Ahad, 29 Julai 2012

Dalam rindu aku pilu

Dalam rindu aku pilu

Bagai bayu meniup air laut
berombak dan terus berombak
begitulah hatiku mendesak bibirku
untuk berkata cinta padamu

kadang bagai taufan jiwaku
begitu kuatnya gelora rindu
kasih dan sayang dariku
merayu-rayu meminta pengertianmu

malam ini juga aku cuba
untuk melafazkan cintaku padamu
namun aku tidak mampu
kerana aku sedar betapa kekurangan diriku

kini aku tersangat pilu ...

insan biasa
29.7.2012


Tiada ulasan:

Catat Ulasan