Terdapat ralat dalam alat ini

Cinta

Dari jiwa dan raga setiap insan ,
bukan hanya melahirkan cinta pada seorang kekasih ,
cinta juga boleh lahir untuk semua makhluk Allah .

Cinta Yang Paling Utama ,
Cintailah Allah Yang Maha Suci .


Buat kalian ...

Apa saja dari blog ini, andai di ambil tanpa kebenaran,
saya tidak halalkan. Kalian di benarkan link blog ini . Selamat membaca , melihat dan mendengar .. Terima kasih .

Khamis, 30 Disember 2010

Setitis embun


Setitis embun

Setitis embun semalam
Kekal di jiwa hingga ke hari ini
Biar bertahun zaman berlalu
Murni wangi nya tetap terasa
Sebati dengan denyut nadi
Menjadi nafas dalam kehidupan
Kasih dan sayang yang datang tanpa paksaan
Tidak akan hilang dari hati
Biar di paksa berjuta ancaman
Tersenyum dalam kenangan
Biarpun pilunya menjadi tetamu .


Insan Biasa .

Sabtu, 27 November 2010

Ceritera kasih


Ceritera Kasih

Kenangan lalu yang duka
Andai tidak dapat kau lupa
Ingatlah dengan suasana yang berbeza
Jadikan guru yang bijaksana
Jujur mengajar usia
Senyumlah pada hikmahnya
Mengenal tingkah laku manusia
Bunga di gunung tak semestinya harum
Usah terlena berjuta janji
Kadang di pinggiran kuntum mewangi
Tanpa siulan bermadah indah
Di sebalik sifatnya yang tersendiri
Madunya setia suci
Sekali relanya di miliki
Kasihnya sampai ke mati
Sentuhi cintanya seikhlas hati
Moga tiada lara jiwa lagi .

Insan Biasa
Kuala Lumpur .



Hati Dan Fikir .



Hati Dan Fikir

Di satu malam sunyi
Aku mendengar tangisan hati mu
Di marahi kata fikir mu
Bayu setia membawa rahsia pada kalbu ku
lalu aku tersenyum
Melihat panorama semesta
Bukan hanya gigi dan lidah
Sesekali tergiggit memberi kesakitan
Rupanya hati dan fikir juga begitu
Duhai hati
Izinkan fikir berbahagia
Wahai Fikir
Relakan hati tidak berduka .


Insan Biasa
Kuala Lumpur .

Kau yang tahu


Kau yang tahu

Kau
Tidakkah kau merasa sakit
Tika berdusta dengan hati
Saperti sakitnya jiwa
Bila cinta berlindung di hati
Kemana pun kau bersembunyi
Hati mu tetap menyertai
Selalu merayu
Membara dan menyala membakar rasa
Dari waktu ke waktu
Kau termanggu manggu
Melihat wajah yang kau rindu
Ada di mata hati mu
Hanya kau yang tahu .


Insan Biasa
Kuala Lumpur .


Jumaat, 26 November 2010

Kisah semalam


Kisah Semalam

Ceritera yang di tanam di pusara samudera
Tiba tiba datang tika remban senja
Berbalut wajah dengan kain putih
Saperti masih baru di kafan
Kelihatan merah tompok tompok darah
Dari jiwa yang luka
Di cucuk kaca cinta yang berkecai
Dia datang untuk mengambil kecewanya yang tertinggal
Ketika di sana roh kasihnya merindu
Terkenang detik detik indah yang pernah di lalui
Namun yang di cari tiada lagi
Di bawa berlalu oleh bayu waktu
Hilang dalam sinar matahari
Menjadi awan hitam di pinggir langit
Mungkin selamanya begitu
Tidak akan menjadi hujan
Buat apa di cari lagi
Pada kabus awan yang tidak pasti .


Insan Biasa
KUALA LUMPUR .




Selasa, 23 November 2010

Satu Misteri



Satu Misteri

Dalam kegelapan malam
Kau tersesat dalam gumpalan awan kasih
Kau cari suara menyebut sayang
Semakin hilang dan terus hilang
Di bawa angin rindu
Tenggelam dalam lautan harapan
Bila hari siang
Ku lihat embun di hujung rumput
Menangisi pada asmara yang kecewa
Kau kah embun itu
Semakin kering di panas matahari
Menjadi satu misteri
Tersimpan di hati .


Insan Biasa
KUALA LUMPUR .

Isnin, 22 November 2010

Perlukah kecewa



PERLUKAH KECEWA

Di petengahan malam ku lihat keangkasa
Bersinar dua bintang sangat berdekatan
Bagai pasangan sedang bercinta
Ku hampiri bayangan bulan
Berdiri di bawah bumbung langit
Seketika sejuk jiwa ku di titis embun syahdu
Teringin aku berkasihan saperti bintang itu
Tapi aku selalu mendengar ceritera
Betapa pilunya hati kecewa
wahai insan yang sedang hiba
Di manakah kau berada
Ingin aku bersua mata
Merasai apa yang di rasa
Izinkan aku bertanya
Kenapa kau perlu kecewa
Dalam dunia luas terbuka
Pasti masih ada cinta yang membawa bahagia .


Insan Biasa
Kuala Lumpur .

Khamis, 18 November 2010

Bicara Aku


Bicara Aku

Aku debu kota
Di terbangkan bayu dari desa
Tiada nama tiada rupa
Jauh sekali kaya harta
Biar darah tumpah ke bumi
Bagi ku tidak mengapa
Namun maruah tetap ku jaga
Selangkah aku hulur
Pantang aku berundur
Biar hancur telapak kaki
Tidak aku berhenti
Sekali salam di beri
Aku ingat hingga ke mati
Sepatah aku berkata
Apa jua aku rela
Doa ku pada Ilahi
Moga aku selalu di berkati .



Insan Biasa
Kuala Lumpur .


SIAPAKAH ITU


SIAPAKAH ITU


Rintik rintik hujan malam
Tidak di sedari membasahi pipi
Bagai tangisan insan sepi
Sendirian di tegah luas lautan
Mencari cintanya yang tenggelam
Namun tidak di temui
Terus hilang di bawa arus
Mahu pulang melihat pepohon rimbun di daratan
Namun sampan di lambung gelombang
Pendayungnya patah di telan waktu
Siapakah insan itu
Menjadi perindu dalam dukalara
Termenung di pinggir zaman
Memanggil burung terbang
Ingin bercerita kisah cinta
Buat manusia jadikan tauladang .



Insan Biasa
Kuala Lumpur .

Rabu, 17 November 2010

Rindu demi rindu




Rindu demi rindu

Dalam malam hitam sepi
Aku merindui cahaya bulan
Namun bulan tidak kelihatan
Bintang bintang juga hilang
Ku intai di panorama langit
Ingin ku bertanya pada awan
Tiba tiba awan menjadi kelu
Suara nya di bawa angin berlalu
Melewati halaman pandangan ku
Hanya embun yang pilu
Melanggar kalbu ku
Tergegar seluruh jiwa ku
Hadhir rindu demi rindu .


Insan Biasa

Selasa, 16 November 2010

Bicara Cinta






(Jam 7 -30 Malam 16.11.2010 .. Di Kuala Lumpur )


Bicara Cinta

Tika kehilangan cinta
Usah menangis pada senja
Lihatlah sinaran bulan
Bintang tetap berkerlipan
Tidak dusta pada janjinya
Kadang terlindung seketika
Di tutupi awan berlalu
Jangan kecewa membunuh bahagia
Masih ada di dunia
Cinta yang setia
Dia akan menjelma
Bagai fajar akan tiba
Suria akan bercahaya
Nikmati keindahan alam semesta
Tanpa duka lara
Bermohon sejahtera pada Nya .


Insan Biasa .
Kuala Lumpur .


SALAM AIDIL ADHA


( Bulan di langit Kuala Lumpur pada malam Hari Raya Aidil Adha )


SALAM AIDIL ADHA

SEGALA KESILAPAN DALAM PENULISAN KU

MAAF ZAHIR DAN BATIN .

Insan Biasa
( pelbagai Nama )








Jumaat, 5 November 2010

Asmara ini

Asmara ini

Sayang ku
Akukah yang kau rindu
Debaran berbisik menyentuh jiwa
Terasa aku di sayangi
Terasa aku di kasihi
Benarkah perasaan ini
Atau hanya mainan mimpi
Begitu mekar di hati ku
Harumnya cinta ku pada mu
Lena dalam angan asmara
Wajah mu menjadi kekasih ku
Hati mu memeluk hati ku
Jiwa mu mencium jiwa ku
Nafas mu membelai nafas ku
Seluruh milik mu terasa menjadi milik ku
waktu waktu angan syahdu
Terasa dunia ini milik ku
Kerana kau segala galanya bagi ku .


Insan Biasa
Kuala Lumpur .




Nyanyian jiwa


Nyanyian jiwa


Ku nyanyikan suara hatiku
Lemah layu dan mendayu
Membaca kata kecewa jiwa terharu
Hari hari telah berlalu
Bersama derita di kalbu .

Memuja wajah yang tiada
Menjelma dalam khayalan sahaja
Dari senja hingga kesenja
Merindu bayangan cinta .

Alangkah indahnya asmara
Mesra dalam pelukan manja
Ikatan kasih sangat setia
Belaian sayang selalu di puja .

Bilakah ketika kita bersua
Ingin ku buktikan segala bicara
Berkorban apa pun jua
Bersama membina bahagia .


Insan Biasa
Kuala Lumpur .




Kau di hati ku





Kau di hati ku

Di mana kau tidak ku tahu
Kembara ku menjelajah awan di langit biru
Namun wajah mu tidak ku temu
Bila awan putih menjadi kelabu
Aku jadi terharu
Bersama khayalan ku berlalu
Melangkah tanpa arah di tuju
Membawa rindu di hati ku
Mengejar bayang bayang mu .

Satu ketika andai kita bertemu
Aku tidak akan berhenti mencintai mu
Kekal selamanya di hati ku .


Insan Biasa .
Kuala Lumpur .



Duhai puteri




Duhai puteri

Kau menjelma dalam mimpi ku
Indah bicara asmara mu
Di saat kesunyian malam
Aku merasa pilu
Aku teringin merasai rindu
Tapi sayangnya rinduku sudah hilang
Di bawa bayu bermain gelombang
Tenggelam di dasar lautan
Bersama cinta yang terkorban .


insan biasa .
Kuala Lumpur
5.11.2010 .






Khamis, 4 November 2010

Salam


Salam

Salam dari hati ku
buat kau entah di mana
pasti tahu di kalbu mu
terlalu deritanya diri ku
bersama menjelma wajah mu
tersenyum menutup kecewa
menghiris lumat jiwa ku
dalam bayu senja
aku terbang kearah mu
tanpa haluan nak ku tuju
patah sayap sayap ku
tersungkur aku di bumi
bagai terhenti nafas yang tak bermaya
biar lelah ku cuba jua membuka mata
aku hanyut di tengah samudera
di lambung ombak bergelora
Namun dahaga saperti di gurun sahara
aku berenang mencari muara
tapi muara sudah lama tiada
terbakar bersama kehancuran cinta .


insan biasa
Kuala Lumpur .



Pelayaran rindu


Pelayaran rindu

Belayar di dada lautan
Menempuhi gelombang dan putaran arus
Di saat malam hitam gelap
Ku tunggu bulan dan bintang
Sinarannya ada keindahan
Melukis wajah kesayangan
Biarpun senyumnya terhalang
Tapi terbayang kasih dan sayang
Ucapan penuh pengharapan
Bersama dalam asmara bahagia
Melekat dalam ingatan .

Namun cinta tidak kesampaian
Kejujuran di paksa menjadi pengorbanan .


insan biasa .


Rabu, 27 Oktober 2010

KENANGAN

KENANGAN

Indahnya ceritera percintaan
Pengucapan kasih dan sayang
Rindu sentiasa berbayang
Manis mesra berbicara
Lena dalam khayalan bersama .

Kini kenangan itu menikam hati
Menitis darah kesakitan tiada berhenti
Bersama denyut nafas tidak di lupai
Rambut yang sudah bersimpul mati
Tidak terlerai seumur diri
Aku tersendiri
Membilang hari bersama kepiluan jiwa
Riwayat kehidupan insan kecewa .

Insan Biasa .










TIADA LAGI

Sepi malam ini


Ingin aku berbicara dengan bayu
Tapi dia menghilang diri dalam kegelapan
Ku lihat di langit tinggi
Bulan bintang pudar
Terselindung di balik awan .

Begitulah dia yang ku rindu
Hanya bayangannya menjelma
Menemani sepi diri
Sayu dalam embun dini hari
Tiada lagi realiti kasih dan sayang
Mimpi menjadi ngeri di kejut terbit matahari .


insan biasa .








Selasa, 26 Oktober 2010

TERKENANG



TERKENANG

Dalam lena sepi
Wajah mu datang lagi
Tersenyum dan pergi .

Ku buka jendela
Di langit tinggi
Bulan pudar di tutupi awan .

Hati ku rawan kepiluan
Terkenang cinta yang hilang .


Insan Biasa .



Rabu, 29 September 2010

Waktu Berlalu

Waktu Berlalu

Aku melangkah dalam sayu
Semalam yang ku lalu
Masih melambai ku

Ku kuatkan langkah ku
Kerana di hadapan juga ada yang menunggu
Lalu aku berkata pada diri ku
Aku mahu menjadi aku
Agar tidak sesat jalan yang berliku .


Insan Biasa .



Jumaat, 24 September 2010

Rindu

Rindu

Jarak Jarak waktu
Kita tidak bertemu
Hati ku bertanya diri mu
Ucapan catatan mu
Berbayang pada jiwa ku
Bersama rindu
Mengejar kasih mu ...

insan biasa .


Rabu, 8 September 2010

SELAMAT HARI LEBARAN

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Maaf zahir dan batin .


Insan Biasa .

Isnin, 6 September 2010

BULAN DAN MIMPI

BULAN DAN MIMPI

Kau bulan mengambang indah itu
Terlena khayalan ku
Dalam santun kelembutan cahaya mu
Terdengar mesra suara berlagu
Ku pandang sinaran cahaya penuh sendu
Ku temu satu tali kearah mu
Ku berpegang pada tali itu
Aku yakin dapat menyentuhi diri mu .

Seketika tali itu tiada lagi
Pendakian ku terhenti
Aku terhempas ke bumi .

Kini aku lebeh mengerti
Dalam tersendiri
Terfikir dalam hati
Kejamnya mimpi .


Insan Biasa
Kuala Lumpur
6 September 2010 .





Ahad, 5 September 2010

PELANGI DI LANGIT BIRU


PELANGI DI LANGIT BIRU .

Malam terasa begitu sendu
Aku begitu rindu pada mu
Kita di takhdirkan telah bertemu
Dalam bicara dan mimpi maya ku
Hati ku tersentuh pada hati mu
Sesekali aku terasa begitu terharu
Begitu takut diri ku
Tanpa salam keizinan dari mu
Begitu telah berlaku
Maafkan lah pada hati ku
Maafkanlah pada diri ku
Bukan aku sengajakan begitu
Aku sendiri tidak tahu
Apa yang aku tahu
Pada hati ku
Penuh dengan nama mu
Penuh dengan wajah mu
Hati ku terus menyebut nama mu .

Tapi aku sedar diri ku
Siapalah aku
Mahu mengejar waktu bersama mu
Engkau pelangi indah di langit biru
Seketika hanya menjelmakan diri mu
Nanti akan terlindung dari ku
Bersama bulan bintang yang seindah mu .

Rintik rintik hujan ketika pelangi bertamu
Aku simpan dalam kalbu
Sepanjang hayat ku
Menjadi penawar rindu
Di saat pelangi telah berlalu .


Insan Biasa
Kuala Lumpur
5 September 201o .

















Rabu, 18 Ogos 2010

Tetamu sepi

Tetamu Sepi


Bila kau sepi

Carilah kesunyian di sini

Berkongsi hati insani

Menikmati kehidupan ini

Kau bukan bersendiri

Berbicara sejujur hati

Nanti bertemu lagi .



Insan Biasa .














Sabtu, 14 Ogos 2010

Hilang

Hilang


Semakin aku sepi
Semakin wajah mu datang pada hati
Semakin aku menjauhi terasa semakin kau mendekati
Aku hilang dalam diri
Tersesat dalam hati .

Yang aku lihat hanya mimpi ......


insan biasa .


( Salam rinduku untuk semua )



Rabu, 21 Julai 2010

Sunyi


Sunyi

Kenapa aku damai dengan kesunyian ini
siang melihat matahari
malam indahnya bulan dan bintang .

Teringat aku pada dia
selalu bersendirian
di tangannya tasbih
di hatinya mengingati Tuhan .


Insan Biasa .




Begitukah

Begitukah

Ular berbisa di bawah akar
tak hilang bisanya .

Gigitan boleh membunuh
tapi tak kenyangkan dia
mungkin terpaksa untuk keselamatan dirinya .

Begitukah kita
untuk menyelamatkan diri ..



Insan Biasa

Jumaat, 16 Julai 2010

Mawar Biru

Mawar Biru

Selalu mengusik hati
buat hati jadi celaru
bicara halus mu
bagai kaca menikam nyawa .

Mimpi dan jaga
kau selalu menduga .

Kenapa begitu
wahai Mawar Biru .


Insan Biasa .


Rabu, 14 Julai 2010

Mungkinkah

Mungkinkah


Pagi ini aku di tepian pantai
jauh di tengah lautan
ku lihat sampan kecil di lambung gelombang
pendayungnya saorang perempuan
bersendirian mencari sesuatu yang hilang
pasti berani hatinya
menghadapi cabaran
mungkin juga kematian .

Tiba tiba terfikir
mungkinkah itu satu kerelaan
atau satu keterpaksaaan ..

Insan Biasa

Selasa, 13 Julai 2010

Persoalan

Persoalan

Ketika ini
Tengah malam melangkah pagi
Tak tahu kenapa di hati
Teringat warna ini .

Lembut dan manja
Merah" bunga pulut "
Merah bunga jambu
Sebutan berlainan
Maksudnya sama .
Santun di lihat di wajah puteri

Kalau lelaki memakai warna ini
Tidakkah melanggar budaya
Aku ingin berfikir
Mencari satu keputusan
Tapi mata tidak tertahan
Terasa macam sudah lelap
Maafkan aku sayang
Biarlah aku bermimpi
Menunggu hari siang .

Besoklah ku pastikan
Kalau masih menjadi persoalan .

Insan Biasa .

Ahad, 11 Julai 2010

Usah tergoda ..

Usah tergoda

Usah tergoda sayang
bicara manis berbisa
darah menitis
luka tak terasa .

Hidup mu usah persia
dunia luas di hadapan mata .

Fahami rentak dunia
kecewa mu hanya dalam mimpi
bila terjaga itulah realiti
dan kau perlu hadapi
hari yang akan datang nanti
bersama pelbagai misteri
menguji kekuatan diri .



Insan Biasa .

Begitulah kita



Begitulah kita

Berbicara melepas rasa
Kadang derita kita ketawa
Kadang gembira kita menangis .

Antaran persendaan dan kebenaran
Lemas dalam khayalan
Sayang di rasa cinta
Rindu di kata kekasih .

Dalam berjuta mimpi
Tercurah rahsia hati .

Lalu aku ketawa sendiri
Melihat telatah si puteri
Teringin menjadi suri
Teringin di peluk manja
Dari seorang bergelar suami
Meriba zuriat sendiri ..

Insan Biasa

Sabtu, 10 Julai 2010

Biarkan dia pergi

Biarkan dia pergi

Bila matahari semakin rebah
hari semakin tak berdaya
semakin susah menjaga dia
biar pun dia banyak berjasa
biarpun kita sayangi dia
biarlah berpisah untuk kebaikan .

Kita simpan dalam kenangan
pahit manis bersamanya
keringat yg tumpah bersamanya
adalah perjuagan kehidupan
syahdu buat hati yang mengerti.

Hukum duniawi
perpisahan selalu ditemui
moga hari bakal kita dilalui
dirahmati Illahi .

( tadi aku terima talipon dari bonda )
Insan Biasa .

Khamis, 8 Julai 2010

Dalam diri

Dalam diri

Lumrah alam ini
Tidak semesti bagai di hajati
Di kejar kadang semakin jauh
Di cari tidak di temui
Di marah semakin sayang
Di kasih semakin benci .

Berkatalah hati
Fahamilah diri
Melihat insan ketawa dalam kedukaan
Melihat insan menangis dalam gembira .

Aku semakin tidak mengerti ...


Insan Biasa .

Rabu, 7 Julai 2010

Hujan

Hujan

Kuala Kumpur
7 Julai 2010
Jam 2-00 gelap macam nak senja .


Bila awan dan air terpisah
Hujan membasahi bumi
Sejuk alam sekeliling
Damai seketika insan kepanasan .

Berhenti hujan
Gelap menjadi terang
Hanya untuk seketika
Nanti malam akan tiba
Kegelapan menjelma lagi
Mungkin ada hati yang hiba
Terkenang kisah duka .

Andai tiada awan hitam
Teringin melihat bulan dan bintang
Bersama rindu yang bermaharajalela ...


Insan Biasa






Ahad, 4 Julai 2010

Mimpi itu


Mimpi itu

Tak pernah luput dari ingatan
Mimpi bertemu mu
Bicara begitu syahdu
Sungguh menyenangkan jiwa
Tanpa kenal wajah
Berlalu pergi dalam sepi malam .

Bila fajar menjelma
Kau tiada di mana-mana
Yang tinggal keharuman bicara
Manisnya kisah itu .

Dalam terkenang
Ku lihat satu bayang
Kaukah itu
Berbicara tentang kejujuran
Tentang hati dan jiwa insani
Buat hati bergelora
Bagai lautan luas di hadapan
Ingin aku menyeberangi
Mungkinkah aku ...


insan biasa








Laut




Laut

Di antara gelombang ada buih putih
Menghiasi kebiruan laut yang saujana
Berkilau bak muntiara biasan sinar matahari .

Leka bersama khayalan
Berbicara dengan cinta yang maya
Gembira di sini
Kekadang menangis kerana gembira .

Kekadang temui kepahitan dalam gembira
Usah menangis duhai hati
Buanglah ketengah lautan .

Biar merasai ketenangan
Melihat ketam dan siput bermain air laut
Memahami kehidupan dan lumrah alam .


insan biasa







Khamis, 1 Julai 2010

Bunga itu


Bunga itu

Sendirian di tepian pantai
Melihat sekuntum bunga di bawa gelombang
Semakin lama semakin jauh
Lalu hilang di tengah lautan .

Melayang burung terbang
Menyanyi membawa pesanan
Tapi sayang tak dapat di fahami .

Melihat lagi pada lautan
Bunga tadi menjelma lagi
Bila di hampiri
Rupanya bayang-bayang .

Ku lihat di langit biru
Rupanya bunga itu di sana
Menangis di balik awan
Air matanya bercampur hujan
Membasahi dada ku .

insan biasa




Selasa, 22 Jun 2010

Semalam


Semalam

Telah hilang
Hanya terkenang
Hanya bayang-bayang .

Rindu di hati hanya khayalan
Tangisan menjadi pengajaran
Tentang cinta yang di ucapkan
Tentang sayang yang di lafazkan

Bagai awan dan hujan
Bertemu untuk perpisahan .


insan biasa




Isnin, 14 Jun 2010

Pengertian





Pengertian


Siapakah tidak adil
Siapakah zalim .

Siapakah berpura pada hatinya
Siapakah tidak jujur pada cintanya .

Bahagiakah kehidupan
Bersama cinta yang terpaksa .

Takut pada bayang-bayang
Mengejar bayang-bayang .

Cinta dihati
Hanya diri yang mengerti .


insan biasa

Ahad, 13 Jun 2010

Keliru

Keliru

Terima kasih ..
Kau masih ingat tetang aku .

Bila aku memohon maaf
Apakah salah ku ..

Aku jadi keliru
Siapa aku ..
Siapa diri mu ..

Sabtu, 12 Jun 2010

Piala Dunia 2010 Afrika Selatan


11 Jun 2010
Perlawanan Pertama Afrika Selatan lawan Mexico .
( jarigan gol Afrika Selatan 1 dan Mexico 1 )

Selamat menonton sepak bola !!!!!!!

Besut

Gambar ini saya ambil di satu tempat di kawasan Besut .
Tapi saya tak tahu apa nama kawasan ini ...
Mungkin ada pelawat Blog Cinta yg tahu ..
Bolehlah ceritakan .....



Khamis, 10 Jun 2010

Husm Kubang Kerian




(Gambar bulan ini di ambil di hadapan HUSM Kubang Kerian , Kelantan )

Kau

Aku merindu pada mu
Aku melihat bulan itu
Mungkinkah kau juga melihat bulan itu ...

Di hati ku hanya satu
Aku cinta pada mu ...


insan biasa

Sabtu, 5 Jun 2010

Hanya bayang

Hanya bayang

Bila hati melihat bayang mu
Tergoda dan merindu .

Cinta mu tersembunyi
Bagai bulan tidak kelihatan
Berselindung di balik awan .

Di bumi sunyi kegelapan
Menanti sepanjang malam
Merayu sayu mengharapkan ...


insan biasa
Kelantan 5.6.2010






Khamis, 3 Jun 2010

Bercinta

Bercinta

Aku cinta pada mu
Mungkin kau tidak mengerti itu .

Lalu kita merindu
Sebenarnya kita ingin bercinta .

Aku ingin menjadi milik mu
Kau ingin menjadi milik ku .

insanbiasa



Sabtu, 22 Mei 2010

Bagai bulan




Bagai bulan


Yang di rindu
Bagai bulan di langit biru .

Indahnya cahaya mu
Ramai pemuja tanpa jemu
Kasih dan sayang ingin bertamu
Merindu untuk bertemu .

Hati ku menjadi cemburu
Perasaan menjadi celaru
Melihat awan menutupi diri mu
Aku bertambah rindu .

Andai lambat langkah ku
Pasti kau berlalu
Kau sungguh pemalu
Bersembunyi di balik waktu . . .



insan biasa .





Rabu, 19 Mei 2010

Lautan terbakar




Lautan terbakar

Bagai lautan terbakar
Gelombang adalah kepanasan
Ombak mencium pantai
Ucapan menyata kesakitan .

Cinta yang hilang
Hangus hati di bakar kesedehan
Membilang saat berlalu
Hujan musim kemusim
Tidak luntur catatan tinta kasih dan sayang ...


insan biasa .





Selasa, 18 Mei 2010

Keterangan yang jelas ...

Keterangan yang Jelas


Orang-orang yang kufur dari ahli kitab
Dan kaum musyrikin itu tiada dapat meninggalkan
( kepercayaan mereka yang sesat )
sehingga datang kepada mereka keterangan yang jelas .

Seorang Rasul dari Tuhan
membaca lembaran-lembaran yang suci .

Di dalamnya ada catitan-catitan hukum yang benar .

Dan tiada golongan ahli kitab itu berpecah-belah
melainkan sudah datang kepada mereka
keterangan yang jelas .

Dan mereka hanya di perintahkan
supaya menyembah Tuhan
dengan tulus dan iklas
beragama kepadanya
dan berkeadaan lurus
serta mendirikan sembahyang dan mengeluarkan zakat ,
yang demikian itu adalah ugama yang betul .

Sesungguhnya orang-orang yang kufur
dari antara kaum ahli ktab
dan kaum musyrikin ,
mereka berada di dalam neraka jahanam ,
tetap kekal di dalamnya ,
mereka itu adalah sejahat-jahat makhluk.

Sesungguhnya orang-orang beriman
dan mengerjakan amalan yang baik-baik ,
mereka itu adalah sebaik-baik makhluk .

Ganjaran untuk mereka di sisi Tuhan mereka
ialah syurga-syurga Aden
yang mengalir di bawahnya sungai-sungai ,
mereka kekal di dalamnya
buat selama-lamanya ,
Tuhan telah ridha kepada mereka ,
begitu juga mereka telah ridha pada Tuhan ,
Yang demikian itu
untuk sesiapa yang takut akan Tuhannya .

.........................

Ya Tuhan ku
Permudahkan lah aku untuk membuat kebaikan
dan jangan lah sekali-kali aku membuat kejahatan .









Isnin, 17 Mei 2010

Cinta berbunga





Cinta berbunga

Di hatiku berbunga cinta
Ingin ku sampaikan pada hati mu
Jika sudi hati mu menerima
Berakhirlah penantian sebegitu lama
Kita akan bersama
Bercinta sepanjang usia kita .

Di takdir tidak di terima
Ku tunggu sepanjang umur dunia
Cinta ku pada mu hanya ...


insan biasa .

Sabtu, 15 Mei 2010

Puisi dari Nakila

Semasa insan biasa on kan YM dalam blog Cinta . Ada seorang bernama Nakila,
menulis puisi untuk di catat dalam blog Cinta .

Terima kasih Nakila .
***************************************************************************

Janda sepi

Gerimis malam membawa kata
kata rintihan seorang janda
bila akan bersua .

Pada satu ketika
membawa bahagia.

Nakila
14 . Mei 2010 .
*************************************

Saperti mu

Malam malam yang sepi
Aku sendiri
Merindu gelisah menanti
Siapalah yang mengerti .

Satu ketika
Di takdirkan kita berbicara
Ingin aku bercerita tentang cinta

Bukan untuk kita bercinta
Kerana cinta bukan boleh di paksa
Hadirnya secara rela
Aku sekadar ingin berkongsi rasa
Betapa aku menderita
Merindu tanpa cinta .


insan biasa .






Jumaat, 14 Mei 2010

Cinta di hati mu

Cinta di hati mu


Cinta yang ada pada mu
Kau pendamkan dalam diri .

Keindahan mutiara dibiarkan di dasar lautan
Kilauan intan dibiarkan di perut bumi
Cinta terus tersembunyi
Tiada insan yang mengetahui .

Rindu tanpa pengucapan
Kasih dan sayang tanpa belaian .

Bilakah masa untuk kau lafazkan
Sudah lama aku nantikan
Aku menyimpan harapan
Ingin hidup dalam percintaan
Menjadi kekasih mu yang tersayang .



insan biasa .





Kaki Belit




Berhati-hati dengan kaki belit .

Kaki belit mungkin wanita dan mungkin juga lelaki .

Dia pandai mengambil peluang .

Licin macam belut di air .

Tajam macam pisau cukur hingga luka tidak terasa ,

Tiba-tiba nampak darah .




Khamis, 13 Mei 2010

Aksi klasik Hafiz

Mohd Hafiz Hashim .

Menampilkan persembahan bertenaga penuh semagat .
Muncul sebagai Wira Malaysia .
Menewaskan Joachim Person .
Untuk kemenangan 3-2 ke atas Denmark .

21-12
21-10

Sekali gus memastikan tiket ke separuh akhir melawan China .

Esok .

Dalam perjuagan untuk memiliki Piala Thomas .

Tahniah Hafiz ........
Hafiz boleh !!!!!!!!



Jual dara .


Gambar hiasan sahaja . Tidak ada kena mengena dgn antri ini .
*******************************************************

Las vegas : Sebuah program realiti jual dara ,
Akan di terbitkan tidak lama lagi ,
Akan menyaksikan gadis dan lelaki remaja ,
Melelongkan dara dan teruna mereka kepada pembida paling tinggi .

Program ini di terbitkan oleh penerbit dokumentari John Sisely .

Dia meninggalkan Australia selepas pihak berkuasa negara itu,
mengancam mendakwanya berhubung dengan projek itu .


Rabu, 12 Mei 2010

Nelayan di laut harapan


Pantai Senok . Kelantan .
************************************************

Nelayan di laut harapan


Solat subur di tengah lautan
Mencari kehidupan bersama rakan
Nyawa kau pertaruhkan
Di lambung gelombang lautan
Bukan untuk mendapat kemewahan
Hanya bertahan untuk tidak kelaparan .

Isteri dan anak menunggu kegusaran
Pagi masih malam di tinggalkan
Ketakutan menusuk perasaan
Ada jiran telah hilang di lautan
Mati tanpa kuburan .

Bila petang melihat wajah suami
Hitam di baham panas matahari
Gembira rasanya hati
Syukur suami masih kembali .

Sedikit saja tangkapan hari ini
Tak apalah esok cari lagi
Inilah razki ...
Syukur pada Illahi .


insan biasa .









Selasa, 11 Mei 2010

Sowang 2 lagi huhuhu ....



Semalam sowang 2 lagi ..... lain kali lah ramai 2 ...

Lambat la pula tunggu masaknya ...

Nak hantar pun alamat tak ada .. kih kih kih ...

Isnin, 10 Mei 2010

Kau di mana

Kau di mana

Tika aku menyebut nama mu
Kau entah di mana .

Bila aku terlena
Kau datang dalam mimpi ku
Kau bertanya pada ku
Siapa kekasih yang ku rindu .

Ingin aku kata kan pada mu
Tiba tiba mimpi terhenti
Dan kau tiada lagi ...


insan biasa.


Ahad, 9 Mei 2010

Hari ibu

Hari ibu

Selamat hari ibu
Aku cinta pada mu
Cinta ku bukan hanya pada hari ini
Cinta ku tidak mengira waktu .

Ibu

Berbahagialah ibu
Tuhan ku
Berikanlah kesihatan untuk ibu
Panjangkanlah usianya
Sejahtera di dunia
Sejahtera di akhiratnya .

Ibu

Bakti mu
Tidak termampu di balas anak mu
Moga Tuhan jua memberi rahmatnya pada ibu .

Ibu

Maafkan anak mu
Andai ada kesilapan anak mu .

Ibu

Doakan lah anak mu
Tabah menghadapi cabaran
Moga anak mu patuh pada suruhan Tuhan.

Ibu

Kita berdoa
Semoga kita bersama di syurga nanti .






Sabtu, 8 Mei 2010

Kilauan cinta

Kilauan cinta


Warna putih suci
Saperti dalam mimpi yang pergi
Sesekali menjelma di malam yang sunyi .

Menyanyi sebuah tangisan
Muziknya kasih dan sayang .

Cuma hati yang memahami
Rasa pilu yang di alami
Melihat kilauan cinta di hujung hari ...


insan biasa .

Jumaat, 7 Mei 2010

Cinta terpendam

Cinta terpendam


Cuma diri sendiri yang mengerti
Sebuah harapan sepi
Tersimpan dalam hati .

Bila hati hendak berkata
Mulut tidak bersuara
Terus menanti ketika
Tapi entah bila .

Tiap ketika terasa tersiksa
Menyimpan rahsia cinta .


insan biasa .



Khamis, 6 Mei 2010

KFC


Hari ni kat KFC ...

Sowang - sowang ... tak best la.....

Tapi ada juga untungnya ... jimat , jimat !!!!! kih kih kih kih .......

Rabu, 5 Mei 2010

Selamat hari jadi






Selamat hari jadi

((( Buat kawan yang menyambut hari jadi )))


Selamat hari jadi di ucapkan
Semalam di lalui jadi pengajaran
Besok adalah cabaran .

Moga Tuhan memberi kesejahteraan
Biar berjaya dalam kehidupan
Akhirat nanti mendapat kesenangan .

Insanbiasa .



Selasa, 4 Mei 2010

Cinta terbiar

Cinta terbiar

Bak aliran sungai dari pergunungan paling tinggi
Tidak menemui lautan
Kering dalam perjalanan
Dihalang berbagai halangan .

Kepanasan demi kepanasan
Air kering menjadi awan
Akan menjadi hujan
Turun di bumi yang berlainan .

Sungai tanpa air
Cinta ketandusan ...



Insan Biasa .








Ahad, 2 Mei 2010

Cinta



Cinta

Bila ada cinta di hati
Terlalu sakit di pendamkan
Cinta mendesak untuk di lafazkan ...

Begitulah cinta ...



insan biasa .


Jumaat, 30 April 2010

Cinta



Cinta

Aku berbicara kau berseloka
Aku diam kau berbicara .

Aku tersenyum
Kau menjeling manja .

Kemudian berlinangan air mata mu
Aku tidak mengerti cinta ...



Insan Biasa .



Satu petang di Pasir Gudang


Aku jalan2 kat sebelah perhentian bas Pasir Gudang ... Johor .
Aku tertarik dgn kedai pakaian ni .
Pakaian menutup aurat untuk kanak-kanak .
Bagus ada kedai macam ni ...
Sejak dari rebung lagi boleh asuh kanak-kanak menutup aurat .
Huhu... kalau dah jadi buluh !!!!
Susahlah sikit ...

Selamat pengantin baru di ucapkan pada sapa 2 yang baru kahwin ...
Nanti !!! bolehlah melawat kat sini .....

Oh !! yang baru bercinta .....
Nak g tegok juga .
Boleh ! Boleh !
Kiranya ada cita2 la tu !!!!!!




Khamis, 29 April 2010

Sendiri di sini




Sendiri di sini

Sepi dalam kotaraya ini
Sendirian aku di sini
Langkah hidup mencari erti
Aku sendiri tidak mengerti .

Terkenang aku pada kota Melaka
Kisah dahulu kala
Percintaan raja dan puteri jelita .

Aku rindu wajah mu di sana
Kalau mampu ku bawa diri mu ke mari
Kita akan bertemu di sini
Bersama menjamu selera
Mencipta suasana bahagia .


Kalau sayang sudi di hati
Kita berlakon kisah purba
Abang menjadi " bidadewa"
Sayang menjadi bidadari
Kita jadi pasangan bercinta .

Kita bertemu di alam saber
Kita hidup dialam nyata .



Insan Biasa .






Rabu, 28 April 2010

Petang yang indah


Petang yang indah


Bertemu mu gadis
Kau malu-malu tersenyum pada ku
Kau hulurkan tangan memberi salam mesra
Kata-kata selamat sejahtera
Halus meniti di bibir mu penuh manja
Aku jua mengulagi ucapan yang sama .

Hati ku terus bertanya
Siapakah kau sebenarnya
Dimanakah kita pernah bertemu
Aku tidak ingat lagi .


Kemudian kau terus berlalu
Lalu hilang dari pandangan ku
Terlindung di sebalik pepohon bunga berwarna-warni .



Insan Biasa .


Sayang

Sayang .

Andai di ucapkan sayang
Mungkin dia sekadar gurauan
Mungkin dia satu kebenaran .

Insan yang memberi ucapan
Dia lah yang tahu kejujuran .



Insan Biasa .




Tidak mengerti

Tidak mengerti


Aku jadi tertanya-tanya
Ingatan
Sayang
Kasih
Rindu
Cinta
Apakah pengertiannya sama
Atau saling berkaitan .

Kalau ada jawapan
Itulah percintaan
Kekasih dengan kekasih
Pasti ada jawapannya .


Insan Biasa .






Selasa, 27 April 2010

Wahai bunga





Wahai bunga


Di tiup bayu bagai melambai
Rindu yang tak sampai
Hati ingin di belai
Di segar pagi embun berderai .

Kelopak comel nanti pudar
Bila panas matahari membakar .

Harum wangi akan berkurang
Bila hari menuju petang .

Manis madu bagai kehabisan
Bila nanti di jadi santapan .

Sekuntum bunga di cari-cari
Jujur hati taati Illahi
Harum budi hingga kemati
Ingin bahagia bersama nanti .



Insan Biasa .









Isnin, 26 April 2010

Rama-rama rindu

Rama-rama rindu

Kau hanya perindu
Kau hinggap pada bunga bukan kerana madu
Kau mencari cinta mu
Kasih dan sayang yang belum kau temu .

Bila kau sendiri
Teringat kisah yang kau lalui
Warna-warna bunga yang di temui
Cantik bunga-bunga ini
Dahaga untuk di kasihi
Dengan syarat yang tersendiri .

Kau jadi tidak mengerti
Lain di mulut lain di hati .

Terbaglah duhai rama-rama
Carilah ke mana-mana
Mungkin bunga di hujung dunia
Sanggup menerima tanpa syaratnya .



Insan Biasa .







Rahsia sebuah cinta


Rahsia sebuah cinta


Kau simpan pada hati
Rindunya tak tertahan lagi
Kasih sayang yang murni
Cinta di selimuti sepi .

Kalau sudi di hati
Ingin ku bawa kau kemari
Ku sediakan sebuah pelamin
Untuk bersanding dua hati .

Biar pertemuan ini
Menjadi kenangan abadi
Membuka rahsia dengan ikatan kasih suci .



Insan Biasa .



Ahad, 25 April 2010

Keputusan Pilihanraya P094 Hulu Selangor .



Hulu Selangor .

( Pilihanraya 25 April 2010 )

Berjuta janji engkau janji
Berjuta puji engkau puji
Calun engkau paling menepati
Layak berbakti di parlimen nanti
Undi! Undi ! undi! .

