Cinta
Dari jiwa dan raga setiap insan ,
bukan hanya melahirkan cinta pada seorang kekasih ,
cinta juga boleh lahir untuk semua makhluk Allah .
Cinta Yang Paling Utama ,
Cintailah Allah Yang Maha Suci .
Buat kalian ...
Apa saja dari blog ini, andai di ambil tanpa kebenaran,
saya tidak halalkan. Kalian di benarkan link blog ini . Selamat membaca , melihat dan mendengar .. Terima kasih .
Andai Kau Kekasih Ku
Andai kau menjadi kekasih ku
Ku selimuti diri mu dengan belaian kasih sayang ku
Ku sebatikan hati ku dan hati mu dalam kamar cinta
Syahdu asmara dan rindu tidak terhenti
Biar berjuta tahun kita bersama
Kita terus dalam mesra percintaan .
insan biasa .
Mimpi Cinta
Mimpi cinta hanyut di telan gelora lautan
Asmara lemas dalam kesepian
Kasih dan sayang hanya lafaz mainan kata
Keindahan dan kebahagiaan adalah kepiluan
Kenangan ada adalah kenyataan
Harapan mungkin hanya khayalan .
insan biasa .
RINDU
Aku teramat rindu
Aku cuba untuk mendiam diri
Hari hari yang terus berlalu
Bayu yang kelu menyentuhi diri ku
Aku bagai merasakan kasih dan sayang mu bukan untuk ku
Namun hati ku terus mendesak aku
Untuk terus berkata aku cinta pada mu
Ucapan ini mendamaikan hati ku yang pilu .
insan biasa

Cinta Kecewa
Rinduku sentiasa kepada mu
Dalam rindu itu ku semai kasih dan sayang
Namun harapanku terus kontang
Engkau hanya bayang bayang
Tika gelap malam sepi menikam kalbu
Berulang ulang ku sebut nama mu
Namun bayu terus kelu
Mimpi ku menjadi ngeri
Nafasku sakit berdarah kecewa
Ku cuba mencari penawar mengubat duka
Tapi embun menitis bagai racun berbisa
Meracuni luka luka pada jiwa
Akulah insan perindu yang derita .
insan biasa
Kuala lumpur
5/8/2011 .

CINTA YANG PILU
Cinta yang pilu adalah diriku
Merindu dan mengharap kasih sayang mu
Sering kau membaca catatan hatiku
Ada rasa cinta yang ingin ku tuju
Kau merasai itu
Tapi sayangnya kau tidak tahu
Insan yang ku cintai adalah dirimu
Lalu kau berlalu
Meninggalkan aku termanggu
Terus mengharapkan cintamu
Pernah lahirkah cinta di hati mu
Buat diriku
Tapi aku juga tidak tahu
lalu kita terpisah oleh rahsia antara kita .
insan biasa
3.8.2011
Kuala Lumpur .

INGIN
Inginku temui mu Sayang
Itu hanya sebuah harapan
Nyatanya itu hanya khayalan
Mimpi seorang insan
Kerana dikau entah di mana
Kerana dikau entah siapa
Dikau hanya bagai bayu menyapa tubuhku
Buat aku terlena dalam jaga .
insan biasa
KL
2.8.2011 .

SALAM RAMADHAN ...
Menahan lapar dan dahaga
Menguji kekuatan hati
Mengajar erti kesusahan
Memberi keinsafan tetang nikmat kurniaan Tuhan .
insan biasa
1.8.2011
Hari pertama puasa .

Selamat Berpuasa
Buat Semua Sahabat Cinta .
dari :
insan biasa
31.7.2011

Wajahku
Sering tertanya di fikir mu
Bagaimanakah wajahku
Perlukah aku paparkan pada mu
Untuk apa wajah itu
Dia pasti berubah bersama waktu
Kenalilah wajah hatiku
Selaluku catatkan buat tatapanmu
Andai kau fahami
Itulah ayat ayat cintaku pada mu .
insan biasa .
KL
31/7/2011 .

Kalian !!! aku dalam sepi
Terima kasih ...
Kesudian kalian hadir di sini
Tika ini aku ..
Di suatu sudut Kuala Lumpur
2 40 pagi ..
Deraian hujan kedengaran jatuh kebumi
Bayu membawa kedinginan
Sepiku berteman pilu
Ingin aku merayu dan merindu
Tapi pada siapa ingin ku tuju
Wajah mu tersembunyi di bayang langit yang kelabu
Tinggi tidak tercapai pandangan mataku ....
insan biasa
KL .

Tidak Ku Sedari
Beginilah hati
Aku tidak sedari
Tanpa rasa terpaksa
Dengan rasa amat rela
Rupanya aku jatuh cinta
Hatiku berkata cinta padamu
Mungkin engkau tidak tahu
Dan kau tidak menyangka itu
Siapalah aku untuk layak bersama mu
Maafkan aku !!!!
Kerana aku telah merindu pada mu
Aku tahu dalam rindu itu aku berteman duka pilu
Tapi aku tetap bahagia begitu
Bersama kasih dan sayang ku .
insan biasa .
Di suatu sudut pinggir kota Kuala Lumpur .

CINTAKU
Cinta
Aku sayang pada mu
Aku kasih pada mu
Saat saat yang berlalu
Duka dan pilu
Sendu dan syahdu
Siang dan malam ku
Aku bersama mu
Perlukah aku kehilangan mu
Berteman rindu tanpa mu .
insan biasa .
Kuala Lumpur.

SECEBIS KEHIDUPAN
Pagi di Kuala Lumpur
Matahari bersinar
Udara agak panas
Tapi langit semacam kelabu .
Aku termanggu di sudut sunyi
Di hatiku ada rindu
Namun tersendiri membilang hari
Wajah mu tidak ku temu
Perasaan kasih dan sayang
Menjadi teman dukalara
Embun malam semakin kering di daunan
Bagai khayalan yang hilang di telan zaman
Cinta bagai musafir di jalanan
Asmara menjadi bayang bayang
Rama rama yang terbang
Tersesat dalam rimbun pepohonan
Namun bunga idaman
Bagai hilang dari tangkainya
Harum wangiannya terus menjadi carian .
insan biasa
Kuala Lumpur .

USAH DI KESALI
Bertemu berpisah begitulah lumrah dunia
Usah di kesali pada yang tak sudi
Di dunia ini di penuhi insan pelbagai kerenah diri
Sabarlah menghadapi manusia yang di temui
Kadang kita di benci
Kadang kita di sukai
Kita sukar memaksa wujudnya rasa kasih dan sayang
Kasih dan sayang kejujuran dari hati
Satu pergi moga ada lagi pengganti
Mungkin tidak sama dengan yang pergi
Tapi berdoalah selalu
Moga bertemu dengan insan insan yang tulus hati .
insan biasa
Kuala lumpur .

BUAT MU
Kata mu dikau sering di ruang ini
Terima kasih kerana sudi
Mungkin dikau seorang lelaki
Mungkin dikau seorang gadis suci
Moga dikau seorang yang baik baik
Kau datang bagai bayu
Berlalu tanpa ku kenali diri mu
Siapa pun diri mu
Moga kau berbahagia selalu ......
Oh !!! terima kasih kerana pernah kagumi aku
Sebenarnya tiada apa yang perlu kau kagumi
Moga dikau catatkan kejujuran
Maaf jua ku pinta bila biacaku menyakitkan hati mu
Kerana bicaraku dari hatiku yang sakit .
insan biasa
Kuala Lumpur .

Buat Yang Berkenaan ...
( F... )
Perlu apa membiasakan diri jadi pembohong
Alangkah eloknya
Membiasakan diri menjadi jujur .
Moga berbahagialah insan yang jujur .
insan biasa ..
Kuala Lumpur .
Terima kasih F ...
Kerana telah sudi membaca catatan di atas ...

SUDIKAH
Di saat aku kerinduan
Dikaukah bayu yang menyentuhi tubuhku
Terasa aku bagai di sayangi
Terasa aku bagai di kasihi
Hatiku berkata kata
Inginku persembahkan cintaku pada mu
Di manakah dikau berada
Sering hadir dalam bayangan hayalanku
Sudikah kau menghuni di wilayah asmaraku .
insan biasa
22.7.2011 .

Antara Kita
Debaran yang ada di hati mu
Debaran di hati ku
Kenangan yang ada di kalbu mu
Kenangan di kalbu ku
Rindu di hati ku
Mungkin tidak sama rindu di hati mu
Kasih sayang yang ada pada ku
Mungkin tidak sama kasih sayang yang ada pada diri mu .
insan biasa
22.7.2011 .

SEBUAH GURIDAM JIWA BUAT MU
Sayang ....
Aku tahu
Kau juga pasti tahu
Cinta hadirnya begitu cepat ...
Kadang kita tidak tahu kenapa hadirnya
Namun setelah dia berada di hati
Terlalu sukar untuk hilang dari hati
Seumur hidup belum tentu
Dia dapat berlalu ...
Dan kita selamanya jadi perindu ...
insan biasa ( 18.7.2011) KL .
Salam kasih dari ku ..
buat diri mu .....
dikau sentiasa di ingatan ku ....

KASIH
Ditakdirkan bertemu
Mungkin bertemu di maya
Mungkin bertemu di dunia nyata
Perkenalan persahabatan
Tidak semesti ada percintaan
Andai berlaku percintaan
Tidak semesti menjadi ikatan suami isteri
Andai terpisah
Jangan ada benci
Kekalkan di hati
Rasa kasih sesama insani
Apa yang di hajati
Tidak semesti terbaik untuk diri
Apa yang tidak di hajati
Tidak semesti tidak baik untuk diri .
Insan Biasa .

Salam Ingatan Kasih Sayang
Lama aku tidak mendengar berita mu
Moga kau berbahagia di sana
Tenang damai selalu hendaknya
Mungkin kau di kasih sayang kekasih mu
Mungkin kau dalam pelukan bahagia suami mu
Apapun yang telah berlaku
Pun kau jauh dari ku
Pun kau sudah melupai aku
Pun kita bagai bertemu dalam mimpi
Kau tetap kekasih hati ku
Pun aku hanya mampu bercinta dengan mu hanya dalam khayalan
Tahukah kau Sayang
Udara yang menyentuhi tubuh mu
Itulah hati cintaku yang sentiasa membelai hatimu .
Insan Biasa .

Akulah insan itu
Tak dapat kau lihat dengan keindahan pandangan
Kalau kau sudi
Lihatlah dengan hati
Mungkin suci hati dapat memahami .
Kerana aku hanya sekecil kecil debu
Di malam gelap sunyi
Lemas dalam bayu sepi .
Embun telah kemarau bertahun
Kontang kasih dan sayang
Aku tetap mencari rindu.
Ingin aku bertemu mu biarpun hanya sekali
Biarpun hanya dalam mimpi .
Insan Biasa
22.4.2011 .

CATATAN RINDU
Salam sayang rindu ku
Di manakah kau kini
Tika ku menulis catatan ini
Aku berada di Kotaraya Kuala Lumpur
Malam kian larut
Udara agak sejuk
Membawa lembab basahan hujan tadi petang
Aku tersembunyi di suatu sudut
Nun di persekitaran ku
Lampu berkelipan
Di ruangku ini agak kemalapan
Di sini aku membilang rindu
Namun tidak terbilang oleh fikir ku
Rindu yang tersangat itu ku kirimkan dalam salam pada mu
Biar dimana pun kau berada
Moga kau dapat merasa
Biar jauh di mata
Biar kita tidak pernah jumpa dalam nyata
Kita berjumpa dalam seni jiwa asmara
Mungkin tidak ada ruang untuk kita bertentang mata
Tapi jangan pernah lupa berdoa .
Insan Biasa .

Diam Ku
Kekadang aku diam tanpa bicara
Tahukah kau Sayang
Aku tidak pernah melupakan mu
Rinduku terus menyebut nama mu
Tahukah kau Sayang
Aku bagai udara yang berada di seluruh tubuh mu
Tiap waktu menyentuhi jiwa mu
Duhai Sayang ku
Moga kau tahu dan mengerti
Betapa cinta ku pada mu .
insan biasa .

SAYANGKAH GADIS ITU
Sayangkah gadis itu
Berselindung di tirai syahdu
Sesekali menjeling rindu
Sayangkah gadis itu
Pandai bemadah lembut mendayu
Sering menjelma dalam mimpi ku
Sayangkah gadis itu
Tahukah diri mu
Aku sering memuja mu
Aku ingin bertemu mu
Di suatu suasana indah
Di suatu penjuru sunyi dalam wilayah asmara
Sayangkah gadis itu
Aku cinta pada mu
Sekali ku kata begitu
Seumur hayat kekal cinta ku .
insan biasa

YANG KU RINDU
Aku bagai pengembara di gurun panas
Dahaga setitik air
Menanti cinta mu
Sepi tersembunyi
Ku seru kasih mu saban waktu
Namun kau terus membisu
Kau bagai bayu terasa menyentuh hati ku
Namun tiada rupa untuk ku kenali
Aku terus merindu
Mencari mu entah di mana
Tanpa henti
Hingga kehujung hayat nanti .
Insan Biasa .

ISTANA RINDU
Tika aku memburu rindu
Kau bina istana rindu di awan biru
Aku tidak mampu ke sana
Langkah ku hanya di bumi berdebu
Hati ku sering berkata
Lalui lah lorong lorong kenyataan
Agar di sana terbuka selendang mimpi
Namun lorong itu tiada lagi penghuninya
Aku sudah di tinggalkan waktu .
Insan Biasa

Indahnya mimpi
Bersama embun tengah malam sejuk membasahi bumi
Kau hadir mendamaikan jiwa
Namun kau terus bersembunyi
Di sebalik selendang manja mu
Duhai sayang ku
Bilakah wajah mu akan menjelma
Bertemu dengan rindu ku
Dalam rela kejujuran hati
Aku terus menanti mu
Mengejar mimpi
Mengejar realiti .
Insan Biasa .

Bayu ku
Kau terus berlalu
Hilang di panorama dunia
Aku kau tinggal di sudut rindu
Aku terus di lamun mimpi cinta mu
Namu aku tetap di datangi semalam
Berbahagia dengan kepiluan kisah asmara berlalu
Aku ingin berdiri melangkah kearah denai yang kau lewati
Namun aku terjatuh dan merangkak memanggil nama mu
Suara itu tidak berhenti sepanjang zaman
Bagai kekalnya desir ombak membelai pantai cinta .
Insan Biasa .

Disuatu fajar
Di hujung wilayah asmara
Embun turun tersesat dalam waktu
Adalah titisan tangisan hati ku
Mengejar rindu yang hilang
Dalam kembara waktu
Bertemu tapak tapak wangian kasih yang telah pergi
Lalu kembali kenangan semalam
Senyum tawa mu sukarnya untuk di lupakan
Lalu aku jadi pemuja di pinggir zaman .
Insan Biasa .

Mawar Nan Biru
Begitu lama aku merindu mu
Namun kau berselindung di balik awan di langit biru
Sukar untuk aku melihat warna mu
Tanpa ku sangka
Dalam berjuta hararapan jiwa
Tiba tiba kau menjelma
Tanpa di iringi bulan purnama
Tanpa di hiasi bintang bercahaya
Kita bertemu di wilayah asmara
Di suatu sudut dunia kasih dan sayang
Nafas kita bersentuhan mengucapkan cinta
Indahnya aku dalam terlena
Kegelapan malam
Embun dan bayu sepi
Engkau menjadi saksi satu mimpi
Engkau menjadi saksi tangisan hati
Bila aku menemui realiti menjelang pagi
Aku menjadi terlalu rindu teramat rindu
Bayangan wajah mu tidak terpisah lagi di hati .
Insan Biasa .

Tika sunyi kegelapan malam
Kau ukir tangisan cinta mu
Berbayang di langit nan biru
Aku jadi terharu
Hati ku rindu terlalu rindu pada mu
Bicara mu tulus syahdu
Namun itu bagai awan
Seketika putih seketika hitam
Disaat embun menitis asmara
Tiba tiba hujan
Cairlah segala setia dan janji
Kau hanya bayang bayang keindahan kasih dan sayang
Insan Biasa
KL .

Ombak terpilu
Suara mu bagai tangisan duka
Duhai ombak yang terpilu
Tabahkan hati mu
Pantai yang kau rindu anggaplah sudah tiada
Dia sudah jadi milik kekayaan harta
Begitulah lumrah dunia
Kejujuran dan kesetiaan
Kadang hanya jadi nukilan syahdu para pujangga
Biasa terjadi di mana mana
Hati berkata hitam
Tapi mata dan mulut mengatakan putih
Begitulah ucapan cinta
Sebuah perjudian harapan bahagia kerana harta .
Duhai ombak terpilu
Pasti ada pantai yang mahu setia
Carilah dia
Dia menunggu mu
Mengharapkan bahagia .
13.1.2011
Pantai Irama .
10 37 pagi .
Insan Biasa .

Kenangan
Wajah mu
Bermain di ingatan ku
Namun kau hilang dalam cahaya yang terang
Kau hanya fatamorgana sebuah cinta
Pada bibir mu hanya karya sebuah ceritera asmara
Aku tergoda
Aku percaya
Lalu aku kecewa
Tenggelam dalam manis bayangan kasih dan sayang
Jadilah aku perindu sepanjang zaman .
Insan Biasa .

Setitis embun
Setitis embun semalam
Kekal di jiwa hingga ke hari ini
Biar bertahun zaman berlalu
Murni wangi nya tetap terasa
Sebati dengan denyut nadi
Menjadi nafas dalam kehidupan
Kasih dan sayang yang datang tanpa paksaan
Tidak akan hilang dari hati
Biar di paksa berjuta ancaman
Tersenyum dalam kenangan
Biarpun pilunya menjadi tetamu .
Insan Biasa .

Ceritera Kasih
Kenangan lalu yang duka
Andai tidak dapat kau lupa
Ingatlah dengan suasana yang berbeza
Jadikan guru yang bijaksana
Jujur mengajar usia
Senyumlah pada hikmahnya
Mengenal tingkah laku manusia
Bunga di gunung tak semestinya harum
Usah terlena berjuta janji
Kadang di pinggiran kuntum mewangi
Tanpa siulan bermadah indah
Di sebalik sifatnya yang tersendiri
Madunya setia suci
Sekali relanya di miliki
Kasihnya sampai ke mati
Sentuhi cintanya seikhlas hati
Moga tiada lara jiwa lagi .
Insan Biasa
Kuala Lumpur .

Hati Dan Fikir
Di satu malam sunyi
Aku mendengar tangisan hati mu
Di marahi kata fikir mu
Bayu setia membawa rahsia pada kalbu ku
lalu aku tersenyum
Melihat panorama semesta
Bukan hanya gigi dan lidah
Sesekali tergiggit memberi kesakitan
Rupanya hati dan fikir juga begitu
Duhai hati
Izinkan fikir berbahagia
Wahai Fikir
Relakan hati tidak berduka .
Insan Biasa
Kuala Lumpur .

Kau yang tahu
Kau
Tidakkah kau merasa sakit
Tika berdusta dengan hati
Saperti sakitnya jiwa
Bila cinta berlindung di hati
Kemana pun kau bersembunyi
Hati mu tetap menyertai
Selalu merayu
Membara dan menyala membakar rasa
Dari waktu ke waktu
Kau termanggu manggu
Melihat wajah yang kau rindu
Ada di mata hati mu
Hanya kau yang tahu .
Insan Biasa
Kuala Lumpur .

Kisah Semalam
Ceritera yang di tanam di pusara samudera
Tiba tiba datang tika remban senja
Berbalut wajah dengan kain putih
Saperti masih baru di kafan
Kelihatan merah tompok tompok darah
Dari jiwa yang luka
Di cucuk kaca cinta yang berkecai
Dia datang untuk mengambil kecewanya yang tertinggal
Ketika di sana roh kasihnya merindu
Terkenang detik detik indah yang pernah di lalui
Namun yang di cari tiada lagi
Di bawa berlalu oleh bayu waktu
Hilang dalam sinar matahari
Menjadi awan hitam di pinggir langit
Mungkin selamanya begitu
Tidak akan menjadi hujan
Buat apa di cari lagi
Pada kabus awan yang tidak pasti .
Insan Biasa
KUALA LUMPUR .

Satu Misteri
Dalam kegelapan malam
Kau tersesat dalam gumpalan awan kasih
Kau cari suara menyebut sayang
Semakin hilang dan terus hilang
Di bawa angin rindu
Tenggelam dalam lautan harapan
Bila hari siang
Ku lihat embun di hujung rumput
Menangisi pada asmara yang kecewa
Kau kah embun itu
Semakin kering di panas matahari
Menjadi satu misteri
Tersimpan di hati .
Insan Biasa
KUALA LUMPUR .

PERLUKAH KECEWA
Di petengahan malam ku lihat keangkasa
Bersinar dua bintang sangat berdekatan
Bagai pasangan sedang bercinta
Ku hampiri bayangan bulan
Berdiri di bawah bumbung langit
Seketika sejuk jiwa ku di titis embun syahdu
Teringin aku berkasihan saperti bintang itu
Tapi aku selalu mendengar ceritera
Betapa pilunya hati kecewa
wahai insan yang sedang hiba
Di manakah kau berada
Ingin aku bersua mata
Merasai apa yang di rasa
Izinkan aku bertanya
Kenapa kau perlu kecewa
Dalam dunia luas terbuka
Pasti masih ada cinta yang membawa bahagia .
Insan Biasa
Kuala Lumpur .

Bicara Aku
Aku debu kota
Di terbangkan bayu dari desa
Tiada nama tiada rupa
Jauh sekali kaya harta
Biar darah tumpah ke bumi
Bagi ku tidak mengapa
Namun maruah tetap ku jaga
Selangkah aku hulur
Pantang aku berundur
Biar hancur telapak kaki
Tidak aku berhenti
Sekali salam di beri
Aku ingat hingga ke mati
Sepatah aku berkata
Apa jua aku rela
Doa ku pada Ilahi
Moga aku selalu di berkati .
Insan Biasa
Kuala Lumpur .

SIAPAKAH ITU
Rintik rintik hujan malam
Tidak di sedari membasahi pipi
Bagai tangisan insan sepi
Sendirian di tegah luas lautan
Mencari cintanya yang tenggelam
Namun tidak di temui
Terus hilang di bawa arus
Mahu pulang melihat pepohon rimbun di daratan
Namun sampan di lambung gelombang
Pendayungnya patah di telan waktu
Siapakah insan itu
Menjadi perindu dalam dukalara
Termenung di pinggir zaman
Memanggil burung terbang
Ingin bercerita kisah cinta
Buat manusia jadikan tauladang .
Insan Biasa
Kuala Lumpur .

Rindu demi rindu
Dalam malam hitam sepi
Aku merindui cahaya bulan
Namun bulan tidak kelihatan
Bintang bintang juga hilang
Ku intai di panorama langit
Ingin ku bertanya pada awan
Tiba tiba awan menjadi kelu
Suara nya di bawa angin berlalu
Melewati halaman pandangan ku
Hanya embun yang pilu
Melanggar kalbu ku
Tergegar seluruh jiwa ku
Hadhir rindu demi rindu .
Insan Biasa

( Bulan di langit Kuala Lumpur pada malam Hari Raya Aidil Adha )
SALAM AIDIL ADHA
SEGALA KESILAPAN DALAM PENULISAN KU
MAAF ZAHIR DAN BATIN .
Insan Biasa
( pelbagai Nama )
Asmara ini
Sayang ku
Akukah yang kau rindu
Debaran berbisik menyentuh jiwa
Terasa aku di sayangi
Terasa aku di kasihi
Benarkah perasaan ini
Atau hanya mainan mimpi
Begitu mekar di hati ku
Harumnya cinta ku pada mu
Lena dalam angan asmara
Wajah mu menjadi kekasih ku
Hati mu memeluk hati ku
Jiwa mu mencium jiwa ku
Nafas mu membelai nafas ku
Seluruh milik mu terasa menjadi milik ku
waktu waktu angan syahdu
Terasa dunia ini milik ku
Kerana kau segala galanya bagi ku .
Insan Biasa
Kuala Lumpur .