Jumaat, 5 November 2010

Nyanyian jiwa


Nyanyian jiwa


Ku nyanyikan suara hatiku
Lemah layu dan mendayu
Membaca kata kecewa jiwa terharu
Hari hari telah berlalu
Bersama derita di kalbu .

Memuja wajah yang tiada
Menjelma dalam khayalan sahaja
Dari senja hingga kesenja
Merindu bayangan cinta .

Alangkah indahnya asmara
Mesra dalam pelukan manja
Ikatan kasih sangat setia
Belaian sayang selalu di puja .

Bilakah ketika kita bersua
Ingin ku buktikan segala bicara
Berkorban apa pun jua
Bersama membina bahagia .


Insan Biasa
Kuala Lumpur .




Tiada ulasan:

Catat Ulasan