Cinta

Dari jiwa dan raga setiap insan ,
bukan hanya melahirkan cinta pada seorang kekasih ,
cinta juga boleh lahir untuk semua makhluk Allah .

Cinta Yang Paling Utama ,
Cintailah Allah Yang Maha Suci .


Buat kalian ...

Apa saja dari blog ini, andai di ambil tanpa kebenaran,
saya tidak halalkan. Kalian di benarkan link blog ini . Selamat membaca , melihat dan mendengar .. Terima kasih .

Ahad, 31 Januari 2010

Puisi : Wangian bunga



Wangian bunga


Haruman bunga menyentuh deria
Wangiannya lalu dipuja
Pohonnya ingin dibawa
Biar berkembang di taman hati
Sedang bicara belum bermula
Hias bermain puisi seloka .

Kadang gembira rasa dipuja
Kadang berduka terasa dihampa .

Bila bunga menyelak daunnya
Buat apa di puji jelita
Cukuplah aku berkata cinta
Cinta bukan harta dan rupa .


Insan Biasa .
Kuala lumpur .
31.1.2010 .


11 ulasan:

Insan Biasa berkata...

Bila terasa di cintai ...

Hati rasa terharu.
Mungkin sebenarnya rasa itu adalah salah sangka !!!

JijahJambu@Jj berkata...

mungkinkah salah sangka.. jika naluri dan minda berbahasa cinta yang sama??

Insan Biasa berkata...

Sukar untuk difahami ...

lalau keliru cinta apakah benar !!!

Melatidaisy berkata...

sukanya masuk sini..dapat menghayati puisi indah..
suka atau duka tidak mengapa, kerana di sini hati kita bebas berbicara.
hargailah hati :) jangan serik utk berbicara dgn hati..

Insan Biasa berkata...

to melatidaisy

terima kasih
sungguh indah bila berbicara dgn hati...
Biar sunyi tidak sepi ...

:: hayati :: berkata...

ramai juga yg kt cinta bkn krn rupe n harta tp hakikatny....Allahu`alm...
tp insanbiasa mungkin btol kot...hehe

harap2 bkn terslh sangka......huhuhu

:: hayati :: berkata...

insanbiasa,
bole sy tany x umr awk bape??

Melatidaisy berkata...

peliharalah keindahan ikatan dengan jahitan benang keikhlasan, anyamannya seni kerinduan dan hamparannya lautan kasih sayang..

Insan Biasa berkata...

untuk hayati...

kebahagiaan bukan kerana harta dan paras rupa ...

itu bg saya lah ...

mungkin pandangan org lain berbeza ....

Insan Biasa berkata...

hihihi ... umur mesti lebih dari 30 huhuhu...

Insan Biasa berkata...

untuk melati daisy ...

Seni rasa , tingkahlaku dan bicara yg murni ...

Abadilah kasih sayang dan merindu lah cinta .....