Ahad, 27 November 2011

Malam Kepiluan

MALAM KEPILUAN

Di saat begini
Pun dalam kegelapan
Aku nampak bayangan wajahmu
Biarpun begitu
Aku cukup tahu
Kau terlalu jauh dariku
Aku dapat merasakan
Bagai ada salam halus untuk hatiku
Bahawa cintaku di singkir oleh hatimu
Kasih sayangku tersungkur di hujung jari kakimu
Di pertengahan malam ini
Aku sedang menangis
Biarpun ku lihat bayangan wajahmu tersenyum
Senyuman yang manis itu
Telah menjadi keindahan yang beracun .

insan biasa

27.11.2011
Kuala Lumpur .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan