Jumaat, 21 Oktober 2011

EMBUN DAN PELANGI

EMBUN DAN PELANGI

Senja kian hampir
Akan ku harungi malam
Duhai embun
Andai kita bertemu nanti
Akan ku ceritakan padamu tentang pelangi
Pernah aku melihatnya
Seketika dan pergi
Kau sering merindu
Kerana di duniamu
Tiada pelangi yang dapatkau temui
Lalu kau sering bermadah
Indahnya warna pelangi dalam ilusi.

insan biasa

Kuala Lumpur
21.10.2011 .

2 ulasan: