NOTA BUAT SAUDARIKU
Takdir untuk kita
Bertemu di dunia yang maya
Tika kita mencari kasih yang setia
Hatiku dapat merasa
Di sudut kecil hatimu masih ada cinta
Tapi bagai terpenjara
Kisah-kisah lalumu
Buat kau menjadi ragu
Saat-saat yang berlalu
Perkenalan ini begitu istimewa untukku
Aku tidak mahu mengalah pada rasa malu
Aku mahu berterus terang pada mu
Aku mahu menjadi kekasihmu
Sudikah kau menjadi kekasihku
Kerana aku sudah mencintaimu
Usahlah kau tanya aku
Kenapa begitu cepat cinta itu
Aku juga tidak tahu
Namun aku dapat katakan padamu
Seluruh tubuhku di resapi rasa rindu padamu
Usahlah kau bertanya pada api
Kenapa membakar kayu menjadi abu
Usahlah kau bertanya pada awan
Kenapa melepas air menjadi hujan
Begitulah lumrah alam
Biar di mana kau berada
Sentuhan bayu itu adalah aku
Itulah sentuhan mesra sayangku
Andai kau dalam lena
Inginku temui di dalam mimpi
Andai kau sedang termanggu
Ingin ku sentuhi naluri kalbu
Agar kau tahu
Betapa aku sedang merayu ...
insan biasa
5.11.2011
5.11.2011
Tiada ulasan:
Catat Ulasan