Isnin, 22 Februari 2010

Lin di arus kota


Lin di arus kota


Budak di kampung remaja di kota
Kau mula hanyut megikut rasa
Dalam arus kota .

Arus yang sekilas harum menawan
Capuran mazi dan mani
Dicium dijilat nanti
Nafsu dan keseronokan .

Kau santan putih suci
Tanpa jagaan rapi
Kau busuk dan basi
Tempatnya nanti di longkang terkeji .

Abah
Apa panggilan sesuai untuk mu
Insan baik atau manusia bacur
Hanya rapi membasuh kencing cucu .

Kencing gadis mu tidak kau teliti
Mungkin digaru dibasuh merata
Bila siang dan senja menjadi sama
Bermain dengan lampu kota .



Insan Biasa
Kuala Lumpur
22.2.2010 .







2 ulasan:

  1. remaja mudah lupa...lalai dan alpa.. tenggelam dlm keseronokan kota..

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam