Cinta

Dari jiwa dan raga setiap insan ,
bukan hanya melahirkan cinta pada seorang kekasih ,
cinta juga boleh lahir untuk semua makhluk Allah .

Cinta Yang Paling Utama ,
Cintailah Allah Yang Maha Suci .


Buat kalian ...

Apa saja dari blog ini, andai di ambil tanpa kebenaran,
saya tidak halalkan. Kalian di benarkan link blog ini . Selamat membaca , melihat dan mendengar .. Terima kasih .

Khamis, 31 Disember 2009

Percintaan sebelum kahwin , Perlukah ???

Islam tidak membenarkan percintaan sebelum perkahwinan .

Benar kah kenyataan ini ?

Salahkah kenyataan ini ?

Harap anda dapat kongsikan pandangan .

Terima kasih di atas kesudian .......

Ayat ayat mencari cinta sejati ..Orang - orang kafir .

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang .

Katakan : Hai orang-orang kafir.

Aku tiada menyembah apa yang kamu sembah .

Dan kamu tiada menyembah apa yang kami sembah .

Dan aku tiada menyembah apa yang kamu sembah .

Dan kamu tiada menyembah apa yang aku sembah .

Bagi kamu ugama mu dan bagi aku ugamaku .


Moga aku dalam jalan kebenaran hingga habis hayat ku .
Selamat tahun baru ....

Rabu, 30 Disember 2009

Adakah di sini

Teman siaber
Kemanakah berakhirnya
Kita sering bersama
berbicara , kadang berkata bahasa hati dan jiwa berseni
Bersedih berketawa bila berbicara di siaber ini .

Kadang tanpa perkenal diri
Mungkinkah dia cuma lakonan
Satu permainan buat masa yang terbuang .

Mungkinkah ada kawan sejati
Mungkinkah ada cinta sejati
Tersembunyi di alam ini
Berada dalam hati yang tulus dan suci .



insanbiasa . K.Lumpur. 29 Disember 2009 .

Harapan

Hari ini adalah semalam yang telah kita lalui
andai apa yang kita usaha tapi tidak lagi kita nikmati hari ini
usah lah kecewa
kerana lumrah dalam dunia ini
apa yang dihajati tidak semua diperolehi .

Syukur lah apa yang di perolehi
jangan berputus asa
menadah tangan pada ILLAHI .

Hari ini adalah esok yang bakal datang
teruskan usaha
pertingkatkan keupayaan .

Berdoalah pada TUHAN semoga besok puncak kejayaan
Dan tidak lupa , merayu pada TUHAN , agar esok kita masih lagi ada .

Tangan ku berbahasa dengan hati ku
moga aku tidak lupa ........



( Selamat tahun baru untuk semua )

insanbiasa , K.L. 29 Disember 2009 .

Selasa, 29 Disember 2009

Cinta rahsia

Biar aku memuja bunga
Lembut kelopaknya di tiup bayu
Manja bagai insan bercinta .

Tanpa suara menyata rasa
Warnanya tersenyum bila di pandang .

Tak sampai di pegang tangan
Harum nya tetap menyentuh badan .

Seharian aku memuja
Bila malam termimpi indah bayangan
Tidur bersama keharuman kenangan .

Tiba tiba dia tiada
Tangkai nya di potong belati tajam
Menitis getah nya bagai tangisan .

Perpisahan tanpa percintaan nyata
Sedang sayang bertaut di hati .



insanbiasa . K. Lumpur . 2009 .

Isnin, 28 Disember 2009

Ayat ayat Mencari Cinta Sejati ... Kemenangan .

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang .

Ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan .

Dan engkau lihat manusia masuk ke dalam ugama Allah berduyun duyun.

Tasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan pohonlah keampunan kepadanya, sesunguhnya Dia Amat Pengampun .



Aku menadah tangan dan sujud .
Memohon perlindungan dunia dan akhirat .

Kiranya dia fahami

Andai dia dapat merasai
Tapi berpura tak faham .

