Jumaat, 15 Januari 2010

Puisi : Insan di lamun keriduan

Aku mencintai mu sayang .

Tak pernah berhenti hati berbicara
Sesekali keluar dibibir
Bila hati terus memaksa
Ku lafaz nama mu sayang
Seketika lapang terasa dada .

Khayalan mula menjelma
Terasa kau di sisi
Bersembunyi di balik bunga bunga cinta
Kejujuran hati ku bersuara lagi
Sudikah sayang menerima cinta dari abang
Bibir mu begerak manja tanpa suara
Linangan jernih di mata
Kau biarkan membasahi pipi
Ku sentuhi pipi lembut mu
Mengeringkan air mata
Kau tunduk bagai rela
Dua hati berpeluk sekuat rasa .

Hanya seketika
Aku tersedar
Rindu semakin kuat
Cinta semakin hebat .

Gerakan nafas mu terasa melekat di dadaku
Beginikah kerinduan cinta ...



Kuala Lumpur . ( Bila rindu membara )



3 ulasan:

  1. pernahku bertanya
    mengapa dalam hati ada rasa
    lalu ia ku jawab sendiri
    kerana dalam hati ada cinta
    dan cinta anugerah dari Tuhan

    rindu itu indah
    cinta itu indah

    bila kerinduan, utusilah doa buat insan itu
    mohon perlindungan dan rahmat Tuhan
    kerana sebaik-baik Penjaga, adalah Dia

    BalasPadam
  2. "lelaki-lelaki yang baik itu untuk perempuan-perempuan yang baik, dan perempuan-perempuan yang baik itu untuk lelaki-lelaki yang baik,".

    BalasPadam
  3. lafaz la setulus hati...bertuahny si bidadari...

    akhirny berani juga melafazkn cinta ye...eh silap, dlm hayalan lg rupeny...hehe
    kn bagus kalu menyatakn dlm nyata...kt si bidadari...

    BalasPadam