Cinta

Dari jiwa dan raga setiap insan ,
bukan hanya melahirkan cinta pada seorang kekasih ,
cinta juga boleh lahir untuk semua makhluk Allah .

Cinta Yang Paling Utama ,
Cintailah Allah Yang Maha Suci .


Buat kalian ...

Apa saja dari blog ini, andai di ambil tanpa kebenaran,
saya tidak halalkan. Kalian di benarkan link blog ini . Selamat membaca , melihat dan mendengar .. Terima kasih .

Rabu, 9 November 2011

Mampukah Bercinta Lagi

Mampukah Bercinta Lagi

Ingin aku bersuara
Sayangnya suaraku telah tiada
Ingin aku bercinta
Sayangnya cintaku telah kecewa
Ingin aku berasmara
Tapi segalanya telah tiada
Hanya menjelma dalam mimpi tika lena

Andai di suatu ketika
Ruang hatiku kembali terbuka
Mampukah aku percaya pada cinta
Mampukah aku jujur pada cinta
Mampukah aku memadam kisah lama
Kisah-kisah derita
Nafasku lemas di dalam kepahitan manis cinta

Duhai si jelita
Bertemu mu tak ku sangka
Kita sama berkongsi rasa
Sebenarnyakah kita takut pada cinta
Atau kita sudah mula ingin bercinta .

insan biasa

9.11.2011
Kuala Lumpur .

2 ulasan:

Insan Biasa berkata...

Najwa latif

awak bukan pinjam
tapi awak telah ambil tanpa kebenaran saya
dan awak telah jadikan bagai nukilan
awak sendiri
ini suatu sifat yg tidak baik .

Najwa Latif berkata...

saya minta maaf. saya tak tahu. baiklah, saya akan padamkan "hasil curi" saya itu. terima kasih kerana mengingatkan saya. saya hargainya. saya tidak akan buat lagi pada awak atau orang lain. saya minta maaf. saya terlupa nak letakkan penulis asal iaitu awak. terima kasih sekali lagi ye.

ikhlas : saya yang bodoh dan tak tahu ape-ape.