Terima kasih sayang
Sematlah di hati sayang
Cinta itu untuk sayang .

Mungkin sayang tidak dapat menerimanya
Tapi , apalah daya cinta itu bukan paksaan
Andai sudah di takdirkan cinta itu tidak berbalas
Biarlah ianya terus ada di hati ku ....

Sejarah duniawi cinta tak semesti nya di balas juga dengan cinta
Aku insaf dan akui
Insan yang bercinta dan bertahun bersama mencurahkan kasih sayang
juga tak semesti berkesudahan dengan keindahan pelamin yang di harapkan .

Sayang ....
Aku akan menunggu cinta mu hingga ke bila bila ......
Andai ditakdirkan kita terpisah
Aku anggap inilah cinta tak berkesudahan yang sangat manis di kenang ......

Andai sebenarnya sayang tidak memahami
Satu hari sayang akan memahami
Mungkin juga saat cinta itu di rasai
Talian hubungan ini tida lagi
Biar lah cinta ini hidup sampai ke mati.....
Bersanding dalam hati .........


Insanbiasa . Kuala Lumpur .




Ahad, 27 Disember 2009

Angan cinta

Setulus hati mencintai mu
Jadi lah cinta satu hala
Hati ini mencintai tapi tiada di cintai
Mungkin kau tidak tahu isi hati ku
Lalu hati mu diam kelu membeku .

Indahnya alam ini
Bila apa yang ada di hati
Hati mu dapat memahami
Dan hati berbicara dengan hati .

Indah lagi jika sudi membalas cinta yang semurni ini
Lalu aku memiliki seorang kekasih
Dan kita insan bercinta
Bermula dan selamanya .

Jauhnya angan berlari mengejar dunia
Satu ketika dengan penuh kerelaan
Kita akan bersama di pantai yang indah
Melihat gelombang dan buih ombak
Dan saujana mata memandang , lautan kebiruan
Nanti kita bersama akan belayar
Kalau malam dalam kegelapan , berteman suluhan bulan bintang
Di hari siang berpeluh dalam kepanasan
Terang di pancar sinar suria .

Bila sudah mula belayar
Kita tak lupa daratan yang kita tinggalkan
Bersama menadah tagan memohon kesejahteraa , menolak kecelakaan
Kita tak lupa wangian tangan ibu dan ayah insan insan berjasa
Tangan mu dan tangan ku berpegang erat
Hati kita berpeluk rapat
Menjadi satu tanpa garis tanda bercantum
Lalu pahit di bibir comel mu , terasa pahit juga di lidah kasar ku
Sakit pening diri mu biarlah aku yang merasainya .

Segalanya kita
Mana lagi ada kau dan aku
Bilakah masa itu
Kerana aku masih bersendirian dengan hati ku .
Maukah kau mencintai ku , wahai sayang ku .



Insanbiasa . Kuala Lumpur . 2009 .




Nahas bas ekspres


Pilu tapi reda ketentuan Tuhan
Rosmah Abdullah 23
Menangislah sayang kerana itu mampukau lakukan .

Kemalangan ngeri kilometer 272.8 Lebuhraya Utara-Selatan
Bakal tunang Noor Jismin Nordin 25 terkorban .

Melihat mayat terbujur kaku
Bahagia percintaan semalam bertukar kesedihan
cincin bakal ikatan mencucuk hati dan perasaan
Sertai doa temankan dia .

Siapalah hendak di salahkan
Bila Bas membawa penumpang
Sering meragut puluhan nyawa dalam satu satu kemalangan .

Semusim nanti , keringkan lah air mata mu sayang
Usah sepi lagi melihat dunia ini
Pasti ada yang menjadi penganti
Terima lah seikhlas hati .


Insanbiasa . K. Lumpur . 27 Disember 2009 .

Keliru debaran cinta

Di sana ketawa gembira
Bercinta jujur setia .

Di situ menangis derita
Bercinta palsu hampa .

Di sini keliru untuk bermula
Di hati sudah bertapak cinta
Sentiasa merindui dia
Debaran hati kian terasa
Di desak cinta terus membara .

Berani dan malu bertukar rasa
Kaku tangan ku menghantar bicara
Patut kah aku begini saja, mencintai tanpa cintanya .

Andai hanya berdiam saja
Mungkinkah menyesal sepanjang usia .


Insanbiasa . Kuala Lumpur . 27 Disember 2009 .

Sabtu, 26 Disember 2009

Bidadari hati

Kini aku mula mencintai mu
Begitu kuat cinta itu
Betapak di hati

Begitu cepat cinta itu bergerak di seluruh jiwa raga
Bersama darah merah yang mengalir
Bersama denyut nadi
Aku bernafas dalam nafas cinta pada mu .

Cinta paling murni dalam kamus sejarah percintaan insan di dunia ini
Lahir cinta di hati tanpa mengenali wajah yang nyata
Bukan kemewahan harta yang di ketahui
Tidak atas desakan nafsu
Kerana tidak pernah aku menyentuh jari mu
Mana pernah hidung ku menghidu wangian badan mu .

Cinta itu dari hati , kerana perkenalan antara hati .

Ku biarkan kini dia di hati
Mungkin kau sudah di miliki .

Andai hati mu sudah di punyai
Atau hati mu sudah mempunyai
Jika ini memang terjadi
Biar cinta ini kekal di hati
Ku bawa hingga ke mati .

Andai kau masih tidak di miliki
Akan ku kumpulkan segala kekutan hati dan diri
Dan satu hari yang tak lama lagi
Aku akan berani
Berani menyampaikan cinta hati ku pada mu secara nyata dan tulus .

Andai belum sempat aku menyatakan pada mu
Tiba tiba talian perkenalan ini putus
Dan kau hilang tanpa dapat di cari
Tulisan ini merupakan penyataan hati
Dan ia menjadi kenangan paling indah dalam hidup ku .

Semoga hati mu juga dapat merasai
Andai kau terbaca tulisan ku ini
Kau lah bidadari hati yang ku cari
Dan kini ku temui ...


Insan Biasa . Kuala Lumpur . 26 Disember 2009 .





Jumaat, 25 Disember 2009

Mana perigi nya ???

Kalau ada perigi yang cari timba tu bagus le. hihihi ...

Senang la sikit si timba .

Tapi perigi tu kena la baik hati budi nya .

Perigi yang mencari tu mungkin mencari timba berlian kot .....

Timba upih pinang melepas le!!!!!


Teringat pula mandi air perigi di tepi gunung ,

Sejuk sedap nya ...

Cuti ni nak gi mandi kat mana ni ?

Ada ke sesape lih cadangkan .

Kalau ada perigi elok juga ........


Rasa macm nak pergi mandi kat N9 .

Ulu apa namanya tu ?

Pergi boleh la , nama pula da lupa . kah kah kah ....

Pergi jauh sikit la ,

Kat Tasek Kenyir ok gak .

Kat sana ada resort .

Kat Tasek Merah pun boleh gak .

mari mari .... sape nak ikut ?.

Insan biasa nak belanja ke ? Kah kah kah ........

Khamis, 24 Disember 2009

Anak dara di jendela

Bila dara membuka jendela
berlindung di balik langsir tipis
Langsir biru terasa malu
Si dara menjeling teruna lalu .

Siapa timba siapa perigi
Budaya bangsa perlukah di taati .

Benarkah di zaman ini
Kalau diam jadi tersembunyi .
Gadis susah mendapat laki .


Insan biasa . KL. 24.Disember 2009 .



Rabu, 23 Disember 2009

Manis bermadu

Zizie 31 kahwin YB , ( bermadu )

Siti Fatimah 22 kahwin ayah sarah Raisuddin . ( bermadu )

Hati dah suka semua indah belaka .

Begitu lah dunia , itukah cinta ? .

Madu madu nya pula terasa manis ke pahit ?


Aku nak tahu , ada kah di muka bumi ini , Budaya kehidupan manusia di mana suami boleh di madukan ?

Siapa siapa yg ada info , boleh lah kongsikan .
Terima kasih .........

Selasa, 22 Disember 2009

Bicara

Bicara orang kecewa
Aku takut bermain cinta
Sakit nya tidak terkira .

Bicara orang bahagia
Indah nya kita bercinta
moga kekal ke bila bila .

Bicara orang tiada
bertanya di mana kah oh cinta
Bila kah bersua .

Bicara orang berdusta
Hanya sayang yang di cinta
Tiba tiba ada madu nya .

Itu lah cinta
Manis nya pahit berbisa
Cinta oh cinta
Ada berbahagia ada berduka .



Isnin, 21 Disember 2009

Kemana kah

Belayar di lautan luas
Perahu nya helaian kertas tipis
Gelombang tegah mengganas
Matahari sedang membakar .

Jerung dan ular laut berteriakan
Mana kah mangsa untuk di baham .

Bila helaian kertas lumat di serap air
Dan tiada lagi perahu untuk di tumpang
Boleh kah aku berenang
Kerana ini lah kali pertama aku lakukan .

Mungkinkan aku tenggelam
Dan menjadi rebutan hidupan ganas yang kelaparan .



Insanbiasa . K.Lumpur . 21 Disember 2009 .

Sabtu, 19 Disember 2009

Semacam aku memahami diri ku

Tadi aku menghadiri majlis perkahwinan seseorang yg aku kenal baik .

Murni nya cinta mereka ,

Merah inai di jari ,

Berpimpin tangan naik ke pelamin .

Cinta , kasih dan sayang menjadi ikatan suami dan isteri .


Petang ini aku sendirian di rumah .

Terkenang bayak kisah kisah yg telah lepas .

Tentang khayalan .

Tentang mimpi .

Terasa sangat , aku semacam satu keinsafan .

Itu semua bukan nya kenyataan yang nyata .


Aku ingin berjalan di alam yg nyata .

Aku tidak mahu semacam layang layang putus tali .

Bermain awan putih dan mengejar bayang bayang ,


Di alam yg nyata ini aku perlu berhati hati .

agar hati tidak ternoda .

agar aku tidak kesesatan ................


Di takhdirkan aku bertemu dia .....

Akan ku belai kasih sayang dan ikatan cinta .

Sama sama merasa nikmat bahagia .


Andai nya dia tetap tidak menjelma ,

akan ku cari dan ku tunggu hingga ke bila bila .

Aku tidak akan menyalahkan sesiapa .....

Kerana diri aku sendiri lah segala gala .


Perlu kah aku mengatakan suka .....

Andai aku jumpa dia yg berkenan di hati .

Berani kah aku untuk berkata ?





Ku tinggal kan desa ...

Kini di kota ,

kita berbicara lagi dalam maya ini .

Biar kita tak pernah bersua ,

terasa kita sentiasa bersama ,

Berbicara tentang hati ,

Berbicara tentang budi ,

mungkin kah satu hari kita bertemu dan bersalam ,

Berkata dengan ungkapan lidah ,

Berbicara megenai hati dan kehidupan .

Pengalaman yg kita lalui ,

Pengalaman yg ingin kita cari .

Pengalaman yg ingin kita kongsi .

Tanpa selindung , dgn ikhlas dari hati .........

Di andai kan kita bertemu , apa pula kata kekasih hati ,

Apa pula kata isteri ,

Apa pula kata suami ,

Boleh kah mereka memahami hati .

Bersama berbicara eratkan silaturahim ............

Khamis, 17 Disember 2009

Aku di desa ku

Aku di desa ku ,
Ayah dan Ibu selamat sampai pada 15 Dis 2009 .

Sehat dan sejahtera .

Allah lah yg maha Berkuasa .

Sabtu, 12 Disember 2009

Puisi buat hati

Ini kah lumrah alam ini
Atau aku tersesat dalam kesamaran .

Bila menjelma ku rasa tiada
bila tersenyum ketawa ku rasa kesakitan tidak terkira .

Bayang bayag ku rasa nyata
Ku sentuh kenyataan nya tiada .

Kesakitan dan keluhan ku rasa bahagia
Titisan darah merah ku rasa titisan air mata gembira .

siapa kah aku dalam langkah yang nyata ......


( Insan Biasa , Kuala Lumpur . 12 Disember 2009)

Jumaat, 11 Disember 2009

Cinta ( Puisi buat dia )

Biar sukar kau datang
Biar payah ku temui
Biar aku cari dan cari
Biar aku tunggu dan tunggu
Mungkin kau jauh di seberang lautan
Mungkin kau tinggi di puncak tertinggi
Biar kau di mana
Terasa hampir ku temui
Terasa dekat di hati
Terasa keharuman wangian mu .

Cinta .

Mungkin kau dekat di sini
Berselindung di balik kelembutan keayuan tatasila mu .
Cinta mu berbunga di hati .....
Cinta mu membara menyala.
Menunggu ketika memanas hati ku
Dalam pelukan cinta hati mu .

Dan kita lah insan bercinta
Percintaan dua hati.
Biarkan dia terjadi
Biarkan dia yang memahami .

Aku lah kekasih mu dan kau lah kekasih ku .
Bila hati mu dan hati ku tidak ada penghadang lagi .


( Insan Biasa . Kuala Lumpur . 11 Disember 2009 )


Khamis, 10 Disember 2009

Bukan dia yg ku cari ....

Kekadang kecantikan bukan lah sasuatu yg utama untuk memikat hati ......

Kecantikan mungkin lebih menarik untuk di nikmati oleh mata .

Aku bukan terlalu memilih ,

aku memilih bukan kerana mata .

aku memilih ikut kata hati ku .....

Mata ku lebih memahami dan mencintai hati ku .

Semoga bayang bayag itu menjelma .

dan dia lah bidadari hati ku ..............

Semoga dia yg mencintai aku tidak berkecil hati ,

Teruskan lah cinta itu , biar pun tidak ada percintaan diantara kita .

Biar lah bagai bulan dan matahari , setia pada ketentuan ....

Matahari di siang hari ,

Manakala bulan di malam hari ....

Bila bulan cuba untuk bersinar di siang hari ,

Pudar sinar nya di telan kegemilangan matahari .......

Dari Lombok with Love .....

Di anggarkan 600 orang gadis Malaysia lari ke Lombok ,
Megikut pemuda Lombok yg memberikan cinta .

Rupa nya cinta dan kasih sayang pemuda Lombok itu berbisa .
boleh memikat gadis yg dahagakan kasih dan sayang ......

Nasib baik lah tak ada gadis Lombok yg menabur kan cinta nya di sini ,
Kalau tidak ramai juga pemuda Malaysia yg di bawa lari ke Lombok .

Kalau pemuda tu ok la juga .
Tapi kalau yg dah ada isteri kacau la di buat nya .....

Kena pandai bercinta ni rupa nya ....
Kalau lah ada kerusus yg di tawarkan megajar Cinta , laris agak nya ....

Aku cuma bercinta dgn bayang bayang ........


Selasa, 8 Disember 2009

Puisi buat Mawar

Sekuntum mawar di usia pagi ,
Lemas dalam kemanisan malam ,
Di belai ,
terbelai ,
oleh tangan bermadu .

Hilang gadis nya tanpa pelamin dan malam pengatin ,
Antara kerelaan dan kekesalan .
Antara khayalan dan kenyataan ...........

Mawar !!!

Inaikan jari mu dengan keinsafan .
Mana ada istilah lambat untuk mencari jalan pulang ,
Jalan itu luas terbentang ,
Berjuta tangan melambai kepulangan .........

Cinta pasti kau datang ......

Sesekali aku gelisah tanpa cinta seorang kekasih ....

Sesekali aku terlupa bahawa aku banyak menerima cinta , pun bukan lah dari seorang kekasih .....
....... Mereka mencintai aku .
Mungkin murni cinta nya melebihi dari cinta seorang kekasih .....

Tanpa kekasih aku bukan kesaorangan di dunia ini .

Tapi aku tetap rindukan cinta dari seorang kekasih ..........

Isnin, 7 Disember 2009

Terkenang Kota Mekah

Terkenang aku pada kota Mekah ,
Papa dan Mama ku masih di sana . ( Papa dan Mama bukan panggilan yg sebenar )
Patut nya 7 haribula dah balik ,
tapi tertangguh hingga 15 haribulan .

Terkenag kisah di desa ku ,
semasa aku kecil berlari lari di batas sawah padi ,
basah kaki ku terkena embun pagi ,
comot kaki ku terkena lumpur sawah .

Kadang ku megejar belalang dari pokok ke pokok padi yg lain .
Melihat anak ikan bernang di sawah yg bertakung air .
Kadang burung berterbangan di angkasa .
bagai hiasan di awan putih yg berarak .

Dulu tak pernah aku fikir aku akan berada di kota raya ini .
Menyusuri hutan batu mencari kehidupan .
Damai nya desa ku ,
Bukan semacam kota ini yg penuh dgn kesibukan dan perlumbaan mencari razki .
Kadang banyak berlaku perlanggaran hukum dan kesusilaan budaya Melayu yg murni .

Panas nya pecintaan di kota ini .
Alang kah sejuk dan damai nya andai aku menemui cinta ku di desa ku ,
Berpinpin tangan di batas padi , memadu cinta murni , berlatar belakag keidahan alam semula jadi .....
Bernafas dgn udara desa yg segar .
Sesekali melihat darah merah megalir di kaki bekas gigitan pacat dan lintah sawah ......
Aduh !!! Khayal ku dalam Khayalan .

Bagai pujangga dalam dunia ciptaan nya .
Berkuasa menentukan , cinta siapa kah di terima gadis manis yg di puja , dalam dunia nobel cinta karya nya .
Boleh kah aku menjadi sebahagian dari watak dalam nobel itu ..... Aku ingin mencari cinta dalam karya agung mu ....

Dan mungkin kah aku boleh damai dgn dunia fantasi itu.........

Ahad, 6 Disember 2009

Jatuh Cinta

Semoga aku tidak mudah mengatakan cinta , kerana cinta itu bukan kata kata mainan lidah ,
dia ada lah dari hati .......
Cinta ku bukan pada kecantikan .

Cantik nya dia ,

Tak berani aku menjaga kecantikan itu .......

Perlukah ....

Semalam aku keluar dgn Nora (bukan nama sebenar ) .
Patut kah kisah ini ku tulis dalam blog Cinta ini ?.

Jumaat, 4 Disember 2009

Besok aku akan keluar dgn .......

Besok Aku akan keluar dgn dia ,
itu lah janji aku pada dia ,

Mungkin kah aku penuhi janji itu !
Dia bukan gadis yg aku cari dalam mimpi ku .
Dia memang cantik ...
jauh lagi cantik dari gadis dalam mimpi ku ,
dia sexy .
Dia tidak bertudung .

Bagaimana kalau aku keluar dgn dia ...
keluar lagi
keluar lagi
keluar lagi
dan aku jatuh cita pada dia .....

Bagaimana kalau kecantikan nya yg lebih menarik cinta ku pada nya .
Bagaimana kalau aku cinta pada dia tapi dia tidak mencintai aku ?
Bagaimana kalau ketika aku beduaan dgn dia , tiba tiba aku jumpa gadis dalam mimpi ku .
Tenang kah hati ibu ku melihat pakaian dia .
Dia anak orang berharta .....
Kereta nya mewah tak sebandig dgn milik ku .
Kenapa kah aku sanggup untuk keluar dgn dia ?????
Perlu kah aku menarik balik janji ku ????

Andai nya dia membaca tulisan ini ,
jangan lah salah sangka pada ku ,
lemah nya hati ku menghadapi situasi ini sebagai seorang insan biasa .
Mungkin kau cuma ingin berkawan dgn ku .
Mungkin aku hanya sebagai pengawal peribadi mu yg tak rasmi !
Entak la wahai dia yg cantik !!!!!

Khamis, 3 Disember 2009

Terima Kasih , Terima Kasih , Terima Kasih .........

Berbanyak banyak terima kasih untuk Cik Nora kerana sudi menjemput ku ........

Semoga engkau jujur .......

( Nora bukan nama sebenar )

Rabu, 2 Disember 2009

Cinta di jual !!

Wang dan harta kadang boleh membeli cinta .
Bila cinta diperolehi dgn bayaran ,
Benar kah itu cinta ?.

Mungkin kah dia boleh di suburkan dari masa ke semasa ,
Dan nanti akan wujud cinta yg sejati ....

Atau mungkin kah cinta yg di beli itu tidak kekal lama ?.
Sepanjang masa dia perlukan kemewahan harta benda .

Dan mungkin kah kalau kemewahan hilang ,
cinta juga akan turut hilang ......

Cinta !
Aku tidak mampu mebeli mu ,
Aku tidak mahu membeli cinta yg murah ,
Cinta yg meletakkan harga pembayaran itu adalah cinta yg murah .
Berapa banyak pun nilai nya . Dia tetap murah .....
Cinta itu bukan kerana kasih dan sayang .....
Aku inginkan kasih dan sayang yg sejati .
Biar hati dan hati saperti isi dgn kuku .
Bagai rambut bersimpul mati .
Bagai ombak sepanjang usia menbelai pantai .......

Kadang aku terasa semacam tidak banyak perbedzaan cinta yg di jual , dgn pelacur yg menjual diri untuk mendapatkan wang .....
Cinta dan kasih sayang seorang pelacur yg bertukar tukar pelanggan sepanjang masa .

Abang ada wang , sila kan abang !!!!
Tak ada wang , Abang boleh jalan ......

Begitu lah dalam Harian Metro semalam , seramai 32 orang wanita warga China datang ke Malaysia untuk menjual Cinta ,
Tawaran cinta sementara , di gelanggang pelacuran ........



Selasa, 1 Disember 2009

Kehebatan

Oh ! hebat nya kau .....
Mungkin kau penyanyi ,
Mungkin kau pelakun ,
Mungkin kau model ,
Mungkin kau ahli sukan ,
Mungkin kau penulis ,
Mungkin kau orang biasa ......
Tapi setiap insan di beri kelebihan oleh Tuhan yang Maha Besar .
Mungkin orang ramai tidak merasai kehebatan itu ,
tapi diri sendiri dan orang tertentu tahu kehebatan itu .....

Mungkin kau di puja penghuni seluruh dunia ketika hidup mu .
Mungkin kau di puja penghuni seluruh dunia walau pun kau sudah mati ....

Banyak tangisan ketika kematian mu !
Kerana sayang pada mu .
Kerana mencintai kehebatan mu .

Ada kah insan itu juga menangis di saat kematian mu ,
kerana takut engkau tidak di cintai Allah .
Apa kah engkau mencintai Allah .
Selalu kah kau berdoa untuk mendapat cinta dari Allah ??

( Ganti nama Kau dan Engkau itu , aku tujukan khas untuk diri ku sendiri )

Aku insan yg banyak kekurangan di bumi Allah ini .

Aku inginkan cinta sesama manusia ,

Kadang aku terlena dgn belaian dunia ......

Semoga aku tidak lupa mencintai Allah .

Mana ada kehebatan boleh menandingi kehebatan Allah .......