Terdapat ralat dalam alat ini

Cinta

Dari jiwa dan raga setiap insan ,
bukan hanya melahirkan cinta pada seorang kekasih ,
cinta juga boleh lahir untuk semua makhluk Allah .

Cinta Yang Paling Utama ,
Cintailah Allah Yang Maha Suci .


Buat kalian ...

Apa saja dari blog ini, andai di ambil tanpa kebenaran,
saya tidak halalkan. Kalian di benarkan link blog ini . Selamat membaca , melihat dan mendengar .. Terima kasih .

Jumaat, 30 April 2010

Cinta



Cinta

Aku berbicara kau berseloka
Aku diam kau berbicara .

Aku tersenyum
Kau menjeling manja .

Kemudian berlinangan air mata mu
Aku tidak mengerti cinta ...



Insan Biasa .



Satu petang di Pasir Gudang


Aku jalan2 kat sebelah perhentian bas Pasir Gudang ... Johor .
Aku tertarik dgn kedai pakaian ni .
Pakaian menutup aurat untuk kanak-kanak .
Bagus ada kedai macam ni ...
Sejak dari rebung lagi boleh asuh kanak-kanak menutup aurat .
Huhu... kalau dah jadi buluh !!!!
Susahlah sikit ...

Selamat pengantin baru di ucapkan pada sapa 2 yang baru kahwin ...
Nanti !!! bolehlah melawat kat sini .....

Oh !! yang baru bercinta .....
Nak g tegok juga .
Boleh ! Boleh !
Kiranya ada cita2 la tu !!!!!!




Khamis, 29 April 2010

Sendiri di sini




Sendiri di sini

Sepi dalam kotaraya ini
Sendirian aku di sini
Langkah hidup mencari erti
Aku sendiri tidak mengerti .

Terkenang aku pada kota Melaka
Kisah dahulu kala
Percintaan raja dan puteri jelita .

Aku rindu wajah mu di sana
Kalau mampu ku bawa diri mu ke mari
Kita akan bertemu di sini
Bersama menjamu selera
Mencipta suasana bahagia .


Kalau sayang sudi di hati
Kita berlakon kisah purba
Abang menjadi " bidadewa"
Sayang menjadi bidadari
Kita jadi pasangan bercinta .

Kita bertemu di alam saber
Kita hidup dialam nyata .



Insan Biasa .






Rabu, 28 April 2010

Petang yang indah


Petang yang indah


Bertemu mu gadis
Kau malu-malu tersenyum pada ku
Kau hulurkan tangan memberi salam mesra
Kata-kata selamat sejahtera
Halus meniti di bibir mu penuh manja
Aku jua mengulagi ucapan yang sama .

Hati ku terus bertanya
Siapakah kau sebenarnya
Dimanakah kita pernah bertemu
Aku tidak ingat lagi .


Kemudian kau terus berlalu
Lalu hilang dari pandangan ku
Terlindung di sebalik pepohon bunga berwarna-warni .



Insan Biasa .


Sayang

Sayang .

Andai di ucapkan sayang
Mungkin dia sekadar gurauan
Mungkin dia satu kebenaran .

Insan yang memberi ucapan
Dia lah yang tahu kejujuran .



Insan Biasa .




Tidak mengerti

Tidak mengerti


Aku jadi tertanya-tanya
Ingatan
Sayang
Kasih
Rindu
Cinta
Apakah pengertiannya sama
Atau saling berkaitan .

Kalau ada jawapan
Itulah percintaan
Kekasih dengan kekasih
Pasti ada jawapannya .


Insan Biasa .






Selasa, 27 April 2010

Wahai bunga





Wahai bunga


Di tiup bayu bagai melambai
Rindu yang tak sampai
Hati ingin di belai
Di segar pagi embun berderai .

Kelopak comel nanti pudar
Bila panas matahari membakar .

Harum wangi akan berkurang
Bila hari menuju petang .

Manis madu bagai kehabisan
Bila nanti di jadi santapan .

Sekuntum bunga di cari-cari
Jujur hati taati Illahi
Harum budi hingga kemati
Ingin bahagia bersama nanti .



Insan Biasa .









Isnin, 26 April 2010

Rama-rama rindu

Rama-rama rindu

Kau hanya perindu
Kau hinggap pada bunga bukan kerana madu
Kau mencari cinta mu
Kasih dan sayang yang belum kau temu .

Bila kau sendiri
Teringat kisah yang kau lalui
Warna-warna bunga yang di temui
Cantik bunga-bunga ini
Dahaga untuk di kasihi
Dengan syarat yang tersendiri .

Kau jadi tidak mengerti
Lain di mulut lain di hati .

Terbaglah duhai rama-rama
Carilah ke mana-mana
Mungkin bunga di hujung dunia
Sanggup menerima tanpa syaratnya .



Insan Biasa .







Rahsia sebuah cinta


Rahsia sebuah cinta


Kau simpan pada hati
Rindunya tak tertahan lagi
Kasih sayang yang murni
Cinta di selimuti sepi .

Kalau sudi di hati
Ingin ku bawa kau kemari
Ku sediakan sebuah pelamin
Untuk bersanding dua hati .

Biar pertemuan ini
Menjadi kenangan abadi
Membuka rahsia dengan ikatan kasih suci .



Insan Biasa .



Ahad, 25 April 2010

Keputusan Pilihanraya P094 Hulu Selangor .



Hulu Selangor .

( Pilihanraya 25 April 2010 )

Berjuta janji engkau janji
Berjuta puji engkau puji
Calun engkau paling menepati
Layak berbakti di parlimen nanti
Undi! Undi ! undi! .

Berjuta keji engkau keji
Calun itu engkau benci
Jangan undi !
Jangan undi !
Jangan undi ! .

Mereka ada pilihan sendiri
Tidak boleh di tipu lagi
Mereka juga mengerti .

Calun yang di sukai
Pasti banyak mendapat undi
Jangan tak puas hati
Kalau tiada penimpuan di bukti .

Terimalah seiklas hati
Itu lah keputusan rasmi
Ditentukan semua pengundi .


Insan Biasa .












Duyung itu mawar merah


Duyung itu mawar merah


Aku bermimpi bersama mu
Wajah terbayang di ingatan ku
Tidak panjang tidak pendek rambut mu
Sederhana cantik memikat kalbu .

Makanan laut sama di nikmati
Indah lautan terbentang kita perhati
Malamnya kita bermalam di sini
Bersama keluarga di sisi
Ugama dan adat kita ikuti .

Manja gurau mu memikat hati
Tanda sayang mencium jari
Selepas ucapan nikah dari kadi .

Bila mimpi terhenti
Aku mula merindui
Pada duyung yang ku temui
Mawar merah yang sangat murni
Subur menyentuh hati .

Moga mimpi menjadi realiti
Dua hati terikat dalam satu janji
Bersama sehidup semati .




InsanBiasa .










Sabtu, 24 April 2010

Duyung yang Ayu




Duyung yang Ayu


Dalam kembara rindu di lautan cinta
Luasnya saujana di mata
Ku temui hati yang mesra manja
Bagai Duyung bidadari cinta
Ayu mu di hati ku terasa .

Tanpa aku terduga
Di hati ku makin terasa
Sesuatu yang luar biasa .

Tidak pernah aku bayang
Aku panggil diri mu sayang
Aku kau panggil abang .

Apakah kau yang ku mimpi
Bertemu dalam suasana begini
Aku bersyukur pada Illahi
Apa yang telah terjadi
Apa yang akan datang nanti .

Pertemuan ini akan jadi kenangan
Sejarah paling mahal dalam kehidupan .



Insan Biasa .



Jumaat, 23 April 2010

Seorang isteri


Seorang isteri peminat blog cinta .

Dah kahwin 5 tahun , tapi masih belum ada anak .

*** Menceritakan ada masalah dengan suami nya ***

Yang tak sedapnya .

Dah beberapa kali mengatakan suka kat Insan Biasa .

ha ha ha ......

Apa kata anda ????

DR Love mula jadi rimas !!!!!!



Tanpa ada jemu

Tanpa ada jemu


Detik-detik berlalu
Hati bertambah pilu
Bila yang di cari tidak bertemu .

Kalau ada rasa jemu
Jauh-jauh berlalu
Tidak perlu menjadi tetamu .

Teringat pesan ibu
Tidak ada kegagalan pada ku
Selagi usaha terus ku laku .

Hanya takdir belum menyebelahi
Sabar menanti kedatangannya nanti
Bersama usaha dan doa tanpa henti ...


Dia akan berada di sisi
Menjadi kekasih yang di sayangi ...


Insan Biasa .


Bayang yang hilang

Bayang yang hilang

Di manakah kau kini
Aku rindu pada mu saban hari
Apakah kau sudah di miliki
Sedang membilang hari
Untuk menjadi suri .

Andai ini benar terjadi
Bolehkan rindu ini terhenti .

Apakah kau sekadar menguji
Menilai kejujuran hati .



Insan Biasa .












Khamis, 22 April 2010

Ku cari mu


Ku cari mu

Dalam kembara waktu
Aku mencari mu .

Yang ku temu
Jejak-jejak yang di tinggalkan .

Aku kelu membilang langkah ku .

Bila aku semakin laju
Semakin jauh aku di tinggalkan
Hati ku menjadi pilu
Suara hati mu selalu memanggil ku .

Kemana hendak ku tuju
Aku ingin memintas langkah mu ...
Memeluk mu dalam milik ku.



Insan Biasa .





Rabu, 21 April 2010

Pencarian cinta

Pencarian cinta

Ku cari sebuat cinta suci
Cinta dari hati ke hati .

Bagai suasana menjelang pagi
Kabus putih menutupi mata hati
Bicara mulut tak sama di hati .

Aku mula menyedari
Sukarnya cinta itu untuk di temui .

Mungkinkah dia milik bidadari
Yang tiada di dunia ini
Andai aku terus mencari
Tidak mungkin di temui hingga ke mati ...

Aku terus tersendiri
Mendengar nyayian cinta yang tidak pasti
Hanya ilusi kehidupan duniawi ...



Insan Biasa .





Selasa, 20 April 2010

Permata


Permata

Ku temu permata berkilauan
Ku genggam dalam belaian sayang
Indah dan tenang di pandang
Di hati amat menyenangkan .

Ku ikat dengan emas putih
Menjadi hiasan pada dada mu sayang
Biar cahaya cintanya menyuluh doa pada Tuhan
Berwarna kejujuran dan kesetiaan .

Rela menerima hukum Tuhan
Alam dan kita di jadikan Tuhan
Tuhan Maha Memberi Kebaikan .

Permata yang ku temui ini
Moga tidak akan hilang
Takut pada bayang-bayang .



Insan Biasa .



Isnin, 19 April 2010

Kasih terbiar

Kasih terbiar

Cinta jadi tersasar
Dalam arus kehidupan berpusar .

Kisah cinta jalanan
Percintaan tanpa akal fikiran
Mudah memberi persetujuan
Mudah mengucap kesalan .

Kasih terbiar mendesak nafsu sayang
Besok akan berulang .

Konon mencari kejujuran ...



Insan Biasa .







Ahad, 18 April 2010

Salah cinta

Salah cinta


Berbahagia dengan sebuah cinta
Melutut padanya dengan rela
Kau cium harumannya tiap ketika
Hujung rambut kehujung kaki dibelai manja
Tanpa kau kenal erti cinta .

Satelah mengenal cinta
Kau lah insan amat kecewa
Cinta yang kau puja
Hanya jalan aspal di panas matahari
Hanya Gurun pasir yang kau lalui
Cinta yang di temui
Adalah satu fatamorgana .



Insan Biasa .






Bola-bola api

Bola-bola api

( Moga Roh Achik di rahmati ILLAHI )

Cinta terbakar oleh bola-bola api
Memisah suami dengan isteri
Memisah ayah dan anak di kasihi .

Kemalangan ngeri
Bersama bola-bola api .
Perginya seorang anak seni
Pergi yang tak akan kembali lagi
Menemui Illahi yang Maha Suci .

Bersabarlah insan yang di tinggalkan
Itu sudah suratan .


Insan Biasa .



Sabtu, 17 April 2010

Sebuah cinta

Sebuah cinta


Sebuah cinta dan harapan
Tenggelam di sebuah pelabuhan .

Nafas-nafas cinta kelemasan
Terdengar suara tangisan
Ratapan hati kesedehan .

Air mata menjadi lautan
Tak henti bergelombang mencium pantai
Tadarus hati seorang insan
Pada yang di cintai .



Insan Biasa

Ilusi

Ilusi

Ilusi sebuah cinta suci
Biar pun bukan satu realiti
Bukan juga untuk di realisasi .

Pada ilusi itu .

Kau pernah terharu
Menangis dengan pilu .

Kau pernah gembira
Kau hiasi gelak ketawa .

Fantasi di duniawi
Pelakunnya insani
Punyai rasa dan hati .


Insan Biasa .

Kenal diri

Kenal diri

(( Buat seorang yang bergelar isteri ))


Kadang lupa mengenal diri
Orang lain selalu di teliti
Lalu terasa orang lain terkeji
Merasa diri wanita terpuji .

Merayau merata di alam maya
Sembang-sembang dengan gembira .

Begitulah manusia
Kalau orang lain di kata membuang masa
Diri sendiri tidak terasa .

Lihat kuman di seberang sana
Lihat lah gajah di depan mata .



Insan Biasa .

Catatan yang di padam

Catatan yang di padam

(( Buat insan yang kesal dengan apa yang dicatatkan ))


Penyataan sebuah kekesalan
Dalam pemikiran seorang insan .

Kesan catatan itu terus tersimpan
Bagai tugu peringatan
Kekalahan sebuah keberanian
Tanda ketakutan menyatakan perasaan .

Sayang !
Perlu apa di takutkan
Dalam menegapkan kejujuran
Beranilah kerana kebenaran .


Insan Biasa .



Berjauhan

Berjauhan

(( Buat dia yang jauh di mata ))

Saat berjauhan dengan mu
Pasti rindu bertambah rindu
Andai kau itu kekasih ku .

Pasti hati gelisah di bakar bara
Kalau kita pasangan bercinta .

Tapi kita tiada apa-apa
Pasti rindu tiada di jiwa .

Kalau ada rindu
Itu hayalan semata-mata ...
Hanya sekadar permainan minda .


Insan Biasa .

Malam yang rindu

Malam yang rindu

Malam terharu satu demi satu
Bicara tentang kau dan aku
Tentang besok yang bakal kita lalu
Kita akan berpisah tanpa tahu hari bertemu .

Malam ini kita bersama
Kita buat apa yang kita suka
Iklas dan rela
Membelai cinta kita .

Malam akan berlalu
Akan hilang bersama terbit matahari
Bersama cinta dan rindu .


Insan Biasa .

Kebenaran

Kebenaran

Dalam khayalan kita
Itu paling baik untuk kita .

Yang di rasa baik
Mungkin tidak baik untuk kita .

Buruk baik pada Illusi
Mungkin tak sama dengan realiti .

Bermohon pada Illahi
Syukur menerima terbaik yang di beri .


Insan biasa .

Jumaat, 16 April 2010

Kehilangan diri


Kehilangan Diri


Dalam kekalutan duniawi
Tanpa di sedari kehilangan diri
Yang di kejar adalah diri sendiri
Yang pergi membawa diri .

Kemanakah pergi
Bersama rahsia diri .

Diri tidak mengerti
Diri juga yang mengerti .


Insan Biasa .

Tetamu cinta

Tetamu cinta


Kau gadis ku
Terima kasih sudi bertamu
Hati dan perasaan ku
Selalu berada di sini
Menunggu mu seiklas hati .

Kau Ayu ....
Bagai tiupan bayu
Membawa wangian syahdu .

Indah bicara mu menyentuh kalbu
Hanya itu yang ku tahu
Seketika kau singgah di sini
Kau pergi lagi .

Penuh rahsia diri
Bermain teka teki
Bersama baris puisi .

Aku terus menanti
Bertamukah kau lagi .



Insan Biasa .




Rabu, 14 April 2010

Cinta yang pulang

Cinta yang pulang


Cinta yang hilang
Kau temui jalan pulang
Mana mampu hati di halang .

Pilu irama perpisahan
Menyanyi lagu tangisan .

Bermain dengan kenangan
Patah sayap bila terbang
Tercabut sirip bila berenang .


Suka duka jalinan kasih sayang
Gagal menyentuh hari gemilang .



Insan Biasa .






Bayi-bayi yang di tinggalkan

Bayi-bayi di tinggalkan


Bayi-bayi ditinggal dalam hilang perasaan
Berselimut darah ibu di badan
Melahirkan dalam ketakutan
Dari hubungan durjana hasutan syaitan
Leka dalam hubungan harian .

Kenapa di kata mereka haiwan
Apakah kita bukan haiwan
Hanya melihat segala kejahatan
Apa yang telah kita lakukan
Kita hanya melepas tangan .

Berbicara saperti pejuang
Tidak pernah di medan perang
Dalam mimpi hanya berperang
Berada di barisan paling belakang ..



Insan Biasa .




Cinta bernoda ...

Cinta bernoda

Kejujuran dan kesetiaan ternoda
Di desak keinginan kelaminnya
Bila suami tidak berdaya
Isteri mencari kepuasannya
Kenikamatan yang amat hina .

Semalam di maya
Hari ini di maya
Besok juga di maya .

Sentuhan bicara
Perkenalan maya
Pertemuan di alam nyata
Bersedia bersentuh segala .


Nafsu bertemu pasangan nafsunya
Ciuman dan hubungan yang rela
Melupakan ugama
Bergembira dengan dosa
Bila kah tiba saat kesedarannya ...




Insan Biasa .
















.

Selasa, 13 April 2010

Kegoncangan

Kegoncangan


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayamg

Ketika bumi digoncangkan dengan kegoncangan yang hebat .

Dan bumi memuntahkan segala isinya .

Dan Manusia berkata : Mengapa gerangan ini .

Di hari itu bumi menerangkan beritanya .

Kerana sesungguhnyaTuhan telah mewahyukan kepadanya .

Di hari itu manusia kembali ( dari hisab ) sendiri-sendiri untuk diperlihatkan kepada mereka perbuatan masing-masing .

Dan barangsiapa mengerjakan perbuatan baik seberat atom , akan dilihatnya .

Dan barangsiapa mengerjakan perbuatan jahat seberat atom akan di lihatnya .


...................................................................

Siapalah kita tanpa rahmat Nya .









Misteri

Misteri


Bayang mu datang tanpa ku kenali
Kau bersembunyi dan terus bersembunyi
Aku jadi pengembara sepi
Mencari sebuah realiti
Aku ingin menemui sebuah hati
Didalamnya di penuhi cinta suci .

Aku ingin memiliki
Moga kau sudi memberi
Rela menyelak selimut misteri
Rahsia mu menjadi hadiah amat bererti
Untuk kita sama memahami
Untuk kita sama menikmati .

Mungkin kerana mimpi yang pergi
Kau begitu berhati-hati
Untuk menjelmakan wajah diri
Untuk menyatakan hasrat hati .

Aku berdoa pada Illahi
Semoga lembut tergerak dihati
Sanggup membuka yang tersembunyi
Moga bersama di duniawi
Moga bersama di ukhrawi .

Perkenalan baris-baris puisi
Menjalin ikatan suami isteri .



Insan Biasa .

Jumaat, 9 April 2010

Cinta misteri

Cinta misteri


Bersama baris puisi

Menemui cinta misteri
Seorang perempuan dan seorang lelaki
Di belai sentuhan cinta insani
Hilang falasafah diri .
.
Berbicara nada kasih sayang
Bersama malam bersama siang
Cinta sentiasa terbayang .

Misteri yang hilang
Di padam realiti yang datang .

Perlu apa di kenang
Keringlah air mata berlinang
Cinta yang amat di sayang
Biarlah dia terbang
Jauh jauh menghilang .



Insan Biasa . Kuala Lumpur .




Khamis, 8 April 2010

Mimpi yang berdarah

Mimpi yang berdarah


Tadi aku bermimpi
Bila aku terjaga
Aku di tinggal mimpi yang terus pergi .

Bila aku mengakat dua tangan untuk berdoa
Ku lihat dua tangan ku berlumuran merah darah
Rupanya mimpi itu berdarah .

Hati dan perasaan kukah yang berdarah
Atau hati mu yang terluka .

Tangan kukah yang menyapu luka
Atau tanganku juga turut tercedera .

Keringkah darah pada mimpi yang terus pergi .



Insan Biasa .

Rabu, 7 April 2010

Cinta di rindui

Cinta di rindui


Sebuah cinta di rindui

Sebuah kasih di sayangi
Bercantum dalam satu hati .

