Cinta

Dari jiwa dan raga setiap insan ,
bukan hanya melahirkan cinta pada seorang kekasih ,
cinta juga boleh lahir untuk semua makhluk Allah .

Cinta Yang Paling Utama ,

Cintailah Allah Yang Maha Suci .

Buat kalian ...

Apa saja dari blog ini, andai di ambil tanpa kebenaran,
saya tidak halalkan. Kalian di benarkan link blog ini . Selamat membaca , melihat dan mendengar .. Terima kasih .

Sabtu, 30 Januari 2010

Puisi : Pelangi yang hilang

Pelangi
Semalam kau terbentang di langit
Jalur warna mu indah
Ku kira bayangan sebuah cinta
Rupanya bayangan keindahan hati dilamun rindu
Hiasan semula jadi insan yang mendiami muka dunia .

Bila hati ingin bersatu dengan warna mu
Kau hilang
Hilang bersama debu butiran hujan
Pergi bersama suram sinar suria .

Aku lihat langit berwarna biru
Apakah cinta berada di sebalik warna itu
Bukan milik ku
Milik ku hanya rindu
Kekasih ku adalah rasa kepiluan
Dan aku bercinta dengan kehampaan .

Keindahan semalan
Mungkinkah telah mati bersama kasih dan sayang .



Insan Biasa . Kuala Lumpur .

5 ulasan:

Insan Biasa berkata...

Sayang !
Pernahkah rasa cinta bertunas di hati mu ...
Kalau ia pernah bertunas ..
Mungkinkah ia pudar bersama kesejukan
... yang membakar perasaan , cemburu atau hilang kepercayaan ...
Sayang !
...................!!!!

:: hayati :: berkata...

terharuny......mcm menghampiri kecewa jer....huhu

melatidaisy berkata...

"Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dgn orang yg salah sebelum menemui insan yg betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yg betul, kita akan tahu bagaimana utk bersyukur dgn pemberian dan hikmah disebalik pemberian tersebut"

Insan Biasa berkata...

hayati :....

Tak pasti la .....

Insan Biasa berkata...

melatidaisy :

Tuhan Maha berkuasa ...

Keinsafan jalan hidup amat baik ...