Cinta

Dari jiwa dan raga setiap insan ,
bukan hanya melahirkan cinta pada seorang kekasih ,
cinta juga boleh lahir untuk semua makhluk Allah .

Cinta Yang Paling Utama ,
Cintailah Allah Yang Maha Suci .


Buat kalian ...

Apa saja dari blog ini, andai di ambil tanpa kebenaran,
saya tidak halalkan. Kalian di benarkan link blog ini . Selamat membaca , melihat dan mendengar .. Terima kasih .

Sabtu, 22 Mei 2010

Bagai bulan




Bagai bulan


Yang di rindu
Bagai bulan di langit biru .

Indahnya cahaya mu
Ramai pemuja tanpa jemu
Kasih dan sayang ingin bertamu
Merindu untuk bertemu .

Hati ku menjadi cemburu
Perasaan menjadi celaru
Melihat awan menutupi diri mu
Aku bertambah rindu .

Andai lambat langkah ku
Pasti kau berlalu
Kau sungguh pemalu
Bersembunyi di balik waktu . . .



insan biasa .





Rabu, 19 Mei 2010

Lautan terbakar




Lautan terbakar

Bagai lautan terbakar
Gelombang adalah kepanasan
Ombak mencium pantai
Ucapan menyata kesakitan .

Cinta yang hilang
Hangus hati di bakar kesedehan
Membilang saat berlalu
Hujan musim kemusim
Tidak luntur catatan tinta kasih dan sayang ...


insan biasa .





Selasa, 18 Mei 2010

Keterangan yang jelas ...

Keterangan yang Jelas


Orang-orang yang kufur dari ahli kitab
Dan kaum musyrikin itu tiada dapat meninggalkan
( kepercayaan mereka yang sesat )
sehingga datang kepada mereka keterangan yang jelas .

Seorang Rasul dari Tuhan
membaca lembaran-lembaran yang suci .

Di dalamnya ada catitan-catitan hukum yang benar .

Dan tiada golongan ahli kitab itu berpecah-belah
melainkan sudah datang kepada mereka
keterangan yang jelas .

Dan mereka hanya di perintahkan
supaya menyembah Tuhan
dengan tulus dan iklas
beragama kepadanya
dan berkeadaan lurus
serta mendirikan sembahyang dan mengeluarkan zakat ,
yang demikian itu adalah ugama yang betul .

Sesungguhnya orang-orang yang kufur
dari antara kaum ahli ktab
dan kaum musyrikin ,
mereka berada di dalam neraka jahanam ,
tetap kekal di dalamnya ,
mereka itu adalah sejahat-jahat makhluk.

Sesungguhnya orang-orang beriman
dan mengerjakan amalan yang baik-baik ,
mereka itu adalah sebaik-baik makhluk .

Ganjaran untuk mereka di sisi Tuhan mereka
ialah syurga-syurga Aden
yang mengalir di bawahnya sungai-sungai ,
mereka kekal di dalamnya
buat selama-lamanya ,
Tuhan telah ridha kepada mereka ,
begitu juga mereka telah ridha pada Tuhan ,
Yang demikian itu
untuk sesiapa yang takut akan Tuhannya .

.........................

Ya Tuhan ku
Permudahkan lah aku untuk membuat kebaikan
dan jangan lah sekali-kali aku membuat kejahatan .









Isnin, 17 Mei 2010

Cinta berbunga





Cinta berbunga

Di hatiku berbunga cinta
Ingin ku sampaikan pada hati mu
Jika sudi hati mu menerima
Berakhirlah penantian sebegitu lama
Kita akan bersama
Bercinta sepanjang usia kita .

Di takdir tidak di terima
Ku tunggu sepanjang umur dunia
Cinta ku pada mu hanya ...


insan biasa .

Sabtu, 15 Mei 2010

Puisi dari Nakila

Semasa insan biasa on kan YM dalam blog Cinta . Ada seorang bernama Nakila,
menulis puisi untuk di catat dalam blog Cinta .

Terima kasih Nakila .
***************************************************************************

Janda sepi

Gerimis malam membawa kata
kata rintihan seorang janda
bila akan bersua .

Pada satu ketika
membawa bahagia.

Nakila
14 . Mei 2010 .
*************************************

Saperti mu

Malam malam yang sepi
Aku sendiri
Merindu gelisah menanti
Siapalah yang mengerti .

Satu ketika
Di takdirkan kita berbicara
Ingin aku bercerita tentang cinta

Bukan untuk kita bercinta
Kerana cinta bukan boleh di paksa
Hadirnya secara rela
Aku sekadar ingin berkongsi rasa
Betapa aku menderita
Merindu tanpa cinta .


insan biasa .






Jumaat, 14 Mei 2010

Cinta di hati mu

Cinta di hati mu


Cinta yang ada pada mu
Kau pendamkan dalam diri .

Keindahan mutiara dibiarkan di dasar lautan
Kilauan intan dibiarkan di perut bumi
Cinta terus tersembunyi
Tiada insan yang mengetahui .

Rindu tanpa pengucapan
Kasih dan sayang tanpa belaian .

Bilakah masa untuk kau lafazkan
Sudah lama aku nantikan
Aku menyimpan harapan
Ingin hidup dalam percintaan
Menjadi kekasih mu yang tersayang .



insan biasa .





Kaki Belit




Berhati-hati dengan kaki belit .

Kaki belit mungkin wanita dan mungkin juga lelaki .

Dia pandai mengambil peluang .

Licin macam belut di air .

Tajam macam pisau cukur hingga luka tidak terasa ,

Tiba-tiba nampak darah .




Khamis, 13 Mei 2010

Aksi klasik Hafiz

Mohd Hafiz Hashim .

Menampilkan persembahan bertenaga penuh semagat .
Muncul sebagai Wira Malaysia .
Menewaskan Joachim Person .
Untuk kemenangan 3-2 ke atas Denmark .

21-12
21-10

Sekali gus memastikan tiket ke separuh akhir melawan China .

Esok .

Dalam perjuagan untuk memiliki Piala Thomas .

Tahniah Hafiz ........
Hafiz boleh !!!!!!!!



Jual dara .


Gambar hiasan sahaja . Tidak ada kena mengena dgn antri ini .
*******************************************************

Las vegas : Sebuah program realiti jual dara ,
Akan di terbitkan tidak lama lagi ,
Akan menyaksikan gadis dan lelaki remaja ,
Melelongkan dara dan teruna mereka kepada pembida paling tinggi .

Program ini di terbitkan oleh penerbit dokumentari John Sisely .

Dia meninggalkan Australia selepas pihak berkuasa negara itu,
mengancam mendakwanya berhubung dengan projek itu .


Rabu, 12 Mei 2010

Nelayan di laut harapan


Pantai Senok . Kelantan .
************************************************

Nelayan di laut harapan


Solat subur di tengah lautan
Mencari kehidupan bersama rakan
Nyawa kau pertaruhkan
Di lambung gelombang lautan
Bukan untuk mendapat kemewahan
Hanya bertahan untuk tidak kelaparan .

Isteri dan anak menunggu kegusaran
Pagi masih malam di tinggalkan
Ketakutan menusuk perasaan
Ada jiran telah hilang di lautan
Mati tanpa kuburan .

Bila petang melihat wajah suami
Hitam di baham panas matahari
Gembira rasanya hati
Syukur suami masih kembali .

Sedikit saja tangkapan hari ini
Tak apalah esok cari lagi
Inilah razki ...
Syukur pada Illahi .


insan biasa .









Selasa, 11 Mei 2010

Sowang 2 lagi huhuhu ....



Semalam sowang 2 lagi ..... lain kali lah ramai 2 ...

Lambat la pula tunggu masaknya ...

Nak hantar pun alamat tak ada .. kih kih kih ...

Isnin, 10 Mei 2010

Kau di mana

Kau di mana

Tika aku menyebut nama mu
Kau entah di mana .

Bila aku terlena
Kau datang dalam mimpi ku
Kau bertanya pada ku
Siapa kekasih yang ku rindu .

Ingin aku kata kan pada mu
Tiba tiba mimpi terhenti
Dan kau tiada lagi ...


insan biasa.


Ahad, 9 Mei 2010

Hari ibu

Hari ibu

Selamat hari ibu
Aku cinta pada mu
Cinta ku bukan hanya pada hari ini
Cinta ku tidak mengira waktu .

Ibu

Berbahagialah ibu
Tuhan ku
Berikanlah kesihatan untuk ibu
Panjangkanlah usianya
Sejahtera di dunia
Sejahtera di akhiratnya .

Ibu

Bakti mu
Tidak termampu di balas anak mu
Moga Tuhan jua memberi rahmatnya pada ibu .

Ibu

Maafkan anak mu
Andai ada kesilapan anak mu .

Ibu

Doakan lah anak mu
Tabah menghadapi cabaran
Moga anak mu patuh pada suruhan Tuhan.

Ibu

Kita berdoa
Semoga kita bersama di syurga nanti .






Sabtu, 8 Mei 2010

Kilauan cinta

Kilauan cinta


Warna putih suci
Saperti dalam mimpi yang pergi
Sesekali menjelma di malam yang sunyi .

Menyanyi sebuah tangisan
Muziknya kasih dan sayang .

Cuma hati yang memahami
Rasa pilu yang di alami
Melihat kilauan cinta di hujung hari ...


insan biasa .

Jumaat, 7 Mei 2010

Cinta terpendam

Cinta terpendam


Cuma diri sendiri yang mengerti
Sebuah harapan sepi
Tersimpan dalam hati .

Bila hati hendak berkata
Mulut tidak bersuara
Terus menanti ketika
Tapi entah bila .

Tiap ketika terasa tersiksa
Menyimpan rahsia cinta .


insan biasa .



Khamis, 6 Mei 2010

KFC


Hari ni kat KFC ...

Sowang - sowang ... tak best la.....

Tapi ada juga untungnya ... jimat , jimat !!!!! kih kih kih kih .......

Rabu, 5 Mei 2010

Selamat hari jadi






Selamat hari jadi

((( Buat kawan yang menyambut hari jadi )))


Selamat hari jadi di ucapkan
Semalam di lalui jadi pengajaran
Besok adalah cabaran .

Moga Tuhan memberi kesejahteraan
Biar berjaya dalam kehidupan
Akhirat nanti mendapat kesenangan .

Insanbiasa .



Selasa, 4 Mei 2010

Cinta terbiar

Cinta terbiar

Bak aliran sungai dari pergunungan paling tinggi
Tidak menemui lautan
Kering dalam perjalanan
Dihalang berbagai halangan .

Kepanasan demi kepanasan
Air kering menjadi awan
Akan menjadi hujan
Turun di bumi yang berlainan .

Sungai tanpa air
Cinta ketandusan ...



Insan Biasa .








Ahad, 2 Mei 2010

Cinta



Cinta

Bila ada cinta di hati
Terlalu sakit di pendamkan
Cinta mendesak untuk di lafazkan ...

Begitulah cinta ...



insan biasa .