaimu
Di manakah kau kekasih mimpiku .
insan biasa
1.10.2011
kuala lumpur .
Label:
MENCINTAIMU
Jumaat, 30 September 2011
MIMPI CINTA
MIMPI CINTA
Selamat pagi .....
Oh ! tiba2 dah pagi
Cepatnya malam berlalu
Indahnya mimpi bertemumu
Embun syahdu mewangi membasahi kamar rinduku
Datangkah mimpi itu di alam realiti
Kejujuran cinta kemurnian asmara
Sungguh mendamaikan jiwa
Menjadi kenangan sungguh indah
Tidak mungkin luput dari kalbu .
insan biasa
30.9.2011
Kuala Lumpur .
Label:
mimpi cinta
MIMPI CINTA
MIMPI CINTA
Selamat pagi .....
Oh ! tiba2 dah pagi
Cepatnya malam berlalu
Indahnya mimpi bertemumu
Embun syahdu mewangi membasahi kamar rinduku
Datangkah mimpi itu di alam realiti
Kejujuran cinta kemurnian asmara
Sungguh mendamaikan jiwa
Menjadi kenangan sungguh indah
Tidak mungkin luput dari kalbu .
insan biasa
30.9.2011
Kuala Lumpur .
Label:
mimpi cinta
Khamis, 29 September 2011
SAYANG
SAYANG
Tidurku di datangi mimpi
Jagaku berteman khayalan
Dirimu terbayang -bayang
Mahukah sayang memahami
Sayang tersangat aku cintai
Kasihku dari kalbu
Sayangku dari seluruh sanubari
Jelita wajah mu sering di puji
Baik hatimu memikat hati
Kiranya ada relamu
Datanglah di alam asmaraku
Di alam itu kejujuran bertemu
Membina cinta yang syahdu .
insan biasa
29.9.2011
Kuala Lumpur .
JANDA SEPI
JANDA SEPI
Di sudut yang sunyi
Perlu apa di tangisi
Wilayah indah sedang menanti
Kuatkan hati mencari
Moga bertemu kedamaian sanubari
Kenangan berlalu sukar di lupai
Jadikan dia guru sejati
Kamus pedoman pelayaran hidup ini
Cinta perlu apa di benci
Masih ada kasih yang murni
Mesranya sayang milik insani
Merindu kejujuran hati .
insan biasa
29.9.2011
Kuala Lumpur .
Label:
Janda sepi
LESTARIKAN CINTA
LESTARIKAN CINTA
Sering ku lafazkan kata sayang
Sengaja aku tidak menyebut namamu
Agar dikau yang merasai
Agar kasih dan sayang lebih berseni
Hadir tersendiri dalam diri
Sayangku ...
Rupamu sungguh jelita
Kemurnian hatimu aku tergoda
Mesra bicarmu aku terpesona
sayangku ...
Lestarikanlah cintaku ini
Andai sayang sudi
Ingin ku sentuhi dengan deria hati
Manja asmaramu di kamar pengantin yang murni
Biar gelora rindu seluas lautan membiru
Tersenyum berbisik syahdu .
insan biasa
29.9.2011
Kuala lumpur .
BENCILAH ASMARA DURJANA
BENCILAH ASMARA DURJANA
Duhai aku insan biasa
Duhai insan yang terlupa
Usah kau bawa rupa mencari dosa
Bawalah hatimu mengutip pahala
Hidup ini hanya sementara
Akhirat jua kekal selama
Buat apa rindu bercinta
Andai asmara ceritera durjana
Lihatlah di sini di sana
Bayi dan uri di cicir merata -rata
Kenapa di tanya salah siapa
Belajarlah cara menjauhinya
Bacalah Kitab Yang Mulia
Juga sunah jangan di cerca .
insan biasa
29.9.2011
Kuala Lumpur .
Rabu, 28 September 2011
KALAU BERCINTA
KALAU BERCINTA
Indahnya bunga di sudut pagi
Ramainya yang bermadah merayu sudi
Bunga dikau hati-hati
Moga harum manismu tidak di khianati
Perlulah kau ingati
Bila matahari condong nanti
Fizikal mu tak kekal seperti pagi
Yang kekal keindahan hati
Pilihlah cinta yang sejati
Jangan tergoda termakan puji
Berwaspadalah menerima cinta
Andai cinta kerana wajahmu yang jelita .
insan biasa
28.9.2011
Kuala lumpur .
Label:
KALAU BERCINTA
Dik ...
Dik ...
Kau cantik
Kau manja
Kau pandai berbicara
Pasti kau di puja -puja
Perkertimu yang indah
Buat hati tergoda
Inginku persembahkan cinta
Andai adik tidak berpunya
Andai adik sudi menerima
Kasih dan sayang ku buat adik selamanya
Terbayang mesranya asmara
Terjalin cinta perkenalan pertama .
insan biasa
28.9.2011
Kuala lumpur .
Selasa, 27 September 2011
RINTIHAN JIWA
RINTIHAN JIWA
Inginku penjarakan rasa rindu
Namun tiada dayaku
Rindu terus mengalir bersama denyut nafasku
Kasih dan sayang bertemu dalam khayalan
Cinta menangis dalam kesayuan
Syahdu asmara tiada di alam kenyataan
Sering kalbu ku merayu -rayu
Tapi jawapan tidak aku temui .
insan biasa
4 20 petang
27.9.2011
Kuala Lumpur .
Label:
RINTIHAN JIWA
DUHAI SAYANG
DUHAI SAYANG
Bila berada di larut malam
Jiwaku melayang -layang
Aku kesepian tanpa wajah kasihmu
Hanya impian menjadi bayang -bayang
Di mana kau Sayang
Kau bagai bayu berlalu
Tanpa rupa tanpa suara
Menresapi keseluruh nafas cinta ku
Aku terus tercari -cari dirimu .
insan biasa
1 10 pagi
27.9.2011
Kuala Lumpur .
Label:
duhai sayang
Isnin, 26 September 2011
MIMPI CINTA
MIMPI CINTA
Burung terbang petang itu
Adalah layang -layang rinduku
Terbang bermain bayu di pinggir senja
Adalah kasih sayangku
Mencari -cari pelangi yang kian hilang
Di iringi seloka riang -riang menyambut malam
Kegelapan berlatar hitam
Biar tanpa indah cahaya bulan
Biar tanpa kerdipan bintang -bintang
Namun mengharap titis embun syahdu menyirami kalbu
Mendamaikan ketandusan asmara
Mendenyutkan nafas kejujuran cinta .
insan biasa
5 30 petang
26.9.2011
Pinggiran Sungai Klang
Kuala Lumpur .
ANTARA KITA
ANTARA KITA
Siapa dengan sengaja
telah berjanji untuk setia
Siapa telah berubah hati
dengan rasa rela
kejujuran sanggup di khianati
Siapakah akan menyesali
bila kenangan telah di insafi
Hidup ini bagai nelayan
cabaran adalah gelombang
andai terminum manisnya godaan
racun di sangkakan santapan
berdayung salah haluan
Mungkin tenggelam di dasar lautan .
insan biasa
7 10 pagi
26.9.2011
Pinggiran sungai Klang
Kuala Lumpur .
Ahad, 25 September 2011
CINTA ANTARA KITA
CINTA ANTARA KITA
Siapa di antara kita setia merindu
Pun tak pasti kita akan bertemu
Terus bermimpi dalam bayang bayang asmara syahdu
Percintaan dua kalbu di talian duka dan pilu
Bermandi air mata ke hujung nafas kian layu
Tanpa suara namun lidah terus merayu .
insan biasa
25.9.2011
9 00 mlm
Pinggiran sungai Klang
Kuala Lumpur .
Label:
CINTA ANTARA KITA
Sabtu, 24 September 2011
JANJI HATI
JANJI HATI
Lorong rindu yang sering di lalu
Semakin malap dan gelap
Duri -duri kecil semakin besar dan tajam
Adalah hiasan dinding yang kejam
Jalan licin bertatah kaca berserakan
Titis darah kasih dan sayang bertaburan
Seluruh ruang basah di banjiri racun berbisa
Bersedia menyentuh luka -luka di badan
Untuk meresap keseluruh denyut nadi
Menyeksa jiwa cinta menangis duka
Jatuh berdiri di lorong ini
Tiada niat untuk berhenti
Begitulah janji hati
Rela terkorban di sini
Berusaha dan berdoa tetap di gagahi
Hingga nyawa bertemu mati .
insan biasa
24.9.2011
10 25 pagi
Pinggiran Sungai Klang
Nusantara .
Label:
janji hati
Jumaat, 23 September 2011
MAWAR
MAWAR
Mawar yang jelita
Tika malam yang begini
Wangianmu terasa begitu hampir
Sungguh tersangat harum menusuk jiwa
Dan hati terus berkata -kata
Bertanya setiap ketika
Dikau milik cinta siapa
Alangkah bertuahnya
Siapa yang berada di hati mu
Mesra budimu mendamai kalbu
Terlalu ingin aku menjadi insan itu
Sedang aku terus merayu
Sedang aku terus merindu .
insan biasa
10 15 malam
Pinggiran Sungai Klang
Nusantara .
DUHAI MAWAR
DUHAI MAWAR
Sekuntum mawar
Terpisah dari tangkai pagi
Pudar warna
Kelopak tercalar
Terpercik darah di sudut hati
Kemana kau ingin renangi waktu
Membawa luka pilu
Apa yang kau temu
Hanyirnya bau di bawa bayu
Hentikanlah keresahan jiwa mu
Sudilah kau menjelma di bayangan perindu
Menunggumu di kamar asmara syahdu
Suburkan bumi cinta yang kontang
Bagai cendawan tumbuh selepas hujan
Mekarkan kejujuran di sanubari
Murnilah hati keturunan Adam dan Hawa .
insan biasa
10 00 pagi
23.9.2011
Pinggiran Sungai Klang
Nusantara .
Rabu, 21 September 2011
KAU BERLALU
KAU BERLALU
Aku termanggu sendirian
Di pinggiran Sungai Klang
Sedang arus mengalir lesu
Terpancar kilauan suluhan lampu di muara
Kusangka bayang bulan di air
Rupanya bulan di tutupi awan kelabu
Langit tidak kelihatan biru
Burung malam terbang
Hilang dalam warna kehitaman
Nyanyian si pungguk
Kuharap menjadi teman rindu
Rupanya menambah pilu jiwaku
Bila bayang -bayangmu
Kauhalang dari menemui mimpi kalbuku .
insan biasa
21.9.2011
10 00 malam
Pinggiran Sungai Klang
Nusantara .
KEMBARA RINDU
KEMBARA RINDU
Dirimu awan mengukir sekebun bunga
Indahnya taman langit biru bersulam putih
Kutumpang sayap bayu
Terbang kelamanmu
Tingginya mahligai pesona dirimu
Tidak tercapai buatku insan biasa
Separuh perjalananku
Mega kelabu menutup lorang untuk ku lalu
Sempit semakin sempit
Titis hujan mulai berderai
Perlambangan harapan cintaku terkulai
Aku hanya miliki rindu yang tak tercapai .
insan biasa
10 15 pagi
Pinggiran Sungai Klang
Wilayah Nusantara .
Selasa, 20 September 2011
Nota Cinta
Nota Cinta
Malam ...
Alirkan salam ingatanku
Rinduku ...
Tembuskanlah kegelapan yang hitam
Sentuhi hatinya dengan rasa kasih dan sayang .
insan biasa
Pinggiran Sungai Klang
10 50 malam
20.9.2011 .
Selamat Pagi
Selamat pagi ...
Tenanglah duhai hati
Ceriakan hidup ini ....
Walau tiada cinta yang sudi di saat ini
Moga seketika lagi bertemu cinta yang di cintai ...
insan biasa
Isnin, 19 September 2011
AKULAH ITU
AKULAH ITU
Pemotong rumput itu
Itulah aku
Tika kau di jendela rumahmu
Pernah kau tersenyum padaku
Apakah ertinya tidakku fahami
Tika itu basah bajuku di banjiri peluh
Di bawah panas matahari
Aku dahagakan secawan air putih
Tapi aku diamkan suaraku
Tidak layak rasanya
Untuk aku menyentuhi cawanmu yang bersih
Seharian aku dan rumput
Kelihatan tanganku kotor .
insan biasa
10 55 mlm
19.9.2011
Pinggiran Sungai Klang .
HANYA AKU
HANYA AKU
Diriku semakin jauh dari sudut hatimu
Berbeza sekali dengan hatiku
Dirimu semakin erat dalam kasih cintaku
Tibakah satu ketika
Ingatanmu padaku sudah tiada
Kenangan hanya ada padaku
Menemani ke hujung usia .
insan biasa
19.9.2011
10 30 mlm
Pinggiran Sungai Klang .
MENANTI ASMARA PURNAMA
MENANTI ASMARA PURNAMA
Wanita ...
Damailah kau di sana
Biar kita jauh di mata
Namun di hati kita bersama
Gelora di hati mu
Gelora di hatiku jua
Kitalah pelayar di lautan cinta
Ribut rindu melanda jiwa
Begitulah kasih sayang yang menggoda
Bersabarlah cinta menanti asmara purnama .
insan biasa
5 30 petang
19.9.2011
Pinggiran Sungai Klang .
Khayalan
Khayalan
Di persisir pantai
Tempat berakhirnya ombak
Aku ingin berbaring di pasir yang putih
Aku mahu mendendar ombak berbisik
"Aku cinta padamu"
Biarpun bisikan itu bukan untukku
Aku syahdu mendengarnya
Kerana wajahmu sering terbayang
Terasa itulah suaramu Sayang
Aku tahu itu hanya khayalan
Namun khayalan itu
Membawa aku ke dunia kedamaian .
insan biasa
2 30
19.9.2011
Pinggiran Sungai Klang
PERTANYAAN JIWA PADA JIWA
PERTANYAAN JIWA PADA JIWA
Selamat pagi ...
Udara berhembus sejuk
Titis hujan menyirami bumi Kuala lumpur
Bagai titis air mata tangisan hati
Insan yang di kecewa cintanya ..
Oh ! di manakah kalian ?
Duhai sahabat dan kesayangan cinta ....
Masihkah ingat pada ku
Atau diriku telah terlontar jauh dari ruang kasih hati mu
Dan aku bagai pujangga merindu ...
insan biasa
9 15 pagi
19.9.2011
Pinggiran Sungai Klang .
Ahad, 18 September 2011
Tanpa Kau Tahu
Tanpa Kau Tahu
Sekuntum kasih di tasik biru
Itulah cintaku
Jauh dari pandanganmu
Mekar wanginya rindu merindu
Inginku persembahkan pada sayangmu .
insan biasa
3 40 pagi
18.9.2011
KL.
Langgan:
Catatan (Atom)