Selasa, 29 November 2011

Pinggiran Pantai Kuala Besut

Pinggiran Pantai Kuala Besut

Indah pantai itu
Pasti angin laut bertiup segar
Bersih pantaimu
Di situ kita akan bertemu
Aku tidak takut pada gelora
Kerana gelora banyak memberi pengajaran
Aku senang pada ombak yang mesra
Kerana itu membawa damai jiwa

Ingin aku bermalam di dada pantai
Lena di atas permaidani pasir putih
Indah lagi andai tika itu bayu berbisik kasih
Syahdunya andai sayang menjadi bayu itu
Menukilkan puisi cinta sepanjang malam

Andai tika itu bulan sedang purnama
Aku mahu jadi si burung malam berbisik suara rindu
Biar pun kita sedang bertemu
Andai malam sedang gulita
Aku mahu jadi cendawan malam
Menyuluh jiwa mu sayang
Agar nampak dan merasai salam cintaku

Aku sedang menunggu saat itu
Tersangat ingin menyentuhi pantaimu.

insan biasa

29.11.11

Kuala Lumpur .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan