Terdapat ralat dalam alat ini

Cinta

Dari jiwa dan raga setiap insan ,
bukan hanya melahirkan cinta pada seorang kekasih ,
cinta juga boleh lahir untuk semua makhluk Allah .

Cinta Yang Paling Utama ,

Cintailah Allah Yang Maha Suci .

Buat kalian ...

Apa saja dari blog ini, andai di ambil tanpa kebenaran,
saya tidak halalkan. Kalian di benarkan link blog ini . Selamat membaca , melihat dan mendengar .. Terima kasih .

Ahad, 28 Februari 2010

Bunga daisy

Bunga daisy

Bunga indah bertutup rapi
Biar kesucian tetap dijagai .

Bunga ini dulunya tidak ku kenali
Cari ku cari
Ku temui nama mu daisy .

Pada mu lahir cinta ku
Kau lah bunga daisy itu .

Ingin ku miliki
Cuba ku cuba
Hingga akhir nanti
Hingga kita hidup bersama .

Aku berusaha
Aku berdoa .



Insan Biasa
28.2.2010 . Kuala Lumpur .








Wahai hati

Hari hari yang dilalui


Berjumpa
Terjumpa
Menjadi pengalaman mengajar kehidupan .

Pahit
Manis
Melekat di hati
Biar tanpa parut untuk dilihat .

Hari ini
Penyambung semalam dan esok .

Ada kasih tetap berkasih
Ada kasih menjadi benci
Ada benci menjadi kasih
Beginilah yang terjadi .

Ingatlah pada Illahi
Berdoalah apa yang dihajati .

Wahai hati ...



Insan Biasa . Kuala Lumpur .
28.2.2010 .




Sabtu, 27 Februari 2010

Pukul sembilan malam

Pukul sembilan malam .
Aku sampai di tempat tinggal ku di KL .

Seharian ini aku memandu dari KB ke KL .

Tak boleh tinggal lama kat KB .

Teringat pujaan di KL .

Hi hi hi ......
Teringat tul 2 tau .

Salam sayang untuk dia .......










Rabu, 24 Februari 2010

Sunyi malam

Sunyi malam

Tiap ketika aku ingat diri mu
Bila sepi malam begini
Aku lebih mengingati mu .

Setiap deru bayu terasa tubuh ku disentuh belaian mu
Hebusan tarikan nafas ku terasa panas nafas mu .

Lena ku terasa kau disisi
Bila terjaga bayang mu tersenyum manja mesra .

Kaulah yang aku cinta .



Insan Biasa
Kuala Lumpur .
24.2.2010 .





Masih kat KL lagi ....

Belum pergi KB lagi ......

Masih di KL .

Salam sejahtera untuk semua .....





Selasa, 23 Februari 2010

Aku ke KB

Selamat tinggal KL buat seketika ......

Ampun maaf kalau ada salah silap .......

Gadis yang hilang

Gadis yang hilang

Antara kasih dan nafsu
Membawa kasih bersama diri mu
Membawa gadis bersama diri mu .

Tersimpankah kasih mu
Kekalkah gadis mu .

Kau ligat membelah kota
Gadis mu ditudong saji tipis
Sang kucing berkeliling kelaparan
Bila bila boleh terselak
Lalu dijilat dibaham kucing .

Kemana kau bawakan kasih mu
Bila gadis mu sudah diteroka
Kau memberi di minta lagi .

Bila tiada yang sudi
Kau pula menjadi peminta
Bagai rumput menjadi kering
Gadis mu dipijak pijak
Nanti dilelong di pasaran
Mencari wang untuk kehidupan .



Insan Biasa
Kuala Lumpur
23.2.2010 .







Isnin, 22 Februari 2010

Suami tua isteri muda


Apa kata anda ???


Suami tua isteri muda .

Isteri lebih kurang sebaya dengan usia anak .

Suami lebih kurang sebaya dengan usia ayah .

Umpamanya :

Shidee 51 dan isteri 22 .
Imuda 50 dan isteri 28 .
Raisuddin 50+ dan isteri 20 + .


Apa pandangan anda ???
Pandang jangan tak pandang .......






Beramal sebelum tiba 5 perkara


Beramallah


Ambillah kesempatan pada 5 perkara
Sebelum tiba 5 perkara .

Sihat sebelum sakit .

Kaya sebelum miskin .

Lapang sebelum sempit .

Muda sebelum tua .

Hidup sebelum mati .

Kesempatan itu ialah megikut suruhan Tuhan
Dan meninggalkan larangan Tuhan .

Andai aku ada gambar mayat sedang dikafankan
Pasti ku letakkan disini .
Sayangnya aku tiada gambar itu
Tapi gambar itu anda boleh bayangkan dalam fikiran .

Kematian adalah sesuatu yang pasti .

Syurga dan neraka juga sesuatu yang pasti .



Insan Biasa . Kuala Lumpur .







Lin di arus kota


Lin di arus kota


Budak di kampung remaja di kota
Kau mula hanyut megikut rasa
Dalam arus kota .

Arus yang sekilas harum menawan
Capuran mazi dan mani
Dicium dijilat nanti
Nafsu dan keseronokan .

Kau santan putih suci
Tanpa jagaan rapi
Kau busuk dan basi
Tempatnya nanti di longkang terkeji .

Abah
Apa panggilan sesuai untuk mu
Insan baik atau manusia bacur
Hanya rapi membasuh kencing cucu .

Kencing gadis mu tidak kau teliti
Mungkin digaru dibasuh merata
Bila siang dan senja menjadi sama
Bermain dengan lampu kota .



Insan Biasa
Kuala Lumpur
22.2.2010 .







Ahad, 21 Februari 2010

Kekasih ku

Kekasih ku


Rindu mu pada ku
Bawalah dalam doa mu
Sebutlah nama ku
Bukan sejuta kali
Tapi lebih dari itu
Kau sebut seusia hidup mu.

Aku merindui mu
Aku juga begitu .



Insan Biasa
21.2.2010 .
Kuala Lumpur .







Sabtu, 20 Februari 2010

Jambatan Suramadu Indonesia


Ukiran Sura dan Buaya . Dua pahlawan air yang betarung merebut kawasan , Kedua duanya tidak kalah . Membakar semangat , meneroka dunia , Mencari razki kehidupan . Ukiran ini terdapat di Surabaya . Nama Surabaya merupakan gabungan dua nama iaitu Sura ( Ikan Yu ) dan Buaya .



Jambatan Suramadu menghubungkan Surabaya ( pelabuhan Ujung ) dengan Madura ( Pelabuhan Kamal ) .

Suramadu singkatan Surabaya dan Madura .

Panjang Jambatan ini 5.4 km .

Pembinaannya bermula sejak Sukarno Puteri dan siap pada tahun 2009 .


Di ceritakan oleh Awi , seorang Madura yang telah setahun berada di Malaysia .
----------------------------------------------------------------------------------------

Dia meninggalkan isterinya bernama Nurul dan anak nya berumur setahun lebih di kampung nya .

Dalam perbualan dengan ku , dia merindui anak isterinya yang ditinggalkan .

Terbayang bayang anak isterinya berdiri di Jambatan Suramadu menunggu kepulangannya .

Dia terpaksa sabar bersama kepiluan kerana mencari razki di Malaysia .

Itulah tangisan kerinduan seorang buruh binaan .

Rindu pada isteri .
Rindu pada anak .
Rindu pada saudara .
Rindu pada desa .

Siang merindu dan kepenatan dibakar panas matahari sebagai buruh binaan .

Malam merindu tak lena tidor mengenang di kejauhan .

Merindu menyentuh dan membelai kasih dan sayang .

Begitulah derita rindunya .......

Bersedirian di Malaysia .



Aku perindu


Sayang ku
Aku seorang perindu
Merindu kejujuran cinta mu
Merindu kesetiaan hati mu
Merindu kesabaran hati mu
Merindu rindu mu
Merindu rindu mu pada Tuhan
Merindu Cinta mu pada Tuhan .

Kekasih ku
Cinta kita
Jangan memudaratkan kehidupan
Jangan lupa pada Tuhan
Sentiasa bermohon ampun pada Tuhan
Sentiasa bermohon kesejahteraan
Rindu paling utama pada Tuhan
Cinta paling utama pada Tuhan .

Cinta dan rindu ku pada mu
Tidak melebihi cinta dan rinduku pada Tuhan .

Cinta ku
Betapa hebat rindu pengembara
Berkurun meninggal halaman
Namun berjuta kali kuat lagi rinduku pada mu
Aku mencintai mu
Aku merindui mu .



Insan Biasa
20.2.2010
Kuala Lumpur .











Jumaat, 19 Februari 2010

Pesona kasih ku pada mu

Pesona kasih ku pada mu


Api cinta itu dari hati
Membakar dan dibakar .

Nyalaan api kayu terbakar
Tanpa kayu terpadamlah api
Namun abu kekal kebila .

Mana ada awan hujan
Tanpa air dalam kandungan
Mana bumi disiram hujan
Tanpa awan membawa hujan .

Indahnya kejadiaan alam
Moga insan memahami kebesaran Tuhan .

Semoga tidak lupa
Segala-galanya di bawah kekuasaan Tuhan
Begitu juga jodoh pertemuan
Kehidupan dan kematian .



Insan Biasa .
Kuala Lumpur .
18.2.1431 .






Di sini berbicara cinta


Berbicara cinta


Di sini hati dan rasa
Di tulis dalam bait bait kata
Bila sayang membaca
Lalu hati bertemu rasa .

Salahkah aku berkata bicara
Bertinta bahasa cinta
Berkias selembut bayu
Memuja dan memuja
Aku perindu cinta .

Ada hati dan jiwa tergoda
Cair bagai air mengalir
Berkongsi setia membelai cinta .

Lalu dia jadi pemuja
Rindu membakar rasa
Jiwa nya bergelora
Indah rasa meluah kata
Diikat ikatan cinta.

Bak embun mutiara diawal pagi
Berkilauan disinari matahari
Murni suci indah menyinari
Berjanji setia kekal di hati
Bersama hidup bersama mati .



Insan Biasa
19.2.2010 .
Kuala Lumpur .




Khamis, 18 Februari 2010

Ayat cinta sejati : Yang Berlari Laju


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang .


Demi yang berlari laju dalam bunyi gemuruhan nya .

Dan yang mencetuskan api .

Dan yang menyerbu waktu pagi .

Lalu mereka menerbangkan debu .

serta menerobos ketengah-tengah orang ramai .

sesungguhnya manusia itu tidak berterima kasih pada Tuhannya .

Sesungguhnya perkara itu atas dirinya menjadi saksi .

Dan sesungguhnya dia sangat cinta kepada harta .

Tidakkah dia ketahui ketika dibongkar segala isi yang di dalam kubur .

Dan dibukakan segala yang di dalam hati .

Sesungguhnya Tuhan mereka di hari itu lebih mengetahui akan keadaan mereka .


Ya Tuhan , Semoga aku dan saudara2 ku sentiasa dalam keinsafan .





Cinta berjuta rasa

Cinta berjuta rasa

Bila bermula
Pasti selamanya .

Berjuta bahagia ku rasa .

Kalau ada halangan
Itu bukan penderitaan
Kekuatan cinta cabaran menguji
Kerana kasih tidak terperi
Kadang cemburu menghampiri diri
Bersabar terus hindari .

Bersama jujur dan setia
Kejayaan menunggu percintaan .

Berdoa pada Illahi
Moga selepas gelap malam sunyi
Sabar menunggu pagi
Pasti kita menemui matahari .



Insan Biasa
18.2.2010
Kuala Lumpur .




Rabu, 17 Februari 2010

Rasipi Cinta : Cinta Medang Goreng .


Rasipi Cinta : Cinta Medang Goreng

Bahan-bahan .

Mee 1/2 kg
Udang di buang kulit 1/2 kg
Minyak masak untuk menumis .
Bawang putih 3 ulas
Bawang merah 3 ulas
Kicap ( ikut rasa )
Cili api ( ikut rasa )
Serbuk perasa
Sedikit gula ( kalau mahu )
Sebuk lada hitam .
Daun sup dan daun bawang ( kalau suka )

Bahan hiasan

Lada merah 2 biji belah 4 .
Lada hijau 2 biji belah 4 .
Timun satu biji . Belah dua potong nipis .
Nenas 1/4 biji . Potong nipis .
Tomato satu biji , Potong nipis .
Sediakan cili sos dan Tomato sos .

Cara masak

Tumis bawang putih dan bawang merah yg di potong halus .
Masukkan cili api yg dipecahkan secukup rasa .

Masukkan udang di goreng hingga separuh masak .

Masukkan Mee . Masukkan kicap secukup rasa . Masukkan sedikit gula ( kalau mahu ) .
Kacau hingga masak .

Masa hampir masak , masukkan sebuk perasa , Lada Hitam
dan daun sup / daun bawang ( kalau suka ) .

Sudah masak . Hiaskan dengan Timun , Nenas dan Tomato .

Semasa hidang . Sediakan Cili Sos dan Tomato sos untuk yang berminat .


Selamat mencuba dan menjamun selera bersama Rasipi Cinta .


Paduka Cinta .
17.2.2010 .
Kuala Lumpur .











Perasan

Perasan


Selalunya teringat
Kadang terlupa juga .

Masa di tadika dulu
Cik gu tadika suh bawa tempurung satu seorang .

Hi hi hi !!!

Adakah patut cik gu suh masuk bilik air
Suh kencing dalam tempurung
Pas tu pakat-pakat tengok muka dan diri sendiri .

Sekarang lau ingat rasa lucu
Macam nak ketawa pun ada
Tapi fikir-fikir
Rupanya pengajaran berguna dalam kehidupan
Agar tidak mudah perasan
Kenal diri dulu
Supaya tidak mudah salah faham
Nanti diketawa dek orang ....

Tapi itulah !!!
Selalunya aku teringat
Kadang aku terlupa juga ...


Ha ha ha ha ha ha .........



Paduka Cinta .
Kuala Lumpur .
17.2.2010 .










Selasa, 16 Februari 2010

Catatan kasih menjadi rindu-rinduan


Kasih sayang rindu-rinduan


Di hati kasih dan sayang
Dia yang sering terbayang .

Di pendam sakit tidak tertahan
Lega seketika bila diluahkan
Catatan demi catatan
Moga menjadi tatapan .

Semkin banyak diulang diucapkan
Semakin hebat rindu-rinduan
Rindu ini sukar digambarkan
Payah diucap ditulis perkataaan .

Mungkinkah bagai dahaga
Pengembara kehabisan air digurun sahara
Mungkinkah bagai kelaparan
Nelayan hanyut di tengah lautan
Perbandigan ini terlalu kecil
Biar hati ku dilatih degil
Menempoh cabaran dunia
Kerana aku mahu bercinta selamanya ...



Insan Biasa
( Rindu tidak kira waktu teringat diri mu )






Isnin, 15 Februari 2010

Tahun Baru Cina

Bolehkah ????

Orang Melayu ,
Atau orang bangsa lain yg berugama Islam ,
Merayakan tahun baru cina .

Apakah mengikut pandangan anda !!!!









Ahad, 14 Februari 2010

Valentine's Day



Valentine's Day
(Hari kekasih)

Hari ini 14 Februari .

Apa pandangan Anda ?????








Sabtu, 13 Februari 2010

Cinta tanpa syarat

Cinta tanpa syarat


Jadikah dia sebuah realiti
Ku temui insan pemilik hati
Mengerti dan memahami
Bertuahnya rasa dihati.

Perkasihan masih dini hari
Ranjau mula di temui
Kau juga masih di miliki
Oleh insan insan yang menyanyagi
Mungkinkah mereka mengerti
Cinta saperti ini .

Andai hati mu pemilik cinta ini
Tabahlah hadapi
Menghadapi pertanyaan yang sukar mengerti .



Insan biasa
Kuala Lumpur
13.2.2010 .





Aku damai di dunia sepi


Sepi

Dunia sepi yang ku temui
Di huni bidadari yang belum dimiliki
Berakhirkah pengembaraan mencari
Bila ku temui sebuah hati
Tapi beselubung sutera salah mengerti
Bila ku lalui sebuah titi
Ku kira sungai yang perlu ku lepasi
Rupa lautan yang tidak bertepi
Gelombangnya datang dan pergi
Ramai yang terkorban di titi ini
Ada yang mati bersama mimpi
Ada yang dahaga dibakar matahari
Ada yang merangkak separuh mati .

Adakah yang mati hidup kembali
Andai dikehendaki kuasa Illahi
Akukah yang mati dan hidup kembali .



Insan Biasa
13.2.2010
Kuala Lumpur .







Sepi itu mati


Sepi itu mati
( Tetamu sepi di waktu sepi )


Kau kata kau bukan cinta ku
Kau bersembunyi
Apakah kau malu
Aku suka permainan mu
Kau minta aku mencari .

Hati yang mati tetap mati
Hujan menangis .

Kau bukan bermain
Kau ucapkan selamat pagi cinta
Lalu kau berlalu .

Kau selalu bersendiri
pasti kau sepi ...
Atau kau hanya menguji

.........................................

Bila ku cari
Ku temui
Dairi sepi
Berlatar kawat berduri .




Insan Biasa
13.2.2010
Kuala Lumpur .


Jumaat, 12 Februari 2010

Rerama dan bunga


Rerama dan bunga

Benarkah kata mereka
Pertemuan rerama dan bunga
Bagai sebuah percintaan
Rerama memerlukan bunga
Dan bunga memerlukan rerama .

Layukah kuntuman bunga kerana rerama
Atau layunya memang lumrah dunia .

Redakah bunga kuntumnya gugur
Dalam mendapat keturunannya
Sabarkah rerama melihat perubahan bunga .

Akukah rerama
Bila mencintai bunga ...
( Kalau aku rerama , aku suka jadi rerama biru )




Insan Biasa
12.2.2010 .
Kuala Lumpur .







cinta ku

Jatuh di situ cinta ku


Itu yang ku tahu
Kenapa begitu jangan tanya aku
Aku juga bertanya saperti diri mu .

Ku masuk dalam lipatan hati
Ku lihat penuh dengan cinta ku pada mu
Menyebut nama mu tiap waktu .

wahai siang
Kenapa aku segar melihat cahaya
Wahai malam
Kenapa aku lelap dalam gelap
samakah kenapa aku mencitai mu
Tiada jawapan yang ku temui .

Aku tahu
Di situ jatuh cinta ku .


Insan Biasa
12.2.2010 .
Kuala Lumpur .





hati yang mati

Hati yang mati


Hati hati yang mati
Terbaring sepi menunggu di kafan
Daun daun yang kering
Terbiar berserakan .

Bangunlah kembali kerana hati tidak mati
Hijaulah kembali kerana daun tidak gugur
Mati yang bukan mati
Kerana mati hanya sekali
Kering yang bukan gugur
Kerana gugur hanya sekali .

Bila kau memberi kasih
Segenggam kasih mu segunung kasih ku
Setitik cinta mu selautan cinta ku .

Bila kau memberi
Ku peluk ku cium seiklas hati
Biar hati yang lama sepi
Biar daun yang lama terbiar
Berbahagia kembali .

Usah dikesal hari yang berlalu
Hadapilah hari yang kita temui
Jagalah selama lamanya .



Insan Biasa
12.2.2010
Kuala Lumpur .





Khamis, 11 Februari 2010

Hujan


Hujan


Hujan yang turun adalah air mata
Membasahi bumi kota
Menangis merayu engkau yang tiada
Walau hanya sangat seketika
Hari yang boleh dikira
Hilang bagai bertahun lama
Walau hanya bertemu di maya
Terasa berpegang jari jemari
Menyusun bicara kasih suci .

Saat demi saat disini
Cari rindu cari menanti
Begitulah putera ketiadaan puteri
Bagai Paduka kehilangan Permaisuri .

Bertanya pada hati
Bertanya pada diri
Semua sepi semua sunyi .

Awan putih jadi kehitaman
Suria terang bertukar suram .



InsanBiasa
11.2.2010 .
Kuala Lumpur .








Tiba tiba terasa nak makan kerang


Tiba tiba terasa nak makan kerang
ish ish mengidam ke ni
ye kot !!!
Bukan mengidam kerana nak dapat anak .
Tapi mengidam kerana dapat pasangan cinta .....
Ada kena mengena dgn anak juga tu hihi.....

Kalau gi makan kerang kat pantai best ni ...
Kat mana sasaran yg baik !
Abang ingat kat pantai Remis pun elok
Nak mandi kat sana air tak bersih ...
Makan kerang je lah ......

..............................................................................




Sayang ! andai kita bersama


Sekali sekali main main di tepian pantai
Menikmati udara laut bersih suci .

Kita lihat matahari terbenam
Kilauan cahaya keemasan
Melukis panorama alam
Pasti ada burung burung terbang
Melukis kisah kehidupan insan .

Kalau malam ada bulan lagi tambah keindahan
Kilauan air laut di suluh cahaya bulan
Bagai kilauan permata diatas permukaan laut
Di tolak tolak oleh air ombak ......
Mendamai hati sedang cinta .

Kalau sayang rela
Sayang alunkan lagu cinta
Suara sayang pasti membuat abang terposona
Tidak pernah abang mendengar suara sayang
walaupun hati kita berpeluk erat siang dan malam .



Insan Biasa
Kuala Lumpu
11.2.2010
(Terbayang Pantai Remis) .




Selamat pagi dan salam rindu


Kekasih ku


Selamat pagi dan salam rindu
Inilah ucapan dari hati mu .

Menyata cinta mu bersama rindu .

Hati mu bertanya ragu .

Di hati ku setia selalu
Hanya itu yang ku tahu
Moga hati mu juga tahu .



Insan Biasa
11.2.2010
Kuala Lumpur



Rabu, 10 Februari 2010

Bicara cinta

Cinta

Tiada detik ketika melupa dia
Rindu di hati membara di dada di jiwa
Setiap denyut nadi
Adalah pengucapan cinta
Aku amat amat mencintai dia .

Aku berbicara bersama mimpi
Rinduku menyentuh hati mu
Biar tersenyum jiwa mu
Kita bertemu dalam lena .

Dalam jaga kita berbicara
Berkata cinta
Berkata rindu
Berkata kasih
Berkata sayang .

Bila rindu bertemu cinta
Itulah kasih dan sayang kita
Itulah yang kita damba
Dan kita tak lupa berdoa .



InsanBiasa
10.2.2010







Doa


Doa


Tuhanku
Pintaku pada Mu .

Damaikan hatiku
Murnikan hati ku
Aku rindu mendekati cinta mu .

Terasa berbayang cintaku
Maha besar maha mulia cintaMu
Tidak terkira bilangan dan waktu .

Semoga cintaku pada Mu
Tidak lalai ternoda
Diusik cintaku pada kejadian Mu .

Moga tiap waktu
Temukanlah aku pada Mu
Aku lemah membilang waktu
Sedang aku membilang hari
Pertemuan yang pasti
Hidup pasti menemui mati .



Insan Bias
Kuala Lumpur
10.2.2010 .












Sayang ku


Maya ini


Di sini kita bertemu
Datanglah di sini moga tidak jemu .

Bila sayang membaca tulisan ini
Terasa kita berbicara
Gerak naluri terasa sama ke hati.

Rindu terasa terubat
Kasih terasa dekat
Sayang jadi melekat
Cinta padu padat .

Kita berdoa tidak lupa
Moga mendapat limpah kurnia .
Hingga akhirat bermula dari dunia .



InsanBiasa
10.2.2010 .

Selasa, 9 Februari 2010

Sejatikah cinta

Sejatikah cinta


Indah bahasa pujangga
Dilukis di awan putih tinggi suci
Cinta sejati tidak memandang harta dan rupa .

Benarkah cinta itu ada
Atau hanya khayalan semata
Bila menjadi abdi masa
Mencari bagai meminta minta
Itu bagai tiada .

Cinta itu ramai yang memuja
Memuji sejuta bahasa
Tapi tidak seindah bicara
Lain dikata lain diminta .

Bicara tidak memandang rupa
Mencari muka dan usia
Berbahasa tidak memandang harta
Bagai wajib menyata kerja
Apa pula kelulusannya .

Inikah cinta sejati
Dari hati kepada hati
Bila harta dan rupa dicari .



Paduka cinta @ Dr Love

Insan Biasa
Kuala Lumpur
9.2.2010 .



Dalam hati


Ada tangis
Ada tawa .

Bertanya dan bertanya .......


Insan Biasa
Kuala Lumpur
9.2.2010 .








Cinta kita

Cinta Kita

Sayangku
Ini cinta ku pada mu
Ini cinta mu pada ku
Hati kita berpadu
Jiwa kita bersatu
Kau dan aku .

Rindu yang kau pendam kau temukan
Kasih yang kau rasa kau perkata
Cinta dihati kau mengaku rela .

Kini kau kekasih ku
Aku kekasih mu
Kitalah insan dalam percitaan .

Kita berjanji menjaga cinta ini
Menentang hasutan syaitan.

Kita berdoa moga mendapat kesejateraan
Patuh suruhan dan larangan Tuhan .

Kita merindui kebahagiaan
Kita merindui syurga Tuhan .


Insan Biasa
Kuala Lumpur
9.2.2010 .

Isnin, 8 Februari 2010

Bila kita bercinta

Bercinta
( Bayangan seorang perindu )


Bila kita bercinta
Kita mencari setia
Sebenarnya setia tidak kemana
Pasti ada di hati kita .

Cemburukah sayang bila abang digoda
Cemburukah abang kalau sayang juga digoda
Lumrah orang bercinta
Sedikit curigakan tanda sayang dan cinta .

Sayang ! mari kita bersama
Kita berpegang tangan
Kita bercakap manja mesra
Biar mereka mulai ketara
Kita sedang berkasih bercinta .

Rindunya kita
Seketika tidak berbicara
Terasa macam tersangat lama .

Bila kita berbicara
Biar jauh terasa disisi
Melihat sayang tersenyum manja
Aduh !!! Gembiranya
Indahnya bercinta .

Nanti kita bertemu hari bahagia
Sayang dan abang dikipas bagai raja
Malamnya kita masuk bilik yang sama
Memang kita suka
Tapi malunya rasa
Bila kita berdua
Siapa nak mula berkata
Tapi tak apa
Kitakan gembira .

Mana orang tua
Abang adik dan saudara
Tentu mereka di luar sana
Tak apalah
Merekakan faham kita .



Insan Biasa
Kuala Lumpur
8.2.2010 .

Ya ! Rindu kita mengharap cinta .


Rindukah


Bila tidor ku mimpikan kau
Rindukah
Bila siang terbayang wajah mu
Rindukah
Bila berbicara ku sebut nama mu
Rindukah
Bila desiran bayu mennyentuh telinga seakan bisikan mu
Rindukah
Bila makan teringin bersama mu
Rindukah
Bila terhidu wangian ingin ku cari wangian mu
Rindukah
Bayangan wajah mu dan hatiku bersatu
Rindukah .

Lalu aku bertanya pada hati
Hati berkata
Ya ! Rindu kita mengharap cinta .


Paduka cinta @ Dr Love
Kuala Lumpur .
8.2.2010 .











Ahad, 7 Februari 2010

Bila kau ku miliki


Bila kau ku miliki

Itu lah kemuncak kehidupan duniawi Ku
Kau ku belai rapi
Ku simpan kekal di hati
Menadah tangan pada ILLAHI
Moga kita sehidup semati
Bersambung lagi di akhirat nanti .

Sejuk di bawah satu selimut
Panas bertukar peluh
Di bawah air menahan nafas
Di langit kita mengira bintang
Dua jiwa satu badan
Kau paha kiri dan aku paha kanan
Kiri dihiris kanan menangis kesakitan .

Bahagia bersama berkekalan
Membelai kasih dan sayang
Biar setitik tidak berkurang
Moga bertambah sepanjag zaman .


Insan Biasa
7.2.2010
Kuala Lumpur .





Hari Qiamat

Hari Qiamat

Dengan Nama ALAH Yang Maha Besar Lagi Maha Penyayang .


Peristiwa besar .

Apakah itu peristiwa besar .

Dan tahukah engkau apakah dia peristiwa besar itu?

Di hari manusia bagai belalang yang bertebaran .

Dan gunung gunung bagai bulu yang dihembus .

Maka barang siapa yang berat timbangannya .

Orang itu dalam kehidupan yang senang .

Dan barang siapa yang ringan timbangannya .

Maka tempat tinggalnya ialah dalam Hawiyah .

Dan tahukan engkau apakah dia Hawiyah itu .

Api yang menyala .




Moga Aku dan saudara saudara ku mendapat perlindungan dari ILLAHI .




Insan biasa
7.2.2010 .

Pertanyaan


Pertanyaan

Tanpa jawapan
Diri jadi gelisah
Tersentuh hati oleh madah cinta
Seketika menjadi lena .

Antara desakan perasaan dan falasafah diri
Antara kebenaran atau ujian
Jawapan yang tersimpan .

Wahai Ayah dan Ibu
Izinkah dia mencintai aku
Nantiku sambung percintaan bila jadi suami isteri .

Apakah kasih sayang dan rindu boleh di henti
Dia datang dengan sendiri
Bermula bertunas
Sedikit demi sedikit
Memenuhi seluruh ruang hati
lalu seluruh darah beredar bersama rasa cinta padanya .

Kejamkah pada diri sendiri
Kejamkah pada dia
Kerana rasa cinta .


Don Juan
Paduka Cinta @ Dr Love

Insan Biasa
Kuala Lumpur
7.2.2010
6 - 50 pagi .






Sayang


Sayang

Aku mencitai mu bukan kerana rupa
Aku mencitai mu bukan kerana harta .

Cinta menjelma di kalbu ku
Cinta itu untuk diri mu .

Bila wajah mu menjelma
Kau seorang gadis jelita .

Lalu hati ku berkata
Biarlah percintaan mimpi selamanya
Kau terlalu cantik untuk menjadi suri ku
Dan kekallah cinta hanya di hati ku .

Benar mungkin kata pujangga
Cinta itu pengorbanan
Kekasih sejati berkorban demi kebahagiaan kekasihnya
Aku rela menjadi kekasih yang berkorban itu
Berbahagialah kau sayang .

Kau bidadari yang sangat comel
Andai kau bersama ku
Aku bimbangkan kebahagiaan mu
Akan menjadi debu
Terbakar di hati ku .


Insan Biasa
Kuala Lumpur .
7.2.2010 ..
3 - 00 pagi


Sabtu, 6 Februari 2010

Burung Puyuh Bermadu Cinta

Masak bersama Cinta .

Bahan utama :
5 ekor burung Puyuh .
Goreng separuh masak .
( Biar minyak betul 2 panas baru mula goreng )

Bahan2 ini perlu dikisar
Kalau suka boleh digiling :
75 gm bawang kecil .
40 gm bawang putih .
25 gm halia.
50 gm serai .
75 gm bawang besar .

Bahan2 lain .
20 gm kayu manis
5 gm buah pelaga
5 gm bunga cengkih .
25 gm pes tomato .
60 gm asam jawa .( jadikan air asam jawa pekat )
100 gm madu .
125 gm minyak masak .
Sedikit daun ketumbar ( kalau tak suka tak perlu )
Garam ikut selera .

Bahan 2 hiasan
300 gm Nenas . ( potong ikut kegemaran anda )
50 gm Cili hijau . ( di belah 4 ) .
50 gm Cili merah . ( di belah 4 ) .

Cara cara memasak :

Panaskan minyak untuk menumis .
Masukkan buah pelaga ,kayu manis dan bunga cengkih .
Kemudian masukkan bahan2 yang dikisar .
Kemudian masukkan pes tomato .
Kacau hingga mendidih .

Masukkan Burung Puyuh ,
kacau hingga sebati ,
Masukkan air asam jawa , madu dan garam megikut citarasa .

Kacau hingga sebati .
Bila sudah masak , hidangkan .
Hiaskan dgn cili merah, cili hijau ,nenas dan ketumbar kalau suka .

Selamat mencuba dan menjamun selera .

hihihi ......rasipi cinta .

Kau yang ku rindui


Sayang

Kita saling mencintai
Dari bicara mu
Aku yakin
Kau mencintai aku
Dan aku mencintai mu .

Cinta dan rindu ku
Cinta dan rindu mu
Bertemu
Berpeluk dalam pelukan amat kuat
Terlalu rapat erat
Tubuhku dan tubuhmu menjadi satu nyawa
Tiada siapa dapat meneka
Mana engkau mana aku
Hati kita bersatu .

Nafas dan suara bersama
Pengucapannya
Aku cinta aku rindu
Hanya itu aku tahu .



Paduka Cinta @ Dr Love
Insan Biasa
Kuala Lumpu .
6.2.2010 . 4-20 Pagi .

( Aku lah Don Juan , Mati Hidup Kembali )




Jumaat, 5 Februari 2010

Bersama matahari terbenam

Istilah cinta


Matahari terbenam
Dan malam kegelapan
Gelisah hati kerana rindu tidak terhenti .

Cintaku pada mu
Bersama rindu terus subur di hati .

Bila aku sendiri
Terasa kau disisi
Panas nafas mu bagai ku rasai .

Sesekali aku terdengar
Bisik hati kecil mu
Kau mencintai aku .

Maafkan aku
Istilah cinta mu
Tidak dapat aku fahami
Lalu aku mencari difinasi cinta mu .



Insan Biasa
Kuala Lumpur
5.2.2010 .
8-20 malam .









Cinta untuk mu

Cinta


Membawa diri mu merasai dan menikmati cinta
Cinta menbuat kau mengerti
Sayang
Kasih
Cemburu
Nafsu
Khayalan
Derita
Bahagia
Rindu
Lalu kau berdoa mengingati ILLAHI .


Seketika kau hanyut dalam bayangan
Tiba ketika kau sedar
Kau mengerti dengan erti cinta .

Jadikan pengalaman bercinta
Sebagai guru mu yang sejati .

Guru yang setia pada mu
Kerana dia adalah hati dan diri mu sendiri .

Ingatlah segala galanya ILLAHI Yang Maha Berkuasa .



Paduka Cinta @ Dr Love .



Insan Biasa
5.2.2010
Kuala Lumpur
6-00 Petang .


Rawatan Cinta


Hari ini aku on YM dalam blog CINTA

Merawat permasalahan cinta

@ bicara cinta .


Paduka Cinta @ Dr Love
Universiti Pasar Siti Khadijah
Serambi Mekah ,
Kelantan .


Dan aku pasti


Pasti


Aku kumpulkan kekutan diri
Aku mendapat kepastian
Semalam adalah bayang-bayang
Tiada cinta ku temui .

Tidak perlu kau padam
Kerana tiada cinta di hati mu .

Aku hanya menyata cinta
Aku bukan memaksa
Moga engkau tidak salah mengerti
Cinta sejati ku hajati
Bukan terpaksa atau berpura .

Usah menyentuh cinta kalau tidak bersedia
Salah sangka dan tergoda .




Paduka Cinta @ Dr Love .

Insan Biasa
Kuala Lumpur
5.2.2010 .




Rinduku tidak terhenti


Cintaku tetap abadi
Moga cinta yang ku temui
Cinta yang sejati
Buka cinta harta
Bukan cinta rupa
Menjadi kekasih yang setia
Yakin dan percaya .

Rela bersama apa pun ketika
Sudi rela tanpa curiga .

Kau kekasihku
Aku kekasihmu
Kita bersatu dalam satu cinta .



( Bila aku lemah, aku rasa lebih bertenaga )

Insan Biasa
Kuala Lumpur
5.2.2010 .
4-20 pagi .








Khamis, 4 Februari 2010

Aku bermimpi


Aku bermimpi


Mimpi panjang indah dan pilu
Hari ini aku terjaga
Aku masih tertanya
Benarkah semalam aku bermimpi
Atau aku bermimpi di dalam mimpi .

Aku bertemu bidadari
Pada aku dialah bidadari .

Mungkin dia serang gadis yang ku cari
Dia juga sedang bermimpi
Di takdirkan aku dan dia bertemu dalam mimpi
Lalu dia ku pilih menjadi bidadari .

Bila disuluh sinar matahari
Hilanglah mimpi andai dia sebuah mimpi
Yang tinggal kenyataan yang hakiki .

Lalu aku mencari kepastian
Pasti ada di dunia ini .




Insan biasa
Kuala Lumpur
4.2.2010
9-20 Malam .
( Bila aku merindu , tapi tidak ku temui rindu )


Mencari cinta


Mencari cinta


Bila cinta tiada dihati
Sukar cinta di cari .

Mencari cinta kerana desakan usia
Atau kehendak nafsu semata
Mungkin didesak sesiapa
Nanti cinta palsu yang dipersembah
Sekadar hati mencuba
Hanya nampak teristimewa
Tapi hanya berpura pura .

Bila cinta dusta
Tidak sampai kemana
Mana ada pengorbanan
Lemah jiwa lemah segala .



Insan Biasa
Kuala Lumpur .
4.2.2010



Cinta di bibir


Bukan tulis dari hati
Datang bagai penyeri waktu
Seketika bertamu
Bagai titisan air di daun keladi
Bersinar bak mutiara di pancar suria
Seketika kering air bak cinta hilang kemana .

Yang tergoda tertanya tanya
Yang merindu menderita merana
Keliru persembahan cintanya .



Insanbiasa
Kuala Lumpur
4.2.2010
8-25 Malam .

Cinta

Kita bercinta


Lalu kita bercinta ..........
Hati ku dan hati mu milik kita
Perasaan mu dan perasaanku bercantum menjadi satu rasa .

Nanti tiba masa
Diri kita milik bersama
Kau dan aku adalah kita .

Impian dan bayangan itu
Aku jadi semakin rindu
usah salah sangka
sebagai manusia biasa
Punya rasa punya mahunya .

Aku kelu membilang rindu
Hari hari berlalu
Mengenal cinta berpadu ...


Insan Biasa
Kuala Lumpur
4.2.2010 .







.

Aku cinta

Aku cinta


Aku cinta pada mu
Aku ingin kau tahu
Dan kau tak lupa selamanya.....

Semoga kau jujur berkata cinta
Dan kita bercinta tanpa rahsia .

Menangislah sayang
Bukan kerana menderita
Tapi kerana gembira ...



Insan biasa
K.Lumpur .
4.2.2010 .

Masihkah cinta ...

Masihkah cinta ...


Masih kekalkah cinta di hati mu
Sebagai menyahut cinta pada mu
Atau telah kau padamkan .

Kau bukan" bodo" sayang
Kau bukan penagih cinta sayang
Cinta itu datang pada mu .

Kau berhak untuk bercinta
Andainya kau reda .

Mudahkah hati mu menulis dan memadam cinta
Tidak menangiskah hati mu sayang .

Mungkinkah segala galanya kerana salah sangka
Dan kita terseksa
Membilang waktu untuk berbicara
Menulis kias seloka
Dan kita sama membaca ...
Kadang gembira kadang kecewa .


Insan biasa
Kuala Lumpur
4.2.2010 .



Rabu, 3 Februari 2010

Kejujuran cinta

Kejujuran cinta


Cinta sejati
Tidak kenal berhenti .

Kasih
Sayang
Rindu
Cinta
Tidak berubah mengikut masa
Sekali menjelma kekal sentiasa .

Cinta yang jujur setia
Tak mungkin padam sekelip mata .

Cinta pura pura
Berubah semahu rasa .

Nilailah sendiri kejujuran hati
Hanya diri sendiri yang mengerti .

Kemana mahu dibawa
Cinta dan hidup ini
Jangan dilupai
Denyut nadi tiada lagi
Bila nyawa sudah kembali .



Insan Biasa .
Kuala Lumpur .
3.2.2010 .




Cinta setia


Malam tadi
Persandingan yang serba indah .

Dihiasi bunga bunga
Melambangkan keharuman sebuah percintaan
Meriah ramai gembira
Dalam gelak ketawa mereka puji bicara
Inilah pasangan kekasih yang setia .

Bila ku hampiri pengantin bersanding
Sukar untuk percaya
Pengantin wanita kekasih ku yang setia
Menjeling pada ku dengan wajah gembira .

Aku mulai keliru
Mereka dikata pasangan kekasih setia
Aku juga berkata
Dialah kekasih yang setia
Bercinta hati kehati .

.
.
.

Oh ! mimpi .


Insanbiasa.
Kuala Lumpur .
3.2.2010 .




Puisi : Matahari


Matahari


Cahaya mu menyinar bumi
Aku menumpang secebis sinar itu
Menghilang gelap malam dalam harapan .

Tinggi mu tak tercapai tangan
Di takdirkan aku boleh menghampiri
Terkorban juga aku menjadi abu
Panas mu membakar insan tak mampu .

Jauhkan panggang dari api
Agar tidak kehangusan nanti .



Insan Biasa .
Kuala Lumpu .
3.2.2010 .




Salam


Bila kita bersalam
Lupakah kisah semalam
Cinta dan benci terpendam .

Bila kita bersentuhan
Rasa hati tidak tertahan
Cinta dan kerinduan
Kita bersalaman
Kau mencium tangan
Aku memberi kucupan .

Bila kita berpaling belakang
Mungkinkah segalanya akan hilang
Atau menjadi bertambah sayang .




Insan biasa .
Kuala Lumpur .
3.2.2010 .










Selasa, 2 Februari 2010

Bersama mu sayang


Bersama mu sayang


Terimakasih sayang sudi bersama abang
Sudah lama abang teringin membawa sayang di sini
Kanak kanak dulu di sini abang selalu bermain
Tenang bersama sawah desa permai .

Berpegang kuat pada tangan abang sayang
Dulu abang pernah jatuh di paya ini
Cerita biasa anak desa
Takutlah sayang tergelincir
Risau nanti bermandi lumpur .

Rumpun padi yang hijau ini
Bertukar menjadi kuning
Bila padi masak nanti
Sayang boleh lihat
Kalau sayang kesini lagi .

Sayang kemari dekat abang
Jangan berdiri lama di tepian air
Nanti lintah hinggap di kaki
Sayangkan geli disentuh lintah .

Di bawah batas ini tempat bersarang sang ular
Jangan takut
Dia tidak ganggu kita
Kalau kita tidak ganggu dia
Kita perlu waspada
Ular itu berbisa .

Oh ! kenapa tiba tiba memeluk abang
Itu bukan ular sayang
Itu ikan berkejaran di air sawah .

Lepaskan pelukan sayang
Nanti dilihat orang
Di desa dikira sangat tidak sopan .

Sayang !!
Itu ibu memanggil kita pulang
Tak terasa hari hampir senja
Seronok bersama tiupan bayu
Kita dibuai bayangan bahagia .


Insan biasa .
Kuala Lumpur .
2.2.2010 .




Indahnya


Kalau ini bukan bayangan perasaan
Kalau ini adalah realiti .

Mana boleh terjadi
Anak kota mana mahu meniti di batasan sawah
Indah apa untuk dinikmati
Siapalah yang sudi
Lembut kulit mu tak layak di sini
Gatal dan calar
Terkena rumput dan lalang .

Yang sudi hanya diri ini
Mengingati hari hari yang di lalui
Mencipta hari baru dalam angan ...



