Cinta

Dari jiwa dan raga setiap insan ,
bukan hanya melahirkan cinta pada seorang kekasih ,
cinta juga boleh lahir untuk semua makhluk Allah .

Cinta Yang Paling Utama ,
Cintailah Allah Yang Maha Suci .


Buat kalian ...

Apa saja dari blog ini, andai di ambil tanpa kebenaran,
saya tidak halalkan. Kalian di benarkan link blog ini . Selamat membaca , melihat dan mendengar .. Terima kasih .

Rabu, 31 Mac 2010

Hati

Hati

Bicara hati
Dalam diri sendiri
Bila pengucapan yang diberi
Dia tidak memahami
Bermainlah dalam mimpi
Sebagai satu Ilusi .

Intan di langit tinggi
Bersama bulan dan bintang -bintang di sisi
Berseloka irama tradisi .

Sepanjang hayat di kasihi
Tidak layak untuk di miliki .

Begitulah hukum duniawi
Bersabarlah menerima duhai hati
Bersama doa pada Illahi .



Insan Biasa . Kuala Lumpur .





Selasa, 30 Mac 2010

Dia di hati



Dia di hati

Ros merah di latar biru
Basah di titisan rindu .

Pilu yang di temu
Menangis tanpa jemu
Bersama hari-hari berlalu .

Bila cinta datang jua
Kasih sayang ikut bersama
Menjadi ketetapan dunia
Cinta rerama dan bunga .

Seorang insani
Sebuah hati
Cinta suci tetap abadi
Berjuta tahun untuk di lalui
Menyimpan rahsia hati .


Insan biasa . Kuala Lumpur .








Dairi cinta


Dairi cinta


Hari ini sangat teringin untuk ucapakan
Salam ingatan untuk kalian
Salam sejahtera yang berkekalan .

Istimewa untuk intan
Datang tanpa kelihatan
Bersembunyi dalam sebuat ingatan .

Membina sebuah zaman
Bukan sekadar sebuah kenangan
Kerana dia zaman berzaman
Meniti usia ke masa hadapan
Pernah menjadi amat di harapkan
Pernah di usaha untuk di lupakan .

Lagu duka bermuka ceria cuba dimainkan
Lirik kecewa dalam ketawa yang di persembahkan
Kisah nyanyian sebuah percintaan
Tanpa pertemuan tanpa perpisahan .








Isnin, 29 Mac 2010

Cinta khayalan


Cinta khayalan


Ku temu rindu paling dalam
Ku temu kasih sayang seluas lautan
Ku temu cinta setinggi awan .

Tangan ku tak mampu menyentuh awan
Awan pasti hilang
Bersama hujan membasah bumi
Kail ku tewas menduga lautan
Perahu ku pecah dilambung gelombang .

Cinta hayalan akan pulang
Bersama burung pulang kesarang .




Insan Biasa . Kuala Lumpur .




Cerita semut dan gula

Cerita semut dan gula


Ada gula di sana
Banyak banyak semut di sana .

Ada gula di situ
Berkumpul berkumpul semut di situ .

Gula hanya menanti
Tanpa semut hadirkan diri
Tidak mampu gula mencari
Begitu lumrah duniawi .

Gula pandailah menjaga diri
Elak dari siraman air
Nanti gula jadi cair .

Kalau sudah menjadi gula
Mampukah si lebah bistari
Menukar gula menjadi madu .



Insan Biasa . Kuala Lumpur .















Ahad, 28 Mac 2010

Hujan sepi


Hujan sepi


Hujan sepi tanpa pelangi
Warna biru di langit tinggi
Keroh membasah bumi .

Hilang pandangan bersama gelap malam
Dan hujan bertukar menjadi embun
Sedikit tapi menyegarkan .

Yakin pada kekuasaan Tuhan
Syukur terhadap ketentuan .



Insan Biasa . Kuala Lumpur .






Tangisan




Tangisan

Tangisan siapa menghiris pilu
Berbicara bahasa hati
Sepanas api sesujuk salju
Masih terasa masih di ingati .

Kelmarin yang sudah pergi
Bangun kembali hari ini .

Sekuntum mawar putih
Basah kelopaknya
Kesan tangisan embun pagi .


Insan Biasa .
Kuala Lumpur .








Bagai lilin



Bagai lilin


Lilinkah pengorbanan sebuah cinta
Membakar dirinya
Memberikan sedikit cahaya .

Bila hancur seluruh badannya
Masihkah ada cahaya .

Jiwa raganya yang terseksa
Mampukah tidak bersuara
Menyimpan sebuah rahsia cinta .

Mampukah berkata
Aku tidak pernah kenal dia
Mungkin kalau ada
Hanya dalam mimpi yang bukan nyata .



Insan Biasa . Kuala Lumpur







Cinta ku


Sila klik gambar untuk di baca dgn jelas .




I love You

Adalah tulisan tangan ku di pasir pantai .

Pemandangan ini aku sendiri yang merakamnya .

(( Pemandangan Pantai Irama , Bachok , Kelantan ))

-----------------------

Tulisan cinta di pasir pantai

Mana kekal tulisan itu
Pasti di pijak orang lalu
Di kering panas matahari menjadi debu
Bila ombak lalu
Tiada lagi catatan itu .

Ku rakam menjadi satu potret
Ku simpan cinta yang ku catat .

Menjadi kenangan syahdu
Tulisan tangan ku
I Love You .




Insan Biasa . Kuala Lumpur .










Rock







Hari sabtu jam 8 malam . 27.3.2010 .

Layan Rock Lama lama Kat RTM Senawang , N.Sembilan .

Diantara penyanyinya Mus Kumpulan May .

Joey BPR dan ramai lagi la ...

Kumpulan rock yang baru pun ada ,

The Rocket dan Kumpulan Kaca ..... ( tak pernah dengar pun ... huhuhu ) .


Mus kumpulan May kata :

Dia kekal berumur 25 selama-lamanya ......

hahahahahahahaaha ........

Sabtu, 27 Mac 2010

Kemana kau menghilang

Kemana kau menghilang

Aku cari mu di mana-mana
Ku jumpa tapak yang pernah kau lewati
Aku cuba mengingati wajahmu
wajah yang pernah ku temui
Dalam mimpi ku bersama mu .

Bila bertanya ku menyebut nama mu
Aku menjadi bertambah rindu
Tapi kau tidak ku temu .

Mencari mu tidak pernah jemu
Ku temui sebuah kuburan tertulis nama mu
Pusara korban sebuah percintaan .

Aku berdiri lama disini
Ku cuba memujuk hati
Di dalam dunia ini
Bukan hanya kau memiliki nama saperti ini
Dan aku terus mencari ...



Insan Biasa . Kuala Lumpur .








Bicara tentang hati

Bicara tentang hati


Kekasih ku
Kau pasti mengerti
Dalam keterpaksaan situasi
Kau terpaksa berkata tidak memahami .

Kekasih ku
Kegembiraan semalam
Tangisan semalam
Adalah sebuah percintaan terpendam
Bagai layang-layang putus tali dan hilang bersama hari suram .

Bila hari menjadi terang
Kau nampak layang-layang yang hilang
Berada di satu sudut paling tinggi
Tidak terkeluar dari alam ini
Kau tutup muka dengan dua tangan mu
Tanpa kau sedari
Di celah celah jari
Kau memerhati
Warna-warna yang kau cintai .


Insan biasa .
Kuala Lumpur .27.3.2010 .



Jumaat, 26 Mac 2010

Lewat pertemuan

Lewat pertemuan

Warkah pilu catatan ku
Bersama lewat pertemuan dengan mu .

Saat pertemuan ini
Kau telah menjadi seorang suri
Gadis mu telah lama berlalu
Di dada berpeluk erat anak mu
Kasih mu tulus suci
Milik suami yang kau kasihi .

Biar aku di sini
Menyimpan rahsia insani
Nanti akan ku tenggelamkan ke lautan paling sepi
Biar tiada siapa yang temui
Hanya aku yang mengetahui
Bila dikehendaki nanti
Akan ku gali
Biar pun mengadai nyawa ku sendiri .


Insan Biasa
Kuala Lumpur .






Cerita cinta ....


Cerita cinta

Terasa diri dipuja
Lalu terbelai membaca bicara .

Sedikit sentuhan memuja
Selembut bayu hati tergoda .

Begitu mudah menyerah cinta
Bagai dahaga di gurun Sahara
Bagai bayi merindui susu ibunya .

Wahai dara remaja
Awas menjaga cinta
Awas menjaga diri yang kau punya .

Sekali menyentuh jerat cinta
Banyak rahsia terbuka
Tentang indahnya cinta
Tentang rindu dan kasih sayang di rasa
Tentang pilu dan duka
Tentang perkasihan kecewa .

Menjadi kekasih dalam sebuah percintaan
Adalah sebuah pengalaman
Dalam percintaan
Lemahnya hati insan
Terdedah pada hasutan syaitan
Jadikanlah pengajaran .

Bila keinginan hendak bertemu
Mendesak diri mu
Kesanggupan yang begitu
Langkah pertama kearah kemusnahan diri mu .

Fahamilah cinta
Sebelum bercinta .



Insan Biasa .
Kuala Lumpur .






Ujian pada hati


Ujian pada hati

Mencari kebenaran cinta
Menguji kejujuran hati berbicara .

Menguji keimanan yang di miliki
Antara falasafah diri dan godaan duniawi .

Desakan jiwa yang ingin di kasihi
Desakan naluri cinta setiap insani
Tenggelam dalam keindahan ciptaan ilusi .

Bila tersedar dari mimpi
Hilangkah apa yang tercatat di hati
Konon kasih dan cinta sejati
Dalam kembara meniti hari .



Insan Biasa . Kuala Lumpur .

Rabu, 17 Mac 2010

Aku cinta pada mu

Aku cinta pada mu


Itulah kenyataanya
Hati dan jiwaraga mu juga tahu
Cinta ku selamanya .

Kau tahu itu
Kau tahu itu
Kau tahu itu
Kau tahu itu
Kau tahu itu

Hingga akhir nyawa
Dan selamanya .....


insan biasa .

Ahad, 14 Mac 2010

Antara cinta dan kasih sayang

Antara cinta dan kasih sayang .


Mana satu yg datang dulu .


Cinta datang dulu ?

Atau kasih dan sayang yg datang dulu ?

Bila pula datang nya rindu ?


???????????

Hihihihihi ..........
Apa kata awak !!!

Yang pasti
Kekasih pasti mencintai kekasihnya .....






Sabtu, 13 Mac 2010

Percintaan rindu


Cinta amat cinta
Rindu pada kekasihnya
Kasih dan sayang ikatan percintaan .

Rela dan berkorban
Berdoa pada Tuhan
Berbahagialah selamanya .








Jumaat, 12 Mac 2010

Nenek

Kuala Lumpur .
Malam tadi ...
lebih kurang pukul 4 pagi .
Jiran ku , seorang nenek meninggal dunia ,
Kembali menemui Illahi ...
Semoga rohnya dirahmati Illahi .

Ingatkan diri ku bahawa kematian pasti akan datang .......
Kita tidak tahu saatnya .... Bila ????????


Mati

Kau hampir dengan ku
Nenek jiran ku yang mati .

Dekatnya dengan ku .

Dalam rumah penuh sanak saudara
Membaca ayat suci
Di halaman ramai berkumpul
Bersedia untuk pengurusan jenazah .

Nanti akan dikebumikan
Berdoa moga dirahmati Illahi ...

Tuhan ku .

Kematian ku juga pasti
Permudahkanlah aku
Menjadi hamba Mu yang taat
Pada hukum Mu .



insan biasa .










Johor >>>>>>>>

>>>>>>>>>>>>> JB .

Pagi 9 haribulan pergi JB .

KL <<<<<<<<<<<<<.

Malam 11 haribulan balik KL .

Pandu kereta seorang je !!!!

Penat ..
Ok ..
tapi rindu kat Kuala Lumpur ...

Khamis, 4 Mac 2010

Maha Suci Tuhan

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang .

Segala puji-pujian bagi Allah pentadbir sekalian alam .

Selawat dan salam keatas semulia-mulia Nabi dan Rasul
Penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w .
Di atas keluarganya dan para sahabat sekalian .

Ya Allah .

Kami mohon peliharaan Mu
Kami mohon pertaruhkan ugama kami
Diri kami
Harta benda
Keluarga kami
Tiap tiap sesuatu yang Engkau berikan pada kami .

Ya Allah .

Jadikanlah kami dalam golongan bertakwa .

Dengan rahmat Mu wahai Tuhan ku .

Selamatkanlah kami
Dari keburukan dunia dan azab akhirat .

Kurniakanlah kesejateraan pada kami
Di dunia dan akhirat .

Ya Allah .

Ampunilah segala dosa kami .


........................................

Wahai anda semua

Ampunilah segala kesalahan ku

Aku mahu menghembuskan nafas terakhir ku tanpa dosa .

Semoga Tuhan jua membalas kebaikan hati budi anda .

Amin .



Insan Biasa .










Salam Sejahtera Untuk Semua .

Salam sejahtera untuk semua


Salam cinta penuh kerinduan untuk dia
Salam persaudaraan untuk anda .

Semoga Tuhan memberi kesejahteraan untuk kita .

Tiba tiba aku amat teringat ...
Hidup ini hanya sangat sementara
Akhirat jua kekal selama lamanya .

Setiap melihat matahari pagi
Setiap itu usia bertambah lagi
Setiap denyut nadi
Makin hampir saat mati .

Terbayang bayang di ruang fikir .

Insan yang berpisah nyawa dari badan
Dimandikan
Dikafan
Disolatkan
Dikuburkan .

Amalan baik dan amalan buruk di dunia
Diadili Illahi
Pasti mendapat pembalasan .



Insan Biasa
Kuala Lumpur .






Rabu, 3 Mac 2010

Sinar matahari hampir terbenam


Sinar matahari hampir terbenam

Warna kekuningan di atas permukaan laut
Awan putih juga bercorak warna itu
Ombak tetap bergelora
Bayu terus berhembus
Beburung senja terbang kesarang .

Aku dan dia akan berada di sana
Melihat meneliti panorama dunia .

Bila mendengar suara azan
Kita sama bersolat
Berdoa pada Tuhan .



Insan Biasa
Kuala Lumpur .








Isnin, 1 Mac 2010

Senyum mu


Senyum mu


Gembira hati ku
Melihat senyum mu .

Tenang hati ku
Mendengar tenang mu .

Bila kau risau
Aku bertambah risau .

Aku sangat sangat mencintai mu
Hati dan seluruh jiwa raga mu
Moga aku bersama mu selama lamanya .



Insan Biasa . Kuala Lumpur .




Bidadari ku

Bidadari ku


Dia wanita
Berada di hati
Aku cintai
Aku rindui
Padanya kasih dan sayang
Padanya kesabaran yang terpuji
Lembut ayu daya rayunya .

Hati yang kacau salah fahaman
Menjadi lembut tanpa paksaan
Bak batu diukir tiupan udara yang berterusan .

Wahai bidadari
Kau selalu menjelma dalam mimpi
Kini ku temui .




Insan Biasa
1.3.2010
Kuala Lumpur .











Malam ini

Malam ini


Di satu sudut kota
Hujan tadi yang lebat mula berhenti
Udara sejuk malam bertiup perlahan
Sesekali sinar kilat memancar
Nampak kilauan air di jalan hitam
Bagai kaca berserakan
Suara kenderaan memecah kesunyian .

Cinta yang rindu pada kekasihnya
Mencari waktu membukti cintanya
Cinta dalam perjalanan kehidupan
Membena ikatan dalam kekeluargaan
Menjadi seorang ayah
Menjadi seorang ibu
Anak anak lambang kasih dan sayang .



Insan Biasa . Kuala Lumpur . 1.3.2010 .







Kepiluan

Kepiluan

Saat membelai kasih dan sayang
Di kala cinta dan rindu antara kita
Menjadi sangat istimewa
Bagai berada di dalam satu kamar impian .

Tiada terduga
Tangisan kegembiraan
Tiba tiba menjadi derita .

Nanti bila malam mendatang
Gelap pasti bertambah sunyi
Cinta bertambah rindu
Bertamukah kepiluan .




Insan Biasa
1.3.2010
Kuala Lumpur .









Mana cinta tanpa syarat


Mana cinta tanpa syarat


Wujudkah cinta tanpa syarat
Atau sekadar keindahan bahasa puisi
Mungkin sekadar senikata lagu untuk dinyanyi
Dinikmati dalam angan angan semata
Bila remaja kedahagaan cinta .

Perlukah cinta di sandarkan
Pada harta dan rupa .

Kalau ada di manakah berada
Kalau mati di mana kuburnya .




Insan Biasa .
Kuala Lumpur.
1.3.2010 .





Cinta ku di hati ku


Cinta ku di hati ku

Pasti kau mengerti sayang
Betapa kau dan aku mencintai .

Malam ini kita bersama
Membelaikan cinta kita
Rindu kita bertemu
Kita bahagia
Membaca sejarah cinta .

Kita lebih memahami
Cinta jadi semakin cinta .



Insan Biasa
1.3.2010
Kua;la Lumpur .