Pilu tapi reda ketentuan Tuhan
Rosmah Abdullah 23
Menangislah sayang kerana itu mampukau lakukan .
Kemalangan ngeri kilometer 272.8 Lebuhraya Utara-Selatan
Bakal tunang Noor Jismin Nordin 25 terkorban .
Melihat mayat terbujur kaku
Bahagia percintaan semalam bertukar kesedihan
cincin bakal ikatan mencucuk hati dan perasaan
Sertai doa temankan dia .
Siapalah hendak di salahkan
Bila Bas membawa penumpang
Sering meragut puluhan nyawa dalam satu satu kemalangan .
Semusim nanti , keringkan lah air mata mu sayang
Usah sepi lagi melihat dunia ini
Pasti ada yang menjadi penganti
Terima lah seikhlas hati .
Insanbiasa . K. Lumpur . 27 Disember 2009 .
3 ulasan:
keciannya dia..takdir Tuhan..:)
Moga mereka mendapat kesejahteraan oleh Tuhan yang maha Berkuasa .
manusia merancang, Allah yg menentukn...
Catat Ulasan