TIDAK MAHU KECEWA

TIDAK MAHU KECEWA
Di daerah hayalan
Beralas permaidani biru
Kasihmu melambai-lambai cintaku
Sayangnya aku di halang ke daerah itu
Bila langkahku tidak terhenti
Berjuta serangan mencedera mimpiku
Bila aku terjaga ...
Masih merah darah luka
Membasahi seluruh tubuhku
Biarpun aku longlai tidak bermaya
Terjatuh aku tidak terus berbaring
Tetap ku jelajahi pelusuk alam nyata
Aku tidak mahu kecewa cinta.
insan biasa
18.12.11.
indah sungguh bahasanya. sangat puitis.
BalasPadamHidup Aku Biasa
tq ..
BalasPadam