Cinta

Dari jiwa dan raga setiap insan ,
bukan hanya melahirkan cinta pada seorang kekasih ,
cinta juga boleh lahir untuk semua makhluk Allah .

Cinta Yang Paling Utama ,
Cintailah Allah Yang Maha Suci .


Buat kalian ...

Apa saja dari blog ini, andai di ambil tanpa kebenaran,
saya tidak halalkan. Kalian di benarkan link blog ini . Selamat membaca , melihat dan mendengar .. Terima kasih .

Jumaat, 18 Februari 2011

SAYANGKAH GADIS ITU


SAYANGKAH GADIS ITU

Sayangkah gadis itu
Berselindung di tirai syahdu
Sesekali menjeling rindu

Sayangkah gadis itu
Pandai bemadah lembut mendayu
Sering menjelma dalam mimpi ku

Sayangkah gadis itu
Tahukah diri mu
Aku sering memuja mu
Aku ingin bertemu mu
Di suatu suasana indah
Di suatu penjuru sunyi dalam wilayah asmara

Sayangkah gadis itu
Aku cinta pada mu
Sekali ku kata begitu
Seumur hayat kekal cinta ku .


insan biasa


Jumaat, 11 Februari 2011

YANG KU RINDU



YANG KU RINDU

Aku bagai pengembara di gurun panas
Dahaga setitik air
Menanti cinta mu
Sepi tersembunyi
Ku seru kasih mu saban waktu
Namun kau terus membisu
Kau bagai bayu terasa menyentuh hati ku
Namun tiada rupa untuk ku kenali
Aku terus merindu
Mencari mu entah di mana
Tanpa henti
Hingga kehujung hayat nanti .

Insan Biasa .



Sabtu, 5 Februari 2011

Istana Rindu


ISTANA RINDU

Tika aku memburu rindu
Kau bina istana rindu di awan biru
Aku tidak mampu ke sana
Langkah ku hanya di bumi berdebu
Hati ku sering berkata
Lalui lah lorong lorong kenyataan
Agar di sana terbuka selendang mimpi
Namun lorong itu tiada lagi penghuninya
Aku sudah di tinggalkan waktu .

Insan Biasa





Pertemuan mimpi


Indahnya mimpi
Bersama embun tengah malam sejuk membasahi bumi
Kau hadir mendamaikan jiwa
Namun kau terus bersembunyi
Di sebalik selendang manja mu
Duhai sayang ku
Bilakah wajah mu akan menjelma
Bertemu dengan rindu ku
Dalam rela kejujuran hati
Aku terus menanti mu
Mengejar mimpi
Mengejar realiti .

Insan Biasa .




Rabu, 2 Februari 2011

BAYU KU


Bayu ku
Kau terus berlalu
Hilang di panorama dunia
Aku kau tinggal di sudut rindu
Aku terus di lamun mimpi cinta mu
Namu aku tetap di datangi semalam
Berbahagia dengan kepiluan kisah asmara berlalu
Aku ingin berdiri melangkah kearah denai yang kau lewati
Namun aku terjatuh dan merangkak memanggil nama mu
Suara itu tidak berhenti sepanjang zaman
Bagai kekalnya desir ombak membelai pantai cinta .

Insan Biasa .

Selasa, 1 Februari 2011

Pemuja di pinggir zaman


Disuatu fajar
Di hujung wilayah asmara
Embun turun tersesat dalam waktu
Adalah titisan tangisan hati ku
Mengejar rindu yang hilang
Dalam kembara waktu
Bertemu tapak tapak wangian kasih yang telah pergi
Lalu kembali kenangan semalam
Senyum tawa mu sukarnya untuk di lupakan
Lalu aku jadi pemuja di pinggir zaman .

Insan Biasa .