Mencari cinta
Bila cinta tiada dihati
Sukar cinta di cari .
Mencari cinta kerana desakan usia
Atau kehendak nafsu semata
Mungkin didesak sesiapa
Nanti cinta palsu yang dipersembah
Sekadar hati mencuba
Hanya nampak teristimewa
Tapi hanya berpura pura .
Bila cinta dusta
Tidak sampai kemana
Mana ada pengorbanan
Lemah jiwa lemah segala .
Insan Biasa
Kuala Lumpur .
4.2.2010
Cinta di bibir
Bukan tulis dari hati
Datang bagai penyeri waktu
Seketika bertamu
Bagai titisan air di daun keladi
Bersinar bak mutiara di pancar suria
Seketika kering air bak cinta hilang kemana .
Yang tergoda tertanya tanya
Yang merindu menderita merana
Keliru persembahan cintanya .
Insanbiasa
Kuala Lumpur
4.2.2010
8-25 Malam .
7 ulasan:
Jijahhh :
hihihi..... cinta dan bicara cinta!!!!
cinta dihati mati..
dibiar pergi..pergi..
datanglah cinta Illahi..
hanya itu yg dirintih..
min...
Cinta Illahi lah Maha Suci .
Hebatnya diri bermadah pujangga ..
teristimewa untuk si dia ...
membuat hari sungguh ceria ..
harapnya bukan seketika ...
Jijahh :
Menyata apa dihati
lalu berbicara .....
Suka Beri Malaysia ke?
suka tak suka ..
dah makan .. teringat ringat ..
kalau suka ..kata suka ..
nanti malam ... takde la teringat ingat ...
cinta memg sukar dinilai..palsu atau sejati hampir same keduany........
cinta dibibir ku tertipu jua.......
Catat Ulasan