Cinta

Dari jiwa dan raga setiap insan ,
bukan hanya melahirkan cinta pada seorang kekasih ,
cinta juga boleh lahir untuk semua makhluk Allah .

Cinta Yang Paling Utama ,
Cintailah Allah Yang Maha Suci .


Buat kalian ...

Apa saja dari blog ini, andai di ambil tanpa kebenaran,
saya tidak halalkan. Kalian di benarkan link blog ini . Selamat membaca , melihat dan mendengar .. Terima kasih .

Rabu, 29 September 2010

Waktu Berlalu

Waktu Berlalu

Aku melangkah dalam sayu
Semalam yang ku lalu
Masih melambai ku

Ku kuatkan langkah ku
Kerana di hadapan juga ada yang menunggu
Lalu aku berkata pada diri ku
Aku mahu menjadi aku
Agar tidak sesat jalan yang berliku .


Insan Biasa .



Jumaat, 24 September 2010

Rindu

Rindu

Jarak Jarak waktu
Kita tidak bertemu
Hati ku bertanya diri mu
Ucapan catatan mu
Berbayang pada jiwa ku
Bersama rindu
Mengejar kasih mu ...

insan biasa .


Rabu, 8 September 2010

SELAMAT HARI LEBARAN

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Maaf zahir dan batin .


Insan Biasa .

Isnin, 6 September 2010

BULAN DAN MIMPI

BULAN DAN MIMPI

Kau bulan mengambang indah itu
Terlena khayalan ku
Dalam santun kelembutan cahaya mu
Terdengar mesra suara berlagu
Ku pandang sinaran cahaya penuh sendu
Ku temu satu tali kearah mu
Ku berpegang pada tali itu
Aku yakin dapat menyentuhi diri mu .

Seketika tali itu tiada lagi
Pendakian ku terhenti
Aku terhempas ke bumi .

Kini aku lebeh mengerti
Dalam tersendiri
Terfikir dalam hati
Kejamnya mimpi .


Insan Biasa
Kuala Lumpur
6 September 2010 .





Ahad, 5 September 2010

PELANGI DI LANGIT BIRU


PELANGI DI LANGIT BIRU .

Malam terasa begitu sendu
Aku begitu rindu pada mu
Kita di takhdirkan telah bertemu
Dalam bicara dan mimpi maya ku
Hati ku tersentuh pada hati mu
Sesekali aku terasa begitu terharu
Begitu takut diri ku
Tanpa salam keizinan dari mu
Begitu telah berlaku
Maafkan lah pada hati ku
Maafkanlah pada diri ku
Bukan aku sengajakan begitu
Aku sendiri tidak tahu
Apa yang aku tahu
Pada hati ku
Penuh dengan nama mu
Penuh dengan wajah mu
Hati ku terus menyebut nama mu .

Tapi aku sedar diri ku
Siapalah aku
Mahu mengejar waktu bersama mu
Engkau pelangi indah di langit biru
Seketika hanya menjelmakan diri mu
Nanti akan terlindung dari ku
Bersama bulan bintang yang seindah mu .

Rintik rintik hujan ketika pelangi bertamu
Aku simpan dalam kalbu
Sepanjang hayat ku
Menjadi penawar rindu
Di saat pelangi telah berlalu .


Insan Biasa
Kuala Lumpur
5 September 201o .