Terdapat ralat dalam alat ini

Cinta

Dari jiwa dan raga setiap insan ,
bukan hanya melahirkan cinta pada seorang kekasih ,
cinta juga boleh lahir untuk semua makhluk Allah .

Cinta Yang Paling Utama ,

Cintailah Allah Yang Maha Suci .

Buat kalian ...

Apa saja dari blog ini, andai di ambil tanpa kebenaran,
saya tidak halalkan. Kalian di benarkan link blog ini . Selamat membaca , melihat dan mendengar .. Terima kasih .

Rabu, 31 Ogos 2011

PELANGI


PELANGI

Pelangi yang seketika menjelma
Kaulah titisan air mata awan
Hujan yang kepiluan dalam kehidupan
Warna warna ceria hanya fantasi maya
Biasan dari sinaran mentari
Menjadi angan harapan
Indah pudar dan hilang

Akulah pelangi itu
Menulis bait bait rindu
Syahdunya asmara
Tentang cinta dan kasih sayang .

insan biasa .

Isnin, 29 Ogos 2011

Selamat Hari Raya


BUAT SEMUA SAHABAT CINTA

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

SEGALA KESILAPAN DI POHON MAAF ZAHIR DAN BATIN .


Iklas dari
insan biasa

KEKASIH CINTA


KEKASIH CINTA
Ku tuliskan puisi kasih
Buat hati mu Sayang
Ku nukilkan madah asmara
Untuk jiwa mu Sayang
Ku kirimkan salam rindu
Moga aku ada di sudut cinta mu

Hening bayu sejuk menyentuhi
Membelai tubuh zahir batin mu
Itulah pelambangan aku
Ingin bersama mu selalu
Ingin menjadi kekasih cinta mu
Ingin syahdu dalam pelukan percintaan mu

Tahukah diri mu
Bagai terhenti denyut nafasku
Andaikau ketepikan cinta ku .
insan biasa

Ahad, 28 Ogos 2011

Bicara pujangga

Bicara Pujangga
Usah biarkan masa bersama berlalu tanpa kepastian
Agar tidak timbul kesalan bila tiada lagi talian hubungan
Izinkan rindu bertemu rindu
Relakan kasih sayang bertemu kasih sayang
Moga cinta bertemu cinta
Moga syahdu asmara dengan nafas kejujuran ...
insan biasa

Khamis, 25 Ogos 2011

Kata Pujangga

Kata Pujangga
Senyuman yang manis kadang tersembunyi jerat menunggu mangsa
Bicara lembut berbudi bahasa kadang menyimpan pelbagai dusta
Jelingan manja kadang bermula titis racun berbisa
Kenapa mudah terpedaya
Melihat raut wajah manis jelita
Jangan pernah lupa
Pahitnya ubat menjadi penawar menyembuh sengsara ....
insan biasa


Isnin, 22 Ogos 2011

Andai Kau Kekasih Ku


Andai Kau Kekasih Ku

Andai kau menjadi kekasih ku
Ku selimuti diri mu dengan belaian kasih sayang ku
Ku sebatikan hati ku dan hati mu dalam kamar cinta
Syahdu asmara dan rindu tidak terhenti
Biar berjuta tahun kita bersama
Kita terus dalam mesra percintaan .

insan biasa .




Jumaat, 19 Ogos 2011

Mimpi Cinta


Mimpi Cinta

Mimpi cinta hanyut di telan gelora lautan
Asmara lemas dalam kesepian
Kasih dan sayang hanya lafaz mainan kata

Keindahan dan kebahagiaan adalah kepiluan
Kenangan ada adalah kenyataan
Harapan mungkin hanya khayalan .

insan biasa .


Sabtu, 13 Ogos 2011

RINDU


RINDU

Aku teramat rindu
Aku cuba untuk mendiam diri

Hari hari yang terus berlalu
Bayu yang kelu menyentuhi diri ku
Aku bagai merasakan kasih dan sayang mu bukan untuk ku
Namun hati ku terus mendesak aku
Untuk terus berkata aku cinta pada mu
Ucapan ini mendamaikan hati ku yang pilu .

insan biasa

Jumaat, 5 Ogos 2011

Cinta Kecewa



Cinta Kecewa

Rinduku sentiasa kepada mu
Dalam rindu itu ku semai kasih dan sayang
Namun harapanku terus kontang
Engkau hanya bayang bayang

Tika gelap malam sepi menikam kalbu
Berulang ulang ku sebut nama mu
Namun bayu terus kelu
Mimpi ku menjadi ngeri
Nafasku sakit berdarah kecewa

Ku cuba mencari penawar mengubat duka
Tapi embun menitis bagai racun berbisa
Meracuni luka luka pada jiwa
Akulah insan perindu yang derita .


insan biasa
Kuala lumpur
5/8/2011 .




Rabu, 3 Ogos 2011

CINTA YANG PILU


CINTA YANG PILU

Cinta yang pilu adalah diriku
Merindu dan mengharap kasih sayang mu

Sering kau membaca catatan hatiku
Ada rasa cinta yang ingin ku tuju
Kau merasai itu
Tapi sayangnya kau tidak tahu
Insan yang ku cintai adalah dirimu

Lalu kau berlalu
Meninggalkan aku termanggu
Terus mengharapkan cintamu

Pernah lahirkah cinta di hati mu
Buat diriku
Tapi aku juga tidak tahu
lalu kita terpisah oleh rahsia antara kita .


insan biasa
3.8.2011
Kuala Lumpur .





Selasa, 2 Ogos 2011

INGIN


INGIN

Inginku temui mu Sayang
Itu hanya sebuah harapan

Nyatanya itu hanya khayalan
Mimpi seorang insan

Kerana dikau entah di mana
Kerana dikau entah siapa

Dikau hanya bagai bayu menyapa tubuhku
Buat aku terlena dalam jaga .

insan biasa
KL
2.8.2011 .



Isnin, 1 Ogos 2011

SALAM RAMADHAN


SALAM RAMADHAN ...
Menahan lapar dan dahaga

Menguji kekuatan hati

Mengajar erti kesusahan

Memberi keinsafan tetang nikmat kurniaan Tuhan .


insan biasa
1.8.2011
Hari pertama puasa .