Aku fikir gula tu perlambangan pada perempuan yang manis .
Sesuai dengan kemanisannya ...
Dan sebab kemanisannya lah di gilai sang semut .
Lelaki bolehkah di katakan manis ?
Kalau dia menjadi kegilaan perempuan ,
Bolehkah dia di panggil gula ?
Dan bolehkah pula dalam hal ni perempuan di gelar si semut ? .
Kalau boleh !
Semut tu mungkin perempuan dan mungkin juga lelaki .
Keliru aku nih !!!!
Yang pasti selalunya wanita boleh terima gula ,
Tapi payah dan boleh juga dikatakan tak mahu madu ...
Kadang kadang je ada wanita ( isteri ) yang mencari gula untuk di jadikan madu ...
Mungkin banyak sebab sebab tuh !!!!
Kadang kadang ada juga gula suka menjadi madu .
Mungkin banyak sebab sebab nya tuh !!! .
Lelaki memang suka gula ,
Dan ramai juga yg suka madu ...
Tapi semut yg sebenar suka gula , Dia tak suka madu .
Kata si penjual madu .
Nak kenal madu yang asli ,
Kalau di dedahkan pun semut tak usik .
Hihihi !!!!
Wahai gadis gadis , awak suka gula ke suka madu ???
Wahai isteri isteri , awak suka gula ke suka madu ???
Wahai lelaki !!!! suka madu tak ?
Madu dua
Madu Tiga
Madu Empat
Banyak kisah madu ni .
Siapa ada pengalaman bermadu atau di madu ???????
Betulkah kalau kita kata " cinta semanis madu " .?.