Cinta
Dari jiwa dan raga setiap insan ,
bukan hanya melahirkan cinta pada seorang kekasih ,
cinta juga boleh lahir untuk semua makhluk Allah .
Cinta Yang Paling Utama ,
Cintailah Allah Yang Maha Suci .
Buat kalian ...
Apa saja dari blog ini, andai di ambil tanpa kebenaran,
saya tidak halalkan. Kalian di benarkan link blog ini . Selamat membaca , melihat dan mendengar .. Terima kasih .

SEPI
Bayu petang bertiup lembut
Mendamai hati keresahan insani
Nanti malam akan tiba membawa sejuk embun
Inginku mendengar dayuan pungguk
Perlambangan perindu yang sepi
Menulis bait bait suara hati
Buat kekasih mimpi ...
insan biasa
7.9.2011
Pinggiran sungai Klang
Kuala Lumpur .

ANGAN BERLALU
Aku ingin menjadi kekasih mu
Tapi sayangnya itu tidak mungkin
Aku terlalu tidak layak buat diri mu
Aku insan biasa yang tak punya
Ku simpan di hati ingin ku
Akan ku hadapi kepiluan membakar jiwa ku
Biarkan cinta ku tanpa kau tahu
Agar kau tidak merasa malu
Agar kau tidak membenci aku
Aku terus bercinta dengan mu dalam angan berlalu ..
insan biasa
7.9.2011
Pinggiran Sungai Klang
Kuala Lumpur .

PERCINTAAN
Aku ingin bercinta
Aku mau realisasikan cinta pandang pertama
Aku pasti cinta itu boleh terjadi
Kini dikau ku temui
Aku telah mencintai mu
Relakah dikau untuk aku mendapat kasih mu
Tiada lagi ragu pada ku
Jiwa raga ku berkata sayang pada mu
Ingin ku kongsikan kenangan indah ku
Dalam mimpi mimpi ku
Telah lama aku bertemu bercinta dengan mu .
insan biasa
7.9.2011
Pinggiran Sungai Klang
Kuala lumpur .

PERCINTAAN BUNGA DAN KUMBANG
Oh ! Bunga
Bukan semua Kumbang beracun
Oh ! Kumbang
Bukan semua Bunga beracun
Usah benci pada cinta
Kerana pengalaman yang di lalu
Usah mudah di goda
Indah wajah di kasihi
Indah budi di sayangi
Waspada bila persembahkan kasih dan sayang
Moga rindu bertemu asmara yang murni .
insan biasa
7.9.2011
Kuala Lumpur .

BUNGA BERACUN
Cintamu hanya sebuah sadiwara
Kata kasih sayang hanya di pentas persembahan
Asmara sebuah lakunan kehidupan
Di alam nyata kau milik dia
Sesuatu yang sukar di percaya
Tapi itulah sebenarnya
Usah kau sirami bunga indah dengan racun berbisa
Nanti terbakar jiwa dan hati kumbang kumbang ..
insan biasa .

BAYU ASMARA
Syahdunya pertemuan rindu
Persalaman hatiku dan hatimu
Hanya jiwa yang tahu
Kasih sayang menjadi syahdu
Cinta yang tandus beku
Bercambah tunas kasih
Diantara ruang ruang pilu
Mesranya di belai bayu asmara .
insan biasa

SENDU KEPILUAN
Siapakah diri mu Sayang
Sudikah dikau menjadi teman hati ku
Kau hadir dalam bayang bayang
Kau hilang meninggalkan kenangan
Aku mencari cari wajah mu Sayang
Mungkin dikau tidak memahami
Sanubariku memilih mu menjadi pujaan
Hari hari yang berlalu
Aku menjadi perindu
Aku ingin bersama mu
Kita yang sedang berjauhan
Kala di sepi malam
Sudilah Sayang merenung rembulan
Di sana kita bertemu pandangan
Mengubat hati dalam sendu kepiluan ...
insan biasa

OMBAK CINTAKU
Siapakah si manis itu
Bicaranya menawan jiwa
Ingin melihat senyuman nyatanya
Sudilah sentuhi hati ku
Duhai budimu yang mesra
Kadang ketika di detik paling rindu
Aku terasa dikau begitu dekat pada ku
Syahdunya angan asmara
Gelombang lautan bagai terlena
Menjadi gelora kasih sayang di jiwa
Putih bersih pantai mu
Bagai melambai ombak cintaku
Lalu aku terus merayu rayu ...
insan biasa

SAAT ITUPagi di belai tiupan udara sejukEmbun belum kering di daunanMenunggu hadir pancaran mentariKita di sudut duniaJauh dari mataHati mu mendayu rinduRindu jiwa ku merayu rayuBilakah saat terindah ituJari jemari mu dan jari jemari kuBersentuhan dalam syahduBerpimpin dari pelaminMemasuki kamar dikau dan akuMungkinkah hanya khayalanTersangat tidak pasti ... insan biasa .

BISIKAN RINDU
Malam ini aku bagai berada di pinggiran desa ..
Di hembus bayu malam ..
Ku lihat cahaya bulan di air bendang
Di celah celah pohon padi yang melambai lambai
Ku catatkan bisikan hati
Insan biasa meniupkan seruling bambu
Membisikan alunan muzik rindu
Buat kekasih di awan awangan ..
insan biasa
Kawan @ Sahabat Cinta
Kawan !!! andai aku tiada lagi di sini
Teruslah berdoa untuk kebaikan kita semua ..
Sahabat cinta !!! andai tiada lagi bait bait nukilan cinta ku
Usah lupa kenangan kasih dan sayang
Pernah terjalin dalam angan angan
Lena dan jaga bagai bersama
Pun hakikatnya entah di mana berada .
Kesilapan usah di simpan
Harap sudi di maafkan .
insan biasa
10 50 mlm
4.9.2011 .
PELAYARAN RINDU
Menjelang senja begini
Rindu bagai tersesat di tengah lautan
Pulau indah yang di kasihi
Terlindung oleh tingginya gelombang lautan
Di puncak langit berwarna kehitaman
Tiada bulan tiada bintang
Berdayung ku teruskan
Pun berbekal sehelai sepinggang .
insan biasa
Sedang Merindu
Manis mesra indahnya bicara
Gerak laku sabar santun bersopan
Moga hati mu semurni budi
Buat mu Sayang ada cinta dari jiwa ku
Ku menanti kasih mu penuh kerinduan .....
insan biasa
Kata Perindu
Ku alirkan kasih ku menyentuhi hati mu
Setiap saat ku nantikan salam sayang dari cinta mu
Aku telah menjadi perindu yang tiada penghujungnya .......
insan biasa
PELANGI MALAM
Malam ini ku temui pelangi malam
Warnanya menghiasi kegelapan
Jari jemari yang lembut
Membelai manja dada asmara
Tika bayu membawa sejuk titis embun
Syahdu pandangan mata mu
Bertemu pandangan mata ku
Dua aliran rindu menjadi satu
Seketika aku hanyut dalam lena
Debaran cinta yang sendu
Namun pelangi malam hanya khayalan
