Cinta

Dari jiwa dan raga setiap insan ,
bukan hanya melahirkan cinta pada seorang kekasih ,
cinta juga boleh lahir untuk semua makhluk Allah .

Cinta Yang Paling Utama ,
Cintailah Allah Yang Maha Suci .


Buat kalian ...

Apa saja dari blog ini, andai di ambil tanpa kebenaran,
saya tidak halalkan. Kalian di benarkan link blog ini . Selamat membaca , melihat dan mendengar .. Terima kasih .

Rabu, 30 Disember 2009

Harapan

Hari ini adalah semalam yang telah kita lalui
andai apa yang kita usaha tapi tidak lagi kita nikmati hari ini
usah lah kecewa
kerana lumrah dalam dunia ini
apa yang dihajati tidak semua diperolehi .

Syukur lah apa yang di perolehi
jangan berputus asa
menadah tangan pada ILLAHI .

Hari ini adalah esok yang bakal datang
teruskan usaha
pertingkatkan keupayaan .

Berdoalah pada TUHAN semoga besok puncak kejayaan
Dan tidak lupa , merayu pada TUHAN , agar esok kita masih lagi ada .

Tangan ku berbahasa dengan hati ku
moga aku tidak lupa ........



( Selamat tahun baru untuk semua )

insanbiasa , K.L. 29 Disember 2009 .

4 ulasan:

Insan Biasa berkata...

Sekali sekala
salah apa kalau perigi berkata cinta .

Mulianya hati mu yang rela berbicara
bukan pun melanggar susila ...

Bersuara demi cinta .

Salam sayang buat mu bidadari ......

al-lavendari berkata...

kita mungkin tak akan dapat semua yang kita inginkan, dan
kita juga mungkin mendapat apa yang tidak kita inginkan.
terimalah semua pemberianNya dengan redha.

:: hayati :: berkata...

insabiasa, perigi itu malu agaknye...huhu
atau byk lg sbb2 yg wt perigi itu tkot utk meluahkn...
awk bg la si perigi sedikit kt2 dr kt2 lidah...moga si perigi lbh berkeyakinan mane tau...

slmt thn bru juga....

:: hayati :: berkata...

ooo..gitu..
hmmm..btol gak, harapan tu sandarkn pd Allah jer kn...moga Dia menghadirkn cinta org yg cintaknNye pd kita...

memg lbh indah la kalu cinta tu sama2 hadir di hati masing2 tanpa paksaan ataupn rayuan...ia akn lbh ikhlas...sy da phm serba sikit maksud awk...

sy suka la awk memg pakar dlm cinta...hehe..Allahu`alam...