KALAU BERCINTA
KALAU BERCINTA
Indahnya bunga di sudut pagi
Ramainya yang bermadah merayu sudi
Bunga dikau hati-hati
Moga harum manismu tidak di khianati
Perlulah kau ingati
Bila matahari condong nanti
Fizikal mu tak kekal seperti pagi
Yang kekal keindahan hati
Pilihlah cinta yang sejati
Jangan tergoda termakan puji
Berwaspadalah menerima cinta
Andai cinta kerana wajahmu yang jelita .
insan biasa
28.9.2011
Kuala lumpur .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan