Selasa, 13 April 2010

Misteri

Misteri


Bayang mu datang tanpa ku kenali
Kau bersembunyi dan terus bersembunyi
Aku jadi pengembara sepi
Mencari sebuah realiti
Aku ingin menemui sebuah hati
Didalamnya di penuhi cinta suci .

Aku ingin memiliki
Moga kau sudi memberi
Rela menyelak selimut misteri
Rahsia mu menjadi hadiah amat bererti
Untuk kita sama memahami
Untuk kita sama menikmati .

Mungkin kerana mimpi yang pergi
Kau begitu berhati-hati
Untuk menjelmakan wajah diri
Untuk menyatakan hasrat hati .

Aku berdoa pada Illahi
Semoga lembut tergerak dihati
Sanggup membuka yang tersembunyi
Moga bersama di duniawi
Moga bersama di ukhrawi .

Perkenalan baris-baris puisi
Menjalin ikatan suami isteri .



Insan Biasa .

6 ulasan:

  1. Siapakah insan yg misteri itu...:)
    smg doamu dimakbul Ilahi...Amin...

    BalasPadam
  2. bertemu la insan misteri......
    moga dia yg dicari......huhu

    BalasPadam
  3. To Balqis ...

    Misteri ....

    Terima kasih .

    Amin ......

    BalasPadam
  4. To hatati ....

    Hanya mimpi dan misteri ....

    BalasPadam
  5. Cari lah keindahan dalam misteri itu

    BalasPadam