Cinta

Dari jiwa dan raga setiap insan ,
bukan hanya melahirkan cinta pada seorang kekasih ,
cinta juga boleh lahir untuk semua makhluk Allah .

Cinta Yang Paling Utama ,
Cintailah Allah Yang Maha Suci .


Buat kalian ...

Apa saja dari blog ini, andai di ambil tanpa kebenaran,
saya tidak halalkan. Kalian di benarkan link blog ini . Selamat membaca , melihat dan mendengar .. Terima kasih .

Rabu, 28 Mac 2012

Mencintai

Mencintai

Aku bukan menanti bulan
aku rindukan awan
moga dia akan hadir dengan ketulusan kasih
bagiku dia lah terindah sepanjang hayatku
turunlah hujan asmara syahdu
membasahi bumi rindu yg sedang kontang
akulah pujangga tidak bernama
selamanya mencintai dirimu ...

insan biasa ( maret2012 )

Cinta

Cinta

Tidak perlu aku bertemu dgnmu
untuk berkata cinta
kerana cintaku bukan kerana usia rupa dan harta
cintaku padamu lahir dalam jiwa
bila aku melafazkan cinta
itu adalah lafaz hati
tiada syarat untuk cintaku
dengarlah Sayang ..
aku telah cinta padamu
andai sayang juga mencintai aku
aku ingin cinta itu juga tanpa syarat
bertemulah cinta kita dalam kamar rindu
daerah asmara yang sangat syahdu
buat Sayang dan aku
terbang dalam alam kasih dan sayang
belayar dalam lautan asmara
mengembara di dunia percintaan.

insan biasa
27Maret2012

Selasa, 27 Mac 2012

Kenyataan Dan Pertanyaan

Kenyataan Dan Pertanyaan

Sayang kerana rupa adalah pura-pura
Sayang kerana harta adalah dusta
sejujur cinta adalah tanpa syarat dipinta
Benarkah ada setulus cinta pada hati manusia
Aku terlalu rindu menikmati cinta itu
Sering aku termanggu
Yangku temu adalah lorong pilu terharu
Kekadang aku bertanya pada hatiku
Akukah menjadi hamba rindu
Atau rindukah menjadi hambaku.

insan biasa
27 Maret 2012.

salam kasih Cinta

salam kasih Cinta
dalam kesejukan bayu pagi
ku ingin bertemu di kamar rindu
biarpun mungkin hanya dalam mimpi
dan aku memeluk cintamu
mencium kasihmu
begitulah dirimu dalam dakapan hayalanku!
pagar2 cinta penuh duri berduri
lambailah aku di pintu kasihmu
aku ingin memasuki daerah paling syahdu
membelai sayang kalbumu.

insan biasa

Maret 2012

Ahad, 25 Mac 2012

INGINKU

INGINKU

Inginku sentuhi bulan
Namun sayangnya
Aku tidak kesampaian
Tika aku asyik memandang mu
Embun malam menitis di pipiku
Itulah lambang tangisan hati
Cintaku yang kehampaan
Alangkah murninya cinta awan
Walaupun kelabu malap di pandang
Kasihnya turun sebagai hujan
Membasahi daerah ketandusan
Dan alam jadi syahdu dalam cinta
Terjalinlah asmara Kais dan Laila
Aku teringin menjadi Kais
Sudikah Sayang menjadi Laila .

insan biasa

Maret 2012


Sabtu, 24 Mac 2012

aku cinta padamu

aku cinta padamu

andai ada rindu di hatimu
buat siapakah rindu itu
alangkah bertuahnya
andai wajahku dalam rindu mu itu
tapi tersangat tidak mungkin
siapalah aku untuk dirimu
tiada rupa tiada harta
yang ada hanya cinta
dan hatiku terus mendayu merayu kasihmu
maafkan aku
maafkan aku
jangan tanyakan aku
kenapa aku mencintaimu
aku sendiri tidak ada jawapan untuk itu
hanya aku tahu
aku telah mencintaimu
dan aku terus mencintaimu .

insan biasa
24 Maret 2012

Khamis, 22 Mac 2012

Yang sepi

Yang sepi

Sebuah angan malam yg sepi
teringin menyetuhi hati kasihmu
aku terus tercari-cari
namun sayang entah di mana
aku terus menjadi perindu
membilang waktu terus berlalu ...

insan biasa
22 Maret2012
pagi 3 30

Suara kasih

Suara kasih
aku terjaga dari lena
dikejut oleh rindu
terasa seseorang memanggilku
apakah itu suara kasihmu
mesra dan begitu syahdu ...

insan biasa
3 00 pagi
Kuala Lumpur.

Selasa, 20 Mac 2012

aku dan rindu

aku dan rindu
Awan yg indah
di saat malam kegelapan
aku kehilanganmu
aku tercari2 bersama rindu ...

insan biasa

Mahu pulang

Mahu pulang

Akulah manusia liar di tepi jalan
berlari-lari di kejar kehidupan
telah hilang saudara dan rakan
aku mahu pulang
tapi hari sudah malam
ku lihat hitam dan kegelapan
basah tubuhku di siram hujan
sejuk terasa keseluruh tulang
aku mahu pulang
tapi aku terus kesesatan
padaku masih ada rindu
di manakah cinta yang sering memanggilku
dalam mimpi-mimpiku yang terus berlalu.

insan biasa
20 Maret 2012

Milik hati

Milik hati
simpanlah di hati
kekal selamanya
tidak ada manusia lain yang mampu menghapuskan
dia menjadi milik istimewa diri .

insan biasa

Pembalasan

Pembalasan

Bila kau mampus aku tersenyum kepuasan
menonton kau kesakitan menjadi satu hiburan
lama sudah aku nantikan
lalu aku meraikan kejayaan
ego mu yang kau canangkan
kini sudah mendapat pembalasan .

insan biasa
20 Maret 2012.

Aku yang tersendiri

Aku yang tersendiri

Aku gagak terbang kelaparan
mencari bangkai buangan
Aku manusia jahat
hiburanku melihat tangisan
Kotor busuk pakaian di tubuhku
menjadi hiasan dan wangian
Aku anjing garang kesesatan
bersendirian liar di geladakan .

insan biasa
20.3.2012.

tu! kehidupan

tu! kehidupan

tu! di pinggir longkang yang comot
berselerakan sampah-sampah busuk
perut haiwan mampus terburai
ulat dan lalat berpesta
mengalir air hanyir dan hampak
tikus-tikus berlari keluar masuk dalam tong-tong sampah yang rabak
anjing jalanan mencari mangsa
si kucing gelojoh memakan sisa makanan manusia terbuang
gagak hinggap mencari bangkai
ada manusia liar mata mencari bahan untuk di kitar
ada yang menjual untuk dadah
ada yang menjual untuk melawan kemiskinan
di suatu sudut yang tidak begitu jauh
seorang pujangga di tepi pencakar langit
udara membawa bau yang meracun
panas matahari membakar tubuh
masin peluh menitik pada bibir
aku ingin bersuara
tapi suaraku tenggelam oleh tepukan kemeriahan
manusia rakus dan berpura-pura.

insan biasa
20.3.2012.

Isnin, 19 Mac 2012

Kau yang berselindung

Kau yang berselindung
pasti dikau telah mengenali aku
kehadiran mu dalam samaran
dan dia akan menjadi teka-teki
bersama waktu ...
berlalu seperti hari-hari yang telah berlalu.

insan biasa

Sabtu, 17 Mac 2012

Surat Cinta

Surat Cinta

pada surat cintaku
warna tulisan sudah kelihatan pudar
kerana terlalu lama mencarimu
namun masih tidak bersua
namun dihatiku
catatan itu tetap kekal sampai mati !

insan biasa
17 maret 2012

Jumaat, 16 Mac 2012

Satu Penantian

Satu Penantian

selendang malam berwarna pelangi
ku lilit di dada hati
ingin ku bermalam bersama mimpi
bila realiti tidak ku temui
kukan tunggu hingga kau mengerti .

insan biasa

Khamis, 15 Mac 2012

Buat wanita ini

Buat wanita ini

Kaukah Virda !
hadir menyentuh rinduku
malam sepi menjadi syahdu
bila bayu membawa belaian kasihmu
terlalu ingin aku membawa asmaraku keruang cintamu ...

insan biasa
15mac12

Rindu seorang pujangga

Rindu seorang pujangga

Kuala Lumpur pagi , persekitaran ku ...
mentari kelihatan pudar cahayanya
hujan berdebu bagai salji
aku termenung di pinggir jendela hati
terbayang begitu asyiknya ombak
menyentuh pasir pantai yang putih
sesekali butiran pasir bergerak
namun kelu suaranya
begitulah rayuan rindu dari pujangga
suaranya tanpa balasan kata
kasih dan sayang yang di persembah
terus hilang di telan dunia
tiada kekasih cinta ditemuinya.

insan biasa
15mac12

Rabu, 14 Mac 2012

Syair buat Virda

SYAIR BUAT VIRDA
Sayang ku Virda !
kita bertemu di wilayah rindu
di situ ada kamar asmara indah buat kita
kau hiasi bunga-bunga harum indah di dada comelmu
kau simpan duri-duri berbisa di balik selendang suteramu
kau tusuk hatiku tika aku terlena di malam cinta
Virda ku !
tidak terhenti berdarah hingga kini
deritanya bersama setiap detik nafasku
bicara lembut dari bibir manismu
telah menjadi bara membakar jantungku
Virda sayang !
apapun yang telah kualami
rasa kasihku padamu tiada pernah luntur
tiada saat waktu rasa benci padamu
kalbuku berkata kau tetap kekasihku
Oh ! Virda !
tika aku sendirian di lembah sepi
kaukah yang datang lagi menegur jiwaku
harum seperti wangian tubuhmu
aku jadi tak menentu
apakah hanya khayalan
atau kenyataan yang ku temu
Virda wanitaku !
penawar itu tersimpan olehmu
sudilah hulurkan padaku
buat penyembuh duka lara
aku ingin kembali bercinta
moga aku bertemu bahagia .

insaan bias
14 march 2012

DIKAULAH

DIKAULAH
Setelah aku mencintaimu
Cintaku kekal selamanya
Dikaulah kekasih
Dikaulah isteriku
Bersamamu terlalu indah buat diriku
Denyut nafas kita bersatu menjadi satu
Moga selamanya syahdu asmara cinta kita.
insan biasa
14March2012.

hanya itu hayalan pujangga

Kuala Lumpur pagi
hujan kecil bagai embun
udara sedang segar
dedebu basah dan jatuh di dada bumi
aku tersendiri dalam keriuhan kota
bagai hari-hari yang ku lewati
ku tulis warkah cinta
buat kekasih jiwa
senyum dan tawa dari hati yang hiba
ku terus menanti wajahmu menjelma
dalam nyata ingin ku setuhi mesra
tubuh dan kalbumu yang rela
salam sayang cinta ....
terima kasih senyuman manja
pun hanya itu hayalan pujangga .
insan biasa
14march12

Isnin, 12 Mac 2012

Kekasih

Kekasih
sejuk lembutnya udara bertiup di petang ini
manja membelai tubuh kalbuku yg rindu
betapa mesra syahdu kasihmu
milik akukah sejati cintamu ...

insan biasa

Ombak


Ombak

Di suatu pagi yang hening
aku termenung di pinggir pantai kehidupan
ombak datang dan datang
bersama bayu lembut berhembus
membawa titis seni jiwamu
dan menyentuhi jiwaku
begitu lama aku jadi perindu
bila bertemu bicaramu
aku terasa itu suara kasih yang syahdu
benarkah perasaanku itu
atau itu hanya hayalan aku seorang perindu
oh ! ombak ...
andai sayang mendengar rahsia hatiku
inilah lagu cintaku
kiranya sudi hati sayang
nyanyikanlah dengan suara merdu wanitamu
aku ingin bersamamu menikmati seni percintaan .

insan biasa
12march2012
Kuala Lumpur.

Jumaat, 9 Mac 2012

Syahdu di sayap waktu

Syahdu di sayap waktu

Dia tetap disitu
di sudut paling dalam hatiku
kekal selamanya
namun rindu terus mewangi
membelai mesra jiwaku
mencium manja kalbuku
dan asmara syahdu di sayap waktu ...

insan biasa
9mar12

Khamis, 8 Mac 2012

sayang !!!

sayang !!!
kau menjelma bagai salju,
sejuk damai hatiku,
kau berlalu bak sembilu,
lumat menghiris hatiku ...
insan biasa
8mar12

Ahad, 4 Mac 2012

SYAHDUNYA PILU

SYAHDUNYA PILU

Malam kian larut
Sepi semakin sepi
Embun pagi kian menitis
Ku utuskan pada bayu yg bertiup
Nyanyian cintaku buatmu
Alunan rindu semakin rindu
Ku cari sayap malam untuk terbang kearahmu
Sayangnya sayap itu tersembunyi dalam kegelapan
Syahdunya pilu terus merayu cintamu.

insan biasa

Jumaat, 2 Mac 2012

TRAGEDI CINTA

TRAGEDI CINTA

kita berbeza ....
kata kiasan budaya
aku hanya sebutir buih ombak di lautan yg luas
tersungkur di pinggiran pantai kasih
berderai ditiup bayu
kepanasan dibakar suria kehidupan
yg tinggal hanya sebuah tragedi cinta.

insan biasa
2 Mar12

Khamis, 1 Mac 2012

Catatan Cinta Menjelang Senja

Catatan Cinta Menjelang Senja

Hujan rintik-rintik ...
Kuala Lumpur menjelang senja
udara bertiup segar sejuk
biarpun malam suram tanpa bulan dan bintang
ingin ku cari damai dalam sepi yg panjang
relakan rasa kasih dan sayang bertemu
mencipta pelangi malam tinggi di puncak awan
biar berjuta insan bersuara
"hentikanlah ! kerana itu hanya hayalan saja"
tapi di hatiku, moga menjadi kenyataan
sesangat syahdu di jiwaku
tak henti ku tulis namamu dalam denyut nafasku.

insan biasa
1march2012.