Rabu, 28 Mac 2012
Cinta
Cinta
Tidak perlu aku bertemu dgnmu
untuk berkata cinta
kerana cintaku bukan kerana usia rupa dan harta
cintaku padamu lahir dalam jiwa
bila aku melafazkan cinta
itu adalah lafaz hati
tiada syarat untuk cintaku
dengarlah Sayang ..
aku telah cinta padamu
andai sayang juga mencintai aku
aku ingin cinta itu juga tanpa syarat
bertemulah cinta kita dalam kamar rindu
daerah asmara yang sangat syahdu
buat Sayang dan aku
terbang dalam alam kasih dan sayang
belayar dalam lautan asmara
mengembara di dunia percintaan.
insan biasa
27Maret2012
Selasa, 27 Mac 2012
Kenyataan Dan Pertanyaan
Kenyataan Dan Pertanyaan
Sayang kerana rupa adalah pura-pura
Sayang kerana harta adalah dusta
sejujur cinta adalah tanpa syarat dipinta
Benarkah ada setulus cinta pada hati manusia
Aku terlalu rindu menikmati cinta itu
Sering aku termanggu
Yangku temu adalah lorong pilu terharu
Kekadang aku bertanya pada hatiku
Akukah menjadi hamba rindu
Atau rindukah menjadi hambaku.
insan biasa
27 Maret 2012.
salam kasih Cinta
salam kasih Cinta
dalam kesejukan bayu pagi
ku ingin bertemu di kamar rindu
biarpun mungkin hanya dalam mimpi
dan aku memeluk cintamu
mencium kasihmu
begitulah dirimu dalam dakapan hayalanku!
pagar2 cinta penuh duri berduri
lambailah aku di pintu kasihmu
aku ingin memasuki daerah paling syahdu
membelai sayang kalbumu.
insan biasa
Maret 2012
Ahad, 25 Mac 2012
INGINKU
INGINKU
Inginku sentuhi bulan
Namun sayangnya
Aku tidak kesampaian
Tika aku asyik memandang mu
Embun malam menitis di pipiku
Itulah lambang tangisan hati
Cintaku yang kehampaan
Alangkah murninya cinta awan
Walaupun kelabu malap di pandang
Kasihnya turun sebagai hujan
Membasahi daerah ketandusan
Dan alam jadi syahdu dalam cinta
Terjalinlah asmara Kais dan Laila
Aku teringin menjadi Kais
Sudikah Sayang menjadi Laila .
insan biasa
Maret 2012
Sabtu, 24 Mac 2012
aku cinta padamu
aku cinta padamu
andai ada rindu di hatimu
buat siapakah rindu itu
alangkah bertuahnya
andai wajahku dalam rindu mu itu
tapi tersangat tidak mungkin
siapalah aku untuk dirimu
tiada rupa tiada harta
yang ada hanya cinta
dan hatiku terus mendayu merayu kasihmu
maafkan aku
maafkan aku
jangan tanyakan aku
kenapa aku mencintaimu
aku sendiri tidak ada jawapan untuk itu
hanya aku tahu
aku telah mencintaimu
dan aku terus mencintaimu .
insan biasa
24 Maret 2012
Khamis, 22 Mac 2012
Yang sepi
Yang sepi
Sebuah angan malam yg sepi
teringin menyetuhi hati kasihmu
aku terus tercari-cari
namun sayang entah di mana
aku terus menjadi perindu
membilang waktu terus berlalu ...
insan biasa
22 Maret2012
pagi 3 30
Sebuah angan malam yg sepi
teringin menyetuhi hati kasihmu
aku terus tercari-cari
namun sayang entah di mana
aku terus menjadi perindu
membilang waktu terus berlalu ...
insan biasa
22 Maret2012
pagi 3 30
Suara kasih
Suara kasih
aku terjaga dari lena
dikejut oleh rindu
terasa seseorang memanggilku
apakah itu suara kasihmu
mesra dan begitu syahdu ...
insan biasa
3 00 pagi
Kuala Lumpur.
Selasa, 20 Mac 2012
aku dan rindu
aku dan rindu
Awan yg indah
di saat malam kegelapan
aku kehilanganmu
aku tercari2 bersama rindu ...
insan biasa
Mahu pulang
Mahu pulang
Akulah manusia liar di tepi jalan
berlari-lari di kejar kehidupan
telah hilang saudara dan rakan
aku mahu pulang
tapi hari sudah malam
ku lihat hitam dan kegelapan
basah tubuhku di siram hujan
sejuk terasa keseluruh tulang
aku mahu pulang
tapi aku terus kesesatan
padaku masih ada rindu
di manakah cinta yang sering memanggilku
dalam mimpi-mimpiku yang terus berlalu.
insan biasa
20 Maret 2012
Milik hati
Milik hati
simpanlah di hati
kekal selamanya
tidak ada manusia lain yang mampu menghapuskan
dia menjadi milik istimewa diri .
insan biasa
Pembalasan
Pembalasan
Bila kau mampus aku tersenyum kepuasan
menonton kau kesakitan menjadi satu hiburan
lama sudah aku nantikan
lalu aku meraikan kejayaan
ego mu yang kau canangkan
kini sudah mendapat pembalasan .
insan biasa
20 Maret 2012.
Aku yang tersendiri
Aku yang tersendiri
Aku gagak terbang kelaparan
mencari bangkai buangan
Aku manusia jahat
hiburanku melihat tangisan
Kotor busuk pakaian di tubuhku
menjadi hiasan dan wangian
Aku anjing garang kesesatan
bersendirian liar di geladakan .
insan biasa
20.3.2012.
tu! kehidupan
tu! kehidupan
tu! di pinggir longkang yang comot
berselerakan sampah-sampah busuk
perut haiwan mampus terburai
ulat dan lalat berpesta
mengalir air hanyir dan hampak
tikus-tikus berlari keluar masuk dalam tong-tong sampah yang rabak
anjing jalanan mencari mangsa
si kucing gelojoh memakan sisa makanan manusia terbuang
gagak hinggap mencari bangkai
ada manusia liar mata mencari bahan untuk di kitar
ada yang menjual untuk dadah
ada yang menjual untuk melawan kemiskinan
di suatu sudut yang tidak begitu jauh
seorang pujangga di tepi pencakar langit
udara membawa bau yang meracun
panas matahari membakar tubuh
masin peluh menitik pada bibir
aku ingin bersuara
tapi suaraku tenggelam oleh tepukan kemeriahan
manusia rakus dan berpura-pura.
insan biasa
20.3.2012.
Isnin, 19 Mac 2012
Kau yang berselindung
Kau yang berselindung
pasti dikau telah mengenali aku
kehadiran mu dalam samaran
dan dia akan menjadi teka-teki
bersama waktu ...
berlalu seperti hari-hari yang telah berlalu.
insan biasa
Sabtu, 17 Mac 2012
Surat Cinta
Surat Cinta
pada surat cintaku
warna tulisan sudah kelihatan pudar
kerana terlalu lama mencarimu
namun masih tidak bersua
namun dihatiku
catatan itu tetap kekal sampai mati !
insan biasa
17 maret 2012
Jumaat, 16 Mac 2012
Satu Penantian
Satu Penantian
selendang malam berwarna pelangi
ku lilit di dada hati
ingin ku bermalam bersama mimpi
bila realiti tidak ku temui
kukan tunggu hingga kau mengerti .
insan biasa
Khamis, 15 Mac 2012
Buat wanita ini
Buat wanita ini
Kaukah Virda !
hadir menyentuh rinduku
malam sepi menjadi syahdu
bila bayu membawa belaian kasihmu
terlalu ingin aku membawa asmaraku keruang cintamu ...
insan biasa
15mac12
Rindu seorang pujangga
Rindu seorang pujangga
Kuala Lumpur pagi , persekitaran ku ...
mentari kelihatan pudar cahayanya
hujan berdebu bagai salji
aku termenung di pinggir jendela hati
terbayang begitu asyiknya ombak
menyentuh pasir pantai yang putih
sesekali butiran pasir bergerak
namun kelu suaranya
begitulah rayuan rindu dari pujangga
suaranya tanpa balasan kata
kasih dan sayang yang di persembah
terus hilang di telan dunia
tiada kekasih cinta ditemuinya.
insan biasa
15mac12
Rabu, 14 Mac 2012
Syair buat Virda
SYAIR BUAT VIRDA
Sayang ku Virda !
kita bertemu di wilayah rindu
di situ ada kamar asmara indah buat kita
kau hiasi bunga-bunga harum indah di dada comelmu
kau simpan duri-duri berbisa di balik selendang suteramu
kau tusuk hatiku tika aku terlena di malam cinta
Virda ku !
tidak terhenti berdarah hingga kini
deritanya bersama setiap detik nafasku
bicara lembut dari bibir manismu
telah menjadi bara membakar jantungku
Virda sayang !
apapun yang telah kualami
rasa kasihku padamu tiada pernah luntur
tiada saat waktu rasa benci padamu
kalbuku berkata kau tetap kekasihku
Oh ! Virda !
tika aku sendirian di lembah sepi
kaukah yang datang lagi menegur jiwaku
harum seperti wangian tubuhmu
aku jadi tak menentu
apakah hanya khayalan
atau kenyataan yang ku temu
Virda wanitaku !
penawar itu tersimpan olehmu
sudilah hulurkan padaku
buat penyembuh duka lara
aku ingin kembali bercinta
moga aku bertemu bahagia .
insaan bias
14 march 2012
Sayang ku Virda !
kita bertemu di wilayah rindu
di situ ada kamar asmara indah buat kita
kau hiasi bunga-bunga harum indah di dada comelmu
kau simpan duri-duri berbisa di balik selendang suteramu
kau tusuk hatiku tika aku terlena di malam cinta
Virda ku !
tidak terhenti berdarah hingga kini
deritanya bersama setiap detik nafasku
bicara lembut dari bibir manismu
telah menjadi bara membakar jantungku
Virda sayang !
apapun yang telah kualami
rasa kasihku padamu tiada pernah luntur
tiada saat waktu rasa benci padamu
kalbuku berkata kau tetap kekasihku
Oh ! Virda !
tika aku sendirian di lembah sepi
kaukah yang datang lagi menegur jiwaku
harum seperti wangian tubuhmu
aku jadi tak menentu
apakah hanya khayalan
atau kenyataan yang ku temu
Virda wanitaku !
penawar itu tersimpan olehmu
sudilah hulurkan padaku
buat penyembuh duka lara
aku ingin kembali bercinta
moga aku bertemu bahagia .
insaan bias
14 march 2012