Terdapat ralat dalam alat ini

Cinta

Dari jiwa dan raga setiap insan ,
bukan hanya melahirkan cinta pada seorang kekasih ,
cinta juga boleh lahir untuk semua makhluk Allah .

Cinta Yang Paling Utama ,
Cintailah Allah Yang Maha Suci .


Buat kalian ...

Apa saja dari blog ini, andai di ambil tanpa kebenaran,
saya tidak halalkan. Kalian di benarkan link blog ini . Selamat membaca , melihat dan mendengar .. Terima kasih .

Sabtu, 31 Disember 2011

SELAMAT TAHUN BARU 2012

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2012.
MOGA SEJAHTERA SELALU ...

Khamis, 29 Disember 2011

Akulah Perindu


Akulah Perindu

Dalam bayu berlalu
wangian bunga itu menyetuhi kalbu
Namun kau tersembunyi dalam arus waktu
Dan aku menjadi perindu.

insan biasa
29.11.2011.

Selasa, 27 Disember 2011

DIA YANG TERSENDIRI


DIA YANG TERSENDIRI

DI SATU PINGGIRAN SUDUT DUNIA
KU TEMUI SATU KEHIDUPAN
KU RAKAM SEBUAH POTRET KENYATAAN
SEORANG LELAKI TUA MENGHUNI MAHLIGAI KENANGAN
ISTERI YANG TELAH LAMA PERGI
ANAK ANAK YANG BERJAUHAN
DAMAI TENANG SUASANA PERSEKITARAN
BAYU BERHEMBUS LEMBUT MESRA
KICAUAN BURUNG MENEMANI KESUNYIAN
DAMAI TENANGKAH JIWANYA
SENDIRIAN BERSAMA WAKTU BERLALU
SISA SISA USIA HANYA DI MILIKI
MASIH INDAHKAH MIMPINYA .

insan biasa
27.8.11.

Ahad, 25 Disember 2011

Rayuan Hati


Rayuan Hati

Relakah dirimu sayang
aku ingin bersamamu
merenangi bayu senja
melalui sisa-sisa malam
akan ku kenalkan dirimu
pada teman di alam piluku
embun dan burung malam penyanyi rindu
inginku katakan
aku tersangat bahagia memilikimu
kesudianmu sayang
itulah cinta terindah yang ku mimpikan
asmara yang sering menghiasi angan.

insan biasa
25.12.11
senja di Kuala Lumpur ...

Jumaat, 23 Disember 2011

Kalbu Rindu


Kalbu Rindu
Biarkanlah hujan di senja ini
kerana dia menjadi teman tangisan hatiku
malam nanti andai mimpi menjelma
itulah hanya ilusi yang ku mampu
penyataan kalbu yang rindu ~~~

Khamis, 22 Disember 2011

Bibir Malam


Bibir Malam
Tika aku di bibir malam
aku ingin dikau bersama di sisi
biar kita tidak berpisah lagi
walau di dalam kegelapan
kasihmu sangat memberi kedamaian hatiku ~~~

Ahad, 18 Disember 2011

TIDAK MAHU KECEWA


TIDAK MAHU KECEWA

Di daerah hayalan
Beralas permaidani biru
Kasihmu melambai-lambai cintaku
Sayangnya aku di halang ke daerah itu
Bila langkahku tidak terhenti
Berjuta serangan mencedera mimpiku
Bila aku terjaga ...
Masih merah darah luka
Membasahi seluruh tubuhku
Biarpun aku longlai tidak bermaya
Terjatuh aku tidak terus berbaring
Tetap ku jelajahi pelusuk alam nyata
Aku tidak mahu kecewa cinta.

insan biasa
18.12.11.

CINTA

Tersenyum dalam kepahitan
Moga bahagia sedang menanti
Menangis dalam kesukaan
Moga bahagia kekal selamanya .

Pernikahan

Selamat menjadi raja dan permaisuri satu hari ~~~ love~~~
Banyaknya jemputan majlis kahwin hari ini
Selamat berbahagia pengantin baru
Selamat berbahagia pengantin lama
Izinkan kasih sayang berbulan madu selamanya ...

Sabtu, 17 Disember 2011

TERSENDIRI


SENDIRI

Sendiri di sini
Buat aku jadi mengerti
Dalam hidup ini
Apa yang ku cari
Apa yag ku miliki
Aku ingin di cintai
Aku ingin mencintai
Buat aku insaf diri
Apa yang kumimpi
Mungkin tidak semua menjadi realiti
Lalu hati menasihati hati
Jangan pernah berkecil hati
Lumarah dunia ini
Tabahlah hadapi
Simpanlah ceritera cinta ilusi
Menjadi kenangan indah tersendiri.

insan biasa
17.12.11.

Jumaat, 16 Disember 2011

Indah Ilusi Bersama Mu


Indah Ilusi Bersama Mu

Sungguh indah ilusi bersama mu
Tanah tinggi ini bagai saksi khayalanku
Dalam madah merayu
Ku luahkan rasa rindu
Sudikah kau tahu
Di sudut paling syahdu hatiku
Ku letak potretmu
Menjadi teman kalbu
Bersama nafas dan waktu
Kasih dan sayang ku
Ku persembah pada cintamu .

insan biasa
16.12.2011.
Ilusi Cameron Highland.

Menjelang Senja




Menjelang senja ... Angin bertiup laju ~~~ butiran hujan bagaikan salju ...
Sedetik waktu makanan panas berubah menjadi sejuk
Aahh!!!! badan terasa sejuk hingga ke tulang
Oh !!! cinta !!! Hangatkanlah kalbuku ~~~~~

Cameron Highland


Jam 11 -30, Masih di kira pagi
Ku ucapkan selamat pagi buat semua
Sekarang aku berada di Cameron Highland
Oh ! sejuk dan segar !!!!!! ~~~ LOVE ~~~

Rabu, 14 Disember 2011

Cinta Di Pinggir Zaman




CINTA DI PINGGIR ZAMAN

Sebuah cinta di pinggiran zaman
Putih dan bersih
Melata dan sederhana
Tiada berhias kekayaan
Lalu terlepas pandang
Tiada terlihat keindahan
Terbiar di hanyut usia ...

insan biasa
14.12.11.

Ah !! sayang


Ah !! sayangnya

Di hatimu ada cinta
Di hatiku juga ada cinta
Ah !! sayangnya masa terus berlalu
Kita terus merindu tanpa percintaan
Harumnya kasih dan sayang
Berguguran di telan zaman .

insan biasa
14.12.11.

Telah Cinta

Telah Cinta

Di hatimu ada jawapan itu Sayang
Hatimu telah memahami aku sayang pada mu
Hatimu telah mengerti aku kasih pada mu
Sayang sendiri telah berkata
Sesungguhnya kasih bukan ucapan di bibir
Lalu hatiku telah berbicara dengan hatimu
Cintaku telah ku semaikan di hatimu
Kutunggu nafas cinta itu
Bercambah dan merendang
Ku rindu untuk berbahagia dalam rimbunan syahdu cintamu .

insan biasa
14.12.11.

Selasa, 13 Disember 2011

Bicara Pemuja

BICARA PEMUJA

Titis-titis hujan mengiringi kehadiran senja
Aku di sudut kehidupan yang masih bersisa
Bagai kegelapan malam yang bakal tiba
Rindu melalui daerah yang kian lara
Cinta entah di mana dikau berada
Masih adakah takdir untuk kita
Bertemu dalam mahligai asmara
Menikmati manisnya bahagia .

insan biasa
13.12.2011.

Di Alam Cintamu

Di Alam Cintamu

Gelora rindu di alam cintamu
Terasakah aliran kasih sayang ku
Syahdukan asmaramu
Andai ada bayangan ku mendekati ilusimu
Inginku katakan padamu
Menyampaikan apa yang ada di hatiku
Sebenarnya kalbu cintaku
Bagai udara menyentuhi tubuh mu
Bagai udara menemani nafasmu
Sedarkah dikau
Sepanjang waktu aku merayu .

insan biasa
13.12.2011.

Ahad, 11 Disember 2011

BULAN DILITUPI AWAN


BULAN DILITUPI AWAN ..

Bulan di sebalik awan
Masih indah cahayamu
Namun aku fahami
Cahaya murnimu bukan untuk ku miliki
Mataku sekadar melihat sinarmu
Cantik warna bicaramu
Tapi kau hadir bagai pelangi
Senyuman manismu menjadi layu
Mungkin kerana aku hanya insan biasa
Mana layak aku di cintaimu

Namun cinta di hatiku tidak terhenti
Terus merindu bersama waktu berlalu ~~~

insan biasa
11.12.11.

Sabtu, 10 Disember 2011

Mencintai cintamu

Indahkan malam minggu ini ...
Salam sejatera buat semua
dan pasti di sudut paling dalam hatiku
mencintai cintamu ~~~

Jumaat, 9 Disember 2011

Di Pantai Kasih

Di Pantai Kasih.

Akan ku temuimu
di daerah paling sunyi
di pantai yang putih bersih
hanya kita berdua menikmati keindahan alam
merelakan gelombang ombak menyentuhi jiwa kita
izinkan angin lembut membelai tubuh kita
dari pagi hingga kesenja kita berdua
usah di tanya bila kita akan bertemu lagi
kerana kita tidak akan berpisah lagi
siang dan malam milik asmara kita
selamanya kita bercinta
kita terus merindu biarpun sentiasa bersama ~~~

insan biasa
9.12.2011.

Misteri

Misteri
Malam begini
jiwaku kembara kealam asmara fantasi
bertemu mesra dengan wajahmu yang kurindui
aku bukan bermimpi
dan aku bukan di alam realiti
ah ! di manakah aku ?
aku tiada jawapan yg pasti ....

Salam khayalan cinta buat mu
Moga kau bersamaku di alam misteri kasih ini ~~~

Rabu, 7 Disember 2011

SALAM CINTA~~~

SALAM CINTA ~~~~

Ceria segar mentari pagi Kuala Lumpur
Pepohon di taman menari-nari ditiup bayu
Sekuntum bunga berwarna putih
Wanginya melambai jiwa yang sepi
Senyumannya mendamaikan hati
Andai kau selak jendela kasihmu
Pastiku hantar utusan sayangku ...
insan biasa

Isnin, 5 Disember 2011

Sekuntum Bunga Cinta

Sekuntum Bunga Cinta

Ku persembah pada jiwamu
Moga bertunas di hatimu
Menjadi pepohon cinta di hari muka
Kasih sayang tanpa bersua
Anggaplah itu asmara telah bermula
Andai kita di takdirkan tidak bersua
Anggaplah kita telah bercinta
Menjadi kenangan indah
Dalam hidup kita
Aku tidak mungkin pernah lupa
Kaulah wanita yang ku puja
Seorang wanita yang ku cinta.

insan biasa
5.12.11
Kuala Lumpur .

REALITI

REALITI
(khayalan seorang perindu)

Sayang !
Akulah lelaki itu
Tika hujan baru berhenti
Aku berjalan di tepian jalan
Kereta mu bergerak laju
Tersimbah takungan air di jalan
Basah kuyup pakaian lusuhku
Kau tersenyum sendiri
Apakah kau geli hati
Melihat telatah seorang lelaki
Kaya dengan kemiskinan duniawi
Tanpa kau sedari
Akulah lelaki yang kau puja saban hari
Aku tidak seperti di dunia realiti.

insan biasa
5.12.11.
Kuala Lumpur .

CINTA DI HATI KITA

CINTA DI HATI KITA

Di suatu sudut malam
Di daerah paling sunyi
Aku menunggu kehadiranmu
Kehadiran yang tak pernah kau janji
Tapi ada keyakinan di hatiku
Kau merasai getaran cintaku
Kasih dan sayangku padamu
Duhai sayang !
Benarlah apa yang ada di hatimu itu
Akulah kekasihmu
Kalimah yang tidak pernah ku sampaikan di telingamu
Tapi tercatat di hati kita .

insan biasa
5.12.11.
Kuala Lumpur .

KEKASIH LENAKU

KEKASIH LENAKU

Di ruang terbuka bayu
Ku terdengar suara itu
Siapakah pemilik suara yang mendayu
Sering menyentuhi kalbu
Tika aku sendirian di lamun sunyi
Rinduku memburu suaramu
Sesekali di kamar malamku
Bayu membawa suaramu dalam mimpiku
Kau ku dakap dalam lenaku
Bahagianya aku di saat itu
Kau bagai menjadi kekasihku
Bila aku terjaga
Jiwaku begitu hampa
Sebenarnya aku tak punya .

insan biasa
5.12.11 .

CINTA ITU

CINTA ITU

Termanggu aku di sudut rindu
Bayangan wajahmu membisu
Semakin jauh meninggalkan aku
Kalbuku pilu semakin pilu
Tak mampu aku melupakan mu
Relakanlah cinta itu bertakhta di hatiku
Menjadi kenangan indah riwayat hidupku.

insan biasa.

Sabtu, 3 Disember 2011

Nota Cintaku

Nota Cintaku

Hatiku tidak dapat bersuara
Lalu jari-jemari dan lidah ku menyampaikan hasrat hati
Lupakanlah kata pujangga bahawa cinta itu bukan di bibir
Lupakanlah kata pujangga bahawa cinta itu bukan pada tulisan
Kerana bibir dan jari-jemariku kejujuran dari hati
Lupakanlah kata pujangga bahawa Sepi itu indah
Kerana bila sepi rinduku semakin menghiris jiwa
Aku sedang rindu dan kau jauh di sana
Aku tersangat pilu
Kalbuku merayu-rayu
Aku merindui cintamu
Rasailah dengan deria hatimu wahai sayang
Betapa penderitaan batinku
Terkesima dalam penantian
Aku terus berdoa
Moga satu saat yang hampir
Kasih sayang kita bertemu di mahligai asmara .

insan biasa

Kuala Lumpur.

Khamis, 1 Disember 2011

Past Dan Tidak Pasti

Pasti Dan Tidak Pasti

Matahari Terus Terbenam
Biar berjuta tangan cuba menahan
Wajah malam pasti tiba
Mungkinkah gelap pekat
Atau indah bersinaran bulan bintang
Bukan kuasa kita menentukan
Kita hanya berusaha
Kita hanya berdoa
Pagi tidak pasti datang
Biarpun berjuta tangan melambai .

insan biasa
1.12.11.

Titian Harapan

Titian Harapan

Pagi terasa dingin
Tapi mentari makin meninggi
Aku masih melalui titian harapan
Berusia dan makin reput
Berjuta kesan langkah ku di titian itu
Berjuta kali aku berada di halamanmu
Aku merayu dan merayu
Namun tiada suara menyahut
Aku bertemu kehampaan
Tapi perlukah aku kecewa
Mematikan langkah lelakiku yang perkasa
Terus memendam cinta di jiwa.

insan biasa

Pagi di KL .

Salam Kerinduan

Salam Kerinduan

Larut malam kian bertugar menjadi pagi yang gelita
Kebisingan kota makin menutup mulutnya
Aku di temani kesepian kegelapan alam
Aku berbicara dengan bayu yang kelu
Buat aku semakin rindu padamu
Terdetik rasa ingin tahu di hatimu
Siapakah insan yang jadi pujaanku
Inilah rahsia cintaku
Insan itu sebenarnya dirimu ...

insan biasa
Malam di KL .

Rabu, 30 November 2011

OMBAK RINDU

OMBAK RINDU

Ombak itu adalah rinduku
Tengoklah sayang dengan jiwamu
Bergelombang putih bersih kasihku
Menuju pada hatimu
Sepanjang waktu mencium bibir hatimu
Mahu aku membelai ruang paling dalam kalbumu
Setiap ruang tubuhmu
Di situ melekat rapat rinduku
Terasakah pada mu sayang
Sentuhan lembut asmara cintaku
Siang dan malam ku
Merayu-rayu mengharap sudimu
Aku tanpamu
Pilu sepanjang nafas hidupku ...

insan biasa

30.11.2011 .

Selasa, 29 November 2011

Pinggiran Pantai Kuala Besut

Pinggiran Pantai Kuala Besut

Indah pantai itu
Pasti angin laut bertiup segar
Bersih pantaimu
Di situ kita akan bertemu
Aku tidak takut pada gelora
Kerana gelora banyak memberi pengajaran
Aku senang pada ombak yang mesra
Kerana itu membawa damai jiwa

Ingin aku bermalam di dada pantai
Lena di atas permaidani pasir putih
Indah lagi andai tika itu bayu berbisik kasih
Syahdunya andai sayang menjadi bayu itu
Menukilkan puisi cinta sepanjang malam

Andai tika itu bulan sedang purnama
Aku mahu jadi si burung malam berbisik suara rindu
Biar pun kita sedang bertemu
Andai malam sedang gulita
Aku mahu jadi cendawan malam
Menyuluh jiwa mu sayang
Agar nampak dan merasai salam cintaku

Aku sedang menunggu saat itu
Tersangat ingin menyentuhi pantaimu.

insan biasa

29.11.11

Kuala Lumpur .

Salam Cinta Buat Sayang

Salam Cinta Buat Sayang

Ingin aku padamkan ingatan
Namun aku tidak mampu
Semakin aku cuba melupakan mu
Aku jadi semakin rindu

Lalu aku memilih untuk mengingati
Biar rindu bertambah rindu
Aku lalui daerah syahdu di dunia angan
Bersamamu tiap waktu

Di alam yang nyata
Aku tanpa kasihmu
Aku terus memuja
Biarpun suara cintamu terus kelu

Di alam yang nyata
Aku insan paling derita
Namun di dunia angan
Aku sungguh berbahagia
Kita hidup dalam bercinta

Semalam adalah mimpi
Hari ini adalah ilusi

Mungkinkah besok yang ku nanti
Kita berkasih di dalam realiti
Di kamar sepi ini
Kau hadirkan diri
Membawa kerelaan hati
Menyerahkan asmara suci
Yang telah lama ku nanti
Moga ini akan terjadi ...

insan biasa

29.11.2011
Kuala Lumpur.

Isnin, 28 November 2011

MALAM MENJADI INDAH

MALAM MENJADI INDAH

Malam ini kita berjanji untuk bertemu
Pertama kali dalam perkasihan ini
Jari-jemari akan bertemu dan saling menyentuhi
Kita akan bersama hingga kepagi
Katakanlah rindu mu di malam ini
Akan ku cium rindumu satu persatu
Akan ku kumpul segala rasa berani
Ku luahkan rasa cinta yang lama tersembunyi
Akan ku bawa kau kedunia paling sunyi
Agar aku hanya mendegar suara hatimu
Agar kau hanya mendengar suara hatiku
Dengan kerelaan mu
Baringlah hati mu di ribaan jiwa ku
Aku begitu rindu pada asmara ini
Biarkan embun turun dengan syahdu
Ku rela di basahi bersamamu
Tutuplah mata mu sayang
Lenalah dalam dakapan kasih kalbu ku

Ilusi ini ini kurasa bagai realiti
Andai kita bertemu di alam mimpi nanti
Akan ku tulis dalam dairi kenangan indahku
Aku telah bercinta dengan mu
Dan cinta itu akan ku bawa ke mati ...

insan biasa

28.11.2011
Kuala Lumpur .

CINTA YANG DI HATI

CINTA YANG DI HATI

Cinta telah lahir di hati
Bagai bunga terus mewangi
Tiada saat untuk berhenti
Harum hingga ke hujung nafas
Tak terkata oleh bibir
Tak tertulis oleh jari-jemari
Tak terukir di pandangan mata
Tak terpamir oleh gerak raga

Syahdu dalam impian mengharap relamu
Pilu dalam rindu tanpa kautahu
Andai hadir dalam mimpi-mimpimu
Andai terlintas di ruang fikirmu
Itulah sebenarnya salam lambaian cinta dariku

Di sini aku menunggu
Datanglah pada hatiku
Kiranya sukar bagi sayang
Untuk hadir di kamar rinduku
Catatkanlah alamatmu pada jiwaku
Aku akan keruang hatimu
Memeluk kejujuran yang ada pada tubuhmu
Biar nafas kita bertemu
Biar hati kita berpadu

Aku Ingin di cintai dirimu
Seperti semurni cintaku padamu
Aku ingin berbahagia bersamamu
Begitulah doa-doaku.

insanbiasa
28.11.2011.

Ahad, 27 November 2011

Malam Kepiluan

MALAM KEPILUAN

Di saat begini
Pun dalam kegelapan
Aku nampak bayangan wajahmu
Biarpun begitu
Aku cukup tahu
Kau terlalu jauh dariku
Aku dapat merasakan
Bagai ada salam halus untuk hatiku
Bahawa cintaku di singkir oleh hatimu
Kasih sayangku tersungkur di hujung jari kakimu
Di pertengahan malam ini
Aku sedang menangis
Biarpun ku lihat bayangan wajahmu tersenyum
Senyuman yang manis itu
Telah menjadi keindahan yang beracun .

insan biasa

27.11.2011
Kuala Lumpur .

Sabtu, 26 November 2011

RIWAYAT PERKASIHAN CAMAR

RIWAYAT PERKASIHAN CAMAR

DUHAI CAMAR
BAHAGIAKAH KAU TERBANG DI ATAS DADA LAUT
BEBASKAH KAU BERMAIN ANGIN SAMUDERA
MELIHAT GELOMBANG OMBAK LAUTAN BIRU
SAMPAIKAH SAYAPMU MENYENTUHI AWAN
GEMBIRAKAH KAU
BILA LANGIT BIRU BERTUKAR MENJADI HITAM
BASAH TUBUHMU DI SIRAM HUJAN
DI MANA KAU INGIN BERTEDUH
TIKA BAHTERA JAUH DI PELABUHAN

SAYANG !
KAU DAN AKU BAGAI SEPASANG CAMAR
KITA INGIN BERKASIH SEINDAH LAUT DAN PANTAI
TAPI DI SAAT ANGIN YANG SELALU BERTIUP MANJA
TELAH BERUBAH MENJADI TAUFAN
KITA TELAH TERBENAM DALAM GELOMBANG
BERKECAI NAFAS KASIH DALAM TANGISAN .

insan biasa

26.11.2011
KUALA LUMPUR .

Jumaat, 25 November 2011

DI SINI DAN KENANGAN

DI SINI DAN KENANGAN

Andai aku mampu
Akan kubawa kau dalam lenaku
Andai aku mampu
Kembali kezaman indah di desaku
Akan kubawa kau ke desa itu
Akan kucium jiwamu
Kupimpin tanganmu
Kita nikmati bayu desa yang suci
Kau menjadi kekasihku
Aku menjadi kekasihmu

Tika itu
Indahnya nyanyian riang-riang senja
Menjadi penghibur rindu anak desa

Di sini kesibukan suara kota
Meracunkan jiwa kalbu
Membawa pilu gelisah rindu insan sepertiku .

insan biasa

25.11.11
Malam di Kuala Lumpur .

Khamis, 24 November 2011

MALAM CINTA

MALAM CINTA

Kiranya aku di kasihi
Inginku renangi lubuk hatimu
Di malam yang sunyi
Di hiasi lampu romantis merah jambu
Ku getarkan jiwamu
Dengan getaran asmaraku
Serentak kita melafazkan cinta
Dua nafas menjadi satu
Lena dalam mahligai cinta
Percintaan kau dan aku .

insan biasa

24.11.2011.

MENGEJAR IMPIAN

MENGEJAR IMPIAN

Damai bahagialah kau pantai
Dibelai manja mesra ombak laut tiap tika
Usahlah berdebar sayang
Kekadang gelora menjelma
Itulah lumrah alam
sabar seketika
Nanti bayu membawa taufan akan hilang
Dada pasir pantai mu akan memutih lagi
Akan bermain anak-anak ketam
Menikmati panas lembut suria
Lihatlah di muka lautan
Camar sedang terbang bebas
Lihatlah insan perindu
Begitulah hayalan bebas dalam ilusi
Tersenyum melihat perkasihan ombak dan pantai
Terus mengejar impian ...

insan biasa

24.11.11 .

Alam Maya Ku

Alam Mayaku

Biar kita jauh dari sentuhan tubuh
Kita dekat di hati
Di maya ini melihat wajahmu
Di maya ini mendengar suaramu

Siang dan malam
Kita dalam jalinan persahabat
Moga jujur setia di hati kita

Di kala sunyi
kalian tetap menemani
Di kala kepiluan melanda
kalianlah penasihat yang sudi
Di kala gembira
ayuh !!! kita juga bersama

Siapalah aku tanpamu
Insan terpinggir di dunia nyata
Terbang tak tinggi
Melangkah tak jauh
Tiada tidak di sedari
Hadir tidak menambah seri

Salam kasih di maya ini
Kita bermesra di sini
Inilah kenyataan
inilah ilusi

Alangkah lebeh indah
andai bertemu di dunia nyata
Tapi itu hanya khayalan saja
Aku hanya lahir di dunia fantasi ini
Maafkan aku duhai hati
Aku tiada di dunia realiti

Usah di kesali
Usah di tangisi
Relakanlah rindu ini
Cinta tanpa percintaan
Kasih tanpa perkasihan
Asmara hanya mimpi angan-angan .

insan biasa

24.11.11
Kuala Lumpur.

Selasa, 22 November 2011

KISAH SEBUAH KESEPIAN HATI

KISAH SEBUAH KESEPIAN HATI

Malam di Kuala Lumpur
Persekitaranku sekarang hujan rintik-rintik
Hujan lebat telah berhenti
Udara sejuk menyelimuti tubuhku
Ingin ku lelapkan mata
Tapi mataku masih segar
Memerhati kegelapan malam
Tiada bintang tiada bulan
Tapi di hujung sana
Ada lampu jalan yang bercahaya
Namun malam semakin sunyi

Di mindarku berlegar berbagai kenangan
Terbayang wajah teman-teman
Inginku bayangkan senyuman seorang kekasih
Tetapi siapalah kekasihku
Siapalah yang sudi memberi senyuman itu

Syahdunya ceritera insan bercinta
Indah manisnya asmara
Ingin ku lewati wilayah itu
Ingin aku bersama mu sayang

Sayang ~~~
Apa khabar dirimu di sana
Jiwaku terbang kepadamu
Peganglah jari-jemari ku
Ingin ku bawa dirimu
Ke alam ilusi yang romantis
Andai kau terus sudi
Kita bersama melintasi ke sempadan duniawi
Kita bercinta di dunia realiti

Biarkan kamar tidak sepi lagi
Biarkan hati kita berbisik luahan rasa kasih
Rindu yang lama ingin bertemu
Bertemu mesra dalam bahagia

Mungkinkah kau rela
Aku yang tidak punya apa-apa buat di bangga
Aku hanya layak untuk memuja
Perindu yang sendu di pinggiran maya .

insan biasa

22.11.2011
tika malam di Kuala Lumpur .

Ahad, 20 November 2011

CINTA TERSANGAT PERIBADI

CINTA TERSANGAT PERIBADI

Gincu merah jambu melekat di pipi
Lambang asmara telah bertemu
Malam cinta yang terlalu syahdu
Bertemu kasih dua hati
Bertemu rindu dua kalbu

Tercatat sejarah dalam hidup wanita
Tercatat sejarah dalam kebahgiaan lelaki

Mengalir air jernih di sudut mata
Tanda kegembiraan yang rela
Senyuman semanis madu dara di pohon belantara
Menitis di lidah yang dahaga

Siapakah pemilik ceritera
Izinkan menjadi rahsia
Cinta tersangat peribadi
Bukan sekadar di alam ilusi
Indah lagi di alam realiti

Sudilah sama berdoa pada Ilahi
Moga perkasihan jujur suci di berkati .

insan biasa
Kuala Lumpur
20.11.11 .

Rabu, 16 November 2011

Percintaan Kais Dan Laila

Percintaan Kais Dan Laila

Terkorban kerana cintanya
Begitukah peringatan
Buat cinta insan tak berharta
Bersanding di pusara
Tanpa ikatan perkahwinan

Zalimkah dunia
Kerana menilai keadaan semasa

Usah berputus asa
Usahalah dari masa kesemasa
Usah lupa berdoa

Siapakah Kais
Dan siapakah Laila

Kekalkanlah kejujuran
Kerana di situ ada kebahagiaan.

insan biasa
16.11.11 .

Selasa, 15 November 2011

CINTAKU

CINTAKU

Ada yang berkata
Cinta bukan ucapan di bibir
Cinta bukan pada tulisan

Cintaku perasaan hati
Sayangnya hati tak boleh berkata-kata
Laluku luahkan dalam penulisan

Inilah bait-bait lafaz cintaku
Ku nanti kesudian cintamu
Kerana di hatiku penuh dengan cinta padamu .

insan biasa

15.11.2011.

Surat Buat Insan Yang Terlalai

Surat Buat Insan Yang Terlalai
( catantan ini untuk ingatan buat diriku
dan insan2 yg sudi menghayati erti rindu dan cinta sejati ..)

Kau sentuh hatiku
Bicara indahmu sering menggoda
Itu tipu daya hasutan syaitan
Aku benci !!!

Aku penuh yakin
Cinta yang suci itu kerana Allah
Cinta dan rindu
yang bertentangan dengan hukum Allah
Padaku
itu cinta dan rindu yang palsu

Sedayaku
Aku menjauhinya
Jangan dekati aku

Kembalilah kau kepada kebenaran
Himpunlah sebanyak pahala
Jangan kau mencari dosa

Insan makhluk yang mulia
Jangan kau menukarnya menjadi hina
Jangan ikut si kucing
Biarkanlah dia dengan lumrahnya
Satu betina beberapa jantan
Biarkanlah dia ....
Ingatlah!!!
ada pembalasan menunggu kita

Semurni cinta dan rindu
cinta dan rindu sejati
Adalah yang diredai Ilahi.

insan biasa

15.11.11 .

Isnin, 14 November 2011

CINTA RAHSIA

CINTA RAHSIA

( catatan ini di temui dalam dairi seorang insan, beberapa hari setelah dia meninggalkan alam ini buat selama-lamanya .... al fatihah buat insan2 yang telah pergi dulu dari kita .. suatu detik kita juga akan ke sana ... )

Tak pernah ku sangka
dari kau bergelar 'single'
hingga kau di milikinya
kau menyimpan satu rahsia
kau menyimpan satu rasa cinta
aku insan yang kau cinta

Oh ! mengapa dulu kau tak berkata
Oh ! mengapa dulu ku tak bertanya
diam mu membuat kau terseksa
diam ku buat aku berduka

Tahukah kau sayang
dikau juga sangat ku cinta
bermula dulu dan selamanya

Sudah tiada jodoh buat kita
cinta kita bergelora di alam maya
cinta kita sepi di alam realiti
segalanya telah terjadi
berbahagialah kau dengan dia di sisi

Biarkan aku begini
menjalani langkah hidup tersendiri
malam berteman embun dingin
siang mengejar pelangi

Dengarlah sayang
pungguk yang sering mendayu
itulah keluhan hatiku
kesal dengan langkahku
pada kisah yang lalu
sepatutnya di saat ini
aku bersama mu
perpeluk hati penuh syahdu

Doaku buat mu
berbahagialah kau
biarpun aku tidak menjadi kekasih realitimu
waktu yang dulu telah berlalu
semakin jauh meninggalkan kau dan aku
tertulis kenangan di sudut paling dalam hatiku
terukir kenangan di ruang hatimu

Tiada lagi ku temu
insan seindah budi
sejelita dirimu ....

insan biasa

14.11.11
Kuala Lumpur
Di satu sudut petang ....

DETIK PERCINTAAN



DETIK PERCINTAAN

( catatan ini tidak indah, Tapi dia terindah di hatiku )

Kinilah saat itu
Telah lamaku tunggu
Lama sungguh aku merindu
Sendu hati kasih padamu

Kinilah saat itu
Ku ucapkan padamu
Kaulah wajah perempuan cinta hatiku
Apa lagi kau termanggu
Katakan rasa sayang di hatimu
Andai itu sebenarnya di hatimu

Kinilah saat itu
Aku datang padamu
Akan ku masuki sudut jiwa mu
Daerah sangat seni milik insani
Andai aku di izinkan jadi penghuni
Aku tidak kemana lagi

Kinilah saat itu
Kita bersama di titian realiti
Kita hindari lautan api
Kita renangi lautan budi
Percintaan segar di pentas duniawi
Hidup jujur di haruman murni
Indah suci hingga ukhrawi

Kinilah saat itu
Seloka khayalan lelaki serba kekurangan
Buat perempuan yang jadi pujaan
Ceritera rindunya akan berterusan
Tapi tidak ada kesudahan
Darjat harta menjadi jurang
Buat aku tidak tercapai tangan
Tiada sayap ku cuba terbang
Aku percaya aku boleh terbang
Hakikatnya hanya hayalan

Kinilah saat itu
Hari kian petang
Mataharikan terbenam
Sinar indahnya ku bawa dalam mimpi malam
Lena dalam tidur yang panjang ....

insan biasa

Kuala Lumpur
14.11.11.

Ahad, 13 November 2011

INGIN

INGIN

Ingin ku menjadi temanmu
Inginku menjadi kekasihmu

Mungkinkah cintamu sudah di miliki dia
Mungkinkah aku terlambat tiba
Lalu kita lambat berjumpa
Lalu aku akan kecewa

Andai cintamu masih terbuka
Akulah insan yang tersangat gembira

Kau bak bunga indah mewangi
Inginku sunting menjadi suri

Malam2 tidak lagi sunyi
Kita bercinta dari hati ke hati
Kita bina asmara syahdu suci .

insan biasa
13.11.11 .

Sabtu, 12 November 2011

RINDU DAN HUJAN

RINDU DAN HUJAN

Redup telah bertukar menjadi hujan
Bunyi titis2 hujan menyentuh bumi
Membawa seribu kenangan
Udara sejuk membelai jiwa
Bagai hatiku di usik cinta
Namun aku masih di kamar rinduku
Pagi di Kuala Lumpur kini kian basah
Aku lemas dalam khayalan
Gundah bercampur indah ...

insan biasa

12.11.11.

Jumaat, 11 November 2011

Sebuah Puisi Cinta

Sebuah Puisi Cinta

Ingin ku nukilkan suara hati
Buat insan yang pernah kecewa

Aku juga pernah kecewa
Pedih pilu telah di rasa
Jantung di hiris sembilu
Hati berdarah tiap ketika

Begitulah kisah lama
Tiap ketika tidak terlupa

Kini takdir kita bersua
Biar di lain ketika
Biar di lain suasana
Cinta mula berbunga
Mampukah berkembang harumnya

Andai ini satu kesungguhan
Ingin ku bawa kau dalam taman asmaraku
Ingin ku belai dikau tiap waktu
Biar malam yang kusam menjadi syahdu
Bayu dan embun akan saksikan
Dua hati bercantum dalam satu rasa
Dua kasih bercantum dalam satu cinta
Mengalir sayang bagai titisan madu
Mahligai bahagia kau dan aku

Di sini kita lupakan kisah luka
Di sini kita kikis rasa pilu
Kita tersenyum dari waktu ke waktu
Sejujur cinta dari mu
Ku peluk ku simpan rapi di hati
Bersama nafas jadi sebati

Apakah kau datang dalam ilusi
Apakah kau datang dalam realiti
Hingga kini lama ku nanti

Suara halus memuja keindahan budi mu
Itulah aku
Suara seni memuji kau yang jelita
Itulah aku

Lelaki yang sayang cari-cari
Sayang temui dalam mimpi-mimpi
Itulah aku yang terus merindui ...

insan biasa

11.11.11
Kuala Lumpur.

Khamis, 10 November 2011

BICARA HALUS DARI KALBU

BICARA HALUS DARI KALBU

Andai aku sudah tiada
Sebenarnya aku menemui Ilahi
Dan aku tidak kembali lagi
Ungkapan kata cintaku
Ku tinggalkan di sini
Bacalah dengan kejujuran hati
Tika ku lihat pelangi
Aku telah berusaha
Malangnya aku tidak berdaya
Aku tidak kecewa
Tapi aku hiba
Mungkin kerana aku tidak berharta
Adaku di pandang tiada
Tiadaku tiada siapa yang bertanya

Doakanlah aku agar mendapat rahmatNya.

insan biasa

10.11.2011
Kuala Lumpur.

Tulus Kasihku

Tulus Kasihku

Setulus hatiku
Mencintai dirimu

Apa lagi inginku lakukan
Buat kau memahami
Rasa kasih dan sayang di jiwaku

Sayang !!!
Lihat la ombak yg membelai pantai
Itulah aku yang menyentuhi hati mu
Tak pernah berhenti
Biarpun pantai terus menyepi

Suara bayu yang berdesir
Bagai bicaramu yang ku rindu
Salam dari mu yang tanpa bahasa
Aku terus tertanya-tanya

Rindu terus melemaskan kalbu
Merayu hingga ke hujung nafasku .

insan biasa

10.11.11
Kuala Lumpur .

WANITA SEPERTIMU

WANITA SEPERTIMU

Wajah mu bermain di layar hatiku
Senyuman bicara mu mengajak jiwa
Bersatu dalam satu cinta

Duhai wanita
Dapatkah dirimu rasa
Ombak asmaraku yang sedang bergelora
Sudikah bersama membena mahligai cinta
Di sini aku tidak memaksa
Hanya kalbuku merayu tiap ketika
Ku mimpikan sebuah cinta yang rela

Ku cari kekasih berbudi mulia
Manja pandai berbicara
Kini ku temui di alam maya
Alangkah bertuah ku rasa
Jelita wajah mu mendamai jiwa

Begitu lama telah ku rindui
Seorang wanita sepertimu
Moga mimpi menjadi nyata .

insan biasa

Kuala Lumpur
10.11.11 .

PERCINTAAN

PERCINTAAN

Di laman ini bernama puisi Cinta
Kita bertemu dalam mesra
Kita berbicara kisah duka
Kita berbicara kisah bahagia
Itu ceritera lama
Kita jadikan peringatan berguna

Di sini kita temui asmara
Di sini kita temui cinta
Biar jauh di mata dekat di hati
Hari-hari yang kita lalui
Satu detik nanti
Dekat di mata dekat di hati
Bersua di alam nyata
Realisasi segala mimpi

Malam tidak lagi sepi
Pungguk yang selalu merayu
Tertawa dalam asmara
Embun yang pilu
Menitis tersenyum manis

Kamar yang selalunya terharu
Telah berhias dengan cinta syahdu
Dalam cahaya romantis merah jambu
Di sana kita lihat kalkatu leka bercumbu
Si sini kita bahagia dengan santapan rindu

Di cari-cari moga kita temui
Berdoa kita pada Ilahi
Syukur kita pada Ilahi .
insan biasa
10.11.11 .

Rabu, 9 November 2011

Aku Yang Tersendiri

Aku Yang Tersendiri

Di suatu sudut alam
Aku sering di lupakan
Berteman bayu petang
Aku debu paling kecil
Di saat hujan aku terhempas ke bumi
Sering tiada terpandang oleh mata
Di saat pelangi menjelma
Itu hanya harapan yang hampa
Itu hanya keindahan bicara
Manis tutur bahasa
Menyembunyi racun berbisa

Duhai Kejujuran
Di manakah kau berada
Aku merindu sepanjang usia ...

insan biasa
9.11.2011.

Mampukah Bercinta Lagi

Mampukah Bercinta Lagi

Ingin aku bersuara
Sayangnya suaraku telah tiada
Ingin aku bercinta
Sayangnya cintaku telah kecewa
Ingin aku berasmara
Tapi segalanya telah tiada
Hanya menjelma dalam mimpi tika lena

Andai di suatu ketika
Ruang hatiku kembali terbuka
Mampukah aku percaya pada cinta
Mampukah aku jujur pada cinta
Mampukah aku memadam kisah lama
Kisah-kisah derita
Nafasku lemas di dalam kepahitan manis cinta

Duhai si jelita
Bertemu mu tak ku sangka
Kita sama berkongsi rasa
Sebenarnyakah kita takut pada cinta
Atau kita sudah mula ingin bercinta .

insan biasa

9.11.2011
Kuala Lumpur .

Selasa, 8 November 2011

Bisikan Seni Cinta

Bisikan Seni Cinta

Tidak ku sangka
Di suatu petang tika hati dalam sunyi
Kau datang menemani naluri
Kalbuku yang lama menyepi jadi teringin
Aku rindu belaian kasih dari gadis sepertimu
Lembut manja menggoda jiwa
Wajahmu begitu jelita
Salahkah aku telah jatuh cinta
Perlu apa aku berdusta
Kerana itu yang telah hatiku kata
Bagai ada bisikan seni
Mengajak diriku ke wilayah asmara
Bertemu dengan mu di dunia nyata
Bersalam kasih dan sayang dengan rela .

insan biasa

Kuala Lumpur
8.11.2011 .

Akulah yang mencintaimu

Akulah yang mencintaimu

Petang ini lembut bayu bertiup
Syahdu rasa naluriku
Terbang keruang kasihmu
Merayu-rayu di pintu hatimu
Mengharap kerelaan cinta

Akulah pungguk yang mendayu
Di pohon biru di halaman rumahmu
Merindu bulan yang indah
Tapi mungkin tidak berdaya untuk ku miliki .

insan biasa
8.11.2011.

Isnin, 7 November 2011

MALAM INI

Hari ini aku sudah mula ada tugasan ...
Moga malam ini damai untuk ku
Moga malam ini damai untuk kalian
Sudah agak lama aku tidak mendengar riang2 berdendang
Aku rindu pada desa yang tenang ...
Aku rindu pada kalian ...

Ahad, 6 November 2011

Ingat-Ingat

Ingat-Ingat

Ingat-ingat jangan tak ingat
Ingatlah kepada mati
Sesuatu yang amat pasti
Itu menjadi rahsia Ilahi
Nanti kita akan temui

Bila kita sudah mati
Di saat itu nanti
Tidak guna menyesal lagi

Pada masa hidup ini
Cuba-cuba kenali diri
Perkara jahat cuba jauhi
Perkara baik cuba dekati

Buat pahala jalan ke syurga
Buat dosa jalan ke neraka
Ingat-ingat jangan di lupa

Dalam hidup banyak penggoda
Awaslah jangan terpedaya

Ingatlah Nabi bersabda
Al Quran pedoman kita
Ingatlah Nabi bersabda
Al Quran pedoman kita
Ingatlah Nabi bersabda
Al Quran pedoman kita.

insan biasa

Hari Raya Korban 6.11.2011.

Cinta Sejati

Cinta sejati

Bercinta berkasih sayang kerana Ilahi
Berkorban apa saja kerana Nya
Moga hidup suci dan mati di redhai
Lalui detik-detik lebaran ini
Bersyukur pada Nya
Bertekad tidak melakukan
Segala larangan Nya
Biarpun sekecil-kecil dosa
Bertekad untuk melakukan
Segala suruhan Nya
Mengumpul sebanyak-banyak pahala
Moga menjadi ahli syurga

Duhai Ilahi
Jadikanlah aku perindu pada Mu
Jadikanlah hatiku mencintai Mu
Moga tidak ada sedetik pun dalam hidupku
Aku melupai Mu
Moga tidak ada sedetik pun di hatiku
Aku tidak bersyukur pada Mu

Neraka itu amat menakutkan
Moga aku di jauhi darinya

Aku bersaksi
Tiada Tuhan melaikan Allah
Dan Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.

insan biasa

Kuala Lumpur
Hari raya Korban 6.11.2011.

Sabtu, 5 November 2011

SeLaMaT HaRi RaYa KoRbaN

SeLaMaT HaRi RaYa KoRbAn

MaAf BaTin ZaHiR

iklas dari
insan biasa

CERITERA KEHIDUPAN

CERITERA KEHIDUPAN

Sejuk dan damai suasana pagi
Ayu indah berseri kelopak-kelopak bunga
Riang terbang si kumbang
Namun insan tidak dapat menyekat perjalanan mentari
Seketika memanaskan bumi
Seketika lagi hilang
Dunia gelap bernama malam
Tika kegelapan berlegarlah kenangan
Tentang pahit manis kehidupan
Kelopak yang carit berguguran
Madu yang kekeringan

Begitulah terbitnya matahari lagi
Bagai anak-anak remaja
Dan tika senja menjadi warga tua .

insan biasa

Kuala Lumpur
5.11.2011.

Dalam Rindu

Dalam Rindu

Khayalanku ingin bersamamu
Wajahmu berbayang di mata jiwaku
Sungguh manis senyumanmu
Sungguh ayu budi bahasamu

Kerana terlalu rindu
Bait-bait puisimu
Sering berbisik di telingaku
Tika malam sunyi di kamarku
Syahdu dan pilu silih berganti menemani aku
Begitulah aku yang merindu
Begitulah aku yang mencintai mu.

insan biasa

5.11.11
Kuala Lumpur.

NOTA BUAT SAUDARIKU

NOTA BUAT SAUDARIKU

Takdir untuk kita
Bertemu di dunia yang maya
Tika kita mencari kasih yang setia

Hatiku dapat merasa
Di sudut kecil hatimu masih ada cinta
Tapi bagai terpenjara
Kisah-kisah lalumu
Buat kau menjadi ragu

Saat-saat yang berlalu
Perkenalan ini begitu istimewa untukku
Aku tidak mahu mengalah pada rasa malu
Aku mahu berterus terang pada mu
Aku mahu menjadi kekasihmu
Sudikah kau menjadi kekasihku
Kerana aku sudah mencintaimu
Usahlah kau tanya aku
Kenapa begitu cepat cinta itu
Aku juga tidak tahu
Namun aku dapat katakan padamu
Seluruh tubuhku di resapi rasa rindu padamu

Usahlah kau bertanya pada api
Kenapa membakar kayu menjadi abu
Usahlah kau bertanya pada awan
Kenapa melepas air menjadi hujan
Begitulah lumrah alam

Biar di mana kau berada
Sentuhan bayu itu adalah aku
Itulah sentuhan mesra sayangku
Andai kau dalam lena
Inginku temui di dalam mimpi
Andai kau sedang termanggu
Ingin ku sentuhi naluri kalbu
Agar kau tahu
Betapa aku sedang merayu ...
insan biasa

5.11.2011

Jumaat, 4 November 2011

AKU TELAH CINTA

AKU TELAH CINTA

Salam sayang buat kekasih cinta
Udara di sekeling tubuhmu
Bagai aku yang jauh
Tapi dekat membelai jiwamu ...

Tiada terdengar suara di deria telingamu
Tapi dengarlah bisikan hatiku
Pada debaran kalbumu
Itulah gelombang naluri bicaraku
Melafazkan cinta padamu
Tiada terhenti sepanjang waktu

Aku cinta padamu
Aku cinta padamu
Aku cinta padamu
Lihatlah ombak itu
Itulah aku
Sayanglah pantai yang indah
Bersih mendamaikan jiwa raga

Maafkan aku telah mencintai dirimu
Tanpa kau tahu
Mungkinkah ada kerelaanmu.

insan biasa

4.11.11
Kuala Lumpur.

Malam Ini

Malam Ini

Aku sendirian membilang waktu
Entah apa yang ku tunggu
Tiba-tiba aku tersedar dari lamunan
Aku di sapa embun dingin larut malam

Ingin ku tulis puisi cinta
Tapi untuk siapa?

Ingin ku nyanyikan syair kasih
Tapi suaraku tidak berdaya

Ingin aku bermimpi
Tapi aku tidak terlena

Sayup-sayup aku terdengar suara pungguk
Benarkah orang berkata
Dia merindukan bulan ?
insan biasa

4.11.2011

Khamis, 3 November 2011

TERMANGGU

TERMANGGU

Hujan petang di Kuala Lumpur
Sejuk basah ....

Termanggu di jendela rindu
Titis hujan di pipi
Bagai linangan air mata
Perpisahan yang terpaksa
Terlerai ikatan asmara
Di hati bertaut cinta ...

insan biasa

3.11.2011 .

BISIKAN KALBU

BISIKAN KALBU

Di sudut pagi
Kau bermesra dengan kekasihmu
Aku bermimpi dengan bayang-bayangmu

Tika mentari meninggi
Terlihat kau tersendiri
Itu riwayat hidupmu
Tapi apakah aku masih bermimpi

Ada cinta di hati ini
Tapi mungkin kau tak memahami
Atau mungkin kau mengerti
Tapi hatimu tidak sudi

Ah !!
Aku hanya berilusi
Aku hanya camar di lautan
Terbang di malam yang kelam
Tanpa bulan dan bintang
Suaraku berbisik puisi
Hilang dalam desiran bayu
Tiada siapa yang mengambil tahu .

insan biasa

3.11.2011
Kuala Lumpur .

CiNtA Seperti Itu

CiNtA Seperti itu

Lumrah alam ini
Masih terdengar si pungguk merindu bulan
Masih bersinar cahaya bulan di dada alam

Datang mengusik hati
Datang berkongsi ilusi
Namun tidak sama cinta yang pergi
Tapi seperti ...

Maukah aku berkasih lagi
Maukah aku memberi dan menerima cinta lagi

Apakah aku bermimpi
Indahkah bulan di siang hari
Adakah malam di bawah sinar matahari .
insan biasa

3.11.11.

CiNta SeMaLaM

CiNtA SeMaLaM

Cinta semalam
Indah mendakap perasaan
Masih bersebati di hati
Bahagiakan?
Kita bersama
Bahagiakan?
Kamar asmara kita yang syahdu
Begitulah kita
Dunia ini bagai milik kita
Kita lena dalam senyum dan manja
Kita jaga dalam tawa dan mesra

Namun kini kau tiada
Yang ada hanya kenangan mahligai cinta
Telah bertukar menjadi mahligai kaca
Pecah bertaburan di kamar usiaku
Kaca-kaca itu makanan yang ku telan
Kaca-kaca itu alas aku bermalam
Embum di kesunyian yang turun
Adalah tangisan air mata kesakitan
Titik-titik hujan
Adalah darah hati ku yang tercedera
Begitulah ceritera dukalara

Teringin aku mencari penawar
Mengubat segala pilu
Tapi suaraku menjadi kelu
Kisah lalu menakutkan aku
Sakitnya kecewa cinta

Bila kalbuku berbisik cinta
Aku menjadi ragu
Siapalah diriku
Untuk layak melamar cinta di hatimu.
insan biasa

3.11.11.

CINTA

CINTA

Sentuhan ombak dan pantai
Sering jadi kisan buat insan bercinta
Asmaranya kekal selama

Sayang mengukir cinta di pasir pantai
Bila musim berubah
Kiranya ukiran itu di landa ombak
Terpadam dari pengelihatan
Usahlah terpadam juga di hati

Kekalkan ukiran cinta itu
Kita telah bersama berjanji
Kita sanggup bersama mati
Cinta kita cinta sejati .
insan biasa

2.11.11

Selasa, 1 November 2011

INSAN SEPERTI MU

Insan Seperti Mu

Tika aku dalam kesepian
Tika aku dalam ke piluan
Tika aku dalam kelesuan
Aku bertemu diri mu
Cintaku yang telah terpadam
Tiba-tiba bernafas kembali
Aku bagai musafir di gurun
Dahaga sepanjang musim
Aku bagai bertemu tasik yang jernih
Di pinggirnya di bina mahligai kasih
Sekelilingnya taman yang indah
Sekali-kali tidak ku sangka
Mungkinkah aku di duga
Itu hanya fatamorgana
Andai ini satu kenyataan
Andai kau rela memberikan cinta
Ingin aku berkata
Inginku persembahkan padamu
Inilah cinta terakhir dariku
Sudah lama aku mencari
Insan seperti mu
Kaulah insan itu.

insan biasa

1.11.11
Kuala Lumpur.

SALAM LEBARAN

LEBARAN

Lebaran semakin menjelma
Rinduku semakin menusuk jiwa

Oh !! sayang entah di mana
Bilakah akan tiba
Detik yang membawa bahagia .

insan biasa

Isnin, 31 Oktober 2011

Sayanglah Kekasihku

Sayanglah Kekasihku

Langkah-langkah yang berlalu
Lorong-lorang kepayahan
Ceritera yang sukar di lupakan
Izinkan dia datang
Sebagai kamus ilmuan
Mengajar diri tentang kehidupan
Mengajar diri mengenali cabaran
Mengajar diri tentang makluk bernama insan

Masih ada cinta
Masih ada kasih sayang
Masih ada rindu
Subur dengan kejujuran

Sayang ...
Pertemuan ini
Biar tanpa melihat rupa
Biar tanpa menyentuh tubuh
Biar tanpa menghidu bau
Kata hati yang pasti
Kaulah kekasih yang ku temui
Tersenyum di dalam mimpi
Kadang menangis di dalam realiti
Ku layari asmara ini
Bagai nelayan tersendiri di lautan sepi
Di lambung gelombang hari ke hari
Sayang tetap di hati .

insan biasa

31.10.2011
Kuala Lumpur .

Sabtu, 29 Oktober 2011

MAUKAH SAYANG

MAUKAH SAYANG

Keberanian yang berdebar
Ku bisikkan hasrat hati
Salam hati kepada hati
Maukah sayang mengerti
Sebuah cinta bagai misteri
Tidak pernah kita bertemu di alam realiti
Padaku cinta bersimpul mati
Setiap ketika sayang ku rindui
Maukah sayang sudi
Menerima cintaku sejujur hati
Kita bertemu nanti
Di gerbang asmara yang suci
Membawa sayang menjadi suri
Membawa aku menjadi suami

Begitu lama aku belayar di laut suram
Aku mahu berlabuh di jeti ini
Menikmati indahnya panorama ombak dan pantai
Menikmati mesranya bayu menyentuhi jiwa.

insan biasa

Kuala Lumpur
29.10.2011.

Khamis, 27 Oktober 2011

ILUSI HATI

ILUSI HATI

Petang ini
Aku di taman ini
Sepi tanpa penghuni
Sepi tanpa wajah insani

Hujan baru berhenti
Aku sendiri
Langkahku berhati-hati
Jalan licin merbahayakan diri
Suara bayu berbisik tanpaku mengerti

Cuaca redup tanpa sinar mentari
Entah apa yang ku cari
Dalam suasana begini
Tiada indah yang ku temui
Aku berbicara dengan ilusi
Aku berbicara dengan hati

Air di kolam Taman Bukit Jalil jernih suci
Ku lihat anak-anak ikan berlari-lari
Di kejar ikan-ikan besar berlagak gergasi
Satu kiasan kehidupan realiti
Insan yang lemah pandai-pandailah bawa diri
Agar tidak mati sebelum mati

Kau yang ku kasihi
Di manakah dikau di saat begini
Andai kau bersama di sini
Indah ceria taman ini
Bunga-bunga menjadi harum dan berseri
Ku sunting kau tanpa bertangguh lagi
Malam bukan lagi berteman mimpi
Siang bukan lagi berteman ilusi
Syahdulah cinta dari hati ke hati.

insan biasa

27.10.2011
Kuala Lumpur.

Rabu, 26 Oktober 2011

PELABUHAN

PELABUHAN

Di sana banyak kapal berlabuh
Di sana masih ada perahu berdayung
Tika matahari petang
Kanak-kanak berlari riang
Ayah ibu membilang waktu
Tidak selamanya di situ
Mengajak pulang di pintu senja
Telatah anak-anak buat mereka tersenyum
Syahdu mengenang cinta kekal di kalbu
Si kecil itu lambag kasih berpadu.

Aku tersendiri berilusi
Basah kakiku di sentuhi ombak
Sejuk tubuhku di belai udara Selat Melaka
Mentari di Tanjung Harapan semakin terbenam
Ku tunggu wajahmu menjelma
Tapi kau hadir di dalam angan sahaja
Kau tiada di alam nyata.

Bukan salah mu sayang
Tiada janji kita bertemu di situ
Tidak ada keajaiban terjadi
Aku hanya menanti
Dalam kerinduan yang tidak pasti
Bersama cinta di hati
Sayangnya engkau tidak ketahui.

Biarkanlah engkau tidak mengerti
Aku teramat tersiksa
Andainya sayang berkata tidak sudi
Lalu aku memilih laluan ini
Aku terus berada dalam wilayah cinta
Biarpun bagai fantasi
Biarpun aku tidak memiliki
Moga berbahagialah kau wahai puteri.

insan biasa

26.10.2011
Kuala Lumpur .

Salam Kasih

SALAM KASIH
Salam kasih dari ku
Di manapun kita
Kita bersama di hati
Rindu penyataan cinta
Berbicara dalam jiwa
Betapa syahdunya asmara ..

I LoVe YoU ...
insan biasa .

Ahad, 23 Oktober 2011

PENANTIAN

PENANTIAN

Malam ....
Kau datang lagi seperti biasa-biasanya
Menjadi cermin penjara rindu yang hitam
Aku lemas dalam kegelapan
Dalam terharu
Masih ada kasih sayang di hatiku
Dalam pilu
Masih ada cinta di hatiku
Menanti kata sudimu
Mungkinkah kau sudah lupakan aku.

insan biasa

Kuala lumpur
23.10.2011 .

Jumaat, 21 Oktober 2011

EMBUN DAN PELANGI

EMBUN DAN PELANGI

Senja kian hampir
Akan ku harungi malam
Duhai embun
Andai kita bertemu nanti
Akan ku ceritakan padamu tentang pelangi
Pernah aku melihatnya
Seketika dan pergi
Kau sering merindu
Kerana di duniamu
Tiada pelangi yang dapatkau temui
Lalu kau sering bermadah
Indahnya warna pelangi dalam ilusi.

insan biasa

Kuala Lumpur
21.10.2011 .

Khamis, 20 Oktober 2011

Sayang

Sayang

Di Kuala lumpur
Malam ini rintik-rintik hujan
Ingin ku bawa ke alam fikirku
Menjadi renjisan air mawar
Melambangkan syahdunya percatuman dua cinta
Bersanding di pelamin yang indah
Namun apa yang terjadi
Hujan yang menitis ini
Menjadi air mata kepiluan
Di saat-saat begini rindu menikam kalbu
Luluh hancur hati sedang merayu
Mengharap kasihmu
Mengharap sayangmu
Kini semakin berlalu ...

insan biasa
8 10 malam
20.10.2011.

Ahad, 16 Oktober 2011

SALAM RINDU

SALAM RINDU

Bayu yang lembut bertiup
Ku kirim salam kasihku pada dia
Usah kau cicirkan rinduku di malam yang kelam
Agar dia sentiasa tahu..
Aku sayangi dan cintai dia.
insan biasa

16.10.2011
malam
Kuala lumpur

Hingga Ke Hujung Nafas


Hingga Ke Hujung Nafas

Tersenyum kau di sisi
Hanyalah kenangan yang telah pergi
Menjadi mayat yang telah di kebumi
Yang tinggal batu nisan tanda mati

Di saat kau berlalu
Jiwaku bagai kaca-kaca pecah
Menikam hati tanpa simpati
Tak terhenti berdarah kalbu

Lihatlah sayang
Pohon bunga di atas kuburan
Kuntum-kuntum yang harum berkembang
Bagai harumnya di saat kita bersama

Kini di saat aku tersendiri
Bagai ada bisikan seni
Memanggil aku kembali ke saat bahagia
Alam tika kita syahdu bercinta

Namun itu hanya hayalan sahaja
Seorang pujangga rindu
Memujuk hati yang pilu
Untuk menghentikan linangan air mata
Tapi sebenarnya yang berlaku
Air mata mengalir semakin laju


Akulah pujangga itu
Tersingkir di sudut alam kerinduan
Lusuh potret mu di genggamanku
Menjadi sahabat menuju ke nafas akhirku.

insan biasa
16.10.2011
Kuala Lumpur .

Jumaat, 14 Oktober 2011

BUKAN MILIKKU


BUKAN MILIKKU

Matahari hampir terbenam di ufuk barat
Indah pemandangan andai berada di tepian pantai
Melihat matahari lena dalam malam
Melihat bulan menjelma di hiasi bintang -bintang
Namun kini aku di pinggir kota
Melayan kenangan ku
Satu ketika aku pernah saksikan keindahan itu
Menjadi satu kiasan alam
Satu ketika aku pernah di kasihi dan di sayangi
Tapi saat itu telah pergi
Di hanyut keganasan arus dunia
Tinggal aku di wilayah gersang ini
Merayu cinta yang tiada
Seketika lagi
Aku dan bayang-bayang
Di selimuti warna kegelapan
Neon malam yang bercahaya bukan milikku .

insan biasa

Kuala Lumpur
14.10.2011 .

Khamis, 13 Oktober 2011

Kesepian malam

Kesepian Malam
lorong malam ini
membawa aku ke alam yang amat sepi
hatiku tersendiri menanti kepastian
bayang-bayang mu kian hilang
kasihku semakin merindu.
insanbiasa
13.10.2011

Rabu, 12 Oktober 2011

FATAMORGANA RINDU

FATAMORGANA RINDU

Terasa damai jiwa di sudut petang ini
Bayu menyentuhi manja tubuhku
Bagai salam cinta darimu
Mencium hatiku yang kesepian
Benarkah ilusiku
Atau hanya fatamorgana
Bayangan rinduku pada mu
Seketika bagai warna pelangi
Akan hilang bersama senja yang kelam.

insan biasa

12.10.2011
Kuala Lumpur .

Selasa, 11 Oktober 2011

CINTA DI HATI

CINTA DIHATI

Sayang ..
tika dikau dalam kebahagiaan
aku kau lupakan
tapi tika kau kesusahan
datanglah padaku
akulah kekasih hatimu
tidak pernah rasa cinta di kalbu ku terhakis
hingga hujung nyawaku cinta itu tetap di hati
janganlah kau musnahkan dirimu di landa kecewa
jangan kau hinakan dirimu
jangan kau pilih lorong bernoda
kau berfikir kau tiada siapa-siapa lagi di dunia ini
tapi kau terlupa
kau punyai aku .

insan biasa

11.10.2011
Kuala Lumpur .

Sabtu, 8 Oktober 2011

ASMARA MURNI

ASMARA MURNI

Ku genggam bayang -bayang kasih
Ku simpan dikamar rindu hati
Ku bermohon agar cintamu jujur dan sejati
Berganding dengan cintaku yang tulus suci .

insan biasa

8.10.2011
Kuala Lumpur .

Khamis, 6 Oktober 2011

ILUSI SYAHDU

ILUSI SYAHDU

Manis potret senyumanmu
Mendebar asmara di jiwaku
Murni hati bicara budimu
Membara rindu cinta di hatiku
Terbanglah sayap maya
Temukan sayangku dengan sayangmu
Izinkan kasihku bersama kasihmu
Lena di kamar malam yang syahdu ...

insan biasa

6.10.2011
Kuala Lumpur .

MATI

MATI

M
A
T
I
Satu ejaan berbunyi mati
Tercatat dalam kamus hidup ini
Duhai diri selalulah ingati
Saat itu akan di temui
Kembali menemui Ilahi
Dosa dan pahala akan di adili
Neraka dan syurga sedia menanti
M
A
T
I
Satu ejaan berbunyi mati
Mati .

insan biasa

6.10.2011
Kuala Lumpur .

Rabu, 5 Oktober 2011

SALAM CINTA

SALAM CINTA

Oh ! angin malam yg setia di laman rinduku
Bawalah salam kasih sayangku padanya
Berbisiklah pada hatinya
Aku sangat cinta ....

insan biasa

5.10.2011
Kuala Lumpur .

Selasa, 4 Oktober 2011

BERBICARA DENGAN ILUSI

BERBICARA DENGAN ILUSI

Di suatu senja
Di sebuah jeti
Pernahkah dulu kita berjanji
Mungkinkah aku hanya bermimpi
Untuk bertemu di sini
Lalu aku tersendiri menanti
Tiada arahmu untuk ku cari
Dalam kesamaran malam
Ku lihat lautan bergelombang
Terasa hatiku bagai di hempas gelora
Langit gelap berawan
Tiada sinar bulan bintang
Terasa harapan semakin suram
Perlukah aku terus berilusi di jeti ini
Biarpun dikau entah di mana
Namun dirimu ada di hati .

insan biasa

4.10.2011
Kuala lumpur .

BICARAKU

BICARAKU

Andai bibirku berkata
Dalam kepanasan api itu aku temui kesejukan
Akulah pujangga derita
Aku mengubati hatiku yang luka
Moga dalam lelah aku cuba gagah
Moga aku tidak melupai doa pada Nya .

insan biasa

4.10.2011
Kuala lumpur .

PERINDU MERINDU


PERINDU MERINDU

DI jiwa ada rasa kasih
Di kalbu ada rasa sayang
Begitulah cinta dari hati
Begitulah aku perindu merindu

Sayanglah bintang cintaku
Sedang waktu berlalu
Aku menyebut -nyebut namamu
Terdengarkah rayuanku di hatimu

Terbayang wajah manjamu tersenyum
Untuk siapa senyuman itu
Moga itu senyuman jiwamu
Moga itu untuk jiwaku

Indahnya alam khayalan
Namun aku tersingkir di sudut kenyataan .

insan biasa
4.10.2011
Kuala Lumpur .

Isnin, 3 Oktober 2011

REALISASI KEINDAHAN ILUSI

REALISASI KEINDAHAN ILUSI

Ku jelajahi hari bersama rindu di hati
Dikau ingin ku temui
Kembara ku dari dinihari
Matahari kian meninggi
Dikau terus tersembunyi
Bagai sinar di balik awan tertutup rapi
Kadang aku bertanya pada hati
Perlukah aku terus mencari
Menulis bait bait puisi
Bermadah merayu lagi dan lagi
Bagai pelaut mendayung di lautan sepi
Dalam gelombag bergulung tinggi
Terus bersabar menanti
Hingga bersatu di pelabuhan murni
Merealisasi keindahan ilusi .

insan biasa

3.10.2011
Kuala Lumpur .

Ahad, 2 Oktober 2011

SUARA JIWA

SUARA JIWA

Malam hitam yang pilu
Berlalulah dariku
Luka jiwaku terlalu pedih
Di selimuti titis embun yang membisu
Teringin aku mendengar suaramu
Selembut bait bait catatan hatimu
Tahukah dikau ..

insan biasa

2.10.2011
Kuala lumpur

RASA JIWA

RASA JIWA

Petang Di Kuala Lumpur
Cuaca redup dan angin bertiup dingin
Aku tersendiri di pinggiran keriuhan kota
Di ruang ini aku menyatakan rasa jiwa
Rasa rindu yang membara
Rasa kasih dan sayang sentiasa
Rasa ketulusan cinta
Buat dikau yang ku puja -puja
Tidak pernahkah sayang terasa
Seperti apa yang aku rasai
Alangkah indahnya hidup ini
Andai sayang memahami
Dan sayang berkata sudi
Angan menjadi realiti
Dan asmara bukan lagi mimpi .

insan biasa

2.10.2011
Kuala Lumpur .

Duhai Insan Biasa

Salam sejahtera buat semua ..
Moga damai bahagia selalu di mana pun kalian berada .

Sekadar mengingatkan diriku
Aku insan biasa
Sering di goda
Sering di cabar
Noda noda yang berbisa

Duhai hati
Bercintalah dengan setia
Berkasihlah dengan rela
Dengki khianat usah menguasai jiwa
Ingatlah hidup ini hanya sementara
Akhiratlah kekal selamanya ...

Jangan pernah lupa
Sesungguhnya Tiada Tuhan Melaikan Allah
Dan Nabi Muhammad Itu Pesuruh Allah .

insan biasa
2.10.2011
Kuala Lumpur .

KHAYALAN CINTA


KHAYALAN CINTA

Ku lewati dunia yang sepi

Ku cari damai hati

Langkahku yang tersendiri

Tiba tiba aku terhenti

Melihat bayang -bayang pelangi

Aku terlena dalam keletihan sanubari

Mungkin aku telah bermimpi

Bercinta dengan gadis ku cintai

Berasmara di alam ilusi

Di alam nyata tiada realiti .

insan biasa

2.10.2011

Kuala Lumpur .

Sabtu, 1 Oktober 2011

MENCINTAIMU

MENCINTAIMU

Semalaman aku di kebun rindu
Tumbuh pelbagai bunga bermadu
Taman itu bagai bayu berlalu
Tetap kekal di ingatanku
Detik detik wajahmu berlalu
Aku di penjara pedih pilu
Aku terus mencarimu
Mungkin aku tidak layak memilikimu
Namun andai kita bertemu
Inginku katakan sesuatu untuk kau tahu
Hatiku amat mencintaimu
Di manakah kau kekasih mimpiku .

insan biasa

1.10.2011
kuala lumpur .

Jumaat, 30 September 2011

MIMPI CINTA

MIMPI CINTA

Selamat pagi .....

Oh ! tiba2 dah pagi

Cepatnya malam berlalu
Indahnya mimpi bertemumu
Embun syahdu mewangi membasahi kamar rinduku
Datangkah mimpi itu di alam realiti
Kejujuran cinta kemurnian asmara
Sungguh mendamaikan jiwa
Menjadi kenangan sungguh indah
Tidak mungkin luput dari kalbu .

insan biasa
30.9.2011
Kuala Lumpur .

MIMPI CINTA

MIMPI CINTA

Selamat pagi .....

Oh ! tiba2 dah pagi

Cepatnya malam berlalu
Indahnya mimpi bertemumu
Embun syahdu mewangi membasahi kamar rinduku
Datangkah mimpi itu di alam realiti
Kejujuran cinta kemurnian asmara
Sungguh mendamaikan jiwa
Menjadi kenangan sungguh indah
Tidak mungkin luput dari kalbu .

insan biasa
30.9.2011
Kuala Lumpur .

Khamis, 29 September 2011

SAYANG

SAYANG

Tidurku di datangi mimpi
Jagaku berteman khayalan
Dirimu terbayang -bayang

Mahukah sayang memahami
Sayang tersangat aku cintai
Kasihku dari kalbu
Sayangku dari seluruh sanubari

Jelita wajah mu sering di puji
Baik hatimu memikat hati
Kiranya ada relamu
Datanglah di alam asmaraku
Di alam itu kejujuran bertemu
Membina cinta yang syahdu .

insan biasa

29.9.2011
Kuala Lumpur .

JANDA SEPI

JANDA SEPI

Di sudut yang sunyi
Perlu apa di tangisi
Wilayah indah sedang menanti
Kuatkan hati mencari
Moga bertemu kedamaian sanubari
Kenangan berlalu sukar di lupai
Jadikan dia guru sejati
Kamus pedoman pelayaran hidup ini
Cinta perlu apa di benci
Masih ada kasih yang murni
Mesranya sayang milik insani
Merindu kejujuran hati .

insan biasa

29.9.2011
Kuala Lumpur .

LESTARIKAN CINTA


LESTARIKAN CINTA

Sering ku lafazkan kata sayang
Sengaja aku tidak menyebut namamu
Agar dikau yang merasai
Agar kasih dan sayang lebih berseni
Hadir tersendiri dalam diri
Sayangku ...
Rupamu sungguh jelita
Kemurnian hatimu aku tergoda
Mesra bicarmu aku terpesona
sayangku ...
Lestarikanlah cintaku ini
Andai sayang sudi
Ingin ku sentuhi dengan deria hati
Manja asmaramu di kamar pengantin yang murni
Biar gelora rindu seluas lautan membiru
Tersenyum berbisik syahdu .

insan biasa

29.9.2011
Kuala lumpur .