insan biasa .
Rabu, 31 Ogos 2011
Isnin, 29 Ogos 2011
Selamat Hari Raya
BUAT SEMUA SAHABAT CINTA
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
SEGALA KESILAPAN DI POHON MAAF ZAHIR DAN BATIN .
Iklas dari
insan biasa
KEKASIH CINTA
KEKASIH CINTA
Ku tuliskan puisi kasih
Buat hati mu Sayang
Ku nukilkan madah asmara
Untuk jiwa mu Sayang
Ku kirimkan salam rindu
Moga aku ada di sudut cinta mu
Hening bayu sejuk menyentuhi
Membelai tubuh zahir batin mu
Itulah pelambangan aku
Ingin bersama mu selalu
Ingin menjadi kekasih cinta mu
Ingin syahdu dalam pelukan percintaan mu
Tahukah diri mu
Bagai terhenti denyut nafasku
Andaikau ketepikan cinta ku .
insan biasa
Ahad, 28 Ogos 2011
Bicara pujangga
Bicara Pujangga
Usah biarkan masa bersama berlalu tanpa kepastian
Agar tidak timbul kesalan bila tiada lagi talian hubungan
Izinkan rindu bertemu rindu
Relakan kasih sayang bertemu kasih sayang
Moga cinta bertemu cinta
Moga syahdu asmara dengan nafas kejujuran ...
insan biasa
Khamis, 25 Ogos 2011
Kata Pujangga
Kata Pujangga
Senyuman yang manis kadang tersembunyi jerat menunggu mangsa
Bicara lembut berbudi bahasa kadang menyimpan pelbagai dusta
Jelingan manja kadang bermula titis racun berbisa
Kenapa mudah terpedaya
Melihat raut wajah manis jelita
Jangan pernah lupa
Pahitnya ubat menjadi penawar menyembuh sengsara ....
insan biasa
Isnin, 22 Ogos 2011
Andai Kau Kekasih Ku
Jumaat, 19 Ogos 2011
Mimpi Cinta
Sabtu, 13 Ogos 2011
RINDU
Jumaat, 5 Ogos 2011
Cinta Kecewa
Cinta Kecewa
Rinduku sentiasa kepada mu
Dalam rindu itu ku semai kasih dan sayang
Namun harapanku terus kontang
Engkau hanya bayang bayang
Tika gelap malam sepi menikam kalbu
Berulang ulang ku sebut nama mu
Namun bayu terus kelu
Mimpi ku menjadi ngeri
Nafasku sakit berdarah kecewa
Ku cuba mencari penawar mengubat duka
Tapi embun menitis bagai racun berbisa
Meracuni luka luka pada jiwa
Akulah insan perindu yang derita .
insan biasa
Kuala lumpur
5/8/2011 .
Rabu, 3 Ogos 2011
CINTA YANG PILU
CINTA YANG PILU
Cinta yang pilu adalah diriku
Merindu dan mengharap kasih sayang mu
Sering kau membaca catatan hatiku
Ada rasa cinta yang ingin ku tuju
Kau merasai itu
Tapi sayangnya kau tidak tahu
Insan yang ku cintai adalah dirimu
Lalu kau berlalu
Meninggalkan aku termanggu
Terus mengharapkan cintamu
Pernah lahirkah cinta di hati mu
Buat diriku
Tapi aku juga tidak tahu
lalu kita terpisah oleh rahsia antara kita .
insan biasa
3.8.2011
Kuala Lumpur .
Cinta yang pilu adalah diriku
Merindu dan mengharap kasih sayang mu
Sering kau membaca catatan hatiku
Ada rasa cinta yang ingin ku tuju
Kau merasai itu
Tapi sayangnya kau tidak tahu
Insan yang ku cintai adalah dirimu
Lalu kau berlalu
Meninggalkan aku termanggu
Terus mengharapkan cintamu
Pernah lahirkah cinta di hati mu
Buat diriku
Tapi aku juga tidak tahu
lalu kita terpisah oleh rahsia antara kita .
insan biasa
3.8.2011
Kuala Lumpur .