Khamis, 1 September 2011

PELANGI MALAM


PELANGI MALAM
Malam ini ku temui pelangi malam
Warnanya menghiasi kegelapan
Jari jemari yang lembut
Membelai manja dada asmara
Tika bayu membawa sejuk titis embun
Syahdu pandangan mata mu
Bertemu pandangan mata ku
Dua aliran rindu menjadi satu
Seketika aku hanyut dalam lena
Debaran cinta yang sendu
Namun pelangi malam hanya khayalan
Hanya bayang bayang pelangi siang
Datang dan pergi dalam lumrah alam .

insan biasa
Kuala Lumpur
1.9.2011
1 00 pagi .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan