Isnin, 5 Disember 2011

REALITI

REALITI
(khayalan seorang perindu)

Sayang !
Akulah lelaki itu
Tika hujan baru berhenti
Aku berjalan di tepian jalan
Kereta mu bergerak laju
Tersimbah takungan air di jalan
Basah kuyup pakaian lusuhku
Kau tersenyum sendiri
Apakah kau geli hati
Melihat telatah seorang lelaki
Kaya dengan kemiskinan duniawi
Tanpa kau sedari
Akulah lelaki yang kau puja saban hari
Aku tidak seperti di dunia realiti.

insan biasa
5.12.11.
Kuala Lumpur .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan