Cinta

Dari jiwa dan raga setiap insan ,
bukan hanya melahirkan cinta pada seorang kekasih ,
cinta juga boleh lahir untuk semua makhluk Allah .

Cinta Yang Paling Utama ,
Cintailah Allah Yang Maha Suci .


Buat kalian ...

Apa saja dari blog ini, andai di ambil tanpa kebenaran,
saya tidak halalkan. Kalian di benarkan link blog ini . Selamat membaca , melihat dan mendengar .. Terima kasih .

Selasa, 20 Mac 2012

Mahu pulang

Mahu pulang

Akulah manusia liar di tepi jalan
berlari-lari di kejar kehidupan
telah hilang saudara dan rakan
aku mahu pulang
tapi hari sudah malam
ku lihat hitam dan kegelapan
basah tubuhku di siram hujan
sejuk terasa keseluruh tulang
aku mahu pulang
tapi aku terus kesesatan
padaku masih ada rindu
di manakah cinta yang sering memanggilku
dalam mimpi-mimpiku yang terus berlalu.

insan biasa
20 Maret 2012

Tiada ulasan: