Cinta

Dari jiwa dan raga setiap insan ,
bukan hanya melahirkan cinta pada seorang kekasih ,
cinta juga boleh lahir untuk semua makhluk Allah .

Cinta Yang Paling Utama ,
Cintailah Allah Yang Maha Suci .


Buat kalian ...

Apa saja dari blog ini, andai di ambil tanpa kebenaran,
saya tidak halalkan. Kalian di benarkan link blog ini . Selamat membaca , melihat dan mendengar .. Terima kasih .

Sabtu, 27 November 2010

Ceritera kasih


Ceritera Kasih

Kenangan lalu yang duka
Andai tidak dapat kau lupa
Ingatlah dengan suasana yang berbeza
Jadikan guru yang bijaksana
Jujur mengajar usia
Senyumlah pada hikmahnya
Mengenal tingkah laku manusia
Bunga di gunung tak semestinya harum
Usah terlena berjuta janji
Kadang di pinggiran kuntum mewangi
Tanpa siulan bermadah indah
Di sebalik sifatnya yang tersendiri
Madunya setia suci
Sekali relanya di miliki
Kasihnya sampai ke mati
Sentuhi cintanya seikhlas hati
Moga tiada lara jiwa lagi .

Insan Biasa
Kuala Lumpur .



Hati Dan Fikir .



Hati Dan Fikir

Di satu malam sunyi
Aku mendengar tangisan hati mu
Di marahi kata fikir mu
Bayu setia membawa rahsia pada kalbu ku
lalu aku tersenyum
Melihat panorama semesta
Bukan hanya gigi dan lidah
Sesekali tergiggit memberi kesakitan
Rupanya hati dan fikir juga begitu
Duhai hati
Izinkan fikir berbahagia
Wahai Fikir
Relakan hati tidak berduka .


Insan Biasa
Kuala Lumpur .

Kau yang tahu


Kau yang tahu

Kau
Tidakkah kau merasa sakit
Tika berdusta dengan hati
Saperti sakitnya jiwa
Bila cinta berlindung di hati
Kemana pun kau bersembunyi
Hati mu tetap menyertai
Selalu merayu
Membara dan menyala membakar rasa
Dari waktu ke waktu
Kau termanggu manggu
Melihat wajah yang kau rindu
Ada di mata hati mu
Hanya kau yang tahu .


Insan Biasa
Kuala Lumpur .


Jumaat, 26 November 2010

Kisah semalam


Kisah Semalam

Ceritera yang di tanam di pusara samudera
Tiba tiba datang tika remban senja
Berbalut wajah dengan kain putih
Saperti masih baru di kafan
Kelihatan merah tompok tompok darah
Dari jiwa yang luka
Di cucuk kaca cinta yang berkecai
Dia datang untuk mengambil kecewanya yang tertinggal
Ketika di sana roh kasihnya merindu
Terkenang detik detik indah yang pernah di lalui
Namun yang di cari tiada lagi
Di bawa berlalu oleh bayu waktu
Hilang dalam sinar matahari
Menjadi awan hitam di pinggir langit
Mungkin selamanya begitu
Tidak akan menjadi hujan
Buat apa di cari lagi
Pada kabus awan yang tidak pasti .


Insan Biasa
KUALA LUMPUR .




Selasa, 23 November 2010

Satu Misteri



Satu Misteri

Dalam kegelapan malam
Kau tersesat dalam gumpalan awan kasih
Kau cari suara menyebut sayang
Semakin hilang dan terus hilang
Di bawa angin rindu
Tenggelam dalam lautan harapan
Bila hari siang
Ku lihat embun di hujung rumput
Menangisi pada asmara yang kecewa
Kau kah embun itu
Semakin kering di panas matahari
Menjadi satu misteri
Tersimpan di hati .


Insan Biasa
KUALA LUMPUR .

Isnin, 22 November 2010

Perlukah kecewa



PERLUKAH KECEWA

Di petengahan malam ku lihat keangkasa
Bersinar dua bintang sangat berdekatan
Bagai pasangan sedang bercinta
Ku hampiri bayangan bulan
Berdiri di bawah bumbung langit
Seketika sejuk jiwa ku di titis embun syahdu
Teringin aku berkasihan saperti bintang itu
Tapi aku selalu mendengar ceritera
Betapa pilunya hati kecewa
wahai insan yang sedang hiba
Di manakah kau berada
Ingin aku bersua mata
Merasai apa yang di rasa
Izinkan aku bertanya
Kenapa kau perlu kecewa
Dalam dunia luas terbuka
Pasti masih ada cinta yang membawa bahagia .


Insan Biasa
Kuala Lumpur .

Khamis, 18 November 2010

Bicara Aku


Bicara Aku

Aku debu kota
Di terbangkan bayu dari desa
Tiada nama tiada rupa
Jauh sekali kaya harta
Biar darah tumpah ke bumi
Bagi ku tidak mengapa
Namun maruah tetap ku jaga
Selangkah aku hulur
Pantang aku berundur
Biar hancur telapak kaki
Tidak aku berhenti
Sekali salam di beri
Aku ingat hingga ke mati
Sepatah aku berkata
Apa jua aku rela
Doa ku pada Ilahi
Moga aku selalu di berkati .



Insan Biasa
Kuala Lumpur .


SIAPAKAH ITU


SIAPAKAH ITU


Rintik rintik hujan malam
Tidak di sedari membasahi pipi
Bagai tangisan insan sepi
Sendirian di tegah luas lautan
Mencari cintanya yang tenggelam
Namun tidak di temui
Terus hilang di bawa arus
Mahu pulang melihat pepohon rimbun di daratan
Namun sampan di lambung gelombang
Pendayungnya patah di telan waktu
Siapakah insan itu
Menjadi perindu dalam dukalara
Termenung di pinggir zaman
Memanggil burung terbang
Ingin bercerita kisah cinta
Buat manusia jadikan tauladang .



Insan Biasa
Kuala Lumpur .

Rabu, 17 November 2010

Rindu demi rindu




Rindu demi rindu

Dalam malam hitam sepi
Aku merindui cahaya bulan
Namun bulan tidak kelihatan
Bintang bintang juga hilang
Ku intai di panorama langit
Ingin ku bertanya pada awan
Tiba tiba awan menjadi kelu
Suara nya di bawa angin berlalu
Melewati halaman pandangan ku
Hanya embun yang pilu
Melanggar kalbu ku
Tergegar seluruh jiwa ku
Hadhir rindu demi rindu .


Insan Biasa

Selasa, 16 November 2010

Bicara Cinta






(Jam 7 -30 Malam 16.11.2010 .. Di Kuala Lumpur )


Bicara Cinta

Tika kehilangan cinta
Usah menangis pada senja
Lihatlah sinaran bulan
Bintang tetap berkerlipan
Tidak dusta pada janjinya
Kadang terlindung seketika
Di tutupi awan berlalu
Jangan kecewa membunuh bahagia
Masih ada di dunia
Cinta yang setia
Dia akan menjelma
Bagai fajar akan tiba
Suria akan bercahaya
Nikmati keindahan alam semesta
Tanpa duka lara
Bermohon sejahtera pada Nya .


Insan Biasa .
Kuala Lumpur .


SALAM AIDIL ADHA


( Bulan di langit Kuala Lumpur pada malam Hari Raya Aidil Adha )


SALAM AIDIL ADHA

SEGALA KESILAPAN DALAM PENULISAN KU

MAAF ZAHIR DAN BATIN .

Insan Biasa
( pelbagai Nama )








Jumaat, 5 November 2010

Asmara ini

Asmara ini

Sayang ku
Akukah yang kau rindu
Debaran berbisik menyentuh jiwa
Terasa aku di sayangi
Terasa aku di kasihi
Benarkah perasaan ini
Atau hanya mainan mimpi
Begitu mekar di hati ku
Harumnya cinta ku pada mu
Lena dalam angan asmara
Wajah mu menjadi kekasih ku
Hati mu memeluk hati ku
Jiwa mu mencium jiwa ku
Nafas mu membelai nafas ku
Seluruh milik mu terasa menjadi milik ku
waktu waktu angan syahdu
Terasa dunia ini milik ku
Kerana kau segala galanya bagi ku .


Insan Biasa
Kuala Lumpur .




Nyanyian jiwa


Nyanyian jiwa


Ku nyanyikan suara hatiku
Lemah layu dan mendayu
Membaca kata kecewa jiwa terharu
Hari hari telah berlalu
Bersama derita di kalbu .

Memuja wajah yang tiada
Menjelma dalam khayalan sahaja
Dari senja hingga kesenja
Merindu bayangan cinta .

Alangkah indahnya asmara
Mesra dalam pelukan manja
Ikatan kasih sangat setia
Belaian sayang selalu di puja .

Bilakah ketika kita bersua
Ingin ku buktikan segala bicara
Berkorban apa pun jua
Bersama membina bahagia .


Insan Biasa
Kuala Lumpur .




Kau di hati ku





Kau di hati ku

Di mana kau tidak ku tahu
Kembara ku menjelajah awan di langit biru
Namun wajah mu tidak ku temu
Bila awan putih menjadi kelabu
Aku jadi terharu
Bersama khayalan ku berlalu
Melangkah tanpa arah di tuju
Membawa rindu di hati ku
Mengejar bayang bayang mu .

Satu ketika andai kita bertemu
Aku tidak akan berhenti mencintai mu
Kekal selamanya di hati ku .


Insan Biasa .
Kuala Lumpur .



Duhai puteri




Duhai puteri

Kau menjelma dalam mimpi ku
Indah bicara asmara mu
Di saat kesunyian malam
Aku merasa pilu
Aku teringin merasai rindu
Tapi sayangnya rinduku sudah hilang
Di bawa bayu bermain gelombang
Tenggelam di dasar lautan
Bersama cinta yang terkorban .


insan biasa .
Kuala Lumpur
5.11.2010 .






Khamis, 4 November 2010

Salam


Salam

Salam dari hati ku
buat kau entah di mana
pasti tahu di kalbu mu
terlalu deritanya diri ku
bersama menjelma wajah mu
tersenyum menutup kecewa
menghiris lumat jiwa ku
dalam bayu senja
aku terbang kearah mu
tanpa haluan nak ku tuju
patah sayap sayap ku
tersungkur aku di bumi
bagai terhenti nafas yang tak bermaya
biar lelah ku cuba jua membuka mata
aku hanyut di tengah samudera
di lambung ombak bergelora
Namun dahaga saperti di gurun sahara
aku berenang mencari muara
tapi muara sudah lama tiada
terbakar bersama kehancuran cinta .


insan biasa
Kuala Lumpur .



Pelayaran rindu


Pelayaran rindu

Belayar di dada lautan
Menempuhi gelombang dan putaran arus
Di saat malam hitam gelap
Ku tunggu bulan dan bintang
Sinarannya ada keindahan
Melukis wajah kesayangan
Biarpun senyumnya terhalang
Tapi terbayang kasih dan sayang
Ucapan penuh pengharapan
Bersama dalam asmara bahagia
Melekat dalam ingatan .

Namun cinta tidak kesampaian
Kejujuran di paksa menjadi pengorbanan .


insan biasa .