Khamis, 29 September 2011

BENCILAH ASMARA DURJANA

BENCILAH ASMARA DURJANA

Duhai aku insan biasa
Duhai insan yang terlupa
Usah kau bawa rupa mencari dosa
Bawalah hatimu mengutip pahala
Hidup ini hanya sementara
Akhirat jua kekal selama
Buat apa rindu bercinta
Andai asmara ceritera durjana
Lihatlah di sini di sana
Bayi dan uri di cicir merata -rata
Kenapa di tanya salah siapa
Belajarlah cara menjauhinya
Bacalah Kitab Yang Mulia
Juga sunah jangan di cerca .

insan biasa

29.9.2011
Kuala Lumpur .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan