Selasa, 20 Mac 2012

Mahu pulang

Mahu pulang

Akulah manusia liar di tepi jalan
berlari-lari di kejar kehidupan
telah hilang saudara dan rakan
aku mahu pulang
tapi hari sudah malam
ku lihat hitam dan kegelapan
basah tubuhku di siram hujan
sejuk terasa keseluruh tulang
aku mahu pulang
tapi aku terus kesesatan
padaku masih ada rindu
di manakah cinta yang sering memanggilku
dalam mimpi-mimpiku yang terus berlalu.

insan biasa
20 Maret 2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan