Ahad, 4 Julai 2010

Laut




Laut

Di antara gelombang ada buih putih
Menghiasi kebiruan laut yang saujana
Berkilau bak muntiara biasan sinar matahari .

Leka bersama khayalan
Berbicara dengan cinta yang maya
Gembira di sini
Kekadang menangis kerana gembira .

Kekadang temui kepahitan dalam gembira
Usah menangis duhai hati
Buanglah ketengah lautan .

Biar merasai ketenangan
Melihat ketam dan siput bermain air laut
Memahami kehidupan dan lumrah alam .


insan biasa







Tiada ulasan:

Catat Ulasan