Berjuta keji engkau keji
Calun itu engkau benci
Jangan undi !
Jangan undi !
Jangan undi ! .

Mereka ada pilihan sendiri
Tidak boleh di tipu lagi
Mereka juga mengerti .

Calun yang di sukai
Pasti banyak mendapat undi
Jangan tak puas hati
Kalau tiada penimpuan di bukti .

Terimalah seiklas hati
Itu lah keputusan rasmi
Ditentukan semua pengundi .


Insan Biasa .












Duyung itu mawar merah


Duyung itu mawar merah


Aku bermimpi bersama mu
Wajah terbayang di ingatan ku
Tidak panjang tidak pendek rambut mu
Sederhana cantik memikat kalbu .

Makanan laut sama di nikmati
Indah lautan terbentang kita perhati
Malamnya kita bermalam di sini
Bersama keluarga di sisi
Ugama dan adat kita ikuti .

Manja gurau mu memikat hati
Tanda sayang mencium jari
Selepas ucapan nikah dari kadi .

Bila mimpi terhenti
Aku mula merindui
Pada duyung yang ku temui
Mawar merah yang sangat murni
Subur menyentuh hati .

Moga mimpi menjadi realiti
Dua hati terikat dalam satu janji
Bersama sehidup semati .




InsanBiasa .










Sabtu, 24 April 2010

Duyung yang Ayu




Duyung yang Ayu


Dalam kembara rindu di lautan cinta
Luasnya saujana di mata
Ku temui hati yang mesra manja
Bagai Duyung bidadari cinta
Ayu mu di hati ku terasa .

Tanpa aku terduga
Di hati ku makin terasa
Sesuatu yang luar biasa .

Tidak pernah aku bayang
Aku panggil diri mu sayang
Aku kau panggil abang .

Apakah kau yang ku mimpi
Bertemu dalam suasana begini
Aku bersyukur pada Illahi
Apa yang telah terjadi
Apa yang akan datang nanti .

Pertemuan ini akan jadi kenangan
Sejarah paling mahal dalam kehidupan .



Insan Biasa .



Jumaat, 23 April 2010

Seorang isteri


Seorang isteri peminat blog cinta .

Dah kahwin 5 tahun , tapi masih belum ada anak .

*** Menceritakan ada masalah dengan suami nya ***

Yang tak sedapnya .

Dah beberapa kali mengatakan suka kat Insan Biasa .

ha ha ha ......

Apa kata anda ????

DR Love mula jadi rimas !!!!!!



Tanpa ada jemu

Tanpa ada jemu


Detik-detik berlalu
Hati bertambah pilu
Bila yang di cari tidak bertemu .

Kalau ada rasa jemu
Jauh-jauh berlalu
Tidak perlu menjadi tetamu .

Teringat pesan ibu
Tidak ada kegagalan pada ku
Selagi usaha terus ku laku .

Hanya takdir belum menyebelahi
Sabar menanti kedatangannya nanti
Bersama usaha dan doa tanpa henti ...


Dia akan berada di sisi
Menjadi kekasih yang di sayangi ...


Insan Biasa .


Bayang yang hilang

Bayang yang hilang

Di manakah kau kini
Aku rindu pada mu saban hari
Apakah kau sudah di miliki
Sedang membilang hari
Untuk menjadi suri .

Andai ini benar terjadi
Bolehkan rindu ini terhenti .

Apakah kau sekadar menguji
Menilai kejujuran hati .



Insan Biasa .












Khamis, 22 April 2010

Ku cari mu


Ku cari mu

Dalam kembara waktu
Aku mencari mu .

Yang ku temu
Jejak-jejak yang di tinggalkan .

Aku kelu membilang langkah ku .

Bila aku semakin laju
Semakin jauh aku di tinggalkan
Hati ku menjadi pilu
Suara hati mu selalu memanggil ku .

Kemana hendak ku tuju
Aku ingin memintas langkah mu ...
Memeluk mu dalam milik ku.



Insan Biasa .





Rabu, 21 April 2010

Pencarian cinta

Pencarian cinta

Ku cari sebuat cinta suci
Cinta dari hati ke hati .

Bagai suasana menjelang pagi
Kabus putih menutupi mata hati
Bicara mulut tak sama di hati .

Aku mula menyedari
Sukarnya cinta itu untuk di temui .

Mungkinkah dia milik bidadari
Yang tiada di dunia ini
Andai aku terus mencari
Tidak mungkin di temui hingga ke mati ...

Aku terus tersendiri
Mendengar nyayian cinta yang tidak pasti
Hanya ilusi kehidupan duniawi ...



Insan Biasa .





Selasa, 20 April 2010

Permata


Permata

Ku temu permata berkilauan
Ku genggam dalam belaian sayang
Indah dan tenang di pandang
Di hati amat menyenangkan .

Ku ikat dengan emas putih
Menjadi hiasan pada dada mu sayang
Biar cahaya cintanya menyuluh doa pada Tuhan
Berwarna kejujuran dan kesetiaan .

Rela menerima hukum Tuhan
Alam dan kita di jadikan Tuhan
Tuhan Maha Memberi Kebaikan .

Permata yang ku temui ini
Moga tidak akan hilang
Takut pada bayang-bayang .



Insan Biasa .



Isnin, 19 April 2010

Kasih terbiar

Kasih terbiar

Cinta jadi tersasar
Dalam arus kehidupan berpusar .

Kisah cinta jalanan
Percintaan tanpa akal fikiran
Mudah memberi persetujuan
Mudah mengucap kesalan .

Kasih terbiar mendesak nafsu sayang
Besok akan berulang .

Konon mencari kejujuran ...



Insan Biasa .







Ahad, 18 April 2010

Salah cinta

Salah cinta


Berbahagia dengan sebuah cinta
Melutut padanya dengan rela
Kau cium harumannya tiap ketika
Hujung rambut kehujung kaki dibelai manja
Tanpa kau kenal erti cinta .

Satelah mengenal cinta
Kau lah insan amat kecewa
Cinta yang kau puja
Hanya jalan aspal di panas matahari
Hanya Gurun pasir yang kau lalui
Cinta yang di temui
Adalah satu fatamorgana .



Insan Biasa .






Bola-bola api

Bola-bola api

( Moga Roh Achik di rahmati ILLAHI )

Cinta terbakar oleh bola-bola api
Memisah suami dengan isteri
Memisah ayah dan anak di kasihi .

Kemalangan ngeri
Bersama bola-bola api .
Perginya seorang anak seni
Pergi yang tak akan kembali lagi
Menemui Illahi yang Maha Suci .

Bersabarlah insan yang di tinggalkan
Itu sudah suratan .


Insan Biasa .



Sabtu, 17 April 2010

Sebuah cinta

Sebuah cinta


Sebuah cinta dan harapan
Tenggelam di sebuah pelabuhan .

Nafas-nafas cinta kelemasan
Terdengar suara tangisan
Ratapan hati kesedehan .

Air mata menjadi lautan
Tak henti bergelombang mencium pantai
Tadarus hati seorang insan
Pada yang di cintai .



Insan Biasa

Ilusi

Ilusi

Ilusi sebuah cinta suci
Biar pun bukan satu realiti
Bukan juga untuk di realisasi .

Pada ilusi itu .

Kau pernah terharu
Menangis dengan pilu .

Kau pernah gembira
Kau hiasi gelak ketawa .

Fantasi di duniawi
Pelakunnya insani
Punyai rasa dan hati .


Insan Biasa .

Kenal diri

Kenal diri

(( Buat seorang yang bergelar isteri ))


Kadang lupa mengenal diri
Orang lain selalu di teliti
Lalu terasa orang lain terkeji
Merasa diri wanita terpuji .

Merayau merata di alam maya
Sembang-sembang dengan gembira .

Begitulah manusia
Kalau orang lain di kata membuang masa
Diri sendiri tidak terasa .

Lihat kuman di seberang sana
Lihat lah gajah di depan mata .



Insan Biasa .

Catatan yang di padam

Catatan yang di padam

(( Buat insan yang kesal dengan apa yang dicatatkan ))


Penyataan sebuah kekesalan
Dalam pemikiran seorang insan .

Kesan catatan itu terus tersimpan
Bagai tugu peringatan
Kekalahan sebuah keberanian
Tanda ketakutan menyatakan perasaan .

Sayang !
Perlu apa di takutkan
Dalam menegapkan kejujuran
Beranilah kerana kebenaran .


Insan Biasa .



Berjauhan

Berjauhan

(( Buat dia yang jauh di mata ))

Saat berjauhan dengan mu
Pasti rindu bertambah rindu
Andai kau itu kekasih ku .

Pasti hati gelisah di bakar bara
Kalau kita pasangan bercinta .

Tapi kita tiada apa-apa
Pasti rindu tiada di jiwa .

Kalau ada rindu
Itu hayalan semata-mata ...
Hanya sekadar permainan minda .


Insan Biasa .

Malam yang rindu

Malam yang rindu

Malam terharu satu demi satu
Bicara tentang kau dan aku
Tentang besok yang bakal kita lalu
Kita akan berpisah tanpa tahu hari bertemu .

Malam ini kita bersama
Kita buat apa yang kita suka
Iklas dan rela
Membelai cinta kita .

Malam akan berlalu
Akan hilang bersama terbit matahari
Bersama cinta dan rindu .


Insan Biasa .

Kebenaran

Kebenaran

Dalam khayalan kita
Itu paling baik untuk kita .

Yang di rasa baik
Mungkin tidak baik untuk kita .

Buruk baik pada Illusi
Mungkin tak sama dengan realiti .

Bermohon pada Illahi
Syukur menerima terbaik yang di beri .


Insan biasa .

Jumaat, 16 April 2010

Kehilangan diri


Kehilangan Diri


Dalam kekalutan duniawi
Tanpa di sedari kehilangan diri
Yang di kejar adalah diri sendiri
Yang pergi membawa diri .

Kemanakah pergi
Bersama rahsia diri .

Diri tidak mengerti
Diri juga yang mengerti .


Insan Biasa .

Tetamu cinta

Tetamu cinta


Kau gadis ku
Terima kasih sudi bertamu
Hati dan perasaan ku
Selalu berada di sini
Menunggu mu seiklas hati .

Kau Ayu ....
Bagai tiupan bayu
Membawa wangian syahdu .

Indah bicara mu menyentuh kalbu
Hanya itu yang ku tahu
Seketika kau singgah di sini
Kau pergi lagi .

Penuh rahsia diri
Bermain teka teki
Bersama baris puisi .

Aku terus menanti
Bertamukah kau lagi .



Insan Biasa .




Rabu, 14 April 2010

Cinta yang pulang

Cinta yang pulang


Cinta yang hilang
Kau temui jalan pulang
Mana mampu hati di halang .

Pilu irama perpisahan
Menyanyi lagu tangisan .

Bermain dengan kenangan
Patah sayap bila terbang
Tercabut sirip bila berenang .


Suka duka jalinan kasih sayang
Gagal menyentuh hari gemilang .



Insan Biasa .






Bayi-bayi yang di tinggalkan

Bayi-bayi di tinggalkan


Bayi-bayi ditinggal dalam hilang perasaan
Berselimut darah ibu di badan
Melahirkan dalam ketakutan
Dari hubungan durjana hasutan syaitan
Leka dalam hubungan harian .

Kenapa di kata mereka haiwan
Apakah kita bukan haiwan
Hanya melihat segala kejahatan
Apa yang telah kita lakukan
Kita hanya melepas tangan .

Berbicara saperti pejuang
Tidak pernah di medan perang
Dalam mimpi hanya berperang
Berada di barisan paling belakang ..



Insan Biasa .




Cinta bernoda ...

Cinta bernoda

Kejujuran dan kesetiaan ternoda
Di desak keinginan kelaminnya
Bila suami tidak berdaya
Isteri mencari kepuasannya
Kenikamatan yang amat hina .

Semalam di maya
Hari ini di maya
Besok juga di maya .

Sentuhan bicara
Perkenalan maya
Pertemuan di alam nyata
Bersedia bersentuh segala .


Nafsu bertemu pasangan nafsunya
Ciuman dan hubungan yang rela
Melupakan ugama
Bergembira dengan dosa
Bila kah tiba saat kesedarannya ...




Insan Biasa .
















.

Selasa, 13 April 2010

Kegoncangan

Kegoncangan


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayamg

Ketika bumi digoncangkan dengan kegoncangan yang hebat .

Dan bumi memuntahkan segala isinya .

Dan Manusia berkata : Mengapa gerangan ini .

Di hari itu bumi menerangkan beritanya .

Kerana sesungguhnyaTuhan telah mewahyukan kepadanya .

Di hari itu manusia kembali ( dari hisab ) sendiri-sendiri untuk diperlihatkan kepada mereka perbuatan masing-masing .

Dan barangsiapa mengerjakan perbuatan baik seberat atom , akan dilihatnya .

Dan barangsiapa mengerjakan perbuatan jahat seberat atom akan di lihatnya .


...................................................................

Siapalah kita tanpa rahmat Nya .









Misteri

Misteri


Bayang mu datang tanpa ku kenali
Kau bersembunyi dan terus bersembunyi
Aku jadi pengembara sepi
Mencari sebuah realiti
Aku ingin menemui sebuah hati
Didalamnya di penuhi cinta suci .

Aku ingin memiliki
Moga kau sudi memberi
Rela menyelak selimut misteri
Rahsia mu menjadi hadiah amat bererti
Untuk kita sama memahami
Untuk kita sama menikmati .

Mungkin kerana mimpi yang pergi
Kau begitu berhati-hati
Untuk menjelmakan wajah diri
Untuk menyatakan hasrat hati .

Aku berdoa pada Illahi
Semoga lembut tergerak dihati
Sanggup membuka yang tersembunyi
Moga bersama di duniawi
Moga bersama di ukhrawi .

Perkenalan baris-baris puisi
Menjalin ikatan suami isteri .



Insan Biasa .

Jumaat, 9 April 2010

Cinta misteri

Cinta misteri


Bersama baris puisi

Menemui cinta misteri
Seorang perempuan dan seorang lelaki
Di belai sentuhan cinta insani
Hilang falasafah diri .
.
Berbicara nada kasih sayang
Bersama malam bersama siang
Cinta sentiasa terbayang .

Misteri yang hilang
Di padam realiti yang datang .

Perlu apa di kenang
Keringlah air mata berlinang
Cinta yang amat di sayang
Biarlah dia terbang
Jauh jauh menghilang .



Insan Biasa . Kuala Lumpur .




Khamis, 8 April 2010

Mimpi yang berdarah

Mimpi yang berdarah


Tadi aku bermimpi
Bila aku terjaga
Aku di tinggal mimpi yang terus pergi .

Bila aku mengakat dua tangan untuk berdoa
Ku lihat dua tangan ku berlumuran merah darah
Rupanya mimpi itu berdarah .

Hati dan perasaan kukah yang berdarah
Atau hati mu yang terluka .

Tangan kukah yang menyapu luka
Atau tanganku juga turut tercedera .

Keringkah darah pada mimpi yang terus pergi .



Insan Biasa .

Rabu, 7 April 2010

Cinta di rindui

Cinta di rindui


Sebuah cinta di rindui

Sebuah kasih di sayangi
Bercantum dalam satu hati .

Indahnya bila wujud pada realiti .

Di takdirkan itu masih mimpi
Biar aku bersama mu dalam doa suci
Menyebut cinta dari hati .

Memohon kekuasaan Illahi
Menentu yang terbaik untuk insani .

Dalam menanti kepastian
Sebuah percintaan khayalan .

Cinta bagai layang-layang
Berbahagia di langit terang
Terharu melihat awan hujan .



Insan Biasa .




















Isnin, 5 April 2010

Bunga bunga cinta

Bunga bunga cinta

Datang mu harum mewangi
Dikala malam gelap sepi
Cahaya mu gemerlapan suci
Menyirami seluruh hati .

Selamat datang duhai dewi
Bukan untuk singgah disini
Kalau sudi di hati
Kekallah disini .

Telah lama aku nanti
Haruman mewangi saperti ini .

Tapi sayang nya kau tak mengerti
Kau hanya melalui daerah ini
Tanpa kau berhenti ...


Lumrah dunia

Hihihi .... nak pantun lagi !!!!!


Mencari kerang berhati-hati
Kerang gergasi di tengah lautan
Rindu datang tanpa terhenti
Sedih hati hanya dugaan .


Patah sauh bahtera kita
Bergerak perlahan tetap bersua
Berpisah jauh di hatinya cinta
Di takdir Tuhan bersama jua .

Berlabuh di Lukut waktu petang
Bahtera indah perlu di rantai
Kalau takut di lambung gelombang
Tidak berumah di tepi pantai .


Moga sudi membacanya .......

Saja suka suka
Bila hati lara cinta
Cari seloka mengubat duka .






Rindu-rinduan

Aku suka pantun ni .


Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai hamba sementara nampak
Esok jangan rindu-rinduan .



Lihat dan berbicaralah selagi ada peluang .
Pengalaman banyak memberi pengajaran .
Satu ketika bersama .
Satu ketika lagi sudah berpisah .

Begitulah adat dunia .


Buah selasih di makan kuda
Jatuh daun di dalam raga
Bercerai kasih talak tiada
Sejuta tahun merindu juga .

Hu hu hu .... susahnya di fikir secara rasional ....





Ahad, 4 April 2010

Kisah cinta

Kisah cinta


Berbicara tentang hati
Berbicara tentang rindu
Berbicara tentang sayang .

Bahagia kerana cinta
Merajuk kerana cinta
Ketawa kerana cinta
Menangis kerana cinta .

Berbicara tentang setia
Berbicara tentang kecewa
Berbicara tentang perpisahan .

Ceritera cinta seorang gadis
Bersama sebuah harapan ..


Insan Biasa .


Sabtu, 3 April 2010

Ceritera Cinta

Ceritera cinta

Semalam bukan hari ini
Kerana semalam tidak menjanjikan hari ini .

Semalam hanya kenangan .

Ceritera cinta kau dan aku
Cinta di kuburkan tanpa kematian
Berbicaralah kata memijak zaman .



Insan Biasa .





Jumaat, 2 April 2010

Sebuah cinta dan harapan




Sebuah cinta dan harapan

Cinta dari hati mu
Kau gantungkan di awan-awan
Basah bersama siraman hujan
Kering bersama panas suria .

Kadang terlindung di balik awan hitam
Kadang terang jelas kelihatan .

Semusim harapan cinta
Bagai kemarau di banjiri hujan .

Kau bersendirian
Takut mencari keputusan .

lalu kau menangis tanpa kepastian
Kegembiraan atau kesedehan .



Insan Biasa Kuala lumpur .




Khamis, 1 April 2010

Batas rindu


Batas rindu

Bila bertemu cinta dengan mu
Rindu terus bertamu
Tanpa berhenti ingati diri mu selalu
Mana ada batasan rindu
Tidak mengira waktu .

Menyebut nama mu tanpa jemu
Malam mimpi diri mu
Siang terbayang wajah mu .

Pada bayu ku hembus rindu ku
Biar nafas mu bersama rindu ku
Moga kau di lahirkan hanya untuk ku
Lalu itu kita bertemu
Memenuhi janji kelahiran mu ...



Insan Biasa . Kuala Lumpur .






Rabu, 31 Mac 2010

Hati

Hati

Bicara hati
Dalam diri sendiri
Bila pengucapan yang diberi
Dia tidak memahami
Bermainlah dalam mimpi
Sebagai satu Ilusi .

Intan di langit tinggi
Bersama bulan dan bintang -bintang di sisi
Berseloka irama tradisi .

Sepanjang hayat di kasihi
Tidak layak untuk di miliki .

Begitulah hukum duniawi
Bersabarlah menerima duhai hati
Bersama doa pada Illahi .



Insan Biasa . Kuala Lumpur .





Selasa, 30 Mac 2010

Dia di hati



Dia di hati

Ros merah di latar biru
Basah di titisan rindu .

Pilu yang di temu
Menangis tanpa jemu
Bersama hari-hari berlalu .

Bila cinta datang jua
Kasih sayang ikut bersama
Menjadi ketetapan dunia
Cinta rerama dan bunga .

Seorang insani
Sebuah hati
Cinta suci tetap abadi
Berjuta tahun untuk di lalui
Menyimpan rahsia hati .


Insan biasa . Kuala Lumpur .








Dairi cinta


Dairi cinta


Hari ini sangat teringin untuk ucapakan
Salam ingatan untuk kalian
Salam sejahtera yang berkekalan .

Istimewa untuk intan
Datang tanpa kelihatan
Bersembunyi dalam sebuat ingatan .

Membina sebuah zaman
Bukan sekadar sebuah kenangan
Kerana dia zaman berzaman
Meniti usia ke masa hadapan
Pernah menjadi amat di harapkan
Pernah di usaha untuk di lupakan .

Lagu duka bermuka ceria cuba dimainkan
Lirik kecewa dalam ketawa yang di persembahkan
Kisah nyanyian sebuah percintaan
Tanpa pertemuan tanpa perpisahan .








Isnin, 29 Mac 2010

Cinta khayalan


Cinta khayalan


Ku temu rindu paling dalam
Ku temu kasih sayang seluas lautan
Ku temu cinta setinggi awan .

Tangan ku tak mampu menyentuh awan
Awan pasti hilang
Bersama hujan membasah bumi
Kail ku tewas menduga lautan
Perahu ku pecah dilambung gelombang .

Cinta hayalan akan pulang
Bersama burung pulang kesarang .




Insan Biasa . Kuala Lumpur .




Cerita semut dan gula

Cerita semut dan gula


Ada gula di sana
Banyak banyak semut di sana .

Ada gula di situ
Berkumpul berkumpul semut di situ .

Gula hanya menanti
Tanpa semut hadirkan diri
Tidak mampu gula mencari
Begitu lumrah duniawi .

Gula pandailah menjaga diri
Elak dari siraman air
Nanti gula jadi cair .

Kalau sudah menjadi gula
Mampukah si lebah bistari
Menukar gula menjadi madu .



Insan Biasa . Kuala Lumpur .















Ahad, 28 Mac 2010

Hujan sepi


Hujan sepi


Hujan sepi tanpa pelangi
Warna biru di langit tinggi
Keroh membasah bumi .

Hilang pandangan bersama gelap malam
Dan hujan bertukar menjadi embun
Sedikit tapi menyegarkan .

Yakin pada kekuasaan Tuhan
Syukur terhadap ketentuan .



Insan Biasa . Kuala Lumpur .






Tangisan




Tangisan

Tangisan siapa menghiris pilu
Berbicara bahasa hati
Sepanas api sesujuk salju
Masih terasa masih di ingati .

Kelmarin yang sudah pergi
Bangun kembali hari ini .

Sekuntum mawar putih
Basah kelopaknya
Kesan tangisan embun pagi .


Insan Biasa .
Kuala Lumpur .








Bagai lilin



Bagai lilin


Lilinkah pengorbanan sebuah cinta
Membakar dirinya
Memberikan sedikit cahaya .

Bila hancur seluruh badannya
Masihkah ada cahaya .

Jiwa raganya yang terseksa
Mampukah tidak bersuara
Menyimpan sebuah rahsia cinta .

Mampukah berkata
Aku tidak pernah kenal dia
Mungkin kalau ada
Hanya dalam mimpi yang bukan nyata .



Insan Biasa . Kuala Lumpur







Cinta ku


Sila klik gambar untuk di baca dgn jelas .




I love You

Adalah tulisan tangan ku di pasir pantai .

Pemandangan ini aku sendiri yang merakamnya .

(( Pemandangan Pantai Irama , Bachok , Kelantan ))

-----------------------

Tulisan cinta di pasir pantai

Mana kekal tulisan itu
Pasti di pijak orang lalu
Di kering panas matahari menjadi debu
Bila ombak lalu
Tiada lagi catatan itu .

Ku rakam menjadi satu potret
Ku simpan cinta yang ku catat .

Menjadi kenangan syahdu
Tulisan tangan ku
I Love You .




Insan Biasa . Kuala Lumpur .










Rock







Hari sabtu jam 8 malam . 27.3.2010 .

Layan Rock Lama lama Kat RTM Senawang , N.Sembilan .

Diantara penyanyinya Mus Kumpulan May .

Joey BPR dan ramai lagi la ...

Kumpulan rock yang baru pun ada ,

The Rocket dan Kumpulan Kaca ..... ( tak pernah dengar pun ... huhuhu ) .


Mus kumpulan May kata :

Dia kekal berumur 25 selama-lamanya ......

hahahahahahahaaha ........