Cinta

Dari jiwa dan raga setiap insan ,
bukan hanya melahirkan cinta pada seorang kekasih ,
cinta juga boleh lahir untuk semua makhluk Allah .

Cinta Yang Paling Utama ,
Cintailah Allah Yang Maha Suci .


Buat kalian ...

Apa saja dari blog ini, andai di ambil tanpa kebenaran,
saya tidak halalkan. Kalian di benarkan link blog ini . Selamat membaca , melihat dan mendengar .. Terima kasih .

Rabu, 19 Disember 2012

BISIKAN CINTA

BISIKAN CINTA

AKU SEDANG MENCINTAIMU
MIMPIKAH SEBENARNYA AKU

MUNGKINKAH SAYANG HANYA PELANGI
TEMPAT SAYANG DI LANGIT YANG TINGGI
ADA KETIKA MENJELMA MEMPAMIRKAN DIRI
ADA KETIKA SAYANG PERGI
DAN AKU DIAMUK SEPI DI ALAM SUNYI

NAMUN AKU TELAH RELA
RINDU DAN TERUS MERINDUI
DALAM PILU KUTEMUI RUANG YG SYAHDU
MENCINTAI MU SESUATU YG INDAH.

insan biasa
19.12.2012

Isnin, 17 Disember 2012

Catatan Perindu


Catatan Perindu

Kalau aku ini laut
tiap tika aku berombak
kalau aku in bayu
tiap tika aku bertiup

akulah perindu
tiap tika aku merindu
namun tidak pernah aku bertemumu
tapi aku tidak pernah jemu.

  insan biasa
17.12.2012

Sabtu, 15 Disember 2012

catatan kasih buat rindu


Catatan kasih buat rindu

Semakin bergeloran rinduku
taufan keinginan kasih melanda jiwa
ombak yang sering membelai bibir pantai
kian ingin mendaki kepuncak gunung

rasa cinta lelakiku ombak itu
cinta milik wanitamu puncak gunung itu
kiranya benar akan berlaku
hati aku merasakan
akulah insan yg sangat bertuah

bersamamu di mahligai itu
selamanya aku mahu berpeluk asmara
indah sungguh hayalan ini
aku lena di sisi lenamu
biarkan bayu berhembus
membelai dan membawa keringat di tubuh kita.

  insan biasa
15.12.2012

Selasa, 4 Disember 2012

Ilusi Malam Sepi

Ilusi Malam Sepi
 
di malam yg sepi begini
sering aku berilusi ...
kubawa kasihmu ke kamar rinduku
cintamu ku peluk hingga kita bersama kealam lena ...

insan biasa

Jumaat, 23 November 2012

Cintaku

Cintaku

Tersembunyi dalam jiwaku yg sepi
Aku cinta padamu
Dikau yg tidak pernah aku kenali
Dikau yg tidak pernah aku temui

Andai dikau sudi
Fahamilah sentuhan salam cintaku .

insan biasa
23.11.2012


 


Ahad, 28 Oktober 2012

Sepi malam ...

Sepi malam ini
lamunanku di temani wajahmu
inginku sentuhi bayang bayang dirimu
namun aku menyentuhi rindu yang semakin rindu

insan biasa
28.10.2012

Khamis, 20 September 2012

Syahdunya mencintaimu

Syahdunya mencintaimu

aku tahu
terlalu sukar untuk aku memiliki kasihmu
lalu aku telah cuba melupaimu
namun hatiku tidak mampu
aku semakin rindu
biarpun tidak pernah kita bertemu
mencintaimu
sesuatu yg sungguh syahdu

insan biasa

Sabtu, 8 September 2012

CINTA

CINTA

Kesunyian malam
sedang menjadi teman sepiku
pelangi yg pernah hadir
aku telah mencintaimu
terus menjadi kenangan hati ....

insan biasa
8.9.2012

Rabu, 5 September 2012

Kias Puisi

Kias Puisi

aku telah lama berada di laman pintu hatimu
namun ianya terus terkunci
ku sebut namamu dalam kias puisi cinta
mungkinkah hatimu sengaja untuk tidak memahami ...

insan biasa
5.4.2012


Isnin, 3 September 2012

duhai insan yg pernah kukenali

sejarah tidak dapat di hapuskan
walau dia cuba di padamkan
dia tetap wujud ...
mungkin akan di lupai seketika di kala dalam kemeriahan
pasti akan menjelma jua dalam kenangan tika kesunyian ...

Bukan Hanya Ilusi

Bukan Hanya Ilusi

cintaku bukan hanya ilusi
cintaku dari hati
cintaku satu realiti
cintaku kejujuran hati

cintaku bukan didesak keindahan rupa
cintaku bukan nafsu membara
cintaku bukan kerana harta
cintaku tanpa apa jua syaratnya

adakan cintamu seperti cintaku
adakah cinta di hatimu untuk diriku

cintaku bukan hanya ilusi
aku seorang lelaki
padaku juga ada keinginan seorang lelaki
jangan pulak di salah mengerti
aku juga memerlukan keinginan seorang wanita
aku mahu bercinta
aku mahu syahdu dan romantis dalam asmara
aku rindukan bahagia .

insan biasa
3.9.2012


Ahad, 2 September 2012

Kekasihku

Kekasihku

Mana ada waktu
aku pernah melupai dirimu
tidak mungkin ada ...

insan biasa
2.9.2012


Rabu, 29 Ogos 2012

Kasih

Kasih

Keberkali-kali aku bertemumu di alam mimpi
mampukah kita bertemu di alam realiti
Kasih !
mau kah kau memahami
aku tersangat rindu padamu ...
pernahkah ada dihatimu
sedetik waktu
dikau ingatkan daku ?

insan biasa
29.8.2012




Ahad, 26 Ogos 2012

Di laman cintamu

Di laman cintamu

di penjuru malam
aku hadir di daerah hatimu
namun pintu kalbumu tertutup rapi
ku tunggu suara panggilanmu
namun aku hampa
setiap detik malam sepi
aku di basahi tangisan embun
namun aku berjanji
untuk hadir lagi di daerah ini
biarpun berjuta kali
aku rela termanggu di laman cintamu .

insan biasa
26.8.2112

Sabtu, 25 Ogos 2012

Pelabuhan cinta

Pelabuhan cinta

ingin aku bertemu dgnmu
di suatu alam yg sunyi
di suatu pelabuhan yg sering hadir dalam mimpi
berteman bayu dan derai embun
akan ku hidupkan cahaya dari kasih dan sayang
ku mohon ombak mengalunkan puisi cinta
aku mahu mendengar dengan hati
inginku sentuh jari jemari kalbumu dengan syahdu
tidak perlu lagi lidahku berbicara
kerana hatiku terus berbicara dengan hatimu
menyatakan cinta yg begitu lama terpendam
menyatakan rindu yg begitu lama terpendam
moga piluku yg berzaman dapatku padam
dan menemui dataran bahagia
ku mohon sudi dirimu
bermula pada detik itu
mengizinkan dirimu menjadi kekasihku buat selamanya ...

insan biasa
24.8.2012

Isnin, 13 Ogos 2012

Hati Yang Pilu

Hati Yang Pilu

termanggu hatiku
membilang titis-titis darah yang tumpah
warna merah segar
kini menjadi pucat dan lesu

duhai bayu malam
bawalah deritaku pergi jauh jauh
semadikanlah di lautan luas paling dalam
relakanlah aku tersendiri di sini
berasmara dengan rindu yang syahdu

duhai dikau yang ku panggil kekasih
biarpun aku hanya memeluk bayangan dirimu
biarpun cintamu tersangat tidak mungkin untuk ku miliki
namun cintaku padamu terus berbunga
wangi sepanjang usia dunia ...

insan biasa
13.8.2012

Ahad, 12 Ogos 2012

Bicara Lebaran

Bicara Lebaran

Nun di desa ...
ayah dan ibu kita berada
dulu ketika kita masih anak-anak
wajah ibu ayu jelita
wajah ayah gagah perkasa
namun kini mereka telah di telan usia
kulit mulai di hiasi kedutan
lambang usia semakin tua
rambut hitam telah menjadi putih
namun kasih mereka pada anak-anak tetap setia
tidak berubah dari masa ke semasa

detik-detik menuju hari lebaran
jiwa mereka memberi salam kepada kita
mereka terlalu rindu kepada kita
terbayang wajah anak-anak bersama di hari raya
manisnya pelukan salam dan ciuman anak-anak
begitulah di ingatan mereka

pasti ibu sudah berkira-kira
menyediakan ketupat dan rendang untuk anak-anak
pelbagai lagi masakan ibu dengan penuh rasah kasih
ayah juga tidak ketinggalan
pasti telah mencari buluh lemang
syahdunya menanti hari lebaran

duhai anak-anak di perantauan
terasakah rindu di hatimu
bagai rasai rindu ayah dan ibu di desa

duhai anak di perantauan
kita telah di besar dengan penuh kasih sayang
ingatkah dulu kita di bantu untuk berjalan
di saat kita sudah dapat berjalan
kita minta pula untuk di dukung
ayah dan ibu melakukan dgn rasa gembira
tapi sekarang kita sudah hidup berjaya
jangan pernah kita lupa pada mereka

di hari lebaran yang kian tiba
usah biarkan mereka basah dgn embun air mata
andai kita tiada
sedihnya ayah dan ibu
andai ada orang bertanya
di manakah kita
ayah dan ibu akan berkata
dia sedang menunggu kita

duhai anak-anak di perantauan
apakah kita sedang bersedia
untuk menuju kepada ayah dan ibu

sukar untuk menandingi kasih sayang ayah dan ibu
namun suburkanlah kasih sayang kita kepada mereka
dampingilah dia yang entah bila-bila akan tiada
ziarahilah pusara dia yang sudah tiada

kita sama-sama menuju kedesa
bertemu ayah dan bonda
agar di suatu masa
bila mereka semua sudah tiada
tiada kesalan menikam jiwa kita .

insan biasa
12.8.2012

Menghitung waktu ...


aku sedang menghitung waktu
tersangat ingin menikmati udara lebaran di daerah kelahiranku
aku rindu wajah2 kalian yg tercinta ...

Sabtu, 11 Ogos 2012

kalau sudi berteman facebook ..

Kalian di jemput berteman facebook dgn saya
harap sudi add saya

Nama facebook : Insan Pinggiran

ibcinta@yahoo.com.my

salam kasih dari insan biasa
11.8.2012

Malam Kekasih

Malam Kekasih

satu malam
ku ingin namakan malam kekasih
malam itu
aku ingin bersamamu
bertemu kejujuran rasa kasih dua hati
jiwaku dan jiwamu
bersatu dalam asmara yg syahdu
rasa sayang dari kalbu
di ucapkan oleh setiap denyut nadi

bilakah malam itu
ku sedang menunggu penuh rindu
malam itu
cintaku dan cintamu
tiada lagi rahsia.

insan biasa
11.8.2012

Malam Rindu

Malam Rindu

malam kian sepi
aku di kamar rindu
bersama bayangan kasihmu ...

duhai bayu !
bawalah wangian kasturi cinta dari hatiku
sentuhi lah jiwa dia yg ku cintai ...

insan biasa
10.8.2012

Jumaat, 10 Ogos 2012

Syahdunya daerah rindu


Syahdunya daerah rindu

Biarkan aku di daerah ini
subur merendang pepohon rindu
sungguh syahdu nafasku di sini

tidak pernah aku kesal mengenalimu
biarpun rindu kadang menjadi pilu
tapi aku bahagia dalam keresahan itu
ada ketika di sudut paling sunyi
aku terasa bagai lemas di lautan luas
di lambung gelombang samudera cintamu
tapi cintaku tidak pernah mati
biarpun berapa lama tetap ku nanti
kerana aku telah berada di dataran hatimu

insan biasa
10.8.2012

Khamis, 9 Ogos 2012

Rahsia Cinta


Rahsia Cinta

biarpun aku sangat mencintaimu
realitinya terlalu tidak mungkin
untuk aku memilikimu
seluruh alam berkata
insan sepertiku
pasti tidak mampu memilikimu

rupanya pagar-pagar berduri mengelilingi dirimu
telah luka rinduku tersentuh duri-duri berbisa
begitulah hancur berdarah hatiku
dikau bunga hiasan istana dewa

cintaku padamu
terus menjadi penghuni di sudut paling dalam jiwaku
terus menjadi rahsia peribadi
hanya aku yang mengerti
dikau kupuja hingga sepanjang hayatku nanti .

insan biasa
9.8.2012

Selasa, 7 Ogos 2012

cinta dan ilusi

(Pemandangan pelangi di suatu sudut Kuala Lumpur)

cinta dan ilusi

aku sendiri di daerah sepi
melihat pelangi berlalu
namun keindahan warnamu
terus menemani kenangan
damailah kau sayang bersama cintamu
biarlah aku menjadi bayu
sepanjang waktu menyentuhi batinmu
pun sayang tidak dapat melihat aku
moga sayang tahu
aku ada di jiwamu ...

insan biasa
7.8.2012


Khamis, 2 Ogos 2012

Merindu Cinta

Merindui Cinta

Sekuat daya ku hampiri hatimu
namun dikau bagai tidak mengerti
aku sedang merayu di laman jiwamu
terbayang-bayang begitu indah kamar cintamu

Sering terdengar begitu syahdu
nyanyian puisi kasih mu
bertambah gelora rindu di kalbu
kuilusikan puisi itu untuk diriku
seketika aku berbahagia di alam hayal
namun untuk siapakah nyanyian puisi itu

Bila aku di alam realiti
sebenarnya aku dalam sepi
menanti dan menanti
sesuatu yang teramat sukar untuk terjadi

Namun tidak pernah aku kesali
walau ke hujung nafasku nanti
tidak berubah rasa cintaku ini
dirimu tetap di hati .

insan biasa
2.8.2012

Ahad, 29 Julai 2012

Di sebalik benang2 biru

Di sebalik benang2 biru

Kekasihku
terlindung disebalik benang2 biru
jauh di mata
berbayang dekat di jiwaku
kulihat di segenap sudut wajahmu

aku ingin bertemumu
tidak tertahan lagi aku merindu
aku berilusi berada di saat itu
seperti selalu aku katakan padamu
akan kupersembahkan padamu
rasa kasih dan sayangku yg istimewa buatmu

nantikanlah saat itu ...

sungguh mesra gurauan bicaramu
aku bagai berada di daerah asmara
bersamamu syahdunya belaian sentuhan cinta
hayalan bagai nyata ....

insan biasa
29.7.2012

Dalam rindu aku pilu

Dalam rindu aku pilu

Bagai bayu meniup air laut
berombak dan terus berombak
begitulah hatiku mendesak bibirku
untuk berkata cinta padamu

kadang bagai taufan jiwaku
begitu kuatnya gelora rindu
kasih dan sayang dariku
merayu-rayu meminta pengertianmu

malam ini juga aku cuba
untuk melafazkan cintaku padamu
namun aku tidak mampu
kerana aku sedar betapa kekurangan diriku

kini aku tersangat pilu ...

insan biasa
29.7.2012


Sabtu, 28 Julai 2012

Warkah air mata jiwa

Warkah air mata jiwa

Sayang !
aku seperti biasa
tidak pernah melupakanmu

tika aku menyepi
tika aku bersendiri
jiwaku terus merayu
terlalu ingin aku melafazkan kata cinta padamu

tapi keinginanku
aku terpaksa hentikan
kerana aku tahu
tidak mungkin dikau menerima cintaku

dan aku terus jadi perindu sepanjang hayatku ...

insan biasa
28.7.2012

Isnin, 2 Julai 2012

Cinta belum terucap

Cinta belum terucap

Di sudut paling dalam hatiku
ada cinta belum terucap
ada kasih sayang teringin ku belai
ada asmara teringin ku sentuhi
cinta dari aku seorang lelaki
istimewa buatmu wanitaku
dari kalbuku buat kalbumu
aku sedang memendam rindu
mahukah kau tahu sayangku
waktu-waktu yang ku lalu
aku berrteman bayang-bayang wajahmu
syahdu di kamar jaga dan lenaku

aku sedang memendam rindu
mahukah kau tahu sayangku
dalam syahdu aku pilu
kerana hanya aku mencintaimu
tapi dirimu tidak pernah tahu

aku terlalu ingin bertemumu
berbicara bersaksi mata dan hatimu
semakin ku cari saat itu
aku terasa kau semakin berlalu
apakah aku hanya layak memujamu
namun tidak layak memiliki wajah dan hatimu

maafkanlah aku
tanpa kau tahu
kau telah ku jadikan kekasih dalam ilusiku
sayang !
aku sangat cinta padamu...

insan biasa
2.7.2012

Sabtu, 14 April 2012

Antara kita

Antara kita

dan kasih semakin sayang
cinta semakin rindu
asmara semakin syahdu
sayangnya!
aku hanya bermimpi

insan biasa
14.4.2012

Jumaat, 13 April 2012

Panorama kehidupan

Panorama kehidupan

indah pemandangan di pantai itu
seorang wanita berpakaian merah
siapakah gerangan dirinya
siapakah pemilik kasihnya

warna merah kesukaanku
keindahan pantai menarik hatiku
akulah seorang perindu ...
sering menumpang damai
melihat setia perkasihan ombak dan pantai.

insan biasa
13.4.12

Selasa, 10 April 2012

Cinta Rabia

Cinta Rabia

Bertemu kita di muka buku
manis bicara hatimu
ayu penampilan wajahmu
aku tidak tahu apa sebenarnya namamu
lalu aku namakan dirimu Cinta Rabia
terlalu syahdu nama itu
begitu kata hatiku

Oh ! Cinta Rabia
bertemumu buat aku mengerti rindu
bertemumu bergetar rasa cinta di kalbu
bertemumu buat kasih dan sayangku terbang kearahmu
namun di mana diri mu berada di alam nyata tidak ku temu

Oh ! Cinta Rabia
hulurkanlah alamatmu
aku ingin merisik pesono cintamu
padaku tersimpan cincin kejujuran hati
ingin ku sarungkan pada jiwamu dalam syahdu asmara

Oh ! Cinta Rabia
mungkin jua dirimu tidak dapat menerima harapanku
kita berbeza ...
aku tidak seindah rupa
aku tidak seindah segala
namun aku kaya dengan cinta

Oh ! Cinta Rabia
maafkan aku ...
tanpa izinmu
aku telah mencintai mu
dan selamanya merinduimu ...

insan biasa
10.2.2012.

Jumaat, 6 April 2012

Bagai pelangi bagai ombak

Bagai pelangi bagai ombak

Maya ini seluas dunia
Namun takdir kita bertemu
Tika kasih begitu sepi
Aku menegur hatimu
Biar jauh di mata
Namun terasa bersama di jiwa
Salam ikatan kasihku buatmu
Di sini kucatatkan sebuah memori syahdu
Bertemu dengan mu sungguh indah buat kalbu
Jadi kenangan sepanjang nafas hidupku
Sungguh mempersona rasa insani lelakiku
Dikau bagai pelangi
Murni dan menawan disudut langit
Mungkinkah juga dikau akan hilang bagai pelangi
Dan aku terdampar di pantai
Bagai ombak yang terus merindu .

insan biasa
6.4.2012

Ahad, 1 April 2012

aku hanya

aku hanyalah bayu semalam
terdampar di pinggir hari ini
dalam serak suara
menyanyikan lagu2 rindu
bagai pujangga dalam longlai
namun terus menulis bait2 syair cinte ....
insan biasa

Rabu, 28 Mac 2012

Mencintai

Mencintai

Aku bukan menanti bulan
aku rindukan awan
moga dia akan hadir dengan ketulusan kasih
bagiku dia lah terindah sepanjang hayatku
turunlah hujan asmara syahdu
membasahi bumi rindu yg sedang kontang
akulah pujangga tidak bernama
selamanya mencintai dirimu ...

insan biasa ( maret2012 )

Cinta

Cinta

Tidak perlu aku bertemu dgnmu
untuk berkata cinta
kerana cintaku bukan kerana usia rupa dan harta
cintaku padamu lahir dalam jiwa
bila aku melafazkan cinta
itu adalah lafaz hati
tiada syarat untuk cintaku
dengarlah Sayang ..
aku telah cinta padamu
andai sayang juga mencintai aku
aku ingin cinta itu juga tanpa syarat
bertemulah cinta kita dalam kamar rindu
daerah asmara yang sangat syahdu
buat Sayang dan aku
terbang dalam alam kasih dan sayang
belayar dalam lautan asmara
mengembara di dunia percintaan.

insan biasa
27Maret2012

Selasa, 27 Mac 2012

Kenyataan Dan Pertanyaan

Kenyataan Dan Pertanyaan

Sayang kerana rupa adalah pura-pura
Sayang kerana harta adalah dusta
sejujur cinta adalah tanpa syarat dipinta
Benarkah ada setulus cinta pada hati manusia
Aku terlalu rindu menikmati cinta itu
Sering aku termanggu
Yangku temu adalah lorong pilu terharu
Kekadang aku bertanya pada hatiku
Akukah menjadi hamba rindu
Atau rindukah menjadi hambaku.

insan biasa
27 Maret 2012.

salam kasih Cinta

salam kasih Cinta
dalam kesejukan bayu pagi
ku ingin bertemu di kamar rindu
biarpun mungkin hanya dalam mimpi
dan aku memeluk cintamu
mencium kasihmu
begitulah dirimu dalam dakapan hayalanku!
pagar2 cinta penuh duri berduri
lambailah aku di pintu kasihmu
aku ingin memasuki daerah paling syahdu
membelai sayang kalbumu.

insan biasa

Maret 2012

Ahad, 25 Mac 2012

INGINKU

INGINKU

Inginku sentuhi bulan
Namun sayangnya
Aku tidak kesampaian
Tika aku asyik memandang mu
Embun malam menitis di pipiku
Itulah lambang tangisan hati
Cintaku yang kehampaan
Alangkah murninya cinta awan
Walaupun kelabu malap di pandang
Kasihnya turun sebagai hujan
Membasahi daerah ketandusan
Dan alam jadi syahdu dalam cinta
Terjalinlah asmara Kais dan Laila
Aku teringin menjadi Kais
Sudikah Sayang menjadi Laila .

insan biasa

Maret 2012


Sabtu, 24 Mac 2012

aku cinta padamu

aku cinta padamu

andai ada rindu di hatimu
buat siapakah rindu itu
alangkah bertuahnya
andai wajahku dalam rindu mu itu
tapi tersangat tidak mungkin
siapalah aku untuk dirimu
tiada rupa tiada harta
yang ada hanya cinta
dan hatiku terus mendayu merayu kasihmu
maafkan aku
maafkan aku
jangan tanyakan aku
kenapa aku mencintaimu
aku sendiri tidak ada jawapan untuk itu
hanya aku tahu
aku telah mencintaimu
dan aku terus mencintaimu .

insan biasa
24 Maret 2012

Khamis, 22 Mac 2012

Yang sepi

Yang sepi

Sebuah angan malam yg sepi
teringin menyetuhi hati kasihmu
aku terus tercari-cari
namun sayang entah di mana
aku terus menjadi perindu
membilang waktu terus berlalu ...

insan biasa
22 Maret2012
pagi 3 30

Suara kasih

Suara kasih
aku terjaga dari lena
dikejut oleh rindu
terasa seseorang memanggilku
apakah itu suara kasihmu
mesra dan begitu syahdu ...

insan biasa
3 00 pagi
Kuala Lumpur.

Selasa, 20 Mac 2012

aku dan rindu

aku dan rindu
Awan yg indah
di saat malam kegelapan
aku kehilanganmu
aku tercari2 bersama rindu ...

insan biasa

Mahu pulang

Mahu pulang

Akulah manusia liar di tepi jalan
berlari-lari di kejar kehidupan
telah hilang saudara dan rakan
aku mahu pulang
tapi hari sudah malam
ku lihat hitam dan kegelapan
basah tubuhku di siram hujan
sejuk terasa keseluruh tulang
aku mahu pulang
tapi aku terus kesesatan
padaku masih ada rindu
di manakah cinta yang sering memanggilku
dalam mimpi-mimpiku yang terus berlalu.

insan biasa
20 Maret 2012

Milik hati

Milik hati
simpanlah di hati
kekal selamanya
tidak ada manusia lain yang mampu menghapuskan
dia menjadi milik istimewa diri .

insan biasa

Pembalasan

Pembalasan

Bila kau mampus aku tersenyum kepuasan
menonton kau kesakitan menjadi satu hiburan
lama sudah aku nantikan
lalu aku meraikan kejayaan
ego mu yang kau canangkan
kini sudah mendapat pembalasan .

insan biasa
20 Maret 2012.

Aku yang tersendiri

Aku yang tersendiri

Aku gagak terbang kelaparan
mencari bangkai buangan
Aku manusia jahat
hiburanku melihat tangisan
Kotor busuk pakaian di tubuhku
menjadi hiasan dan wangian
Aku anjing garang kesesatan
bersendirian liar di geladakan .

insan biasa
20.3.2012.

tu! kehidupan

tu! kehidupan

tu! di pinggir longkang yang comot
berselerakan sampah-sampah busuk
perut haiwan mampus terburai
ulat dan lalat berpesta
mengalir air hanyir dan hampak
tikus-tikus berlari keluar masuk dalam tong-tong sampah yang rabak
anjing jalanan mencari mangsa
si kucing gelojoh memakan sisa makanan manusia terbuang
gagak hinggap mencari bangkai
ada manusia liar mata mencari bahan untuk di kitar
ada yang menjual untuk dadah
ada yang menjual untuk melawan kemiskinan
di suatu sudut yang tidak begitu jauh
seorang pujangga di tepi pencakar langit
udara membawa bau yang meracun
panas matahari membakar tubuh
masin peluh menitik pada bibir
aku ingin bersuara
tapi suaraku tenggelam oleh tepukan kemeriahan
manusia rakus dan berpura-pura.

insan biasa
20.3.2012.

Isnin, 19 Mac 2012

Kau yang berselindung

Kau yang berselindung
pasti dikau telah mengenali aku
kehadiran mu dalam samaran
dan dia akan menjadi teka-teki
bersama waktu ...
berlalu seperti hari-hari yang telah berlalu.

insan biasa

Sabtu, 17 Mac 2012

Surat Cinta

Surat Cinta

pada surat cintaku
warna tulisan sudah kelihatan pudar
kerana terlalu lama mencarimu
namun masih tidak bersua
namun dihatiku
catatan itu tetap kekal sampai mati !

insan biasa
17 maret 2012

Jumaat, 16 Mac 2012

Satu Penantian

Satu Penantian

selendang malam berwarna pelangi
ku lilit di dada hati
ingin ku bermalam bersama mimpi
bila realiti tidak ku temui
kukan tunggu hingga kau mengerti .

insan biasa

Khamis, 15 Mac 2012

Buat wanita ini

Buat wanita ini

Kaukah Virda !
hadir menyentuh rinduku
malam sepi menjadi syahdu
bila bayu membawa belaian kasihmu
terlalu ingin aku membawa asmaraku keruang cintamu ...

insan biasa
15mac12

Rindu seorang pujangga

Rindu seorang pujangga

Kuala Lumpur pagi , persekitaran ku ...
mentari kelihatan pudar cahayanya
hujan berdebu bagai salji
aku termenung di pinggir jendela hati
terbayang begitu asyiknya ombak
menyentuh pasir pantai yang putih
sesekali butiran pasir bergerak
namun kelu suaranya
begitulah rayuan rindu dari pujangga
suaranya tanpa balasan kata
kasih dan sayang yang di persembah
terus hilang di telan dunia
tiada kekasih cinta ditemuinya.

insan biasa
15mac12

Rabu, 14 Mac 2012

Syair buat Virda

SYAIR BUAT VIRDA
Sayang ku Virda !
kita bertemu di wilayah rindu
di situ ada kamar asmara indah buat kita
kau hiasi bunga-bunga harum indah di dada comelmu
kau simpan duri-duri berbisa di balik selendang suteramu
kau tusuk hatiku tika aku terlena di malam cinta
Virda ku !
tidak terhenti berdarah hingga kini
deritanya bersama setiap detik nafasku
bicara lembut dari bibir manismu
telah menjadi bara membakar jantungku
Virda sayang !
apapun yang telah kualami
rasa kasihku padamu tiada pernah luntur
tiada saat waktu rasa benci padamu
kalbuku berkata kau tetap kekasihku
Oh ! Virda !
tika aku sendirian di lembah sepi
kaukah yang datang lagi menegur jiwaku
harum seperti wangian tubuhmu
aku jadi tak menentu
apakah hanya khayalan
atau kenyataan yang ku temu
Virda wanitaku !
penawar itu tersimpan olehmu
sudilah hulurkan padaku
buat penyembuh duka lara
aku ingin kembali bercinta
moga aku bertemu bahagia .

insaan bias
14 march 2012

DIKAULAH

DIKAULAH
Setelah aku mencintaimu
Cintaku kekal selamanya
Dikaulah kekasih
Dikaulah isteriku
Bersamamu terlalu indah buat diriku
Denyut nafas kita bersatu menjadi satu
Moga selamanya syahdu asmara cinta kita.
insan biasa
14March2012.

hanya itu hayalan pujangga

Kuala Lumpur pagi
hujan kecil bagai embun
udara sedang segar
dedebu basah dan jatuh di dada bumi
aku tersendiri dalam keriuhan kota
bagai hari-hari yang ku lewati
ku tulis warkah cinta
buat kekasih jiwa
senyum dan tawa dari hati yang hiba
ku terus menanti wajahmu menjelma
dalam nyata ingin ku setuhi mesra
tubuh dan kalbumu yang rela
salam sayang cinta ....
terima kasih senyuman manja
pun hanya itu hayalan pujangga .
insan biasa
14march12

Isnin, 12 Mac 2012

Kekasih

Kekasih
sejuk lembutnya udara bertiup di petang ini
manja membelai tubuh kalbuku yg rindu
betapa mesra syahdu kasihmu
milik akukah sejati cintamu ...

insan biasa

Ombak


Ombak

Di suatu pagi yang hening
aku termenung di pinggir pantai kehidupan
ombak datang dan datang
bersama bayu lembut berhembus
membawa titis seni jiwamu
dan menyentuhi jiwaku
begitu lama aku jadi perindu
bila bertemu bicaramu
aku terasa itu suara kasih yang syahdu
benarkah perasaanku itu
atau itu hanya hayalan aku seorang perindu
oh ! ombak ...
andai sayang mendengar rahsia hatiku
inilah lagu cintaku
kiranya sudi hati sayang
nyanyikanlah dengan suara merdu wanitamu
aku ingin bersamamu menikmati seni percintaan .

insan biasa
12march2012
Kuala Lumpur.

Jumaat, 9 Mac 2012

Syahdu di sayap waktu

Syahdu di sayap waktu

Dia tetap disitu
di sudut paling dalam hatiku
kekal selamanya
namun rindu terus mewangi
membelai mesra jiwaku
mencium manja kalbuku
dan asmara syahdu di sayap waktu ...

insan biasa
9mar12

Khamis, 8 Mac 2012

sayang !!!

sayang !!!
kau menjelma bagai salju,
sejuk damai hatiku,
kau berlalu bak sembilu,
lumat menghiris hatiku ...
insan biasa
8mar12

Ahad, 4 Mac 2012

SYAHDUNYA PILU

SYAHDUNYA PILU

Malam kian larut
Sepi semakin sepi
Embun pagi kian menitis
Ku utuskan pada bayu yg bertiup
Nyanyian cintaku buatmu
Alunan rindu semakin rindu
Ku cari sayap malam untuk terbang kearahmu
Sayangnya sayap itu tersembunyi dalam kegelapan
Syahdunya pilu terus merayu cintamu.

insan biasa

Jumaat, 2 Mac 2012

TRAGEDI CINTA

TRAGEDI CINTA

kita berbeza ....
kata kiasan budaya
aku hanya sebutir buih ombak di lautan yg luas
tersungkur di pinggiran pantai kasih
berderai ditiup bayu
kepanasan dibakar suria kehidupan
yg tinggal hanya sebuah tragedi cinta.

insan biasa
2 Mar12

Khamis, 1 Mac 2012

Catatan Cinta Menjelang Senja

Catatan Cinta Menjelang Senja

Hujan rintik-rintik ...
Kuala Lumpur menjelang senja
udara bertiup segar sejuk
biarpun malam suram tanpa bulan dan bintang
ingin ku cari damai dalam sepi yg panjang
relakan rasa kasih dan sayang bertemu
mencipta pelangi malam tinggi di puncak awan
biar berjuta insan bersuara
"hentikanlah ! kerana itu hanya hayalan saja"
tapi di hatiku, moga menjadi kenyataan
sesangat syahdu di jiwaku
tak henti ku tulis namamu dalam denyut nafasku.

insan biasa
1march2012.

Selasa, 28 Februari 2012

jangan

Selamat pagi semua ...
biar sering dikecewa
jangan pernah berdusta
tika hidup kumpullah pahala
jangan menyesal bila bertemu Nya .
insan biasa
28feb12

Isnin, 27 Februari 2012

sayang!!!

sayang !!!
di titian malam
aku berada di sudut paling dalam kalbumu
bersama denyut nafasmu
suara cintaku merayu asmara kasihmu
tanpa kau tahu
aku sering terlena di kamar jiwamu.
insan biasa
27feb21012

CAHAYA RINDU YG SEPI

CAHAYA RINDU YG SEPI

Mentari petang berkilauan indah
betapapun dia dicintai
dia pasti pergi jua
dan malam akan menjelma
tika malam tidak semestinya ada sinar bulan dan bintang
di bawah pepohon di desa
cendawan malam berkilauan
namun tidak mampu menerangi alam
di pinggir kota kuhidupkan lilin kehidupan
namun pudar berkelipan di tiup angin senja
akukah cendawan malam dan lilin itu
yg sering di lupakan
sendirian dalam cahaya rindu yg sepi ...

insan biasa
27feb12

BERCINTA

BERCINTA

Cinta yang kau dambakan
cinta itulah yg aku rindukan
rasa kasih sayang yang ada di hatimu
itulah aku seorang lelaki merindukan
moga itu bukan permainan bahasa indahmu
moga itu adalah kejujuran nalurimu

Andai ada ruang untuk insan seperti aku
terlalu ingin aku menyentuhi jiwa tulusmu

Sayanglah mawar putih yg ku cari-cari
subur indah di halaman pagi
bicaramu buat bergetar setiap denyut nadi
kalbu lelakiku syahdu menanti
sekali sayang kata sudi
berjuta kali aku telah sudi

Dengan sesangat gembira hati
selamat hadir di kamar rinduku
diamilah penuh kerelaan
peluklah cintaku sekuat cintamu
kerana telah lama aku memeluk cintamu
sedangkan sayang tidak memahami

Detik percintaan ini
tiada lagi malam yg sunyi
tiada lagi embun yg sepi
bayu pasti bertiup membawa berjuta wangi
siang yg kepanasan tidak lagi gersang
kita terus bersama dalam indah asmara
Dunia akan tersenyum melihat kita
sebuah percintaan bahagia kita cipta
dari kejujuran seorang lelaki dan seorang wanita

Mawar putih yg ku temui
bahagialah jiwa mu hingga kehujung hari
akan ku jaga akan ku belai sepenuh hati .

insan biasa
27 feb2012.

Ahad, 26 Februari 2012

RASA CINTA SEMAKIN SYAHDU

RASA CINTA SEMAKIN SYAHDU

Bunyi detik-detik hujan menyentuhi bumi
bagai suara seni cintamu
seolah-olah berbicara dengan asmaraku yg rindu
aku terus berilusi dalam selimut malam yg kegelapan
ingin aku terbang kedaerah kasihmu
namun tiada arah untuk kutuju
bulan dan bintang tidak bersinar untuk dijadikan pedoman
tinggal aku tersendiri di jurang sepi
rayuanku hanya didengar oleh bayu
lalu selamanya sayang tidak mengenal kejujuran hatiku
dan kita terus berjauhan ...
biarpun keinginan cintaku semakin syahdu ...

insan biasa
26feb12
Kuala Lumpur

Sabtu, 25 Februari 2012

kala senja


Kala Senja
matahari terbenam
azan kedengaran
dan malam !!!
di sini aku kerinduan
di sana dikau sungguh menawan
aku sesangat mengharapkan
dikau sudi bercinta untuk kehidupan bersama
syahdunya suasana ini
andai dikau di sisi ...

insan biasa
25feb12

Kau sudi aku ingin

Kau sudi aku ingin

Sayang !!!
izinkanlah hatiku memeluk kasih hatimu
suara cinta dari kalbuku
ku tebarkan di angin yang lalu
pasti menyentuh seluruh tubuhmu
tika kau lena di malam yg sunyi
bukalah pintu mimpi
dan aku akan berada di sisi
berkasih dgn mu di alam asmara yg seni
sekali kau sudi
berjuta kali aku ingin
hidup bersamamu
dalam mimpi
dalam ikatan yg suci.

insan biasa
25feb2012

CINTA SEMAKIN MISTERI

CINTA SEMAKIN MISTERI

semalaman bersama di kamar rindu
melayari mimpi asmara yg syahdu
manisnya senyuman cintamu
segar dalam ingatan kalbuku
disaat kau ingin berlalu
kau pegang erat tanganku
linangan jernih air matamu
tak terhenti bibirmu melafazkan cinta padaku
namun kita terpisah jua oleh tabir siang
dan kini bersinar mentari
dimanakah realiti ...
ku tercari-cari di alam cinta yg semakin misteri.

insan biasa
25feb12

Jumaat, 24 Februari 2012

Gelora Rindu

GELORA RINDU

Selendang kasihmu
terus mengikat rasa cinta di hatiku
bayu yg bertiup
bagai hembusan nafas suara rindu
kaulah kekasihku ...
biar dalam kegelapan malam
mindaku terus melukis keindahan wajah mu
kalbuku merasai dipeluk syahdu naluri manja budimu
mungkinkah sebenarnya aku dihanyut oleh gelora rinduku ...

insan biasa
24feb2012

Mawar nan berduri ..

Mawar nan berduri

Bagaikan sekuntum mawar
harum dan berseri
kaulah perempuan disayang
buat hati rindu-rinduan
ingin di sunting terluka jari
berdarah hingga kelubuk hati
kelihatan menawan namun berduri
menikam jiwa dialam seni ....

insan biasa
24 feb2012

Malam yg rindu

Malam yg rindu

mentari kian hilang sinarnya
namun malam tidak pasti dihiasi bulan dan bintang
moga lilin kasih terus hidup di malam yg kegelapan
menghidu wangian kejujuran cinta
di kala larut malam
relakanlah si pungguk terus merindu
kerana dia rela dalam kesejukan hujan embun
terus merayu kekasihnya yg terus membisu ...
ada pujangga berkata sepi itu indah
ada pujangga berkata sepi itu syahdu
tapi yg pasti hatinya terus pilu ...

insan biasa
23feb12

Kuala pilah n9..kg ibol terachi..

Kuala pilah n9..kg ibol terachi..

damai indah pemandangan mu
memikat hati naluri
teringin aku hadir di daerahmu
menikmati kujujuran alam semulajadi

pasti tika senja
neon di surau akan menyala
berkumpul penghuni desa
menghadap pada Yang Esa
rindu aku untuk bersama mereka

di malam yang sunyi di dada desa
ingin aku berkarya
menulis surat cinta
kepada sidia
kekasihku yang bersembunyi di alam maya
bagai terasa nafasmu yg manja
tapi kau tidak menjelma
dan aku terus jadi pemuja
pada sebuah hati yg masih berahsia....

insan biasa
23feb2012
catatan ini ku buat bila ku lihat pemandangan indah
di kuala pilah n9..kg ibol terachi..

Rabu, 22 Februari 2012

Izinkan

Izinkan
ku temui bayanganmu dalam asmara yang syahdu,
ku kehilangan bayanganmu dalam kecewa yg pilu,
aku terus tersendiri merenangi gelombang waktu ...
izinkan ku baluti luka hatimu
dgn balutan rindu kalbuku
agar dahaga kasihmu
agar dahaga kasihku
bertemu dalam manis mahligai cinta yg syahdu
moga kau dan aku tidak pilu bersendiri lagi ...

insan biasa
22feb12

Bertemu Rindu


BERTEMU RINDU

Bila sayang merindui aku,
ciumlah pada bayu berlalu
pasti bayu itu akan datang padaku
lalu membawa ciumanmu menyentuhi hatiku
lalu aku syahdu di buai asmaramu
semarak cintamu akan membawa aku
kembara ke alam nyata menuju persona wajahmu
dan membelaimu di kamar kasih kita
indahnya bila kompang dipalu
alunan muziknya buat embun malam terus menitis
sejuk damai suasana yang romantis
dua jiwa dua hati bersama di alam fantasi yg realiti ...

insan biasa
22feb12.

Selasa, 21 Februari 2012

Lukisan hayalan


Lukisan hayalan

ku temui satu wajah
indah dan menawan
tapi rupanya kau sebuah lukisan
telah di cipta oleh pujangga dalam hayalan
lalu cintaku apalah ertinya
tapi rasa kasih tidak terhenti
mahukah kau menjelma
bersatu dalam sebuah asmara
menjadi realiti wahai lukisan hati ?

insan biasa
21feb2012.

wanita

Wanita !!!
tika aku melafazkan hasrat cinta
kau kelu tanpa bicara
Semalam !!!
cintaku berhias harapan indah
Saat kini !!!
mimpi tidak menjadi realiti
kilauan manis asmara hanya fatamorgana
teringin aku kembali pada semalam
tapi semalam juga tidak ku temui ...

insan biasa
21feb12

Ahad, 19 Februari 2012

Malam .....

oh ! malam ... , bawakan bisikan hatiku padanya
aku ingin bersama dia
katakan lagi dan lagi ...
jiwaku ingin membelai sepenuh syadu jiwanya ....
insan biasa
19feb12

salam sayang kekasih cinta

Salam sayang buat kekasih cinta ~~~
hari minggu yg indah ...
bersama bayangan wajahmu !
syahdunya pertemuan asmara kita dalam bayangan itu ...
insanbiasa
19feb12

Sabtu, 18 Februari 2012

salam sejahtera

Salam sejahtera ...
bersua kita di alam rindu
berkasih dan bercinta di dunia ilusi
tidak terbilang syahdunya asmara
satu ketika, kitakan bersua ....
insan biasa

Khamis, 16 Februari 2012

jam 330 pagi

jam 3 30 pagi aku terjaga dari tidur
sesekali terdengar suara kenderaan di jalan raya
embun masih menitis
bayu bertiup lembut dan dingin
wajah teman2 maya ku terbayang2
wajah teman2 dunia nyata ku juga turut menjelma
kekasih hatiku !!!
kau memeluk jiwaku
buat aku semakin rindu
syahdunya asmara cinta melayari waktu ~~~
insan biasa
16 feb 2012

Isnin, 13 Februari 2012

Kekasih !!!

Kekasih !!!
pada hatiku ada catatan indahnya namamu
nama itu ku cari dalam rinduku sepanjang waktu
moga kian hampir saat untuk kita bertemu ....

insan biasa
13.2.2012

kekasih !!!

Kekasih !!
dimana dikau tersembunyi
kita pernah bertemu di alam ilusi
rasa kasih bertakhta di hati
rasa cinta buat rindu tidak pernah terhenti ~~~
insan biasa
12.2.2012

Jumaat, 10 Februari 2012

salamsejahtera

SALAM SEJAHTERA KASIHKU
HATIKU SENTIASA BERADA BERSAMA HATIMU
DENYUT NADIMU ITU PERLAMBANGAN SENTUHAN CINTAKU
SESUNGGUHNYA AKU RINDU PADAMU ....
insan biasa

Khamis, 9 Februari 2012

Perlambangan Dan Hayalan


Perlambangan Dan Hayalan
Di penjuru petang ini ku menanti kasihmu
namun kini bayu yg sepi lembut tanpa suara menyentuhi hatiku
itukah perlambangan salam sayangmu ?
syahdunya dibuai hayalan cintamu.
insan biasa
9.2.2012.

Jumaat, 3 Februari 2012

KEKASIH


KEKASIH

Kekasihku !!!
moga sayang memahami dan merasai
murni cintaku tetap buat mu
syahdu asmara nukilan kasihmu
setiap detik waktu
membawa jiwaku ke alam kebahagiaan bersamamu
begitu bertuah aku mengenali insan sepertimu
sekuat jiwa hatiku memeluk hatimu
erat walau kehujung nafasku
syukur pada Ilahi
sungguh indah perkasihan ini.

insanbiasa
3.2.2012
( Buat wanita yg ku cintai ).

aku telah cinta pada mu

aku telah cinta pada mu
Di saat petang yg hampir kehabisan waktu
aku mulai mengenali dirimu
di ketika matahari hampir terbenam
ada cinta di hatiku padamu
di waktu aku ingin melafaskan cintaku pada mu
aku terpaksa kehilanganmu dalam arus malam
andai masih ada sisa2 nafasku
aku hanya bermimpi bertemumu ......
insan biasa
2.2.2012
( buat seorang wanita,
apakahkau seorang gadis,
apakah kau seorang janda,
apakah kau seorang suri, ) ?
aku telah cinta padamu .....

Isnin, 30 Januari 2012

RINDUKU DAN RINDUMU


RINDUKU DAN RINDUMU

Bayanganmu di hujung lautan
Bersama misteri yang kau simpan
Berdiri aku di tepian
Berdebar hati penuh pengharapan
Bergelombang lautan di hadapan
Bergegar jiwa dilanda bayu taufan
Berterbangan camar salah haluan
Bulan purnama gerhana semakin kegelapan

Bersalam dengan seluruh alam minta kemaafan
Berenang menyemberang tekad ketabahan
Berani berkorban menyentuh mimpi tak kesampaian
Berserakan tulang rinduku
Bercucuran air mata rindumu
Berpisah di dunia di akhirat moga bertemu.

insan biasa

Jumaat, 27 Januari 2012

KERINDUANKU


KERINDUANKU

Dalam suasana pagi hening bersih
Selamat pagi salam rindu buat kekasih
Moga sayang sudi memahami
Diri sayang sesangat kucintai
Manja senyuman sayang di sana
Di sini aku terasa indahnya
Lembut bayu membelai tubuhku
Bagai syahdunya sentuhan nafasmu
Khayalan bagai kenyataan
Menjadi teman dalam kerinduan ...

insan biasa
27.1.2012

Khamis, 26 Januari 2012

ASMARA PERCINTAAN


ASMARA PERCINTAAN

Kewanitaanmu sering menjadi ilusi

Izinkanlah sukmaku mencium wajah ayumu

Relakanlah hati ku memeluk kemurnian budimu

Di saat pertemuan pandangan mataku dan matamu

Ku persembahkan rinduku yg begitu lama

Bukalah ruang jiwamu

Akan ku semaikan di ruang hatimu

Benih cinta yang segar suci

Dan nafas menjadi saksi

Betapa syahdunya asmara percintaan.

insan biasa

26.1.2012

MERINDU


MERINDU
Walau malam
Walau siang
Rindu cintaku
Terus merayu kasih sayangmu
Aku tetap mengharapkan
Di suatu detik nanti
Asmara murni yg ku mimpi menjadi realiti ...

insan biasa
26.1,2012

Rabu, 25 Januari 2012

RAYU HATI


RAYU HATI
PETANG KIAN HILANG
MALAM AKAN MENJELMA
RINDU HATIKU KIAN BERGELORA
DAPATKAH SAYANG RASAKAN
CINTA YANG MEMBARA DI SUKMAKU
MERAYU ASMARA CINTAMU
AGAR HADIR DI KAMAR KASIHKU
BERSUA DALAM SYAHDU PERKASIHAN

insanbiasa
25.1.2012

Selasa, 24 Januari 2012

Suatu Ketika Di Kuala Kedah


Suatu Ketika Di Kuala Kedah

Inginku berada di dada pantaimu
Merasai tiupan bayu petang
Melihat burung2 laut terbang
Detik demi detik
Inginku saksikan keindahan warna keemasan langit
Tika suria kian menghilang
Akan ku lihat kejujuran lukisan awan
Ingin ku sentuhi bayang2 tanganmu yang ayu
Ingin hatiku memeluk kejujuran budi
Moga suasana menjadi indah dan murni
Bila malam menjelma
Moga aku bermalam bersama ketulusan hati
Terjalinlah kasih di kamar rinduku
Bayang2 itu menjadi realiti
Menjadi mahligai cinta yang ku cari2

Suatu ketika di Kuala Kedah
Bilakah saat itu
Aku rindu untuk lena di pantaimu.

insan biasa
24.1.2012.

Isnin, 23 Januari 2012

KERINDUAN

KERINDUAN
Sayang !!!
malam ini aku di kamar rindu
izinkan aku merasai setuhan salam kasihmu
pun hanya bayu kesepian memeluk erat tubuh jiwaku
itulah dirimu dalam mimpi yang ku temu
aku terlalu rindu
haruman rindu itulah hadir ilusi wajah cintamu
seketika kedamaian jiwa dapat kurasai
tapi terlalu cepat berlalu
pabila aku terjaga dari ilusi
mengalir juga jernih air mata hati
lambang kepiluan yg ku rasai ....

insan biasa
23.1.2012.

GELORA JIWA

GELORA JIWA
Bayu senja lembut berhembus membelai tubuhku
terasa bagai setuhan kasihmu
biar dikau jauh di mata
namun terlalu dekat di hati
syahdunya ilusi cintamu
bergelora asmara di jiwaku ..

insan biasa
23.1.2012.

Kata Hati

Kata Hati
Benarkah kata hatiku
cintamu datang dari kejujuran hatimu
seperti itulah juga hatiku mencintaimu
oh !! syahdunya andai cinta ini bercantum menjadi satu
menemani kita di kamar yg di rindu
indahnya kasih dan sayang
lena dan jaga kita berdua ...

insan biasa
23.1.2012

Kesepian

KESEPIAN
Malam sunyi menjadi teman setia
hembusan dan tarikan nafasku
berirama kesepian
syahdu berlegar di dunia angan2
di manakah dirimu sayang !!!
hiba hatiku mengembara mencarimu ....

insan biasa
22.1.2012

Khamis, 12 Januari 2012

Doaku


Doaku

Allah Tuhan ku
Tiada Tuhan melainkan Allah
Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.

Pada Mu ya Allah
Sebenar-benar hamba Mu ini memohon
Sebenar-benar hamba Mu ini merayu.

Mohon jauhi segala kepayahan di dunia dan di akhirat
Merayu perkenan segala kemudahan di dunia dan di akhirat
Moga kami di jauhi dari neraka
Moga kami menjadi ahli syurga
Untuk diriku
Untuk keluargaku
Untuk sahabat-sahabatku
Untuk seluruh umat Islam
Yang masih hidup dan yang telah meninggal.

Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa
Sesungguhnya Allah Maha Pemurah
Moga hidup dan mati ku kerana Mu ya Allah.

insan biasa
12.1.12 .

Akulah ...


Akulah ...
Dan kegelapan malam
terus menemani sepi hati
tidak ku temui kasihmu di alam nyata yg pasti
suara burung malam yg mendayu
itulah aku yg merindui cintamu ~~~
Pun aku terlena ...
Aku berteman ilusi
Tak rela aku berpisah dari mimpi bersamamu ~~~

insan biasa