Insan biasa
Kuala Lumpur
2.2. 2010 .





















Mengenal hati

Ingatkah anda nama Nora dalam blog ini .
Nora sebenarnya tidak ada .
Dia cuma watak rekaan semata mata .

Hihihi ... mungkin ada diantara anda ,
Anggap yg bukan 2 pada aku .

Sebenarnya kisah aku di cameron itu cuma rekaan semata mata .
Aku mahu lihat apa komen rakan rakan pembaca berkenaan kisah itu .
Kisah seorang lelaki dengan seorang gadis ,
3 hari 3 malam di cameron .... sejuknya hihihi ..
Gambar gambar itu cuma hiasan semata mata ....

Aku cuma menguji.
Mungkin ada yg jeles ,
Ada yg ok .....
Wahai !!! jangan salah anggap !!!!

Aku tidak terniat nak paksa sesiapa sukakan daku .
Suka lah pada ku secara jujur dan iklas .
Aku tak suka nanti orang anggap aku jahat .

Kisah Nora dan kisah cameron cuma kisah ciptaan sahaja .

Puisi yang ku tulis pun , bukan semuanya berkenaan kisah aku .
Ada diantara puisi itu kisah orang lain ...

Kalau ada perasaan sesiapa yg terusik kerana kisah rekaan , penulisan
dan setengah 2 puisi ku .

Ingin aku berkata :
Hentikan tangisanmu sayang !!!!
Sejahteralah kau sayang !!!!



Memori seorang aku


Mencari seni keindahan perasaan
Aku bermain dengan harapan
Aku berbicara
Aku bersenda
Kau terkeliru
Menyentuh
Hati
Perasaan
Jiwa zahir dan batin
Tentang cinta
Tentang kasih dan sayang
Tentang tangisan
Tentang kerinduan
Tentang kekecewaan
Sedang harapan mencari kebahagiaan .

Akulah semut
Akulah gula
Akulah disayang
Akulah dibenci .

Hari hari bersama
Pahit manis seni kehidupan dunia
Detik detik perasaan yang tak boleh dibeli untuk dirasai
Jadi kenangan selama lama ...
Tak mampu dicuci , walau habis air seluruh lautan .



Insan biasa
Kuala Lumpur .
2.2.2010 .
















Ayat cinta sejati : Memperbanyakkan


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Kamu telah dilalaikan oleh perlumbaan memperbanyakkan

Sehingga kamu mengunjungi kuburan .

Tidak ! Kamu akan mengetahui .

Kemudian tidak sekali lagi , kamu akan mengetahui .

Sebenarnya , kalaulah kamu mengetahui dengan pengetahuan yang pasti .

Tentulah kamu akan melihat neraka Jahiim .

Kemudian , kamu tentu akan melihatnya dengan pemandangan yang pasti .

Kemudian , di hari itu tentulah kamu akan ditanyai tentang kesenangan .



Moga aku dan saudara sadara ku tidak lalai .

Moga aku dan saudara saudara ku mendapat kesejahteraan dari Illahi .




Isnin, 1 Februari 2010

Jatuh cinta ...

Jatuh cinta ...

Ada orang jatuh cinta bila :

1. Kenal hati budi yg baik . ( baik hati termasuk lah taat pada suruhan ugama )

2. Yakin si dia mampu menyara kehidupan . ( ini kerja atau harta mau ada )

3. Berkenan paras rupa . ( cantik kacak , lelaki dan perempuan kena lah lebih kurang je rupa )

4. Keturunan baik baik . ( kena kenal dulu keluaraga , tah tah ada keturunan sawan ke atau ape 2 je lah !!! )

5. Macam2 lagi lah yg perlu diketahui . ( kawan lama lama dulu nak tau segala gala )


Satelah tahu pekara2 diatas baru jatuh cinta .
Cintanya bersandar pada pekara diatas !!!!! .
Hatinya menilai pekara di atas untuk menanamkan rasa cinta .


Ada juga orang jatuh Cinta ,tiada sandaran apa apa .

Bila bertemu terdetik di hati rasa cinta .

Bukan kerana apa apa .

Cinta itu datang sendiri di hati .

Rasanya sukar untuk di fahami untuk siapa yg tidak mengalami .

Cinta jenis ini , tidak mengira rupa paras , harta dan keadaan si dia .
Cinta jenis ini tak mengira sidia janda atau apa , atau sudah ada anak berapa atau tak cantik paras rupa .

Mungkin di katakan cinta buta atau cinta gila ...
( entah lah mungkin tak tepat kot nama yg di beri pada cinta jenis ini begini .)

Kerana ada orang yg memuja cinta jenis ini
cinta bukan kerana nafsu , bukan kerana benda dan rupa .

Cinta jenis ini mungkin agak susah untuk di temui .
tapi pasti ada di muka bumi ini .


Murninya cinta jenis ini pada rasa hati ku .
Hati anda mungkin berbeza ...
Cinta anda milik anda ,
Terserahlah pada anda untuk mencintai sesiapa .....
Kenapa anda mencintai , itu juga hak anda !!!!


Untuk difikirkan : Kalau anda di cintai kerana paras rupa , bila sudah bercinta ,
di takdirkan berlaku kemalangan . hilang tangan anda sebelah . mungkinkah anda di cintai lagi ?????. ( berdoa semoga tidak berlaku musibah pada kita )

Cinta yg tidak memandang paras rupa , kalau berlaku kehilangan anggota ,
mungkinkah dia tetap cinta ????? . ( berdoa semoga tidak berlaku musibah pada kita )




Cintailah hati


Kalau sudi mencintai
Usah cintai paras rupa
Jangan mencintai apa yang di miliki
Hanya insan biasa
Apa lah yang punya
Senang dikata tiada
Payahnya mengatakan ada .

Bagai sebiji beras disudut gantang
Ada tidak menambah sukatan .
Tiada tidak mengurangkan .



Insan biasa .
Kuala Lumpu . 1.2.2010 .
( Cuti Hari Wilayah )




Hati

Selalunya setiap insan ada hati
Baik hatinya
Baiklah keseluruhan nya .

Kadang bermuka baik berbakti
Lain di buat lain di hati
Lain di kata lain di hati .

Berdoalah pada Illahi
Illahi tidak menzalimi .



Insan Biasa .
1.2.2010 .
Kuala Lumpur .
(Cuti Hari Wilayah )