Indahnya bila wujud pada realiti .

Di takdirkan itu masih mimpi
Biar aku bersama mu dalam doa suci
Menyebut cinta dari hati .

Memohon kekuasaan Illahi
Menentu yang terbaik untuk insani .

Dalam menanti kepastian
Sebuah percintaan khayalan .

Cinta bagai layang-layang
Berbahagia di langit terang
Terharu melihat awan hujan .



Insan Biasa .




















Isnin, 5 April 2010

Bunga bunga cinta

Bunga bunga cinta

Datang mu harum mewangi
Dikala malam gelap sepi
Cahaya mu gemerlapan suci
Menyirami seluruh hati .

Selamat datang duhai dewi
Bukan untuk singgah disini
Kalau sudi di hati
Kekallah disini .

Telah lama aku nanti
Haruman mewangi saperti ini .

Tapi sayang nya kau tak mengerti
Kau hanya melalui daerah ini
Tanpa kau berhenti ...


Lumrah dunia

Hihihi .... nak pantun lagi !!!!!


Mencari kerang berhati-hati
Kerang gergasi di tengah lautan
Rindu datang tanpa terhenti
Sedih hati hanya dugaan .


Patah sauh bahtera kita
Bergerak perlahan tetap bersua
Berpisah jauh di hatinya cinta
Di takdir Tuhan bersama jua .

Berlabuh di Lukut waktu petang
Bahtera indah perlu di rantai
Kalau takut di lambung gelombang
Tidak berumah di tepi pantai .


Moga sudi membacanya .......

Saja suka suka
Bila hati lara cinta
Cari seloka mengubat duka .






Rindu-rinduan

Aku suka pantun ni .


Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai hamba sementara nampak
Esok jangan rindu-rinduan .



Lihat dan berbicaralah selagi ada peluang .
Pengalaman banyak memberi pengajaran .
Satu ketika bersama .
Satu ketika lagi sudah berpisah .

Begitulah adat dunia .


Buah selasih di makan kuda
Jatuh daun di dalam raga
Bercerai kasih talak tiada
Sejuta tahun merindu juga .

Hu hu hu .... susahnya di fikir secara rasional ....





Ahad, 4 April 2010

Kisah cinta

Kisah cinta


Berbicara tentang hati
Berbicara tentang rindu
Berbicara tentang sayang .

Bahagia kerana cinta
Merajuk kerana cinta
Ketawa kerana cinta
Menangis kerana cinta .

Berbicara tentang setia
Berbicara tentang kecewa
Berbicara tentang perpisahan .

Ceritera cinta seorang gadis
Bersama sebuah harapan ..


Insan Biasa .


Sabtu, 3 April 2010

Ceritera Cinta

Ceritera cinta

Semalam bukan hari ini
Kerana semalam tidak menjanjikan hari ini .

Semalam hanya kenangan .

Ceritera cinta kau dan aku
Cinta di kuburkan tanpa kematian
Berbicaralah kata memijak zaman .



Insan Biasa .





Jumaat, 2 April 2010

Sebuah cinta dan harapan




Sebuah cinta dan harapan

Cinta dari hati mu
Kau gantungkan di awan-awan
Basah bersama siraman hujan
Kering bersama panas suria .

Kadang terlindung di balik awan hitam
Kadang terang jelas kelihatan .

Semusim harapan cinta
Bagai kemarau di banjiri hujan .

Kau bersendirian
Takut mencari keputusan .

lalu kau menangis tanpa kepastian
Kegembiraan atau kesedehan .



Insan Biasa Kuala lumpur .




Khamis, 1 April 2010

Batas rindu


Batas rindu

Bila bertemu cinta dengan mu
Rindu terus bertamu
Tanpa berhenti ingati diri mu selalu
Mana ada batasan rindu
Tidak mengira waktu .

Menyebut nama mu tanpa jemu
Malam mimpi diri mu
Siang terbayang wajah mu .

Pada bayu ku hembus rindu ku
Biar nafas mu bersama rindu ku
Moga kau di lahirkan hanya untuk ku
Lalu itu kita bertemu
Memenuhi janji kelahiran mu ...



Insan Biasa . Kuala Lumpur .