Selasa, 28 Februari 2012
Isnin, 27 Februari 2012
sayang!!!
sayang !!!
di titian malam
aku berada di sudut paling dalam kalbumu
bersama denyut nafasmu
suara cintaku merayu asmara kasihmu
tanpa kau tahu
aku sering terlena di kamar jiwamu.
insan biasa
27feb21012
CAHAYA RINDU YG SEPI
CAHAYA RINDU YG SEPI
Mentari petang berkilauan indah
betapapun dia dicintai
dia pasti pergi jua
dan malam akan menjelma
tika malam tidak semestinya ada sinar bulan dan bintang
di bawah pepohon di desa
cendawan malam berkilauan
namun tidak mampu menerangi alam
di pinggir kota kuhidupkan lilin kehidupan
namun pudar berkelipan di tiup angin senja
akukah cendawan malam dan lilin itu
yg sering di lupakan
sendirian dalam cahaya rindu yg sepi ...
insan biasa
27feb12
BERCINTA
BERCINTA
Cinta yang kau dambakan
cinta itulah yg aku rindukan
rasa kasih sayang yang ada di hatimu
itulah aku seorang lelaki merindukan
moga itu bukan permainan bahasa indahmu
moga itu adalah kejujuran nalurimu
Andai ada ruang untuk insan seperti aku
terlalu ingin aku menyentuhi jiwa tulusmu
Sayanglah mawar putih yg ku cari-cari
subur indah di halaman pagi
bicaramu buat bergetar setiap denyut nadi
kalbu lelakiku syahdu menanti
sekali sayang kata sudi
berjuta kali aku telah sudi
Dengan sesangat gembira hati
selamat hadir di kamar rinduku
diamilah penuh kerelaan
peluklah cintaku sekuat cintamu
kerana telah lama aku memeluk cintamu
sedangkan sayang tidak memahami
Detik percintaan ini
tiada lagi malam yg sunyi
tiada lagi embun yg sepi
bayu pasti bertiup membawa berjuta wangi
siang yg kepanasan tidak lagi gersang
kita terus bersama dalam indah asmara
Dunia akan tersenyum melihat kita
sebuah percintaan bahagia kita cipta
dari kejujuran seorang lelaki dan seorang wanita
Mawar putih yg ku temui
bahagialah jiwa mu hingga kehujung hari
akan ku jaga akan ku belai sepenuh hati .
insan biasa
27 feb2012.
Ahad, 26 Februari 2012
RASA CINTA SEMAKIN SYAHDU
RASA CINTA SEMAKIN SYAHDU
Bunyi detik-detik hujan menyentuhi bumi
bagai suara seni cintamu
seolah-olah berbicara dengan asmaraku yg rindu
aku terus berilusi dalam selimut malam yg kegelapan
ingin aku terbang kedaerah kasihmu
namun tiada arah untuk kutuju
bulan dan bintang tidak bersinar untuk dijadikan pedoman
tinggal aku tersendiri di jurang sepi
rayuanku hanya didengar oleh bayu
lalu selamanya sayang tidak mengenal kejujuran hatiku
dan kita terus berjauhan ...
biarpun keinginan cintaku semakin syahdu ...
insan biasa
26feb12
Kuala Lumpur
Sabtu, 25 Februari 2012
kala senja
Kau sudi aku ingin
Kau sudi aku ingin
Sayang !!!
izinkanlah hatiku memeluk kasih hatimu
suara cinta dari kalbuku
ku tebarkan di angin yang lalu
pasti menyentuh seluruh tubuhmu
tika kau lena di malam yg sunyi
bukalah pintu mimpi
dan aku akan berada di sisi
berkasih dgn mu di alam asmara yg seni
sekali kau sudi
berjuta kali aku ingin
hidup bersamamu
dalam mimpi
dalam ikatan yg suci.
insan biasa
25feb2012
CINTA SEMAKIN MISTERI
CINTA SEMAKIN MISTERI
semalaman bersama di kamar rindu
melayari mimpi asmara yg syahdu
manisnya senyuman cintamu
segar dalam ingatan kalbuku
disaat kau ingin berlalu
kau pegang erat tanganku
linangan jernih air matamu
tak terhenti bibirmu melafazkan cinta padaku
namun kita terpisah jua oleh tabir siang
dan kini bersinar mentari
dimanakah realiti ...
ku tercari-cari di alam cinta yg semakin misteri.
insan biasa
25feb12
Jumaat, 24 Februari 2012
Gelora Rindu
GELORA RINDU
Selendang kasihmu
terus mengikat rasa cinta di hatiku
bayu yg bertiup
bagai hembusan nafas suara rindu
kaulah kekasihku ...
biar dalam kegelapan malam
mindaku terus melukis keindahan wajah mu
kalbuku merasai dipeluk syahdu naluri manja budimu
mungkinkah sebenarnya aku dihanyut oleh gelora rinduku ...
insan biasa
24feb2012
Mawar nan berduri ..
Mawar nan berduri
Bagaikan sekuntum mawar
harum dan berseri
kaulah perempuan disayang
buat hati rindu-rinduan
ingin di sunting terluka jari
berdarah hingga kelubuk hati
kelihatan menawan namun berduri
menikam jiwa dialam seni ....
insan biasa
24 feb2012
Malam yg rindu
Malam yg rindu
mentari kian hilang sinarnya
namun malam tidak pasti dihiasi bulan dan bintang
moga lilin kasih terus hidup di malam yg kegelapan
menghidu wangian kejujuran cinta
di kala larut malam
relakanlah si pungguk terus merindu
kerana dia rela dalam kesejukan hujan embun
terus merayu kekasihnya yg terus membisu ...
ada pujangga berkata sepi itu indah
ada pujangga berkata sepi itu syahdu
tapi yg pasti hatinya terus pilu ...
insan biasa
23feb12
mentari kian hilang sinarnya
namun malam tidak pasti dihiasi bulan dan bintang
moga lilin kasih terus hidup di malam yg kegelapan
menghidu wangian kejujuran cinta
di kala larut malam
relakanlah si pungguk terus merindu
kerana dia rela dalam kesejukan hujan embun
terus merayu kekasihnya yg terus membisu ...
ada pujangga berkata sepi itu indah
ada pujangga berkata sepi itu syahdu
tapi yg pasti hatinya terus pilu ...
insan biasa
23feb12