Isnin, 11 Januari 2010

Puisi percintaan hati

Berkali kata di susun rapi
Sayang
kasih
rindu
dan cinta
Sentiasa berada di minda
Tapi hanya satu perhentian
Tanpa menuju distinasi .

Samakah hati mu bagai di hati ini
Merindu dan menanti .

Jadilah percintaan hati
Tanpa kenyataan yang pasti .

Dalam tidor nanti
Aku di temani mimpi
Kita sama berbicara tentang percintaan ini
Bila pagi tiada siapa di sisi
Cuma berkata dan mendengar sendiri .

Tiba tiba sayang menjadi suri .
Di perhentian hanya membelai jari ...


Insan Biasa . Kuala Lumpur . 11.1.2010 .

2 ulasan:

  1. mane tau tah2 hati same2 merasa.. tp camaner yer pertembungn cinta tu akn berlaku???

    BalasPadam
  2. khayalan cinta
    indah terasa
    bayangan rindu
    turut menghiasi
    andainya kasih itu sejati
    sejauh mana berlalu pergi
    ia pasti kembali
    kerana itu yang tertulis
    sejak azali

    BalasPadam