Cinta

Dari jiwa dan raga setiap insan ,
bukan hanya melahirkan cinta pada seorang kekasih ,
cinta juga boleh lahir untuk semua makhluk Allah .

Cinta Yang Paling Utama ,
Cintailah Allah Yang Maha Suci .


Buat kalian ...

Apa saja dari blog ini, andai di ambil tanpa kebenaran,
saya tidak halalkan. Kalian di benarkan link blog ini . Selamat membaca , melihat dan mendengar .. Terima kasih .
Memaparkan catatan dengan label laut. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label laut. Papar semua catatan

Ahad, 4 Julai 2010

Laut




Laut

Di antara gelombang ada buih putih
Menghiasi kebiruan laut yang saujana
Berkilau bak muntiara biasan sinar matahari .

Leka bersama khayalan
Berbicara dengan cinta yang maya
Gembira di sini
Kekadang menangis kerana gembira .

Kekadang temui kepahitan dalam gembira
Usah menangis duhai hati
Buanglah ketengah lautan .

Biar merasai ketenangan
Melihat ketam dan siput bermain air laut
Memahami kehidupan dan lumrah alam .


insan biasa







Khamis, 11 Februari 2010

Tiba tiba terasa nak makan kerang


Tiba tiba terasa nak makan kerang
ish ish mengidam ke ni
ye kot !!!
Bukan mengidam kerana nak dapat anak .
Tapi mengidam kerana dapat pasangan cinta .....
Ada kena mengena dgn anak juga tu hihi.....

Kalau gi makan kerang kat pantai best ni ...
Kat mana sasaran yg baik !
Abang ingat kat pantai Remis pun elok
Nak mandi kat sana air tak bersih ...
Makan kerang je lah ......

..............................................................................




Sayang ! andai kita bersama


Sekali sekali main main di tepian pantai
Menikmati udara laut bersih suci .

Kita lihat matahari terbenam
Kilauan cahaya keemasan
Melukis panorama alam
Pasti ada burung burung terbang
Melukis kisah kehidupan insan .

Kalau malam ada bulan lagi tambah keindahan
Kilauan air laut di suluh cahaya bulan
Bagai kilauan permata diatas permukaan laut
Di tolak tolak oleh air ombak ......
Mendamai hati sedang cinta .

Kalau sayang rela
Sayang alunkan lagu cinta
Suara sayang pasti membuat abang terposona
Tidak pernah abang mendengar suara sayang
walaupun hati kita berpeluk erat siang dan malam .



Insan Biasa
Kuala Lumpu
11.2.2010
(Terbayang Pantai Remis) .