Terdapat ralat dalam alat ini

Cinta

Dari jiwa dan raga setiap insan ,
bukan hanya melahirkan cinta pada seorang kekasih ,
cinta juga boleh lahir untuk semua makhluk Allah .

Cinta Yang Paling Utama ,
Cintailah Allah Yang Maha Suci .


Buat kalian ...

Apa saja dari blog ini, andai di ambil tanpa kebenaran,
saya tidak halalkan. Kalian di benarkan link blog ini . Selamat membaca , melihat dan mendengar .. Terima kasih .

Ahad, 31 Julai 2011

SELAMAT BERPUASA


Selamat Berpuasa

Buat Semua Sahabat Cinta .


dari :
insan biasa
31.7.2011










Wajahku


Wajahku

Sering tertanya di fikir mu
Bagaimanakah wajahku

Perlukah aku paparkan pada mu
Untuk apa wajah itu
Dia pasti berubah bersama waktu

Kenalilah wajah hatiku
Selaluku catatkan buat tatapanmu
Andai kau fahami
Itulah ayat ayat cintaku pada mu .

insan biasa .
KL
31/7/2011 .

Sabtu, 30 Julai 2011

Kalian !!! aku dalam sepi



Kalian !!! aku dalam sepi

Terima kasih ...
Kesudian kalian hadir di sini

Tika ini aku ..
Di suatu sudut Kuala Lumpur
2 40 pagi ..
Deraian hujan kedengaran jatuh kebumi
Bayu membawa kedinginan

Sepiku berteman pilu
Ingin aku merayu dan merindu
Tapi pada siapa ingin ku tuju

Wajah mu tersembunyi di bayang langit yang kelabu
Tinggi tidak tercapai pandangan mataku ....


insan biasa
KL .



Rabu, 27 Julai 2011

Tidak Ku Sedari


Tidak Ku Sedari

Beginilah hati
Aku tidak sedari
Tanpa rasa terpaksa
Dengan rasa amat rela
Rupanya aku jatuh cinta

Hatiku berkata cinta padamu
Mungkin engkau tidak tahu
Dan kau tidak menyangka itu
Siapalah aku untuk layak bersama mu
Maafkan aku !!!!
Kerana aku telah merindu pada mu
Aku tahu dalam rindu itu aku berteman duka pilu
Tapi aku tetap bahagia begitu
Bersama kasih dan sayang ku .


insan biasa .
Di suatu sudut pinggir kota Kuala Lumpur .



Selasa, 26 Julai 2011

CINTAKU


CINTAKU

Cinta
Aku sayang pada mu
Aku kasih pada mu
Saat saat yang berlalu
Duka dan pilu
Sendu dan syahdu
Siang dan malam ku
Aku bersama mu
Perlukah aku kehilangan mu
Berteman rindu tanpa mu .

insan biasa .
Kuala Lumpur.



Sabtu, 23 Julai 2011

SECEBIS KEHIDUPAN


SECEBIS KEHIDUPAN

Pagi di Kuala Lumpur
Matahari bersinar
Udara agak panas
Tapi langit semacam kelabu .

Aku termanggu di sudut sunyi
Di hatiku ada rindu
Namun tersendiri membilang hari
Wajah mu tidak ku temu
Perasaan kasih dan sayang
Menjadi teman dukalara

Embun malam semakin kering di daunan
Bagai khayalan yang hilang di telan zaman
Cinta bagai musafir di jalanan
Asmara menjadi bayang bayang
Rama rama yang terbang
Tersesat dalam rimbun pepohonan
Namun bunga idaman
Bagai hilang dari tangkainya
Harum wangiannya terus menjadi carian .

insan biasa
Kuala Lumpur .




Jumaat, 22 Julai 2011

USAH DI KESALI



USAH DI KESALI

Bertemu berpisah begitulah lumrah dunia
Usah di kesali pada yang tak sudi
Di dunia ini di penuhi insan pelbagai kerenah diri
Sabarlah menghadapi manusia yang di temui
Kadang kita di benci
Kadang kita di sukai
Kita sukar memaksa wujudnya rasa kasih dan sayang
Kasih dan sayang kejujuran dari hati
Satu pergi moga ada lagi pengganti
Mungkin tidak sama dengan yang pergi
Tapi berdoalah selalu
Moga bertemu dengan insan insan yang tulus hati .


insan biasa
Kuala lumpur .







BUAT MU



BUAT MU

Kata mu dikau sering di ruang ini
Terima kasih kerana sudi

Mungkin dikau seorang lelaki
Mungkin dikau seorang gadis suci
Moga dikau seorang yang baik baik

Kau datang bagai bayu
Berlalu tanpa ku kenali diri mu
Siapa pun diri mu
Moga kau berbahagia selalu ......

Oh !!! terima kasih kerana pernah kagumi aku
Sebenarnya tiada apa yang perlu kau kagumi
Moga dikau catatkan kejujuran

Maaf jua ku pinta bila biacaku menyakitkan hati mu
Kerana bicaraku dari hatiku yang sakit .

insan biasa
Kuala Lumpur .







Yang Berkenaan



Buat Yang Berkenaan ...

( F... )

Perlu apa membiasakan diri jadi pembohong
Alangkah eloknya
Membiasakan diri menjadi jujur .

Moga berbahagialah insan yang jujur .

insan biasa ..
Kuala Lumpur .

Terima kasih F ...
Kerana telah sudi membaca catatan di atas ...



SUDIKAH



SUDIKAH
Di saat aku kerinduan
Dikaukah bayu yang menyentuhi tubuhku
Terasa aku bagai di sayangi
Terasa aku bagai di kasihi
Hatiku berkata kata
Inginku persembahkan cintaku pada mu
Di manakah dikau berada
Sering hadir dalam bayangan hayalanku
Sudikah kau menghuni di wilayah asmaraku .

insan biasa
22.7.2011 .


Antara Kita


Antara Kita

Debaran yang ada di hati mu
Debaran di hati ku
Kenangan yang ada di kalbu mu
Kenangan di kalbu ku

Rindu di hati ku
Mungkin tidak sama rindu di hati mu
Kasih sayang yang ada pada ku
Mungkin tidak sama kasih sayang yang ada pada diri mu .

insan biasa
22.7.2011 .

Isnin, 18 Julai 2011

Sayang


SEBUAH GURIDAM JIWA BUAT MU

Sayang ....

Aku tahu
Kau juga pasti tahu
Cinta hadirnya begitu cepat ...
Kadang kita tidak tahu kenapa hadirnya
Namun setelah dia berada di hati
Terlalu sukar untuk hilang dari hati
Seumur hidup belum tentu
Dia dapat berlalu ...
Dan kita selamanya jadi perindu ...

insan biasa ( 18.7.2011) KL .



Jumaat, 15 Julai 2011

salam kasih dari ku


Salam kasih dari ku ..

buat diri mu .....

dikau sentiasa di ingatan ku ....