Terdapat ralat dalam alat ini

Cinta

Dari jiwa dan raga setiap insan ,
bukan hanya melahirkan cinta pada seorang kekasih ,
cinta juga boleh lahir untuk semua makhluk Allah .

Cinta Yang Paling Utama ,

Cintailah Allah Yang Maha Suci .

Buat kalian ...

Apa saja dari blog ini, andai di ambil tanpa kebenaran,
saya tidak halalkan. Kalian di benarkan link blog ini . Selamat membaca , melihat dan mendengar .. Terima kasih .

Khamis, 20 September 2012

Syahdunya mencintaimu

Syahdunya mencintaimu

aku tahu
terlalu sukar untuk aku memiliki kasihmu
lalu aku telah cuba melupaimu
namun hatiku tidak mampu
aku semakin rindu
biarpun tidak pernah kita bertemu
mencintaimu
sesuatu yg sungguh syahdu

insan biasa

Sabtu, 8 September 2012

CINTA

CINTA

Kesunyian malam
sedang menjadi teman sepiku
pelangi yg pernah hadir
aku telah mencintaimu
terus menjadi kenangan hati ....

insan biasa
8.9.2012

Rabu, 5 September 2012

Kias Puisi

Kias Puisi

aku telah lama berada di laman pintu hatimu
namun ianya terus terkunci
ku sebut namamu dalam kias puisi cinta
mungkinkah hatimu sengaja untuk tidak memahami ...

insan biasa
5.4.2012


Isnin, 3 September 2012

duhai insan yg pernah kukenali

sejarah tidak dapat di hapuskan
walau dia cuba di padamkan
dia tetap wujud ...
mungkin akan di lupai seketika di kala dalam kemeriahan
pasti akan menjelma jua dalam kenangan tika kesunyian ...

Bukan Hanya Ilusi

Bukan Hanya Ilusi

cintaku bukan hanya ilusi
cintaku dari hati
cintaku satu realiti
cintaku kejujuran hati

cintaku bukan didesak keindahan rupa
cintaku bukan nafsu membara
cintaku bukan kerana harta
cintaku tanpa apa jua syaratnya

adakan cintamu seperti cintaku
adakah cinta di hatimu untuk diriku

cintaku bukan hanya ilusi
aku seorang lelaki
padaku juga ada keinginan seorang lelaki
jangan pulak di salah mengerti
aku juga memerlukan keinginan seorang wanita
aku mahu bercinta
aku mahu syahdu dan romantis dalam asmara
aku rindukan bahagia .

insan biasa
3.9.2012


Ahad, 2 September 2012

Kekasihku

Kekasihku

Mana ada waktu
aku pernah melupai dirimu
tidak mungkin ada ...

insan biasa
2.9.2012