Hanya bayang bayang pelangi siang
Datang dan pergi dalam lumrah alam .
insan biasa
Kuala Lumpur
1.9.2011
1 00 pagi .
PELANGI
Pelangi yang seketika menjelma
Kaulah titisan air mata awan
Hujan yang kepiluan dalam kehidupan
Warna warna ceria hanya fantasi maya
Biasan dari sinaran mentari
Menjadi angan harapan
Indah pudar dan hilang
Akulah pelangi itu
Menulis bait bait rindu
Syahdunya asmara
Tentang cinta dan kasih sayang .
insan biasa .
BUAT SEMUA SAHABAT CINTA
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
SEGALA KESILAPAN DI POHON MAAF ZAHIR DAN BATIN .
Iklas dari
insan biasa
KEKASIH CINTA
Ku tuliskan puisi kasih
Buat hati mu Sayang
Ku nukilkan madah asmara
Untuk jiwa mu Sayang
Ku kirimkan salam rindu
Moga aku ada di sudut cinta mu
Hening bayu sejuk menyentuhi
Membelai tubuh zahir batin mu
Itulah pelambangan aku
Ingin bersama mu selalu
Ingin menjadi kekasih cinta mu
Ingin syahdu dalam pelukan percintaan mu
Tahukah diri mu
Bagai terhenti denyut nafasku
Andaikau ketepikan cinta ku .
insan biasa
Bicara Pujangga
Usah biarkan masa bersama berlalu tanpa kepastian
Agar tidak timbul kesalan bila tiada lagi talian hubungan
Izinkan rindu bertemu rindu
Relakan kasih sayang bertemu kasih sayang
Moga cinta bertemu cinta
Moga syahdu asmara dengan nafas kejujuran ...
insan biasa
Kata Pujangga
Senyuman yang manis kadang tersembunyi jerat menunggu mangsa
Bicara lembut berbudi bahasa kadang menyimpan pelbagai dusta
Jelingan manja kadang bermula titis racun berbisa
Kenapa mudah terpedaya
Melihat raut wajah manis jelita
Jangan pernah lupa
Pahitnya ubat menjadi penawar menyembuh sengsara ....
insan biasa
Andai Kau Kekasih Ku
Andai kau menjadi kekasih ku
Ku selimuti diri mu dengan belaian kasih sayang ku
Ku sebatikan hati ku dan hati mu dalam kamar cinta
Syahdu asmara dan rindu tidak terhenti
Biar berjuta tahun kita bersama
Kita terus dalam mesra percintaan .
insan biasa .
Mimpi Cinta
Mimpi cinta hanyut di telan gelora lautan
Asmara lemas dalam kesepian
Kasih dan sayang hanya lafaz mainan kata
Keindahan dan kebahagiaan adalah kepiluan
Kenangan ada adalah kenyataan
Harapan mungkin hanya khayalan .
insan biasa .
RINDU
Aku teramat rindu
Aku cuba untuk mendiam diri
Hari hari yang terus berlalu
Bayu yang kelu menyentuhi diri ku
Aku bagai merasakan kasih dan sayang mu bukan untuk ku
Namun hati ku terus mendesak aku
Untuk terus berkata aku cinta pada mu
Ucapan ini mendamaikan hati ku yang pilu .
insan biasa

Cinta Kecewa
Rinduku sentiasa kepada mu
Dalam rindu itu ku semai kasih dan sayang
Namun harapanku terus kontang
Engkau hanya bayang bayang
Tika gelap malam sepi menikam kalbu
Berulang ulang ku sebut nama mu
Namun bayu terus kelu
Mimpi ku menjadi ngeri
Nafasku sakit berdarah kecewa
Ku cuba mencari penawar mengubat duka
Tapi embun menitis bagai racun berbisa
Meracuni luka luka pada jiwa
Akulah insan perindu yang derita .
insan biasa
Kuala lumpur
5/8/2011 .

CINTA YANG PILU
Cinta yang pilu adalah diriku
Merindu dan mengharap kasih sayang mu
Sering kau membaca catatan hatiku
Ada rasa cinta yang ingin ku tuju
Kau merasai itu
Tapi sayangnya kau tidak tahu
Insan yang ku cintai adalah dirimu
Lalu kau berlalu
Meninggalkan aku termanggu
Terus mengharapkan cintamu
Pernah lahirkah cinta di hati mu
Buat diriku
Tapi aku juga tidak tahu
lalu kita terpisah oleh rahsia antara kita .
insan biasa
3.8.2011
Kuala Lumpur .

INGIN
Inginku temui mu Sayang
Itu hanya sebuah harapan
Nyatanya itu hanya khayalan
Mimpi seorang insan
Kerana dikau entah di mana
Kerana dikau entah siapa
Dikau hanya bagai bayu menyapa tubuhku
Buat aku terlena dalam jaga .
insan biasa
KL
2.8.2011 .

SALAM RAMADHAN ...
Menahan lapar dan dahaga
Menguji kekuatan hati
Mengajar erti kesusahan
Memberi keinsafan tetang nikmat kurniaan Tuhan .
insan biasa
1.8.2011
Hari pertama puasa .

Selamat Berpuasa
Buat Semua Sahabat Cinta .
dari :
insan biasa
31.7.2011

Wajahku
Sering tertanya di fikir mu
Bagaimanakah wajahku
Perlukah aku paparkan pada mu
Untuk apa wajah itu
Dia pasti berubah bersama waktu
Kenalilah wajah hatiku
Selaluku catatkan buat tatapanmu
Andai kau fahami
Itulah ayat ayat cintaku pada mu .
insan biasa .
KL
31/7/2011 .

Kalian !!! aku dalam sepi
Terima kasih ...
Kesudian kalian hadir di sini
Tika ini aku ..
Di suatu sudut Kuala Lumpur
2 40 pagi ..
Deraian hujan kedengaran jatuh kebumi
Bayu membawa kedinginan
Sepiku berteman pilu
Ingin aku merayu dan merindu
Tapi pada siapa ingin ku tuju
Wajah mu tersembunyi di bayang langit yang kelabu
Tinggi tidak tercapai pandangan mataku ....
insan biasa
KL .

Tidak Ku Sedari
Beginilah hati
Aku tidak sedari
Tanpa rasa terpaksa
Dengan rasa amat rela
Rupanya aku jatuh cinta
Hatiku berkata cinta padamu
Mungkin engkau tidak tahu
Dan kau tidak menyangka itu
Siapalah aku untuk layak bersama mu
Maafkan aku !!!!
Kerana aku telah merindu pada mu
Aku tahu dalam rindu itu aku berteman duka pilu
Tapi aku tetap bahagia begitu
Bersama kasih dan sayang ku .
insan biasa .
Di suatu sudut pinggir kota Kuala Lumpur .

CINTAKU
Cinta
Aku sayang pada mu
Aku kasih pada mu
Saat saat yang berlalu
Duka dan pilu
Sendu dan syahdu
Siang dan malam ku
Aku bersama mu
Perlukah aku kehilangan mu
Berteman rindu tanpa mu .
insan biasa .
Kuala Lumpur.

SECEBIS KEHIDUPAN
Pagi di Kuala Lumpur
Matahari bersinar
Udara agak panas
Tapi langit semacam kelabu .
Aku termanggu di sudut sunyi
Di hatiku ada rindu
Namun tersendiri membilang hari
Wajah mu tidak ku temu
Perasaan kasih dan sayang
Menjadi teman dukalara
Embun malam semakin kering di daunan
Bagai khayalan yang hilang di telan zaman
Cinta bagai musafir di jalanan
Asmara menjadi bayang bayang
Rama rama yang terbang
Tersesat dalam rimbun pepohonan
Namun bunga idaman
Bagai hilang dari tangkainya
Harum wangiannya terus menjadi carian .
insan biasa
Kuala Lumpur .

USAH DI KESALI
Bertemu berpisah begitulah lumrah dunia
Usah di kesali pada yang tak sudi
Di dunia ini di penuhi insan pelbagai kerenah diri
Sabarlah menghadapi manusia yang di temui
Kadang kita di benci
Kadang kita di sukai
Kita sukar memaksa wujudnya rasa kasih dan sayang
Kasih dan sayang kejujuran dari hati
Satu pergi moga ada lagi pengganti
Mungkin tidak sama dengan yang pergi
Tapi berdoalah selalu
Moga bertemu dengan insan insan yang tulus hati .
insan biasa
Kuala lumpur .

BUAT MU
Kata mu dikau sering di ruang ini
Terima kasih kerana sudi
Mungkin dikau seorang lelaki
Mungkin dikau seorang gadis suci
Moga dikau seorang yang baik baik
Kau datang bagai bayu
Berlalu tanpa ku kenali diri mu
Siapa pun diri mu
Moga kau berbahagia selalu ......
Oh !!! terima kasih kerana pernah kagumi aku
Sebenarnya tiada apa yang perlu kau kagumi
Moga dikau catatkan kejujuran
Maaf jua ku pinta bila biacaku menyakitkan hati mu
Kerana bicaraku dari hatiku yang sakit .
insan biasa
Kuala Lumpur .

Buat Yang Berkenaan ...
( F... )
Perlu apa membiasakan diri jadi pembohong
Alangkah eloknya
Membiasakan diri menjadi jujur .
Moga berbahagialah insan yang jujur .
insan biasa ..
Kuala Lumpur .
Terima kasih F ...
Kerana telah sudi membaca catatan di atas ...

SUDIKAH
Di saat aku kerinduan
Dikaukah bayu yang menyentuhi tubuhku
Terasa aku bagai di sayangi
Terasa aku bagai di kasihi
Hatiku berkata kata
Inginku persembahkan cintaku pada mu
Di manakah dikau berada
Sering hadir dalam bayangan hayalanku
Sudikah kau menghuni di wilayah asmaraku .
insan biasa
22.7.2011 .

Antara Kita
Debaran yang ada di hati mu
Debaran di hati ku
Kenangan yang ada di kalbu mu
Kenangan di kalbu ku
Rindu di hati ku
Mungkin tidak sama rindu di hati mu
Kasih sayang yang ada pada ku
Mungkin tidak sama kasih sayang yang ada pada diri mu .
insan biasa
22.7.2011 .

SEBUAH GURIDAM JIWA BUAT MU
Sayang ....
Aku tahu
Kau juga pasti tahu
Cinta hadirnya begitu cepat ...
Kadang kita tidak tahu kenapa hadirnya
Namun setelah dia berada di hati
Terlalu sukar untuk hilang dari hati
Seumur hidup belum tentu
Dia dapat berlalu ...
Dan kita selamanya jadi perindu ...
insan biasa ( 18.7.2011) KL .
Salam kasih dari ku ..
buat diri mu .....
dikau sentiasa di ingatan ku ....

KASIH
Ditakdirkan bertemu
Mungkin bertemu di maya
Mungkin bertemu di dunia nyata
Perkenalan persahabatan
Tidak semesti ada percintaan
Andai berlaku percintaan
Tidak semesti menjadi ikatan suami isteri
Andai terpisah
Jangan ada benci
Kekalkan di hati
Rasa kasih sesama insani
Apa yang di hajati
Tidak semesti terbaik untuk diri
Apa yang tidak di hajati
Tidak semesti tidak baik untuk diri .
Insan Biasa .

Salam Ingatan Kasih Sayang
Lama aku tidak mendengar berita mu
Moga kau berbahagia di sana
Tenang damai selalu hendaknya
Mungkin kau di kasih sayang kekasih mu
Mungkin kau dalam pelukan bahagia suami mu
Apapun yang telah berlaku
Pun kau jauh dari ku
Pun kau sudah melupai aku
Pun kita bagai bertemu dalam mimpi
Kau tetap kekasih hati ku
Pun aku hanya mampu bercinta dengan mu hanya dalam khayalan
Tahukah kau Sayang
Udara yang menyentuhi tubuh mu
Itulah hati cintaku yang sentiasa membelai hatimu .
Insan Biasa .

Akulah insan itu
Tak dapat kau lihat dengan keindahan pandangan
Kalau kau sudi
Lihatlah dengan hati
Mungkin suci hati dapat memahami .
Kerana aku hanya sekecil kecil debu
Di malam gelap sunyi
Lemas dalam bayu sepi .
Embun telah kemarau bertahun
Kontang kasih dan sayang
Aku tetap mencari rindu.
Ingin aku bertemu mu biarpun hanya sekali
Biarpun hanya dalam mimpi .
Insan Biasa
22.4.2011 .

CATATAN RINDU
Salam sayang rindu ku
Di manakah kau kini
Tika ku menulis catatan ini
Aku berada di Kotaraya Kuala Lumpur
Malam kian larut
Udara agak sejuk
Membawa lembab basahan hujan tadi petang
Aku tersembunyi di suatu sudut
Nun di persekitaran ku
Lampu berkelipan
Di ruangku ini agak kemalapan
Di sini aku membilang rindu
Namun tidak terbilang oleh fikir ku
Rindu yang tersangat itu ku kirimkan dalam salam pada mu
Biar dimana pun kau berada
Moga kau dapat merasa
Biar jauh di mata
Biar kita tidak pernah jumpa dalam nyata
Kita berjumpa dalam seni jiwa asmara
Mungkin tidak ada ruang untuk kita bertentang mata
Tapi jangan pernah lupa berdoa .
Insan Biasa .

Diam Ku
Kekadang aku diam tanpa bicara
Tahukah kau Sayang
Aku tidak pernah melupakan mu
Rinduku terus menyebut nama mu
Tahukah kau Sayang
Aku bagai udara yang berada di seluruh tubuh mu
Tiap waktu menyentuhi jiwa mu
Duhai Sayang ku
Moga kau tahu dan mengerti
Betapa cinta ku pada mu .
insan biasa .

SAYANGKAH GADIS ITU
Sayangkah gadis itu
Berselindung di tirai syahdu
Sesekali menjeling rindu
Sayangkah gadis itu
Pandai bemadah lembut mendayu
Sering menjelma dalam mimpi ku
Sayangkah gadis itu
Tahukah diri mu
Aku sering memuja mu
Aku ingin bertemu mu
Di suatu suasana indah
Di suatu penjuru sunyi dalam wilayah asmara
Sayangkah gadis itu
Aku cinta pada mu
Sekali ku kata begitu
Seumur hayat kekal cinta ku .
insan biasa

YANG KU RINDU
Aku bagai pengembara di gurun panas
Dahaga setitik air
Menanti cinta mu
Sepi tersembunyi
Ku seru kasih mu saban waktu
Namun kau terus membisu
Kau bagai bayu terasa menyentuh hati ku
Namun tiada rupa untuk ku kenali
Aku terus merindu
Mencari mu entah di mana
Tanpa henti
Hingga kehujung hayat nanti .
Insan Biasa .

ISTANA RINDU
Tika aku memburu rindu
Kau bina istana rindu di awan biru
Aku tidak mampu ke sana
Langkah ku hanya di bumi berdebu
Hati ku sering berkata
Lalui lah lorong lorong kenyataan
Agar di sana terbuka selendang mimpi
Namun lorong itu tiada lagi penghuninya
Aku sudah di tinggalkan waktu .
Insan Biasa

Indahnya mimpi
Bersama embun tengah malam sejuk membasahi bumi
Kau hadir mendamaikan jiwa
Namun kau terus bersembunyi
Di sebalik selendang manja mu
Duhai sayang ku
Bilakah wajah mu akan menjelma
Bertemu dengan rindu ku
Dalam rela kejujuran hati
Aku terus menanti mu
Mengejar mimpi
Mengejar realiti .
Insan Biasa .

Bayu ku
Kau terus berlalu
Hilang di panorama dunia
Aku kau tinggal di sudut rindu
Aku terus di lamun mimpi cinta mu
Namu aku tetap di datangi semalam
Berbahagia dengan kepiluan kisah asmara berlalu
Aku ingin berdiri melangkah kearah denai yang kau lewati
Namun aku terjatuh dan merangkak memanggil nama mu
Suara itu tidak berhenti sepanjang zaman
Bagai kekalnya desir ombak membelai pantai cinta .
Insan Biasa .

Disuatu fajar
Di hujung wilayah asmara
Embun turun tersesat dalam waktu
Adalah titisan tangisan hati ku
Mengejar rindu yang hilang
Dalam kembara waktu
Bertemu tapak tapak wangian kasih yang telah pergi
Lalu kembali kenangan semalam
Senyum tawa mu sukarnya untuk di lupakan
Lalu aku jadi pemuja di pinggir zaman .
Insan Biasa .

Mawar Nan Biru
Begitu lama aku merindu mu
Namun kau berselindung di balik awan di langit biru
Sukar untuk aku melihat warna mu
Tanpa ku sangka
Dalam berjuta hararapan jiwa
Tiba tiba kau menjelma
Tanpa di iringi bulan purnama
Tanpa di hiasi bintang bercahaya
Kita bertemu di wilayah asmara
Di suatu sudut dunia kasih dan sayang
Nafas kita bersentuhan mengucapkan cinta
Indahnya aku dalam terlena
Kegelapan malam
Embun dan bayu sepi
Engkau menjadi saksi satu mimpi
Engkau menjadi saksi tangisan hati
Bila aku menemui realiti menjelang pagi
Aku menjadi terlalu rindu teramat rindu
Bayangan wajah mu tidak terpisah lagi di hati .
Insan Biasa .

Tika sunyi kegelapan malam
Kau ukir tangisan cinta mu
Berbayang di langit nan biru
Aku jadi terharu
Hati ku rindu terlalu rindu pada mu
Bicara mu tulus syahdu
Namun itu bagai awan
Seketika putih seketika hitam
Disaat embun menitis asmara
Tiba tiba hujan
Cairlah segala setia dan janji
Kau hanya bayang bayang keindahan kasih dan sayang
Insan Biasa
KL .

Ombak terpilu
Suara mu bagai tangisan duka
Duhai ombak yang terpilu
Tabahkan hati mu
Pantai yang kau rindu anggaplah sudah tiada
Dia sudah jadi milik kekayaan harta
Begitulah lumrah dunia
Kejujuran dan kesetiaan
Kadang hanya jadi nukilan syahdu para pujangga
Biasa terjadi di mana mana
Hati berkata hitam
Tapi mata dan mulut mengatakan putih
Begitulah ucapan cinta
Sebuah perjudian harapan bahagia kerana harta .
Duhai ombak terpilu
Pasti ada pantai yang mahu setia
Carilah dia
Dia menunggu mu
Mengharapkan bahagia .
13.1.2011
Pantai Irama .
10 37 pagi .
Insan Biasa .

Kenangan
Wajah mu
Bermain di ingatan ku
Namun kau hilang dalam cahaya yang terang
Kau hanya fatamorgana sebuah cinta
Pada bibir mu hanya karya sebuah ceritera asmara
Aku tergoda
Aku percaya
Lalu aku kecewa
Tenggelam dalam manis bayangan kasih dan sayang
Jadilah aku perindu sepanjang zaman .
Insan Biasa .

Setitis embun
Setitis embun semalam
Kekal di jiwa hingga ke hari ini
Biar bertahun zaman berlalu
Murni wangi nya tetap terasa
Sebati dengan denyut nadi
Menjadi nafas dalam kehidupan
Kasih dan sayang yang datang tanpa paksaan
Tidak akan hilang dari hati
Biar di paksa berjuta ancaman
Tersenyum dalam kenangan
Biarpun pilunya menjadi tetamu .
Insan Biasa .