Aku mencintai mu sayang .
Tak pernah berhenti hati berbicara
Sesekali keluar dibibir
Bila hati terus memaksa
Ku lafaz nama mu sayang
Seketika lapang terasa dada .
Khayalan mula menjelma
Terasa kau di sisi
Bersembunyi di balik bunga bunga cinta
Kejujuran hati ku bersuara lagi
Sudikah sayang menerima cinta dari abang
Bibir mu begerak manja tanpa suara
Linangan jernih di mata
Kau biarkan membasahi pipi
Ku sentuhi pipi lembut mu
Mengeringkan air mata
Kau tunduk bagai rela
Dua hati berpeluk sekuat rasa .
Hanya seketika
Aku tersedar
Rindu semakin kuat
Cinta semakin hebat .
Gerakan nafas mu terasa melekat di dadaku
Beginikah kerinduan cinta ...
Kuala Lumpur . ( Bila rindu membara )
pernahku bertanya
BalasPadammengapa dalam hati ada rasa
lalu ia ku jawab sendiri
kerana dalam hati ada cinta
dan cinta anugerah dari Tuhan
rindu itu indah
cinta itu indah
bila kerinduan, utusilah doa buat insan itu
mohon perlindungan dan rahmat Tuhan
kerana sebaik-baik Penjaga, adalah Dia
"lelaki-lelaki yang baik itu untuk perempuan-perempuan yang baik, dan perempuan-perempuan yang baik itu untuk lelaki-lelaki yang baik,".
BalasPadamlafaz la setulus hati...bertuahny si bidadari...
BalasPadamakhirny berani juga melafazkn cinta ye...eh silap, dlm hayalan lg rupeny...hehe
kn bagus kalu menyatakn dlm nyata...kt si bidadari...