Cinta

Dari jiwa dan raga setiap insan ,
bukan hanya melahirkan cinta pada seorang kekasih ,
cinta juga boleh lahir untuk semua makhluk Allah .

Cinta Yang Paling Utama ,
Cintailah Allah Yang Maha Suci .


Buat kalian ...

Apa saja dari blog ini, andai di ambil tanpa kebenaran,
saya tidak halalkan. Kalian di benarkan link blog ini . Selamat membaca , melihat dan mendengar .. Terima kasih .
Memaparkan catatan dengan label Mati. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mati. Papar semua catatan

Khamis, 6 Oktober 2011

MATI

MATI

M
A
T
I
Satu ejaan berbunyi mati
Tercatat dalam kamus hidup ini
Duhai diri selalulah ingati
Saat itu akan di temui
Kembali menemui Ilahi
Dosa dan pahala akan di adili
Neraka dan syurga sedia menanti
M
A
T
I
Satu ejaan berbunyi mati
Mati .

insan biasa

6.10.2011
Kuala Lumpur .

Jumaat, 12 Mac 2010

Nenek

Kuala Lumpur .
Malam tadi ...
lebih kurang pukul 4 pagi .
Jiran ku , seorang nenek meninggal dunia ,
Kembali menemui Illahi ...
Semoga rohnya dirahmati Illahi .

Ingatkan diri ku bahawa kematian pasti akan datang .......
Kita tidak tahu saatnya .... Bila ????????


Mati

Kau hampir dengan ku
Nenek jiran ku yang mati .

Dekatnya dengan ku .

Dalam rumah penuh sanak saudara
Membaca ayat suci
Di halaman ramai berkumpul
Bersedia untuk pengurusan jenazah .

Nanti akan dikebumikan
Berdoa moga dirahmati Illahi ...

Tuhan ku .

Kematian ku juga pasti
Permudahkanlah aku
Menjadi hamba Mu yang taat
Pada hukum Mu .



insan biasa .










Khamis, 4 Mac 2010

Salam Sejahtera Untuk Semua .

Salam sejahtera untuk semua


Salam cinta penuh kerinduan untuk dia
Salam persaudaraan untuk anda .

Semoga Tuhan memberi kesejahteraan untuk kita .

Tiba tiba aku amat teringat ...
Hidup ini hanya sangat sementara
Akhirat jua kekal selama lamanya .

Setiap melihat matahari pagi
Setiap itu usia bertambah lagi
Setiap denyut nadi
Makin hampir saat mati .

Terbayang bayang di ruang fikir .

Insan yang berpisah nyawa dari badan
Dimandikan
Dikafan
Disolatkan
Dikuburkan .

Amalan baik dan amalan buruk di dunia
Diadili Illahi
Pasti mendapat pembalasan .



Insan Biasa
Kuala Lumpur .






Isnin, 22 Februari 2010

Beramal sebelum tiba 5 perkara


Beramallah


Ambillah kesempatan pada 5 perkara
Sebelum tiba 5 perkara .

Sihat sebelum sakit .

Kaya sebelum miskin .

Lapang sebelum sempit .

Muda sebelum tua .

Hidup sebelum mati .

Kesempatan itu ialah megikut suruhan Tuhan
Dan meninggalkan larangan Tuhan .

Andai aku ada gambar mayat sedang dikafankan
Pasti ku letakkan disini .
Sayangnya aku tiada gambar itu
Tapi gambar itu anda boleh bayangkan dalam fikiran .

Kematian adalah sesuatu yang pasti .

Syurga dan neraka juga sesuatu yang pasti .



Insan Biasa . Kuala Lumpur .







Rabu, 10 Februari 2010

Doa


Doa


Tuhanku
Pintaku pada Mu .

Damaikan hatiku
Murnikan hati ku
Aku rindu mendekati cinta mu .

Terasa berbayang cintaku
Maha besar maha mulia cintaMu
Tidak terkira bilangan dan waktu .

Semoga cintaku pada Mu
Tidak lalai ternoda
Diusik cintaku pada kejadian Mu .

Moga tiap waktu
Temukanlah aku pada Mu
Aku lemah membilang waktu
Sedang aku membilang hari
Pertemuan yang pasti
Hidup pasti menemui mati .



Insan Bias
Kuala Lumpur
10.2.2010 .