Jumaat, 26 Mac 2010

Cerita cinta ....


Cerita cinta

Terasa diri dipuja
Lalu terbelai membaca bicara .

Sedikit sentuhan memuja
Selembut bayu hati tergoda .

Begitu mudah menyerah cinta
Bagai dahaga di gurun Sahara
Bagai bayi merindui susu ibunya .

Wahai dara remaja
Awas menjaga cinta
Awas menjaga diri yang kau punya .

Sekali menyentuh jerat cinta
Banyak rahsia terbuka
Tentang indahnya cinta
Tentang rindu dan kasih sayang di rasa
Tentang pilu dan duka
Tentang perkasihan kecewa .

Menjadi kekasih dalam sebuah percintaan
Adalah sebuah pengalaman
Dalam percintaan
Lemahnya hati insan
Terdedah pada hasutan syaitan
Jadikanlah pengajaran .

Bila keinginan hendak bertemu
Mendesak diri mu
Kesanggupan yang begitu
Langkah pertama kearah kemusnahan diri mu .

Fahamilah cinta
Sebelum bercinta .



Insan Biasa .
Kuala Lumpur .






4 ulasan: